Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

08 Mei 2011

Sejarah Hari Ibu.....

Ibu Kaulah segalanya,
walau kadang aku terasa
tapi jasa mu lagi besar .....

Hari ini semua orang menyambut hari ibu, belikan ibu hadiah, buat jamuan, makan makan dan sebagainya....

Alhamdulillah , aku masih dikurniakan akal untuk berfikir....ada juga org yang baca entri aku tapi masih menyambut dan meraikannya.....

Masing2 lihat pada niat...tapi aku tidak sambut tanpa usul periksa....tak salah meraikan ibubapa tapi itukn kewajipan apa yang Islam ajarkan...

Hormatlah ibu kamu.....Banyak dalam surah2 di dalam Quran yang menceritakan itu....

Masa saya belajar di UIA subjek Psikologi Islam, ada satu buku yang kupas hadis Nabi, orang Kristian dan Yahudi tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu masuk lubang mereka seperti cicak masuk ke dalam lubang....ohh maafkan saya, kerana hadis itu matannya mungkin tidak berapa tepat....

Cuma apa yang saya ingin sampaikan, kalau sebelum ini saya reject sambut hari wanita sedunia begitu juga saya mempertikaikan amalan Mothers Day. Sebagai orang yang berilmu kita tidak harus mengikut budaya barat ini namanya Westernization, jajahan oleh barat melalui budaya...ini menyebabkan hati dan minda kita lumpuh, mengikut sahaja apa yang diwar2kan.....Saya memang tidak suka!

Tapi bukan bererti saya melupakan ibubapa saya...itu sudah kewajiban....hari ini saya amat marah dan tersinggung dengan seorang anak yang marah kepada ibunya kerana lupa menyediakan bihun sep yang saya pesan dengan katanya " Apa mak ni , lupa pulak"....saya hampir tidak boleh makan di gerai itu lagi...ingin saya menegur budak itu tetapi nantilah tunggu masanya atau saya akan bagi nota pada budak itu nanti.......Jangan mengangkat suara pada ibu (inagtan untuk saya juga), ibu melahirkan kita sangat susah bertarung nyaawa seperti menempah maut ...sakit tidak boleh digambarkan....mengapap kita harus lupa pada ibubapa kita? ...

Selepas berkahwin, ramai ibubapa terasa hati dengan anak2....tapi kita harus memberi yang adil kepada ibubapa kita, mereka hanya hidup beberapa tahun sahaja....sayangi mereka....

Nota ini saya nukilkan , bukanlah tidak membenarkan anda menyambut hari ibu tetapi carilah alasan yang lebih munasabah, apa kata anda selidiki tarikh2 dalam Islam, mungkin tarikh perkahwinan Nabi MUhammad dan Sydt Khadijah atau tarikh lahir Sy Khadijah atau tarikh lahir Sydt Fatimah Penghulu pertama wanita syurga.....harap2 sahabat2 boleh selidiki tarikh itu...sesiapa yang pakar diharapkan anda dapat membuat sedikit penyelidikan. Saya juga ingin menyambut tarikh keramat hari ibu tapi saya tidak suka 2 minggu dalam bulan Mei untuk sambut hari ibu.

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day

Rujukan:
Diambil pada 6 Mei 2011 di http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/96-jangan-sambut-hari-ibu.html

17 Mac 2011

Dunia Yang .......

MALAYSIA......masih berbahagianya!!!!!!!
Alhamdulillah....







Di Mesir, Tunisia, Bahrain, Yaman, Libya.....
TIMUR TENGAH....
SUATU KEBANGKITAN LUAR BIASA









Di Jepun....
Penderitaan, Sengsara,
Teknologi dan Sains Musnah
Mereka..........Perlu Bangkit Kembali



Dan semua itu........
hanya UJIAN
atau ada BALASAN
Atas Setiap Perbuatan .......

Tapi kita hanya perlu mempunyai
HATI YANG BERSIH dan SUCI
terus.......BERDOA, MENGHARAP, BERSATU


16 Mac 2011

Iktibar Tsunami dan 211220012 (Siri 1)

Salam.

Entri tentang tsunami ini adalah seruan yang saya dapat dari pengurus kanan saya. Yang bertanyakan saya kenapa saya tidak menulis tentang Tsunami. Mula2 saya fikirkan tidak perlu tetapi kemudian saya juga menulis sebagai iktibar dan pengetahuan untuk saya juga. Bahawa KIAMAT SUDAH DEKAT!

