Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini
Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php
HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)
24 Jun 2010
Saya Tahu
21 Jun 2010
Markah dan Clues UNP
Minta maaf kerana tak dapat bersama dalam minggu2 terakhir. Apapun saya berdoa dan berharap yang terbaik dari anda semua. Di sini saya beri sedikit bayangan untuk dibaca dan yang akan 'come up' dalam peperiksaan akhir nanti. Untuk kebaikan dan kesenangan anda semua.
Ada 3 Bahagian A (isi tempat kosong), Bahagian B (esei panjang), Bahagian C (Statistik).
Bahagian A : ada 10 soalan isi tempat kosong dan jawapan telah diberi
Bahagian B: 6 soalan esei hanya jawab 3 sahaja. Soalan seperti di dalam buku teks. Saja just random dari situ sahaja.
Antara tajuknya:
-ujian minat kerjaya
-ujian personaliti
-kebolehpercayaan
-kesahan
-Pembinaan soalan & Jenis2 soalan
-Ujian psikologi
Bahagian C:
1 soalan statistik seperti dalam midterm hari tu. Cuma mudah sikit, tapi awas ada perangkap!....
Markah
Tugasan nota=15%
Tugasan Inventori =15%
Midterm=30%
Jumlah =60%
1. 0807 1974
13
X
16
= 29
2. 0807 1978
14
12
18
= 34
3. 0807 1983
14
14
19
= 47
4. 0807 1984
14
13
16
= 43
5. 0807 1986
13
X
22
= 35
6. 0807 2023
13
13
28
= 54
7. 0601 1390
X
X
X
=X
8. 0807 2041
13
11
11
= 35
10. 0901 2046
13
13
24
= 50
11. 0901 2053
13
12
15
= 40
12. 0901 2087
X X X X
13. 0901 2093
X
17
30
= 47
14. 0901 2120
12
X
11
= 23
15. 0907 2116
13
12
25
= 50
16. 0901 2124
12
11
20
= 43
17. 0907 2127
12
X
19
=31
SELAMAT BERJAYA
17 Jun 2010
Nanti Dulu
Banyak kerja dah siap , tapi datang ofis semula tambah kerja lagi......
NAk jadi suri rumah , malas pulak .....(iklan jer)
Any update akan saya post dalam blog lepas siapkan soalan exam pelajar dan update markah.
Kepada pelajar UJIAN PENGUKURAN dan PENGANTAR PSIKOLOGI , saya akan update markah semua dalam blog ni, just need ur waiting and be patience....
LUV U ALL, GUD LUCKSS FOR ALL OF YOU!
08 Jun 2010
Bola VS................?
Tahun 2007 aku agak fanatik pada Brazil, yang lain tak minat sebab cuba tak nak westernize kan diri aku, dan dah mmg tabiat aku tak suka sokong apa yang orang ramai suka...kononnya tak nak terikut2.....
Tahun 2000 tengok bola malam2 jer kat TV Mahallat Aminah di UIA. Tahun 2007 aku tonton di rumah saja. Kalahkan laki aku , aku yang berjaga malam. Aku hanya berjaga kalau team Brazil main. Kalau team lain takdelah nak tengok sangat.
So demam bola muncul lagi. Selalu juga aku dengar kalau kat tempat kerja orang datang lambat sebab bangun lambat tengok bola. Arg semua itu musim barangkali , kalau lambat pun nak berdalih bos pun agak2 dah boleh tahu.
Fikir2 semua orang boleh berjaga nak tengok piala dunia. Tapi sebelum tu cuba untuk solat Tahajud dua rakaat dulu sebelum menonton Piala Dunia. Sekurang-kurangnya terasa juga ada hubungan dengan Tuhan dan kedamaian tahajud diperolehi.
Rasullulah s.a.w yang bersabda;
“Wahai manusia, banyakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”
Orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.
Orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.
Jadi, sebelum tonton Piala Dunia kerjayakan solat sunat dua rakaat dulu. Kalau kita lupa jaga hubungan kita dengan Allah bagaimana kita ingin menjaga hubungan kita sesama manusia , hubungan suami dengan isteri , hubungan majikan dan pekerja, hubungan ibu bapa dengan anak2 dan selainnya, maka hubungan dengan Allah sama2 kita jaga juga.
Untuk pelajar2 tersayang tak kira pelajar tua atau muda, jangan lupa final exam dah dekat jangan lalai lagi. Berusaha yang terbaik.
Nah , jangan lupa juga Piala Dunia ini mainan zionis juga dan jangan lupa sekarang ni zionis sedang memunggar kejatian muslim2 kita di Gaza....maka nya jangan taksub dengan piala dunia sangat.
Tonton Piala Dunia sebelum itu solat tahajud doakan umat Islam di Gaza dan seluruhnya.....
