Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini
Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php
HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
31 Mei 2011
Berlawan dengan Baik dan Buruk
11 Mac 2011
MawarDuriTaqwa
Hari tu saya ada mengadu pada seorang kawan, bahawa diri saya ini banyak sangat terkena duri, sakit tajam dan amat memedihkan hati, jiwa dan kepala. Kawan saya pun membalas, "duri tu tak tajam sebenarnya...duri tu hanyalah satu jenis duri di kalangan duri-duri termasuklah duri durian..." . Betul jugalah cakap kawan saya yang banyak falsafah ni kan?
Dan saya akui saya semakin sedar dan dapat meneliti duri yang sentiasa saya hadapi ini.
Dalam kehidupan kita..kita tak boleh terlepas dari perkataan duri...tapi tak semuanya tajam..dan ada di kalangan mereka sanggup melabelkan duri di samping nama mereka....hah itu menunjukkan duri pun mempunyai kelebihan tersendiri.. Macam nama saya dulu nama samaran masa muda2...MAWARDURITAQWA.....best kan nama samaran saya? :)
Apa ye kelebihan duri? Hanya duri yg tahu kelebihan duri sebagaimana hanya jauhari yg kenal manikamnya.....
Bagi diri ini duri-duri ini sudah sebati dalam diri sampaikan tak gunanya hidup ini kalau tak de duri....hidup ini lagi lebih menarik jika ada banyak duri yg menusuk kita. Bagi diri ini...diri ini akan lebih kuat dan gagah jika banyak duri yg kena...dan duri-duri ini jugalah yg mencelikkan kita kepada realiti sebenarnya hidup kita...ke mana hala tuju kita?Apa yg penting ialah kita menukarkan duri-duri ini bertukar menjadi manisan atau madu yg paling manis sekali....
Akhir sekali kita akan rasa kitalah manusia yg paling gembira sekali atas muka bumi ini krn kita berjaya menukarkan duri kpd manisan/madu yg paling manis sekali...ini menunjukkan kita adalah manusia yg berjaya...kejayaan yg sukar yg kita perolehi tetapi kejayaan kita atau kegembiraan kita adalah yg tertinggi sekali jika dibandingkan dgn mereka-mereka yg tak pernah terkena duri..tapi dimanjakan dgn manisan atau madu2 yg manis dan akhirnya terlena atau dibuai mimpi...
Itulah dia citer duri....adakalanya org kata duri dalam daging...tapi tak tau yg sebenarnya sbb tak pernah jumpa daging yg ada duri...sbb kita boleh nampak awal2 lagi kalau daging itu ada duri...tak payah beli langsung...tapi adakalanya daging itu tercucuk duri secara tak sengaja...kalau begitu buanglah duri itu...habis citer..daging tu masih boleh dimakan lagi...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kita semuanya hari2 berada dalam proses terkena duri dan proses mencabut duri. Dalam proses membuang duri2 yg terlekat kat badan ni...banyak sangat....susah juga nak tukarkan dia jadi manisan yg paling manis..perlu ada kekuatan.....kadang2 cakap mudahkan tapi nak buat payah.....
Apa2pun kita tetap bersyukur krn masih lagi dipanjangkan usia dan umur,diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg murah utk terus menyinari kehidupan ini walaupun hakikat sebenarnya ada lagi duri2 yg masih terlekat...tapi kebanyakkan daripada nya sudah pun menjadi manisan dan kita bersyukur....harap2 semua duri yg masih ada pun boleh jadi manisan yg paling manis juga..insyaAllah...doa2kan utk saya dan mudah2an manisan2 yg paling manis tu pulak akan berjaya menukarkan duri2 lain yg ada atau terkena pd diri kita semua...
Akhir sekali..kita tau erti kehidupan sebenarnya dan tujuan kita hidup hari ini, sekarang dan esok hari. Betulkan?
07 Mac 2011
Tertangguh
Oh kepada pembaca yang bukan Islam Salam sejahtera kepada anda.
Harap semuanya baik2 saja. Ingatkan nak berpuasa hari ni dah minta izin suami dah tapi Iman tak cukup kuat ...perut sakit pagi tadi. Lemahnya aku Ya Allah!
Maaflah banyak entri tertangguh minggu lepas. Dah siapkan surat penajaan konvo, terima kasih atas bantuan KAk Zawati yang buatkan mail merge untuk saya dan memudahkan urusan saya. Minggu ni saya sibuk dengan penghantaran projek akhir pelajar kena semak semua format mereka. DAn juga kena buat MQA filing yang banyak lagi tak siap...duedate Jumaat ni. Research dan penulisan untuk tahun ni tak start lagi.
Tadi ada sorang kawan tanya, ada bentang paper tak this year....emm...belum lagi kot, tapi ada orang suruh bagi talk dekat Damansara bulan April ni....
Hahahah....itulah kerja akademik pun tak serius lagi, sampai cik abang tanya, apa perancangan akademik ? Memang lah ada nak tulis buku dan sebagainya, nampaknya kena fikir serius lagi lah ...mungkin gabung dengan student ....
Itu jer dulu, ada kerja lagi sambung di rumah pula...inilah wanita bekerja , tak pernah ada masa rehat...kepala pun sakit fikir benda yang tak tercapai lagi.....