Cerita Tsunami adalah sebahagian cerita yang menakutkan sejak zaman berzaman. Dan sejak saya hidup sehingga kini sudah 3 kali Tsunami yang terjadi, Di Acheh, Somalia (kecil sahaja) dan yang terbesar kali ini minggu lepa hari Jumaat 11.3.2011 di Jepun.



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah banyak berlaku gempa bumi.

Dan Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Mari kita kaitkan fenomena Retrograde Motion (Klik sini)Pernah dengar Kiamat akan berlaku pada 21 / 12 / 2012 dan dimana satu zaman baru akan muncul selepas itu?

Pada 21 disember 2012, bumi akan berada sebaris dengan pusat galaksi bima sakti buat pertama kali sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekaligus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Selain kalendar maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke -10 dan terbesar dalam sistem solar, planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar- besaran di bumi.

Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam kitab injil perjanjian lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.

Jadi, benarkah dunia akan musnah bla dunia memasuki putaran melepasi phonton belt berdasarkan perkiraan kalender maya??

Dan adakah kiamat akan berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion??

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Harap yang buat lawak gambar kartun Berita Harian tempoh hari mengambil iktibar juga. Gunakan minda yang sihat Tuhan kurniakan untuk semua yang berlaku.
Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba.
Add Image
Hadith Nabi: "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga Ilmu (Agama) akan diambil (dengan kematian orang yang berilmu),Gempa Bumi berlaku dengan amat kerap,masa berlalu dengan amat pantas,penderitaan dan huru-hara muncul,pembunuhan akan meningkat dan harta kekayaan akan melimpah dalam kalangan kamu".(See Hadith No. 85 Vol 1, Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Ps: Fakta yang menarik, perkataan Tsunami itu sendiri adalah dari Bahasa Jepun yang bermaksud gelombang pelabuhan atau gelombang pasang.

Lagi tentang Tsunami klik sini dan sini

Mengutip kembali kata2 Pak Samad klik sini : Penginsafan tentang Tsunami ini.

SEMINGGU ini, sedar atau alpa, kita mula banyak diajari tabii alam. Ternyata alam sentiasa patuh menaati resam natijah logisnya. Hanya insan yang sentiasa tidak sewaras itu. Insan seolah sengaja lupa belajar—atau lebih buruk, enggan belajar!

Siapakah yang meledakkan bom atom kononnya demi “kedamaian” di Hiroshima?
Siapakah pula yang galak menyukat kesan ujian nuklearnya di perut samudera?

Bukan insan?

Pedih, tapi ternyata kini ombak lebih cermat bertamsil. Malah tsunami—ibu segala ombak—juga secaranya berupaya memujuk insan supaya merenungi erti “ketakabadian”!

Paling bermakna gempa tsunami mengajak insan saling berihsan.

Sementara terpaan ombak mendadak menyedarkan manusia supaya belajar bersatu (contohnya di Jepun), sebaliknya pancutan minyak mengasuh insan supaya berseteru (contohnya di Libya).

Kita patut merenungi dua iktibar peristiwa “tsunami air dan minyak” ini.

Sebelum mencekaunya tsunami, selama beberapa dekad, manusia telah terlebih dahulu mengganggu perut samudera melalui ujian nuklearnya. Apakah kesan ledakan itu memperkukuh atau memperuntuh kandungan perut samudera? Tidakkah ledakan-ledakan sedemikian dalam senyap sebanyak sedikit mula meretak dan mereputkan susunan tulen kandungannya?

Kerana manusia sendiri yang mencemari lapisan asal udaranya, maka hawa dan suhu samudera berubah. Air batu di Khutub Utara mulai mencair merobah paras air samudera kita. Begitu juga, manusia yang mengganggu tatanan tulen alam yang membibitkan tsunami.

Seminggu ini, sedar atau alpa, kita mula diajari tabii alam semula. Dan dalam serba ketakutan, malah dengan sekhusyuk doa, kita mengharapkan buana kita yang sebuah ini bakal terselamat daripada keangkuhan dan kedunguan kita sendiri.

11 Mac 2011

Olimpik 2012

Salam Jumaat semuanya.