Tabiat
Anak2 Alhamdulillah sudah labuhkan hari mereka dan akan membuka langkah baru esok.
Semput2 dan hingusan selsema yang leleh , akhirnya tidur juga mereka. Hari ini mama beli mainan millionaire dan baling dadu papannya roket. Saja mama beli nampak murah dan mmg dah berhajat nak beli. Nak ajar Si abang Husin nombor dan cabaran....ada lah yang Husin menang dan ada Husin kalah ....adat bertanding mmg begitu.
Dalam sudut taqwa kepada Allah juga begitu, tapi kita tidak bertanding sesama manusia lain tapi kita bertanding nafsu yang baik dan nafsu yang buruk , siapa yang menang. Kalau kita kuat nafsu buruk akan kalah dan nafsu yang baik menang. Maka bertambah Iman! Dengan bekalan Iman akan memakmurkan diri dan ruh. Maka setiap perkara baik akan dilakukan dan yang buruk akan ditinggal dan dijauhkan.
Bagaimana ingin bertambah Iman setiap hari? Hari ini ada ke amalan yang dapat menambah Iman? Entahlah yer....
Malam ni rasa seperti 6 tahun yang lepas. Sewaktu jejak mama merindu sang tunang pulang untuk diijabkabulkan setelah 4 tahun ditinggalkan. Sekarang rasa itu kembali lagi dan perasaan yang hampir sama menemani lewat malam ini. Kali ini bukan aku saja merindu tetapi dengan bertemankan anak2 yang empat orang. Mereka tidak tunjuk tanda2 rindu, atau anak2 yang kecil ini merindu tapi pandai mereka berlagak kuat. Sungguh bagus mereka ini. Dan bagaimana si anak2 kecil melempiaskan rindu mereka?
Jarang sekali di rumah memetik keyboard menulis sesuatu untuk dipostingkan di dalam blog. Malam ini, ada laptop sepupu minta tolong disimpankan , maka gunakan sebaik mungkin. Artikel yang diberi masih belum disiapkan. Soalan peperiksaan akhir juga baru separuh jalan. Tunggu pulang dari Majlis kahwin Adik baru ingin dilunaskan semua kerja2 yang seminggu sudah bertangguh.
Apapun malam makin lewat, dan aku harus menunggu lagi......sambil mengharap kejutan dan yang terbaik akan terjadi.
Sambil itu berdoa agar Allah beri kekuatan dan pertolongan kepada umat Islam yang ditindas. Baik di Palestin, Filipina, Somalia dan di mana saja. Apapun mmg tangan kuffar amat zalim hanya tunggu kekuatan pejuang Islam akan kembali dan berani untuk bertempur. Dengar2 dari kawan wartawan Utusan, Iran sedang menghantar askarnya untuk berlawan dengan laknatullah Israel.....
Apa lagi kita Umat Islam , Ayuh Bangkit Dari Mimpi .............
04 Jun 2010
Malam tadi
Zahra pun begitu, terpejam kemudian terjaga terpejam dan terjaga.....tiba-tiba dia bangun dan mengambil handphone ku dan memberi kepada ku sambil menyebut abah, abah.....kesian pulak tengok anak2 mencari abah.
Husin juga merindu tapi sebab dia dah temankan abah ke airport jadi dia dah tahu abah pergi tempat jauh naik kapal terbang. Hasan pula cakap "abah naik helikopter nyer"!!!
Haura macam biasa tetap maintain, cuma bangunnya diganggu kakak dan abang yang bingit2 bising di dalam bilik. Takde lah pulak aku nak marah....biarkan lah mereka.....
Ternyata kehilangan sesuatu adalah ni'mat yang ditarik dan mungkin juga suatu sebab untuk seseorang belajar sampai ketahap makam sabar.
"Rasa Kehilangan hanya akan ada…Jika kita pernah merasa memilikinya"
Sesungguhnya apa yang kita punya dan apa yang kita ada di sisi harus dan wajib kita jagai dan kasihi. Seorang ayah misalnya mempunyai anak2 dan isteri yang sering saja bekerja, berhobi, ber apa saja sehingga lupakan anak dan isteri di rumah adalah contoh mereka yang memiliki keluarga tetapi tidak mampu dan tidak endah kan mereka, Sayang memang sayang tapi tidak cukup hanya punya perasaan sayang tapi tidak ditunjuk. Kita ibarat Firaun yang memilki sesuatu tetapi jauh untuk berterima kasih. Nanti bila Tuhan tarik nanti mendapat laknat pulak. Maka , apa yang kita miliki seperti wang, isteri, suami , anak , ibubapa, adik, kakak , abang , kawan-kawan, kerja dan sebagainya adalah hanya ni'mat yang sementara. Di dalam kitab sering dijelaskan bahwa semua itu hanya barang titipan, akan diambil bila-bila masa sahaja.