Salam Hijrah
24 Februari 2011
Macam Macam Pagi
As Salam itukan nama Tuhan, kita tidak boleh meletakkan nama Tuhan tanpa "Abdu" bermakna hamba....
Jadi sesiapa yang ada nak letak nama anak ker, adik, abang, dan seumpamanya ...jika letak nama2 Allah perlu letak abd di depan contoh Abdul Salam, Abdul Aziz dan sebagainya.
oooo....ada saya baca facebook katanya Ust di dalam TV tu berkata orang sekarang ni tulis sms ker, atau tulis dalam blog macam saya ni ...suka tulis salam sahaja....katanya tak bagus sebab itu ayat untuk orang kafir dan apa ntah yang sekutu dengannya...
Saya amalkan salam ini bukan saja dalam blog atau sms tetapi ianya adalah cultural word atau perkataan yang sudah biasa di pakai di kalangan Arab Timur Tengah, mereka kalau jumpa just sebut salam sahaja...
Tetapi memang lah baik ditulis Assalamualaikum.....Oklah tak nak bahas banyak tentang ini, nanti ada seorang abuya akan komen dan buat kajian terhadap ini. Kita nanti kan saja jawapannya.
Oklah, pagi ni tak buat heavy breakfast pun just makan conrflake dan roti sapu jem air milo (suami saya air kosong saja cicah roti...zuhud)...:)
Lepas tu masuk dewan exam kejap tengok paper student hari ni....betul pun instinct saya....ada kesalahan teknikal, patutlah hati saya tak sedap dari minggu lepas....tetapi Alhamdulillah, atas kecekapan semua, maka mampu ditangani....cuma nampak tak profesional lah....tak per, buat penambahbaikan....
Lepas ni nak pergi tengok student practical di TASKI depan ni.
ooo...depan ni? Ada anak saya di dalamnya. MAcam mana tak nak bias ni...hihiihi
Pensyarah pergi menyelia pelajar yang anaknya ada di dalam sana....huhuhu...tak per profesional profesional...
Sekali pergi2 kawan anak cakap, HUsin mak Husin datang ...Husin balikkk....hihiihi...dan cikgu2 akan berkata, semua pelajar duduk kita nak baca ni....
Ok ...Last , sesiapa yang ada ikut blog saya selalu tentu tahu bahawa graf diri dan motivasi saya sekarang tak menentu, tapi yang bestnya saya banyak nampak jalan...
Bila kita ada masalah, satunya , kita memang kena selalu memberi @ belanja orang makan, semoga dengan itu setiap bala yang dekat2 nak kena kita akan dapat dihindari. Dan jika kita memberi lebih banyak kita terima , itu sudah PASTI.
Absolute state in Quran....i LUv Quran....
Whoever has will be given more, and he will have an abundance. Whoever does not have, even what he has will be taken from him. PERCEPTION & APPRECIATION go hand in hand, if you perceive you have, you appreciate what you have. If you perceive you do NOT have, you do not appreciate, and you lose sight of WHO ultimately supplies ALL your needs. Thank God for everything no matter what, it will break the power that things have over your life.
Saya terjemahkan: Sesiapa yang memberi (sedekah) akan bertambah ni'matnya. Sesiapa yang berkata tiada apa2, akan dikurangkan segalanya. Persepsi dan Penghargaan berjalan bergandingan, jika kamu merasa kamu ada sesuatu kamu akan bersyukur dan menghargai . Jika kamu merakan yang kamu tidak punya apa2 kamu lupa bahawa semua itu dari Allah. Berterima kasih kepada Allah tidak kira apa pun, DIALAH Allah yang akan memutuskan segala2nya dari mu dan kepada mu.....
OOOO...saya sangat insaf....terima kasih Tuhan atas ujian dan cubaan ini. Cuma saya masih lemah, hati saya lemah....
PS: Berapa banyak OOOO
03 Januari 2011
1.1.2011
Rindu rasanya nak update blog tapi apakan daya tak sempat kerana terlalu sibuk dan internet juga takde access.
Masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011....
Jumaat baru ni cuti kemenangan bola, tapi saya masih bekerja kerana hari Sabtu nya 1.1.2011 juga bekerja. Pelajar modular menghadapi peperiksaan akhir (Jadual tidak dapat diubah ke waktu yang lain, maka kami semua terpaksa berkorban kerja di tahun baharu).
Maka dalam sejarah hidup saya, yang selalunya 1.1. setiap tahun bercuti dan saya kebetulan hari lahirnya jatuh dalam tarikh tersebut perlu bekerja. Dan inilah pertama kali saya bekerja pada hari jadi saya. Ada yang kawan ingat dan ada juga yang saya masih menunggu ucapan mereka kepada saya sehingga hari ini.
Saya kini makin berdebar kerana sudah melangkah ke 30....kalau sebelum ini melangkah ke 20an , memang ada rasa lain macam juga. Masuk ke 30 an, perasaan takut semakin menebal, untuk menghadapi masa2 yang perlu ditempuhi. Dalam 30an , ini banyak impian yang masih tidak tercapai harus saya gapai dan kejar...moga saya memilikinya. Dunia Akhirat saya ingin berjaya .....dan saya akan FOKUS kepada Kejayaan. Mohon Allah bimbing segala tugas dan perkara yang saya lakukan.