Dan hari ini juga terjadi Tsunami di Jepun. Doakan agar mereka yang tidak berdosa dan yang Muslim jika mati mati dalam Syahid jika hidup terus mendapat Ni'mat dan tahu rasa bersyukur.

Memang kadang2 bencana Allah menimpa ada suka dan duka , ada hikmahnya yang Tuhan ingin ingatkan kepada kita semua di negara lain juga.

Masa Tsunami yang dulu tu hari Khamis malam Jumaat juga kan?

Dan jangan lupa Hari Akhirat itu Hari Jumaat.

Saya pernah bersembang dengan anak saya Husin tentang hari Jumaat, saya katakan padanya hari Jumaat adalah Sayyidul Ayyam maksudnya Ketua segala hari2.....

Dia tanya kenapa dia jadi ketua mama?

Sebab segala kejadian yang penting berlaku pada hari Jumaat?

Soalan dia seterusnya kenapa hari Jumaat?
Jawapan saya sebab dia ketua? ,.....dan soalan itu berulang2 ulang ...hihihi

Semoga kita semua selamat.

Oklah, pada hari Jumaat ini saya nak membawa kepada pembaca entri saya ke Sukan Olimpik 2012.

Ada benda yang saya tak suka, dan mungkin orang lain pun tak suka. Tentang Logo sukan olimpik 2012 di London dan maskotnya.

Cerita logo dulu,

Nampak tak logo di atas.....apa yang anda tak setuju dengan saya, warna? bentuk? Tulisan ?

Kalau sesiapa yang benci Zionis, atau berjuang untuk Palestin, maka dia akan nampak tulisan itu seperti Z - 2, I = 1, 0=o dan 2 yang kat bawah macam N...jadi lah ZION atau 2012....

Siapa yang tak nampak tu maksudnya ada masalah dengan persepsi kedalaman atau luaran anda. Better check dengan doktor.





Cerita Maskot:
Maskot dia tak BEST kan? MAcam muka DAjal jer....(persepsi saya pula).

Tapi laporan berita ni cakap Cute and cuddly....huhh , menyampah jer saya tengok. Nama dia Wenlock and Mandeville—sempena nama dua bandar kecil di England.

Penganjur Olimpik ditanya takut2 maskot pun ada kontroversi tapi diorang kata :"that focus groups of kids were heavily involved in their creation. "The children told us a number of things. They weren't that sold on furry animals and they actually wanted a story," Olympic committee chairman Sebastian Coe told the BBC. "Youngsters will be able to make a case for the mascots coming to their school if they've done something that is inspired by the Games. It's a way of engaging in a fun way."

fuhh....ayat dia memang saya tak boleh terima, nak fun fun banyak lagi cara nyer....

ps: sapa2 yang minat sukan tu tengok2 juga lah apa2 yang perlu, macam jersi baju ker...kot kot ada lambang yang tak patut....ini main pakai jer....kalau bola tu minat sangat tengok kot2 dapat banyak pahala lebih baik tgk ...hihihi....

08 Mac 2011

Hari Wanita Sedunia

Salam semuanya....

Hari ini 8/3/2011.....dalam radio IKIM.FM saya terdengar DJ dan tetamu yang membincangkan tentang ekonomi Islam asyik memberi ucapan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...

Masa mereka wish melalui corong radio tu saya rasa nak mengucapkan benda yang sama kepada wanita lain dalam blog saya dan facebook saya. Tetapi, Alhamdulillah memberi fikiran saya berlegar di dalam kereta tadi...dari mana dapat Hari Wanita sedunia, siapa pengasasnya, macamna boleh ada hari wanita dan sebagainya lah yang terfikir. Maka terus keluar dari kepala saya, ok , sampai ofis nak google "history of international women day"...dan search dan akhirnya keluar jawapan yang saya nak. Alhamdulillah.

Memang ianya dari Barat, tak disangka lagi seperti juga Hari Ibu, Hari Valentine dan Hari Bapa dan apa saja hari yang telah dicipta oleh Barat ( ajaran yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam). Nauzubillah min zalik.

