Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
Memaparkan catatan dengan label IBUBAPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBUBAPA. Papar semua catatan

07 November 2010

Dialog Keibubapaan

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca HIKMAH

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas berbincang dan menghubungi Dr Mariani , akhirnya kami berjaya dapatkan beliau sebagai speaker bagi mengendalikan program separuh hari anjuran Al-Hikmah Training and Concultancy. Terima kasih juga pada beliau yang sudi menerima jemputan kami walaupun pada tarikh berkenaan ibu beliau akan kembali dari Mekah. Terima kasih banyak Dr.

Program yang kami mula-mula sasarkan untuk 400 orang terpaksa dihadkan peserta kerana kaedah pengendalian yang akan dibawa oleh Dr Mariani agak lain dari yang lain. Topik-topik di dalam dialog ini juga adalah hasil idea beliau sendiri.

Saya percaya bahawa program ini tentu berjaya menarik perhatian peserta dengan telatah dan cara Dr Mariani mengendalikan sesi itu nanti.

Maka ingat lah untuk menghadirkan diri anda bersama pasangan untuk menambah ilmu keibubapaan.

Kita tidak akan berjaya sebagai IBUBAPA hanya dengan pengalaman TETAPI kita akan berjaya sebagai IBUBAPA beserta juga berpengetahuan.

MInta tolong pengunjung untuk war-warkan kepada ibubapa yang lain ya.
Jumpa di sana!

30 September 2010

Doa dan Insaf

Aku pernah berdepan dengan seseorang yang mengkritik anak kecil bermain:

"Aku tengok budak ni suka menjahanamkan benda"

Aku katakan padanya, kanak-kanak itu bukan menjahanamkan tetapi dia adalah kreatif. Kita harus fikir positif terhadap kanak-kanak itu. Otak dan akal juga hatinya masih bersih tidak seperti kita yang sudah kotor dan hitam.

Syeikh Kadir Jailani mengajarkan kepada kita:

"Jika bertemu anak kecil ucapkanlah: Anak ini belum bermaksiat kepada Allah , sedangkan diriku sudah banyak bermaksiat kepadaNYA. tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Salam Insaf