Dan kini saya melangkah ke usia baru, mengira2 waktu untuk masuk ke kubur, bekalan2 yang ada untuk diri sendiri, siapkan untuk anak2...semuanya perlu diambil kira.....Memang banyak hijrah yang akan berlaku tidak lama lagi pada tahun ini, juga cita2 saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih baik demi meluaskan ilmu pengetahuan., iman dan kecintaan saya kepada Allah.
Moga anda juga mendapat hidup dan umur yang berkualiti.....
Salam Hijrah..........
23 Disember 2010
Perancangan Baru
ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)
SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga
fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?
10 November 2010
Tenang dan Bahagia
Setelah menunaikan Solat Zuhur (cuma tak sempat berjemaah), sebab menyiapkan soalan ujian pertengahan semester bagi empat matapelajaran (Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Statistik dan Metodologi Penyelidikan dan terus leka. Itu pun Solat dah lambat 30 minit.....(moga lebih sedar dan kurang lalai).

Nak berkongsi ketenangan dan kebahagian bila baca surah ini Surah az-Zumar ayat 6-10:
Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isteriya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan . Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Rabb kamu, Rabb yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan. (QS. 39:6)
Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain . Kemudian kepada Rabbmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada) mu. (QS. 39:7)
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Rabbnya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Dia memberikan ni'mat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang dia pernah berdo'a (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". (QS. 39:8)
(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (QS. 39:9)
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Rabbmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas. (QS. 39:10)
Ada beberapa ayat yang menjadi peringatan untuk kita sebagai hambaNYA....
Jadi, walau kita sesibuk mana pun tetap luangkan satu minit untuk baca Quran dan ambil pengajaran dari isinya....
Al-Quran itu hidup dan bila kita membacanya, hati kita juga akan hidup...
Bacalah....
Manusia dan Berubah
Perubahan dalam diri seseorang sebenarnya menunjukkan kepuasan dalam mencari hakikat diri manusia sebenar. Dalam mengharungi kehidupan kita sentiasa ingin berubah.Alhamdulillah, dengan cara berfikir yang lain dalam bentuk lain manusia itu akan berubah.
BUkan senang untuk berubah dengan keadaan kita yang sebelumnya. Manusia yang berasa selesa dengan kehidupan sekarang tidak akan berubah. Apabila kita berhijrah kerana Allah, manusia hanya akan menyerahkan seluruh hidupnya kerana Allah.
Di bawah ini saya sertakan satu susur jalur tentang
Beribadah kepada Allah -------> Taqwa ----------> Tawakal----->Yakin------>Penyelesaian Terhadap perkara yang diragui
Jika kita beribadah kepada Allah akan lahir sifat TAqwa iaitu takut akan Allah, dan kemudian dalam segala tugas dan kerja kita akan menyerahkan kepada Allah, kemudian akan lahir sifat Yakin dalam diri dan dengan bekalan keyakinan yang kita ada kita dapat menyelesaikan semua perkara yang kita anggap ragu .
Maka, Berubahlah untuk BERJAYA di dunia dan akhirat.
Sumber sini
PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.
Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.
Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Ketentuan.
Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.
“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.
“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.
Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.
“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.
“Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.
Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.
“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.
Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.
“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.
“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.
Kalau Kita 'Marah'
Hari ini Alhamdulillah kita masih diberi ni'mat untuk hidup dan meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Bayangkan kalau hari ini kita sudah berada di alam lain.....hemm, banyak lagi kerja tak siap. Maka, perlu diingat setiap hari kita perlu berdoa untuk memulakan hari-hari kita,
" Ya Allah , mulakan pagi ku ini dengan keberkatan dan limpahan kasihMU"
Kerja di dunia ini memang selalu tak habis, dan setiap tugasan dan tanggungjawab memang ada ujiannya.
Hari ini saya nak cerita tentang marah. Biasalah dalam kerja seharian kadang-kadang kita tak puas hati dengan orang atau kita rasa marah dengan seseorang. Nah, apa yang perlu kita lakukan.
Kalau dalam pengajian Tasawuf, marah ini disebut ghadab...Bahasa 'omputihnya' anger.
Kalau kita marah, automatik fikiran kita akan jadi negatif. Bila dah fikiran jadi negatif, muka kita jadi masam, kening dan dahi berkerut, kerja kita tak menentu, cakap dengan orang lain pun jadi marah. Ok, memang kadangkala kita fikir kita yang betul dan orang yang kita marah tu salah.
Tetapi kita harus ada Anger Management atau Pengurusan Marah.
MAcam mana nak urus kalau kita marah,
Dalam Islam juga mengajar kita mengawal keadaan ini,
Dalam Al-Quran, banyak ayat menyebut tentang sabar. "fasabrun jamil" Maka bersabar itu sangat indah.
Dalam ayat yang lain disebut, "maka dirikan solat dan ingat lah Aku" (maaf, tak ingat surah apa).
Maka, jika kita marah, kita harus bertenang,
Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu.
Umum mengetahui hadith Nabi tentang mengawal marah: Jika kita marah dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk, jika sedang duduk maka baringlah. Ini semua dilakukan adalah untuk memberi kita ketenangan dan mengalihkan kemarahan kita pada perkara yang lain.