Dalam lagu Pocahontas "colors of the wind"....."you think you own whatever land you land on. The earth is just a dead thing you can claim"….
Atau dalam puisi Kahlil Gibran: "Anakmu bukan milikmu, mereka adalah putra-putri sang hidup yang rindu pada diri sendiri. Lewat engkau mereka lahir, namun tidak dari engkau. Mereka ada padamu, tapi bukan hakmu". Sekali lagi benar, tidak ada satupun dari yang kita miliki sekarang yang sebenar-benarnya adalah milik kita.
Namun tetap, kita hanya manusia. Manusia…jika dia tidak merasa memilikinya maka dia tidak akan pernah mempertahankannya. Manusia, jika tidak merasa memilikinya maka dia tidak akan lagi merasa rindu oleh karenanya.
Saya teringat satu blog yang menulis :
Mungkin itulah sebabnya ada peribahasa "beribadahlah engkau seakan-akan ini hari terakhirmu hidup di dunia. Dan bekerjalah engkau seolah-olah kau akan hidup selamanya". Logikanya kalau kita mencintai hidup, maka berjuanglah untuk hidup. Tapi jangan lupa, nak…kau isi hidup itu dengan sebaik-baiknya karena sewaktu-waktu bolehlah sang pemilik hidup serta waktu memintamu kembali dan mempertanggung jawabkan kesempatan yang sudah diberikan padamu. Rumit?!, memang….Mari kita buat lebih mudah. Semua yang ada di dunia, baik yang hidup maupun yang mati tujuannya adalah untuk beribadah kepada Allah. Senyum, bercinta, melahirkan, semuanya adalah ibadah. Jadi jika kita ingin dianggap wujud, maka mau tidak mau kita harus selalu menyatakan bahwa kita ADA. Oleh karenanya mari-mari kita berusaha beribadah sebaik-baiknya, hasil akhir serahkan saja pada Tuhan.
Maka biar Tuhan tahu bahwa kita salah satu hambanya yang selalu bersyukur.
Rasa tidak puas, rindu, dan rasa kehilangan hanya muncul saat harapan kita tidak terpenuhi.Saat hal-hal yang dititipkan pada kita, diambil lagi oleh pemiliknya. Lalu apakah sebutan bagi usaha kita menanti saat-saat ajaib itu? "SABAR dan IKHLAS",
Namun memang demikianlah adanya. Saya pun berharap rasa rindu ini, rasa kehilangan ini, dapat terbayar lunas. Dengan penuh rasa hormat, manusia bersabar, ikhlas, dan setia kerana mempunyai harapan, begitulah seterusnya. Benang merah harapan, usaha, sabar, dan ikhlas selalu memutar roda kehidupan. Tapi kita juga harus tahu, sabar disini adalah sesuai kemampuan. Sebagai contoh: kalau kita tidak boleh bersabar atas kekasaran suami atau pasangan, kenapa pula semua itu harus dipertahankan. Jangan sampai kesabaran yang tidak masuk akal membuat hidup kita sia-sia. Namun tetap pilihan ada di tangan masing-masing kita. Sekali mengambil keputusan jangan pernah merasa menyesal karenanya….
Menunggu mesti ada keputusannya sehingga akhir. Menunggu sampai batas waktu yang telah ditetapkan, berharap rasa kehilangan yang menghimpit ini dapat segera diatasi. Saya pun masih berusaha.
Dan saya sedang menunggu......
03 Jun 2010
20 Jamadil Akhir
Apapun sebenarnya mmg banyak perkara terjadi di kolej, di rumah , family dan sebagainya ....semuanya ada perkembangan . Ada yang baik dan yang buruk ....apapun semuanya ujian nak tengok samada kita ni manusia yang kuat atau sebaliknya.
Jadual setiap minggu agak padat dengan kelas separuh masa dan aktiviti-aktiviti keluarga (termasuk perkahwinan adik ipar). Tapi Alhamdulillah minggu ni tak jadi program yang dirancangkan. Ada salah faham di peringkat sebelah pihak , kononnya nak buat kursus kahwin tapi ada salah faham pihak JAIS dengan pentadbiran yang lain. Memang rasa marah, geram dan sebagainya tapi bila difikirkan sabtu ahad ni untuk anak2 mungkin. Sebab ayahnya pun takde Sabtu Ahad ni. Terbang jauh ke Arab sana, ada banyak hal perlu diselesaikan dan amat penting. Pergi nya pulak 20 Jamadil Akhir sempena anniversary kami yang ke 6.
Dah enam tahun kawin rupanya.
Apapun, di sini saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada suami saya yang tahan dengan perangai saya, emosi saya dan kerenah saya. Dia adalah putera yang dikirimkan untuk saya. Terima Kasih Tuhan ......