Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artikel. Papar semua catatan

01 April 2010

CHECKLIST HAK ANAK

HAK ANAK-ANAK KITA DI DALAM ISLAM
Diadun kembali Oleh : Pn Saleha Idris

Sebagai ibubapa yang berkualiti mari kita buat checklist tentang hak-hak anak kita. Lihat sama ada kita sudah tunaikan atau belum.
Hak-hak yang perlu ditunaikan adalah :
1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia.

Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah
kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah.

Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah.
Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut.
Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang
ketujuh dari kelahiran bayi.
Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi.
Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan
seekor untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik.
Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".
Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.

5. Hak Menyusu.
Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)
6. Mengkhatannya.
Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misai,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.
Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:
i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam
Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat
setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)
Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan
adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah
"millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai
"khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara
permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini
menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

7.Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya
anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari
perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan
kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah
mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia
merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan
pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah
diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah
putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti
agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah
SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun
dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat
tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik
kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan
ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka
dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan
teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada
anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah
anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu
dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash
Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan
pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian alam ini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil
iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah
dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti
bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab
ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan
ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan
harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum
memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya
kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik
lahir dari tubuh badan yang sihat".

ANIAYA DAN DENDAM

Salam,ummu haura'...nak tanyela leh,bagaimana yg dikatakan t'aniaya dan adakah doanya diangkat oleh Allah?dan bagaimana ciri2 sifat org yg bdendam?

Artikel ini sekadar penulisan yang hanya menjawab pertanyaan seorang sahabat melalui email saya. Jawapannya sekadar batasan pembacaan dan penelitian saya. Moga sahabat saya Dini boleh menerima jawapan ini .

Dalam kitab Riyadhus salihin bab 25 menerangkan tentang perintah untuk tidak berbuat aniaya kepada manusia atau makhluk Allah yang lain. Apatah lagi sememangnya Allah dan rasul juga melarang perbuatan menganiayai orang. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dini dalam soalan tentang aniaya, tapi contoh aniaya atau kita boleh faham sebagai menzalimi atau dizalimi adalah :
1. Lihatlah kesudahan Fir’aun dan bala tenteranya yang menzalimi Bani Israel dengan membunuh anak-anak yang tidak berdosa, memperlakukan kerja secara paksa dan pelbagai kezaliman lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menenggelamkan Fir’aun dan tenteranya di lautan. Mana kerajaan yang penuh kemewahan?! Mana bala tentara yang banyak dan berlapis-lapis?! Semuanya akan sirna dan binasa. Semuanya kecil di hadapan Allah, Zat yang Maha Adil dan Maha Kaya lagi Maha Perkasa. Adakah ada orang yang mahu mengambil pelajaran darinya?!

2. Mengambil hak orang lain yang bukan miliknya.
Dari Aisyah ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Siapa saja yang mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan kepadanya tujuh lapis bumi.” (HR.Bukhari dan Muslim)

/..............................................................................................................................................
Balasan untuk orang yang menganiayai orang lain , sudah dijelaskan oleh Allah hatta di dalam hadith nabi juga menyebut orang yang dizalimi amat cepat doa nya dimakbulkan.

Dari Abu Musa ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah memberi kebebasan kepada orang yang berlaku aniaya, tetapi apabila datang siksaan-Nya, maka ia tidak akan dapat menghindarinya, kemudian beliau membaca ayat : “WAKADZAALIKA AKHDZU RABBIKA IDZAA AKHADZAL QURAA WAHIYA DZAALIMATUN INNA AKHDZAHUU ALIIMUN SYADIID” (Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu sangat pedih lagi keras).” (HR.Bukhari dan Muslim)


6. Dari Mu’adz ra., ia berkata : Rasulullah SAW mengutus saya sebagai gubernur Yaman. Beliau berpesan : “Sesungguhnya kamu akan menghadapi kaum ahli kitab, ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah. Apabila mereka mematuhi ajakanmu, beri tahukan kepada mereka, bahwa Allah mewajibkan untuk mereka mengerjakan salat lima kali sehari semalam. Apabila mereka telah mematuhinya (memenuhinya), maka beritahukan kepada mereka bahwa Allah mewajibkan untuk mereka menunaikan sedekah yang diambil dari orang-orang kaya dan diberikan kepada orangorang fakir miskin. Apabila mereka telah mematuhinya, maka lindungilah kehormatan dan harta bendanya. Takutlah kamu terhadap doa orang yang teraniaya karena tidak ada tirai yang menghalangi antara doanya dengan Allah.” (HR.Bukhari dan Muslim)