Seperti yang disebutkan di atas tadi, jika kita marah kita akan penuhi fikiran kita dengan seribu satu perkara yang negatif, maka ion2 atau aura kita menjadi hitam dan negatif. Apa yang harus kita lakukan kredit untuk sini :
1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya.
3. Ambil wuduk.
Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.
4. Mandi.
Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.
5. Baca Al-Quran.
Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!
Nak tahu apa kaedah yang saya lakukan:
1. Ucapkan Alhamdulillah, kemudian fikir yang baik2 saja tentang orang yang kita marah itu.
2. Masih marah, luahkan pada seseorang (saya luah pada suami selalunya). Ini penting untuk elakkan kita sakit jantung. Atau luahkan pada orang yang anda marah itu, saya marah dengan anda tapi saya boleh berbaik dengan anda.
3. Ambil wuduk. Marah itu kan dari Syaitan dan Syaitan dari api. MAka padamkan api itu dengan wudu'.
4. Beli hadiah untuk orang yang kita marah ...hehehe...sebab kita nak bina ukhuwah yang baik dengan dia. YAng ini Syaitan yang akan marah balik sebab kita tak jadi gaduh dengan orang yang kita marah....
Apa lagi, padam muka Syaitan tuh,,,hahahaha
26 Oktober 2010
Angan-Anganku
Well kalau jadi kenyataan memang aku ucap Alhamdulillah.
Angan-angan ini aku dapat semalam semasa mengajar subjek "Penilaian Alternatif Pra Sekolah" untuk pelajar sijil pra sekolah di Kolej Dar Al-Hikmah.
Angan-angan ini juga terbangun dan terlintas apabila satu petang Cikgu Nor, guru tadika di TASKI ABIM anakku menghulurkan borang pendaftaran.
Cikgu Nor: Puan, ini borang pendaftaran baru dengan yurannya.
SAya: Eh, hari tu kan dah isi. (Sambil mata tengok jumlah yuran). Mahalnya cikgu yuran ni dekat RM600. Ada sedikit rundung di wajah ku dan berlegar2 kepala sambil nak tukar sekolah Husin dekat dengan rumah mak aku yang yurannya dalam RM300 lebih sahaja.
Cikgu NOr: Tak tahu lah Puan, sekarang ni pengurusan baru.
Saya: Hemm...
Bercakap tentang pendidikan Pra Sekolah ABIM. Memang ABIM adalah perintis pra sekolah agama dan boleh dikatakan agak berkualiti sistem pengajiannya (merujuk kepada perkembangan anak dan jirannya).
Tapi kalau dah mahal ni rasa macam menindas rakyat yang memerlukan pendidikan yang berkualiti tapi masih dalam basic harga yang agak berpatutan. Kalau gaji aku RM10000 sebulan takde masalahlah...dan aku pun tak membebel dalam blog ni. Satu lagi kesian dengan mak ayah budak2 lain yang mungkin anak2nya sekolah menengah dan sekolah rendah. Kalau anak sorang tak per juga....(Semua ni fikiran negatif..huhuhu...takper ini semua challenge , cabaran).
Antara yuran yang aku tak setuju,
Peralatan sekolah (beg, alatulis) = ini aku boleh beli sendiri yang harganya hanya RM20...sebab abang aku jual beg borong aku beli beg Ben10 baru RM15. Alatulis dan banyak kat rumah,
Aktiviti=RM40 (Kalau dia buat rombongan pun minta masa nak pergi rombongan lah, atau aktiviti apa pun aku tak tahu)
BUku Teks RM186 = Tak perlu mahal2 kot...macam tak releven jer...
BAnyak lah lagi aku rasa memang cekau darah ....yang mana sebelum ini yuran2 sampingan ni semua takde.
Aku dah cakap kat Husin kita sekolah kat rumah nenek, tapi dia kata nanti takde kawan. (Walaupun aku tahu tukar sekolah ini akan menganggu psikologi pembelajaran dia)....
Apa nak buat Husin, pendidikan sekarang tempat orang cari duit. Kalau diorang ni dengar Dato Siddiq Fadzil cakap ok sikit kot...tak perlu yurannya mahal tapi yang penting KUALITI.
Aku pernah didedahkan dengan satu pra sekolah yang memang bagus, budak2 dah hafal surah lazim....tak perlu buku teks sampai RM200....ajar saja anak2 ini jadi anak soleh....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>C. H. A.L.L.A.N.G.E......................
Berbalik kepada anagan2 ku, aku nak buka tadika yang yurannya sedang2 saja.
Medium bahasa , 3 Bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Pengurusan Tadika aku mempunyai contact yang baik dengan mak ayah. Kami akan melaporkan setiap perkembangan anak2 mereka melalui medium sosial (facebook) atau (email)....sebab mak ayah sekarang kerja dan mereka selalu terlepas melihat perkembangan anak2 mereka. Kalau cikgu boleh report dengan hantar portfolia itu kan bagus.....
Ha SALEHA, Ada Berani!....Aku berani apa....
I can Control MYSELF, MY DESIRE< MY AMBITIOUS....
Pray for me outside there...
SYUKUR DAN BERTAMBAH
Sedarkah kita bahawa di dalam Al-Quran Allah menyebut " Jika kamu bersyukur Aku akan tambah"
Maka, satu formula yang Tuhan ajar, jika kita dalam kesusahan dan kekurangan maka kita harus bersyukur. Dengan itu, yang berkurang akan bertambah dan yang tiada bisa diberi. Ini adalah satu konsep optimistik di dalam Islam untuk menghapuskan sikap pesimistik manusiawi.