Sejarah Hari Wanita ini telah bermula di Negara Barat klik sini. Bermula di negara Jerman (Socialist) yang merasakan wanita patut dirai . Yang lebih menyedihkan lagi Hari Wanita ini bermula atau diasaskan oleh Socialist German, Clara Zetkin. Lepas tu tahun berikutnya barulah mereka suruh Lenin isytiharkan hari wanita itu cuti 8 mac setiap tahun.
Lihat , adakah kamu semua boleh terima perayaan yang tidak dan bukan berasas dari Islam, sedangkan Maulid RAsul dikatakan bidaah ...inikan pula perayaan dari agama lain u all nak sambut...huhhh..maaf nak pakai ayat marah sangat ni...PERGI JAHANAM lah.....
Sebab tu Nabi dah berpesan :

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا
جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
“Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, "Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (HR Bukhary) .
Faham ker maksud hadis di atas tu....itu semua Nabi nak cakap yang kita umat Islam ni suka sangat ikut mereka (Yahudi dan NAsrani)...memanglah kalau cakap pasal Palestin semua orang benci kat YAhudi, tapi bagaimana u all nak express kebencian tu. Senang saja....jangan ikut mereka, ini kalau dalam bilik pun letak gambar artis tak pakai tudung seksi, profile picture facebook gambar artis yang dah tahu dia tu kristian (tak cakap yer student yang bercinta dengan Kristian lagi), kenapa semua nak ikut jejak orang bukan Islam yang nak menghancurkan Islam buat apa kita nak terang2 ikut (SAYA SANGAT MARAH NI)
Jadi Bagusnya menjadi mukmin sejati yang akalnya sentiasa berfikir dan hatinya berzikir dan hidupnya sentiasa kerana Allah.
PS: Radio IKIM , radio pilihan utama anda ....oh tidak akan menjadi pilihan ku kenapa kajian yang tepenting ni pun tak boleh buat ker? Come on lah ....be yourself in Islamic identity don't just follow them. How u as Islamic medium can spread this wrong message. Leave it and JAKIM try to make ur own day ...Women day, Men DAy , LAbor Day...plz create ur own....and what bases on u want to do it...for example , buat hari wanita smepena hari kelahiran Fatimah Zahra anakanda Nabi, atau Hari Khadijah Sedunia sempena Hari Lahir Sy Khadijah....
Oh takkan benda macam ni .......ermmmmm....Fikirlah lah dan buat lah ....jangan meeting benda yang membosankan dan kurang berfaedah !

01 Februari 2011

Demonstrasi

Semalam tulisan di blog saya ada bau-bau kemarahan , begitu juga dengan facebook saya.

Tapi sebenarnya bukan marah sangat lah (walaupun marah) sebab hanya membantu kawan yang takde facebook meluahkan perasaannya . Tapi takde lah sampai nak berdemonstrasi seperti di Timur Tengah.

Dahsyat sungguh orang Arab kali ni. Baguslah....harap2 ada perubahan ke arah kebaikan.
Cuma takut2 juga sebab banduan pun dah lari dari penjara maka ramailah, anak2 gadis diperkosa, barang2 dicuri dirompak dan sebagainya. Nauzubillah....Selamatkan mereka semua!

Semua orang demonstrasi minta pemimpin yang dah lama sangat pegang takhta suruh mereka letak jawatan . Sebelum ni kan Presiden Tunisia kalah bertanding yang memerintah Tunisia lama sangat lebih lama dari Tun Mahathir. Lepas tu Mesir, YAman, Jordan...semuanya dapat bersatu dan macam ada aura suruh tukar kerajaan.

Untuk kaki demonstrasi memang lah bila anda buat demo akan ada perubahan kot tapi kesian juga dengan kaum ibu yang mengandung yang hampir lahirkan anak, kanak-kanak kecil, orang2 tua....berilah hak pada mereka juga dan jangan lupakan mereka sambil hati anda panas berkobar2.

Saya doakan semuanya dalam keadaan yang baik dan bermula lah REFORMASI ISLAM yang SYUMUL yang sudah lama dilupakan dan diabaikan.

segala berita terkini anda boleh baca di Internet...search saja....

Semoga aman dan selamat segalanya.

Janji Tuhan memang benar, yang Bathil akan lenyap dan yang Benar akan zahir

Krisis Timur Tengah

Assalamualaikum semua.

Kepada pelajar yang sepatutnya menghantar projek akhir semalam sila hantar cepat2 sikit yer....yang masih pulun cepat2 pulun, dah lama dah bagi tempoh untuk siapkan.