7. Dari Abu Humaid Abdurrahman bin Sa’ad As-Sa’idiy ra., ia berkata : “Rasulullah SAW menugaskan seseorang dari suku Azdi yang bernama Ibnu Al-Lutbiyyah untuk mengumpulkan sedekah, tatkala orang itu datang kepada beliau, ia berkata : “Ini untuk engkau, dan ini hadiah untuk saya.” Rasulullah SAW kemudian berdiri di atas mimbar, dan membuka khutbahnya dengan menyanjung Allah SWT., sambil melanjutkan khutbahnya : “Sesungguhnya aku telah menugaskan seseorang di antara kalian, tugas itu diberikan Allah kepadaku, kemudian ia datang dan berkata : “Ini untuk engkau dan ini hadiah untuk saya.” Andaikata ia memang benar, mengapa ia tidak duduk saja di rumah ayah dan ibunya, sehingga hadiah itu diberikan padanya. Demi Allah, siapa saja di antara kalian yang mengambil sesuatu yang bukan haknya niscaya di hari kiamat ia menghadap Allah sambil memikul yang diambilnya di dunia. Demi Allah, saya tidak ingin melihat seorang pun di antara kalian menghadap- Nya dengan memikul unta, lembu, atau kambing yang mengembik.” Kemudian beliau menengadahkan kedua tangannya hingga terlihat putih ketiak beliau, seraya bersabda : “Ya Allah, bukankah aku telah menyampaikannya?“ (HR.Bukhari dan Muslim)


8. Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi SAW, beliau bersabda : “Siapa saja yang pernah menganiaya saudaranya, baik kehormatannya maupun sesuatu yang lain, hendaklah ia minta maaf Semarang juga sebelum datang saatnya dinar dan dirham tidak berguna. Jika tidak, apabila ia mempunyai amal saleh, maka amalnya akan diambil sesuai dengan kadar penganiayaan, namun apabila ia tidak mempunyai amal kebaikan, maka kejahatan orang yang dianiaya itu diambil dan dibebankan kepadanya.” (HR. Bukhari)


9. Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash ra., dari Nabi SAW, beliau bersabda : “Orang Islam adalah orang yang menjaga umat Islam lainnya selamat dari lisannya dan tangannya. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa saja yang dilarang Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

..................................................................................................................
Ciri-Ciri @ Sifat Orang yang berDendam

Menurut Qaimi (2003) dendam merupakan sebuah kondisi kejiwaan seseorang yang berasal dari longgokan berbagai perasaan tidak senang, dan menyebabkan seseorang merasa amat tertekan dan tidak tenang.

Adapun sifat dan ciri-ciri orang pendendam ialah:
1. Tidak mempercayai orang2 di sekitarnya, namun akan selalu berusaha mencurahkan perhatiannya kepada mereka agar merasa segan dan malu.

2. Tidak merasa senang dan puas terhadap situasi dan kondisi hidupnya. Dalam hal ini, ia akan mendendam kepada penanggungjawabnya.

3. Secara alamiah, ia memiliki perasaan yang amat sensitif dan mudah tersinggung. Karenanya, ia gampang sekali mengalami tekanan batin.

4. Memiliki jiwa yang lemah dan tak mampu menerima kritikan orang lain,serta tak sanggup berargumentasi.

5. Senantiasa sibuk membuat pola dan metode pembalasan.

6. Secara lahiriah, ia nampak tenang dan sopan. Namun,jauh di lubuk hatinya, api dendam tengah berkobar hebat.

7. Susah untuk memaafkan orang yang menganiayai mereka.

8. Menghasut orang lain dan menggembur cerita tentang orang yang didendaminya.


Timbal balik kehidupan begini, kalau kita sudah dianiaya maka maafkan saja kesalahan besar orang itu dan kembalikannya kepada Allah (saya tahu amat susah nak maafkan orang) kerna saya juga pernah mengalami perkara sebegini. Tetapi Allah Maha Kaya sentiasa membantu saya menghadapi saat2 yang tidak pernah saya gambarkan. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang berat sehingga kehidupan saya jadi HITAM dan hidup susah untuk diteruskan .....saya hanya fikirkan nak mati saja waktu tu. Namun apa yang penting, penyerahan kita 100% kepada Allah mmg sukar amat kehidupan semasa itu.....tetapi setiap kesusahan ada kesenangan, setiap yang gelap akan bertukar cerah...percayalah.....


Sekadar bacaan saya saja Dini, moga dapat memberi input yang berguna buat Dini dan pembaca yang lain.

26 Januari 2010

MATA MERAH TANGAN RINGAN.....

TERIAKAN seorang anak itu tidak juga menghentikan gerakan tangan sang ayah untuk berhenti memukuli tubuh ringkihnya. Barulah setelah tubuh itu diam tak bergerak, kesadaran si ayah langsung pulih. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur, nyawa pun melayang sia-sia.

Itu bukan cerita rekaan, tapi benar terjadi pada Disember 1984 di Indonesia. Kes penganiayaan terhadap Arie Hanggara yang dilakukan ayahnya, menjadi cerita memilukan. Bahkan sempat diangkat ke layar perak.