Tuhan itu yang menciptakan kita makhlukNYA sudah pun tahu apa petua dan formula untuk kita. Hanya kita saja yang kadangkala lalai dan leka mencari apa yang kita inginkan. Manusia ini masalahnya hanya tahu mengadu dan mengeluh tentang apa yang dihadapinya. Mereka mengadu tentang hutang, keretakan hubungan dengan kawan-kawan, suami isteri dan sebagainya sehingga melupakan kuasa yang mereka ada. Kuasa yang boleh mengubah hidup mereka.
Tahukah anda semakin anda berbicara dan mengenang masalah maka akan bertambah lagi masalah yang lain. Hanya segelintir manusia sahaja yang menyedari hakikat ciptaan diri dan potensi terbaik yang kita ada.
We generally let our outside world control our inside world.
We have to reverse this. Our thoughts dictate what we attract!
We’ve got to let the inside world take charge of our outside world!
Kita sentiasa membiarkan orang lain yang di luar sana mengawal segala pergerakan dan perbuatan kita. Mulai dari hari ini kita harus berubah. Biar diri kita yang mengawal mereka di luar sana.
Di sini, saya ingin mengajak anda buat latihan dengan teknik yang mudah ini bagaimana mengajar anda berfikir dari kemelut fikiran negatif semasa ditimpa musibah. Saya juga bertatih mengaplikasikan teknik ini. Alhamdulillah memang menjadi. Kadangkala saya juga tersungkur, tetapi dengan bantuan kawan-kawan di sekililing yang juga ingin berfikiran POSITIF walaupun dalam emosi NEGATIF. Kami BERJAYA menghadapinya.
Saya bawa contoh kisah seorang JENAH. Dia adalah ibu tunggal kematian suami kepada 3 orang anak. Pekerjaannya hanya menuntut gaji yang hanya cukup-cukup makan atau normal di Lembah Klang RM2000. Jenah tidak gembira dengan pendapatan yang dia ada sekarang. Dia harus menanggung anak-anak yang masih bersekolah, harus membayar kereta, pinjaman rumah juga, menyimpan untuk pendidikan anak-anak. Tetapi walaupun dia bekerja keras namun pendapatannya tidak akan bertambah.
Kebanyakan dari kita akan focus kepada apa yang kita tidak ada. Betulkan? Tetapi masalahnya, jika kita mula ‘komplain’ tentang apa yang tidak cukup kita akan mendapat lagi banyak bil yang belum dilunaskan (alah, kalau kita fakir masalah hutang tiba2 ada lagi surat sampai suruh bayar itu dan ini, pernah kah anda begitu?)…Tentu sekali kan?
Kisah Jenah ni mungkin dia letak matlamat dia untuk keluar dari hutang . Nah sekarang hutang adalah perkara yang negatifkan? Jadi matlamat ini sudah salah, dia sudah meletakkan matlamat yang salah. Matlamat untuk menyelesaiakan hutang akan membuatkan anda sentiasa di dalam hidup yang berhutang. Percayalah cakap saya! Kita memikirkan hutang, hutang, hutang dan itu lah yang kita nak lagi.
MAKA…..
Pertama sekali, Jenah harus tukar matlamatnya. Matlamatnya bukan lagi
MENYELESAIKAN HUTANG
Tetapi…….
ABSOLUTE FINANCIAL FREEDOM / KEBEBASAN DI DALAM KEWANGAN
Lain kan bunyinya walau benda yang sama? Dan kita lebih fokus kepada positif.
Setiap pagi lepas solat Subuh, buat day dreaming atau angan-angan positif apa yang kita akan buat kalau kita ada kebebasan di dalam kewangan atau kita ada duit.
Kalau dalam kes Jenah tadi dia kena auto-correct fikiran negatifnya. Kalau sebelum ini dia berfikir:
HUtang ku amat banyak aku tak tahu nak buat apa?
Aku takde duit yang cukup untuk memenuhi kehendak dan keperluan diriku dan keluargaku.
Perlahan-lahan, Jenah mula membaiki pemikirannya:
Aku ada rumah dan anak-anak yang gembira. Aku mempunyai keluarga tercinta.
Aku ada pekerjaan yang baik dengan peluang aku boleh naik pangkat.
Aku sihat.
Aku tidak boleh rasa sangat teruk kerana ada orang lebih teruk dari ku. Ada orang yang tak punya rumah dan keluarga sejahtera.
Hutang aku akan dilangsaikan sekiranya aku mula menyimpan sedikit setiap bulan.
Aku bersyukur kerana aku ada pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang sederhana.
Aku amat suka mempunyai fikiran untuk menjadi kaya.
The current results you have in your life are based on your current belief.
Jadi, bermula lah untuk berubah dari sekarang….
Saya pun ingin berubah selagi hayat masih di kandung badan. Kalau dah berada dalam kubur semua tak sempat hanya menunggu amalan yang di bumi sahaja. Entahkan sampai entahkan tidak....
Moga amalan diberkati Allah.