Mungkin anda semua sedang mengikuti perkembangan krisis di Timur Tengah. Malam ini ABIM, WADAH dan PKPIM akan mengadakan forum Krisis Timur TEngah jam 8.30 malam ini . Jika ada yang berkelapangan sila lah hadir untuk mengetahui perkembangan di sana.

Kesian juga dengan kawan2 di Mesir. Klik
sini untuk mengetahui setiap perkembangan dari kawan-kawan di sana.

Doakan agar semua mereka dan bukan saja rakyat Malaysia yang terselamat. Semua yang lemah dan teraniaya diberikan kemudahan.
Kat bahagian bawah blog ni ada saya attachkan surat dari pelajar Msia yang menceritakan keadaan sebenar di sana walaupun hari tu Husni Mubarak kata takde apa2 yang berlaku di Mesir. Saya rasa dengan adanya perkara ini dapatlah Husni Mubarak jatuh takhta dan harap orang yang baik dan tak bersekongkol dengan Yahudi Israel lagi demi menyelamatkan umat Islam.

Dulu masa kat UIA pernah ambil kos sejarah tajuk sejarah timur tengah, sebab nak tahu sangat pasal Palestin dan perkembangan negara2 Arab yang tak reti nak bersatu ni , sebab apa.....Mesir ni penubuhan negara dia banyak ditolong oleh Amerika dan Israel. Diorang ada hutang dulu dan perjanjian mereka memang berat sebelah tu yang Husni Mubarak terpaksa tunduk pada mereka.


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia Sumber klik sini

04 Disember 2010

Qatar Menang

Salam.....

Pagi Sabtu yang indah....

Mata tak leh lelap lah, dah 4.10 pagi....


Apapun nak cerita tentang keputusan Piala Dunia kelmarin, suka sangat Qatar menjadi negara Arab Islam yang pertama tuan rumah SUKAN NO 1 DUNIA.... Anda suka???

WORLD CUP 2022.....Alhamdulillah (Maher Zain pun suka sangat).......:) >>>>> Maher Zain??? Pn Saleha??? Maher Zain????? (Adalah tu kan suara2 yang blur).....hihihi

Qatar? Ada apa dengan Qatar?....Suami ku pernah ke sana....dia kata takde apa2 pun kat sana. Nak jalan2 tu memang lah tak sesuai.

Yang anak panah merah tu Qatar....nampak?


Qatar ni negara kecil jer, jumlah penduduk pun dalam 800 ribu lebih jer...ramai juga orang luar kat negara ni. Bangla dan Indon serta Filipina juga ramai di sini.

Penuh juga dengan pasir berdengung kat sana, memang padang pasir. Suamiku kata tak de tempat yang cantik, dia pun duk dalam shopping TESCO Qatar jer di sana....

Tapi, lain pula yang dicari dalam internet....Klik

Agak2nya Dr Yusuf Qardawi turun tak tengok bola nanti?

Sokong sebab negara Islam....

Do THE BEST QATAR !!!!

Nanti tahun 2022 sempat ke tengok world cup yer.....entah2 dah takde....Ya Allah....

Masa tu kalau hidup umur dah ??.....hihi, dah tua tapi fikir muda lah....Husin dah Hasan pun dah hensem masa tu ramai peminat...hihihi...berdering2 dan bertalu2 sms nak ngurat anak aku...isyhh, apa ni merapu (imaginasi masa depan)...

Ok Selamat Malam

Saleha...4.37 pagi, pukul 8 ada kelas statistik lah...

25 November 2010

Takziah Festival Air Kemboja

Anda sudah tahu tentang Festival Air kemboja hari Selasa baru ni yang meragut beratus2 nyawa.

Takziah dan Al-Fatihah juga kepada saudara saya yang terbabit di dalam tragedi yang menimpa.

Cuma saya sendiri tidak suka akan Festival tersebut yang sebenarnya ada banyak unsur2 syirik ....tapi tidak tahu lah bagi penduduk bangsa Melayu Champa yang turut serta dalam festival tersebut. Mungkin mereka hanya suka-suka........jangan suka2 akhirnya menjadi bala...Nauzubillah...

Punca panik masih tidak diketahui, mereka mati berhimpit2....bayangkan ...berhimpit-himpit....



PHNOM PENH (Kemboja): Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.

Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam.

Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu.

Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri.

Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu.

Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja.

Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.

Baca seterusnya di sini

PS:Kalau kita orang Islam, buat kerana syariat jangan ikut adat....
Saya lagi lah tak suka bersesak dengan manusia ....kalau di Mekah itu lainlah....bersesak tapi mencari Allah

Pergi Mekah Buat Apa?



Willy, cuba fikirkan tentang dua orang lelaki ini yang pergi Haji hanya dengan berbasikal. Impian apa yang mereka ingin dapatkan? Hanya ketenangan untuk berada di bumi sejarah nabi dan mencapai puncak kebahagiaan yang tertinggi.
Ibadat Haji ke Mekah adalah puncak Ibadat dan puncak perjuangan manusia. Ibadat perjuangan manusia mencari Tuhannya. Sumber sini





LIHAT gambar ini.. Semangat dua pemuda muslim asal Afrika Selatan ini untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dibanggakan. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal.


Nyatanya, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mengungkapkan kebahagiaannya begitu masuk ke kota Tabuk, perbatasan negara Saudi. "Akhirnya kami dapat jelmakan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di kota di Cape Town mengungkapkan, menggenjot basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu saja sangat mletihkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari. Mereka berbasikal menyusuri negara-negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Suriah dan Jordan untuk mencapai perbatasan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh naik pesawat, tapi ini adalah impian kami. Untuk berangkat tunaikan haji dengan cara berbeda. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang hobi berbasikal" celah Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 sampai 100 kilometer. Mereka beristirahat di masjid-masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian melanjutkan perjalanan selepas solat Subuh. Selama di perjalanan mereka bertemu dengan ramai orang yang membantu dan bersikap baik pada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka antusias ketika tahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah kerana ramai orang yang ajak kami makan." tutur Caimcross.

Selama di perjalanan, mereka kekadang melewati medan sukar, berupa pegunungan yang perlukan tenaga ekstra untuk enjot dan menekan pengayuh basikal. masalah lain ialah bahasa. "Bila kami masuk ke negara-negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melalui Suriah dan Jordania," kata Caimcross lagi.

"Masyarakat di sana juga antusias dan bersimpati membantu, bila tahu kami nak tunaikan haji." sambungnya. Caimcross juga mengungkap rasa terharunya kerana ramai yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa yang mereka perlukan, kerana keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk biaya haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius. "Cuma ganti tayar basikal, betulkan rantai pengayuh, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross mengatakan, melakukan perjalanan haji bersepeda memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan beragam orang dari berbagai negara. "Kami juga bisa sambil berdakwah, terutama saat kami istirahat pada malam hari," tukasnya.

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan syariah Islam. Caimcross punya keahlian di bidang perencanaan kota karena ia pernah ikut pelatihan dan sekarang bekerja di sebuah perusahaan konstruksi. Sedangkan Harun pernah kuliah di jurusan ekonomi.

Keduanya belum berkahwin dan hobi bersukan. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan naik gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat. Memang mereka berkreatif yang luar biasa!


Apalagi bila Islam menggalakaan pengembaraan, dan memperuntukkan asnaf zakat untuk musafir berkelana. Ertinya di mana-mana anda berada, anda ada saudara seagama. Allah akan membantu anda melalui mereka. Berbahagialah dengan Islam, agama pilihankita..

11 November 2010

Banjir dan Letupan Gunung Berapi










Salam

Sebagai umat Islam juga kita harus prihatin dengan dugaan dan ujian sahabat2 kita di dunia lain juga.

Jika ada yang ingin membantu atau terfikir akan kawan2 kita di Kedah, Perlis dan Yogjakarta....kirimlah bantuan seadanya. Jika tidak mampu hanya Doa itu juga terbaik dari kita duduk saja atau masih gila untuk shopping sana sini atau window shopping.....

Berilah perhatian kita pada mereka juga.

Di sini ingin berkongsi cerita tentang Mbah Maridjan yang mati dalam keadaan sujud semasa gunung berapi Selasa baru ini.



Akibat letusan gunung Merapi, Selasa (26/10) kemarin, juru kuci gunung itu, Mbah Marijan ikut menjadi korban. Jasadnya ditemukan dalam keadaan bersujud di rumahnya yang diterjang awan dan abu panas.