Arie menjadi korban kekerasan ayahnya yang menyebabkan nyawanya melayang. Ternyata Arie bukan anak terakhir yang mengalami nasib memilukan ini. Penyiksaan anak (child abuse) malah terjadi sepanjang tahun. Bahkan UNICEF pada 2003 melaporkan sebanyak 3500 anak berusia kurang dari 15 tahun mati setiap tahun akibat perlakukan kejam.
Pengalaman saya sewaktu kecil, jika abang/ayah atau mak memukuli saya, saya akan membalasnya kepada adik. Begitu juga bila sudah menjadi ibu, apabila saya memukul si abang atas kesalahan yang dilakukankannya dia juga akan mengertak adik seperti yang dilakukan oleh saya. Contoh: tadah tangan dan memukul dengan pembaris.
Jarang ibubapa mempunyai alasan memukul anak kerana mendidik atau mengajar, kebanyakan ibubapa memukul anak kerana tekanan atau mempunyai masalah yang lain. Maka si anak menjadi tempat melepaskan tekanan dan kemarahan (hanya melalui pembacaan sahaja dan belum dibuat kajian oleh saya). Di dalam Islam, tidak boleh memukul anak sehingga menyakitkan atau menyakiti kawasan muka mereka.

Kajian yang dilakukan UNICEF di beberapa negara itu juga menunjukkan tahap kekerasan yang berakhir dengan kematian terjadi di negara-negara kawasan Amerika, Eropah, Pasifik, seperti di AS, Mexico, Portugal, Belgium, Perancis, dan Hungary
Dari hasil kajian UNICEF, ada dua faktor penyebab terjadinya kekerasan terhadap anak. Pertama, stres dan kemiskinan. Kemudian rumah tangga yang kerap diwarnai kekerasan antara suami dan istri.

Bentuk kekerasan yang tidak tepat boleh mempengaruhi sikap buruk pada anak dalam jangka panjang. Cacian si ayah dan ibu seperti “dasar anak sial” atau “dasar anak nakal” akan terekam kuat dalam diri si anak.

Anak yang sering dimarahi orang tuanya, apalagi diikuti dengan penyiksaan, cenderung meniru perilaku buruk (coping mechanism) seperti bulimia nervosa (memuntahkan makanan kembali), penyimpangan pola makan, anorexia (takut gemuk), kecanduan alkohol dan obat-obatan, dan memiliki dorongan bunuh diri.
“Marah merupakan hal yang normal, tapi kemarahan yang tidak tepat bisa memengaruhi kondisi psikis dan fisik anak,” . Tindakan seperti mencubit atau memukul seharusnya dihindari, kerana sama sekali tidak perlu. “Asalkan menguasai teknik-teknik mendisiplinkan anak, 50% kenakalan anak akan teratasi,” .

Mendisiplinkan anak kecil harus secara konkret, seperti menunjukkan wajah marah. Pada usia ini mereka cenderung meniru. Hal ini sesuai dengan perkembangan kognitif anak. Sedangkan pada anak usia remaja/dewasa disarankan menggunakan metod broken record (piring hitam rusak). “Ibarat piringan hitam rusak, ucapkan apa yang diinginkan orang tua berulang-ulang,”
Marah yang bertujuan untuk mendidik dan memperbaiki kesalahan-kesalahan agar perbuatan serupa tidak terulang lagi. Kemarahan yang diekspresikan secara tidak tepat, akan memengaruhi kemampuan orang tua dalam menerapkan disiplin dan memengaruhi hubungan orang tua dengan anak.

Marah yang diikuti pemukulan menimbulkan luka batin, benci terhadap orang tua, rendah diri, antisosial, dan suka berkelahi. “Anak-anak suka meniru, kalau dipukul akan balas memukul. Selain itu memukul tidak mengubah perilaku,”.
Kekesalan orang tua boleh memberi kesan kepada anak. Maka dari itu, orang tua harus menyelesaikan masalahnya lebih dulu. Ibubapa boleh mengikuti terapi untuk mengatasi kemarahan di masa lalu.
Selanjutnya mengenalpasti masalah masalah di masa lalu. “Anak yang ibunya sering sekali marah akan sulit untuk disiplin,”.

Anak yang rapat dengan orang tuanya akan jarang marah. Bila hubungan itu harmonis dan akrab, orang tua lebih mengenal karakter anak sehingga dapat menghindari keadaan yang menyebabkan keretakan dalam hubungan ibubapa dan anak-anak. Ahli psikologi menyarankan agar ibubapa yang ingin maemarahi dan memukuli anaknya harus menarik nafas panjang setiap kali hendak marah.

Agar hubungan orang tua-anak harmonis tingkatkan pendekatan dengan melakukan aktiviti bersama. Kemudian memberi contoh/sikap yang baik boleh meningkatkan rasa percaya diri. Meluangkan waktu untuk bermain bersama, dan memberikan tanggung jawab, membuat anak merasa istimewa. “Ajak anak menyiram tanaman biarkan anak memegang paip air contohnya adalah salah satu aktiviti bersama anak.

Selain hal yang diungkapkan di atas, ibubapa boleh menjalin komunikasi nonverbal. Yakni melakukan kontak mata saat berbicara, sikap tubuh sejajar saat berbicara (sambil duduk atau jongkok), rendahkan nada suara, berikan pelukan dan sentuhan lembut pada kepala sebagai tanda berbaik dengan anak setelah dimarahi.