28 September 2010
SOGR-Lesson 1
Entri ni panjang sangat....aku citer tentang kelas aku dengan guruku secara online. Kalau anda semua baca kena fokus sikit dan letakkan keimanan di peringkat tertinggi. Kalau setuju baca terus. Entri ni juga ada banyak lesson banyak siri, kalau aku rajin dan banyak masa aku postingkan kalau rasa tak perlu dan agak mim alif lam sin, aku tak posting....Silakan baca....
Sejak diri ni nak jadi kaya (macam Sosilawati Lawiya)...hehehe...takde lah macam tu, tapi target gaji RM10000 sebulan dah cukup....Ok kan? :)
Sentiasalah kena baca benda yang positif, attract dengan perkara2 positif. Hari ni aku kena kuliah tentang pelajaran pertama subjek Sains Untuk Menjadi Kaya (Science Of Getting Rich). Jadi, sebab jiwa ni memang jiwa mengajar semua nak diajarkan, maka aku kongsi benda ni dengan diri aku dan semua yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu yang berharga dalam diri masing2.
Yang aku tulis kat hangpa semua ni adalah apa yang guru ku ajar secara online tau...kalau hangpa semua ikut kelas dia ni kena bayar ribu-ribu tau....so, aku kongsi sikit2 kat hangpa (semua aku bagi ni bukan sikit2)....apsal aku cakap hangpa2 ni? ooo sebab aku baru lepas sms dengan student aku dari utara. hehehe
Mula2 cikgu aku cakap omputih macam ni:
Why Does Wealth Lie in the Hands of a Few – While Large Numbers of Humanity Remain in a Perpetual State of Poverty?
Tak faham: buka kamuslah...hemm, tu lah hangpa, aku dulu pun baca benda yang sikit macam ni hampir satu jam baru faham tapi sebab aku selalu kena marah dengan cikgu omputih aku maka aku boleh faham jugalah. Takperlah sebab nak kaut pahala aku tolong hangpa semua,
"Mengapa hanya beberapa orang saja yang kaya, sedangkan ramai lagi yang hidup miskin?"
Agak2 apa jawapannya? Mesti kita cakap sebab depa malas nak usaha, sebab yang kaya adalah kebetulan...dan macam2 lagi lah...tapi satu jer jawapan yang guru aku bagi....yang aku ajar hangpa semua semalam , apa dia ? LAW OF ATTRACTION
Guru aku cakap macam ni lagi (aku tolong terjemahkan).
But first Saleha, I want you to answer a question…(bagus kan guru aku sebut nama aku, jadi aku rasa aku ada connection dengan guru ku ini. Sebab aku rasa dia hormat aku dan hargai aku)
How Do YOU Feel About Wealth?
Agak2, apa jawapan anda....aku jawab wealth is abstract thing, different people having different answer, wealth is not specific to the money or anything tangible. In Islam, wealth can go to Iman or faith...that is real wealth!!
Hahaha, terbeliak mata guru aku ....tapi sebenarnya jawapan aku salah.
Patutnya aku kena jawab "i feel happy toward wealth".
Guru aku sebut, regarding ur statement, i not say it wrong but in this class i teach u how to make money..not how to make Iman...hehehe...alah guru, samo jo , nanti boleh juga diaplikasikan dalam konteks nak tambah Iman kan?
Kemudian dia tanya lagi: Are You Attracting or Resisting Wealth from Entering Your Life?
Do You Need The Science of Getting Rich in Your Life?
Aku jawab YESSSS
Meh cuba jawab soalan kat bawah pulak (Dalam kelas ni mmg banyak soalan sebab dia suruh kita koreksi diri dan tak kasi kita tidur dalam kelas)...:)
Saya selalu mengharapkan yang banyak dalam hidup saya
I desire more abundance in my life.
Saya suka dapat gaji lebih banyak dari sekarang
I’d like to be earning a far greater income.
Saya ingin menyediakan semua keperluan dan kelengkapan untuk keluarga saya
I want to provide more for my family.
Kadangkala saya risau tentang duit
I sometimes worry about money.
I work hard, but don’t see the income I desire.
Saya bekerja keras, tetapi tidak nampak gaji yang saya inginkan
There are many things in life I want, but cannot afford.
Banyak dalam hidup ni yang saya inginkan tetapi saya tak berupaya untuk memilikinya.
Without my current job, I have no other streams of income.
Tanpa pekerjaan sekarang, saya tidak ada gaji yang lain
Sekarang bayangkan jika...
Bayangkan jika anda kemudian boleh menggunakan fikiran anda untuk mewujudkan keputusan-keputusan - tanpa ragu-ragu - kerana itu jelas di mana anda perlu dan apa yang harus anda lakukan.
Bbayangkan jika anda boleh menjadikan hidup ini adalah mimpi anda.
Bayangkan beribu kehidupan mendapat faedah daripada ciptaan baru anda seperti buku, perniagaan, lukisan dan sebagainya
Bayangkan anda Bayangkan membuka ruang pekerjaan, mengubah hidup, mencipta produk yang menguntungkan kemanusiaan.
Bayangkan anda menjadi cahaya bersinar - pembawa kebijaksanaan dan pencerahan kepada komuniti anda.
Bagaimana akan menguntungkan keluarga anda? Siapa yang akan anda pengaruhi?
SEMUA INI BUKAN HANYA KERANA DUIT TETAPI BAGAIMANA ANDA MENJADI DIRI ANDA YANG SEBENAR!