Kalau di dunia sinetron kita kenal Mak Lampir dengan Misteri Gunung Merapi-nya. Di dunia nyata juga ada tokoh yang dekat dengan Gunung Merapi. Jargon ‘ruso-ruso-nya’ di iklan Kuku Bima Energi makin membuat namanya dikenal luas. Ya, dia adalah Mbah Marijan..

Hingga akhir hayatnya, Mbah Maridjan setia berdiam di lereng gunung yang ia jaga sejak jadi wakil juru kunci tahun 1970 dan juru kuci tahun 1982. Selamat jalan, Mbah.

Sumber sini
PS: memang dalam setiap kejadian yang Allah ciptakan ada tanda untuk orang yang berfikir.
Moga kita mencapai Allah dengan RedhaNYA

27 September 2010

Bakar Al-Quran

Apa reaksi anda sebagai orang Islam atau yang beragama kepada tajuk di atas.

Saya pernah menyatakan kemarahan saya pada perbuatan paderi2 di Amerika yang membakar Al-Quran semasa mengingati kejadian 11 September ....

Berikut saya paparkan kenyataan singa dunia Islam Presiden Ahmadinejad. Kenyataan yang agak berani terhadap Amerika. Ucapan nya menggegar kepala otak Barat dan musuh2 termasuk zionis.

Untuk ucapan penuh boleh search dalam youtube kalau tak jumpa juga boleh tanya saya untuk link nya.


Beliau memegang Al-Quran dan Bible, dan mengajak semua orang dalam dewan tu menghormati Kitab suci dan jangan mempersendakannya.

Berikut saya attachkan ucapannya yang sudah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan saya tolong anda juga untuk bacakan teks di dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan yang lebih kurang saja (saya masih tak kursus terjemah lagi)...



Ladies and Gentlemen,

Very recently the world witnessed the ugly and inhumane act of burning the Holy Quran.

The Holy Quran is the Divine Book and the eternal miracle ofthe Prophet oflslam.

It calls for worshipping the One God, justice, compassion toward people, development and Al-Quran mengajak kita untuk sujud dan beribadah kepada Tuhan Yang Satu, berlaku adil, berfikir dan bertaakul, membela orang yang tertindas, menentang kezaliman, ; dan ia adalah kitab yang menyebut dan membela Rasul dan Nabi yang terdahulu seperti Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakob, Musan dan Isa.

Mereka membakar Quran untuk membakar semua kebenaran dan kebaikan. Tetapi, kebenaran tidak boleh dibakar dan dilenyapkan. Quran adalah kekal kerana Tuhan itu kekal kerana Tuhan dan kebenaran adalah kekal abadi selamanya dan tidak akan pernah musnah. Perbuatan ini dan seumpamanya yang dapat menjahanamkan bangsa adalah sangat terkutuk. Kita harus mengelak bermain di dalam tangan Syaitan yang direjam. Saya sebagai wakil orang-orang Iran dengan ini mengakui bahawa kami menghormati semua Kitab Ketuhanan dan wahyu dan juga pengikut kitab-kitab ini. Di tangan saya ada Quran dan Bible. Saya menghormati kedua-duanya.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Baru-baru ini dunia telah dihadapkan dengan perbuatan yang menjijikkan dan tidak bertamadunan, iaitu membakar Kitab Suci Al-Quran.

Al-Quran adalah Kitab Ilahi dan mukjizat Nabi Muhammad SAW.

It calls for worshipping the One God, justice, compassion toward people, development and progress, reflection and thinking, defending the oppressed and resisting against the oppressors; and it names with respect the previous Messengers of God, like Noah, Abraham, Isaaq, Joseph, Moses and Jesus Christ (Peace be Upon them all) and endorses them.. They burned Quran to bum all these truths and good udgments. However, the truth could not be burned. Quran is eternal because God and truth are everlasting. This act and any other act which widens the gap and distances between nations is evil. We should wisely avoid playing into the hands of Satan. On behalf of the Iranian nation I pay respect to all Divine Books and their followers. This is the Quran and this is the Bible. I pay respect to both ofthem.

* Jangan kita ni jadi lembu cucuk hidung orang buat apa kat Kitab kita, kita duduk diam, orang kafir bakar orang Islam kita duduk diam. Setan2 yang musnahkan anak-anak bangsa kita, kita pun duduk diam. Kita ni macam apatah?????????