Aku sudah mula mendapat aura2 baru dan semakin diri aku segar untuk maju dan berjaya!
Guru bercerita lagi tentang ilmu yang dia dapat sekarang adalah hasil dari sebuah buku ringkas yang nipis sahaja ditulis oleh Wallace D. Wattles pada tahun 1910 bertajuk “Science of Getting Rich”.
Antara yang guruku sampaikan :
1. Ada tenaga universal dari mana segala sesuatu dilakukan. Tenaga ini mengisi seluruh alam semesta.
2. Apabila anda berfikir tentang sesuatu, perkara itu akan bertukar menjadi tenaga ini, dan anda benar-benar menjadikan apa yang anda fikirkan.
3. Manusia memiliki kemampuan untuk membuat sebuah fikiran dan menyebabkan subjek pemikiran yang akan dibuat dalam bidang ini Universal Tenaga.
4.Untuk mengaktifkan kemampuan ini, kita harus belajar untuk memanfaatkan fikiran kreatif kita. Biasanya, kita berfungsi dengan fikiran kompetitif kami. Tetapi untuk mencipta hal-hal dengan fikiran, kita perlu mengaktifkan fikiran kreatif.
5.Kita boleh berada di dalam ketenangan melalui tenaga Universal ini dengan sentiasa menghargai dan bersyukur dan melalui tindakan mengungkapkan rasa terima kasih. Syukur menyatukan fikiran kita dengan tenaga Universal ini.
6.Untuk mengungkapkan sesuatu yang nyata dan baru, gambarkan perkara tersebut di dalam fikiran anda. Dan mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan perkara tersebut kepada anda. Untuk mencapai kekayaan, menerapkan prinsip yang sama - mempunyai gambaran bahawa anda seorang yang kaya dan anda berharap untuk mencapai. Lalu mengungkapkan rasa syukur bahawa kekayaan ini datang kepada anda. Anda mesti YAKIN yang kuat dan sentiasa berSYUKUR.
7.Semua yang anda masukkan dalam gambaran mental Anda akan datang kepada anda melalui dunia fizikal - contohnya tiba-tiba anda dapat peluang untuk buat satu bisnes.
8.Untuk menjadi kaya, anda harus aktif. Anda perlu melakukan semua yang boleh anda lakukan setiap hari untuk membuat gambaran ini menjadi kenyataan. Terutama berusaha untuk memberikan kepada orang lain sesuatu yang bernilai lebih besar daripada apa yang mereka beri.
9.Mereka yang mengamalkan panduan ini akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka terima akan berada dalam bidang kuasa.

Lepas tu dia tanya lagi:
Tell me Saleha – Who are you. Really?
Aku terkesima nak jawab.
Guru jawab lah....
Renung ke dalam diri anda dan kamu akan dapati yang kamu ini dibuat dari molekul. Renung lagi, molekul terdiri dari atom. Pergi lebih jauh- atom terdiri dari proton, neuron dan elektron- semuanya adalah asas dalam sebuah kosmik (alam).
Tetapi kalau kamu renung selangkah lagi, semua ini bergerak kerana adanya tenaga.
Semuanya terdiri dari Universal Tenaga ini. Termasuk anda.
Saintis Steve Grand menulis sebagai berikut:
Cuba kamu fikirkan tentang satu pengalaman kamu semasa kecil. Sesuatu yang kamu fikir dan dapat ingat dengan jelas, contoh bercuti dengan keluarga ke tempat yang paling menyeronokkan. Sesuatu yang kamu boleh lihat, rasa, hidu seolah-olah kamu berada di situ. Kamu akan merasakan kamu betul2 berada semasa alam kecil kamu?
You Saleha, are energy in physical form. Or, to use a spiritual concept – you are a soul within a physical body – a particle of God.
Macam betul jer guru aku ni! Dah masuk konsep Tuhan pulak!
Lupakan tentang definisi Tuhan menurut agama. Fikirkan Tuhan sebagai sebuah kekuatan Universal yang merangkumi semua. Tenaga yang membentuk alam semesta. Sebuah batu mungkin kelihatan seperti seketul batu. Tapi di dalamnya adalah triliunan zarah subatom mendesing tentang dan penuh dengan tenaga. Batu itu adalah tenaga murni dan gerakan - soliditas itu dan keheningan adalah murni ilusi.
Jika semuanya terdiri daripada tenaga, dan tenaga ini adalah apa yang kita sebut Tuhan, atau Kesedaran Tinggi - maka anda adalah sebahagian dari Tuhan. Seperti batu, setiap binatang, pokok, setiap planet berputar setiap bintang yang jauh.
Kamu juga adalah tenaga yang asli tetapi dengan satu kelainan. Kamu sedar tentang kewujudan diri kamu. Kesedaran diri ni apabila diarah membolehkan anda untuk menentukan apa pengalaman yang anda pilih untuk dibawa ke dunia anda sendiri.
Jika kamu fikirkan tentang sesuatu kamu sedang mencipta ia untuk disalurkan ke alam realiti. Thoughts are things! dan apa saja yang kamu fikirkan baik atau buruk kamu cipta dalam alam realiti kamu sendiri.
We all work with one infinite power. We all guide ourselves by the same law. That one law is the Law of Attraction. That which you think about – you attract into your life.
Undang-Undang penarikan ini sentiasa bergerak dan bekerja. Kamu tidak boleh lari darinya. Kamu sedang menarik segala sesuatu dalam hidup kamu, kamu seperti magnet. Apabila kamu faham tentang undang-undang ini kamu faham tentang rahsia ini. Dan sekarang kamu pilih apa yang kamu inginkan dalam hidup ini.
We become what we think about!
Sekarang tanya diri kamu, apa yang kamu selalu fikirkan?
Maka di sini timbulnya masalah. Seperti manusia lain, fikiran kamu selalu fikirkan tentang risau, takut dan apa yang kamu kurang...(betul guru).
Di dalam buku The Science of Getting Rich, Wallace berkata, “Kamu mempunyai kuasa yang semulajadi untuk berfikir apa yang kamu ingin fikir.
Apabila kamu memikirkan sesuatu yang sedang melanda kamu atau apa yang kamu lihat di sekeliling kamu, perkara itu akan membebankan kamu. MAka cuba lah berfikir tentang perkara yang bukan masalah dan fikirkan juga renungkan masalah itu sudah tiada.
Maka...
Fikir tentang jalan keluar dan keputusan yang akan berlaku sekarang adalah lebih BAIK dari membebankan diri dengan masalah.
Jika kamu fikir HUTANG BANYAK dan itu yang kamu tarik -maka HUTANG SEMAKIN BANYAK
Risau tentang kesihatan dan itu yang kamu fikir - maka kamu SEMAKIN BERTAMBAH SAKIT.
Kamu lihat, kerana pemikiran sahaja dan sentiasa mengawal setiap keputusan kita. Kita perlu FOKUS dan fikir tentang keputusan yang akan kita ni'mati dan dapat
( … we need to be completely focused on – and be thinking about – DIFFERENT results than what we currently HAVE!)
Maka, dari saat ini lari dari perangkap realiti sekarang yang membelenggu dan
CIPTA MASA DEPAN YANG LEBIH BARU DAN LEBIH BAIK
Stay tuned for the next lesson Saleha. We’re in for an exciting journey.
Saya jawab: it is my pleasure guur, I love and passionate waiting for it!
27 September 2010
The Science Of Getting Rich
Kalau masa sekolah rendah dulu, matlamat untuk berjaya adalah dapat UPSR 4A dan SPRA (Sijil Peperiksaan Rendah Agama) 90%. Lepas tu dapat masuk asrama penuh atau pun masuk sekolah agama .
Masa sekolah menengah pula bercita-cita untuk dapat PMR bagus tapi tak nak tukar sekolah dan SPM pula dapat bagus sebab nak masuk U....
Bila dah masuk U pula, nak dapat pointer yang bagus dan dengan pointer bagus dapat kerja bagus.
Bila dah habis belajar pula bercita-cita untuk ini dan itu....
Akhirnya manusia itu mmg perlu bercita-cita dan bermatlamat, tetapi matlamat yang utama memang Quran dah ajar, Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar...berjaya di dunia Akhirat...bukan saya kejayaan yang kita cari di dunia tetapi di Akhirat...
Contohnya, tadi bercita2 lepas dapat kerja nak kahwin (ok, kahwin tu adalah ibadah dan memang kalau isteri nak dapat suami yang baik, soleh dapat memandu diri ke jalan yang diredhai Allah)...ok, kalau anda semua dah bercita2 macam tu anda dah cba seiringkan dunia dan akhirat.
Maksudnya, apa yang kita buat, semuanya kena berlandaskan Akhirat. Baru kita berada di dalam kejayaan yang sebenar-benarnya.
Ini ada formula untuk menjadi Kaya...Ini adalah VCD ceramah dari pakar2 motivasi barat , Michael Beckwith, Bob Proctor dan Jackcanfield. Mereka cerita tentang formula untuk menjadi kaya atau formula untuk berjaya.
Saya pun kadang-kala keliru juga dalam matlamat sendiri...tetapi bila saya fikirkan, manusia itu selalunya GAGAL kalau BANYAK ALASAN dan SUKA SALAH ORANG LAIN.
Di sini saya nak kongsi dengan pembaca beberapa formula yang diajar:
Struggle, Struggle, Struggle Never Leads
To A Happy Ending

For as long as they keep talking about it, they are going to attract it.
Kalau kita sentiasa cakap tentang perkara tersebut, kita akan sentiasa mendekati perkara tersebut.
Macam saya dulu, nak beli satu jenis kereta. Hari2 saya bercakap tentang kereta tersebut akhirnya saya dapat benda tersebut. Sama juga kalau awak cakap "aku seorang yang gagal, aku bodoh, susah aku nak berjaya" ...ha, itu lah yang awak akan JADI.
Semuanya dalam kuasa minda kita.
ENGKAU MENJADI APA YANG KAU FIKIRKAN...
You can be successful too!
You don’t have to be a ‘Donald Trump’ to be one of life’s rising stars – and I’m not talking about the hair! Normal people like you and me just want the best for our family and to live a happy, comfortable life.
Or perhaps you’re more ambitious than that?
It doesn’t matter how big or small your ambitions are, the best (the only) way to get there is to embrace goal setting and implement an Action Plan built around your own personal goals. Find out HOW to set goals.
Remember that people with goals succeed, and people who succeed have goals.