Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

09 Februari 2011

Berjaya Like

Salam semuanya...

Gembira nya tak terhingga saya hari ini,

1. Dah ada jiran yang sanggup jaga anak saya dan dengan kata lain maid half day....
2. Masak sup cendawan kegemaran sya, tak payah cari di pIzza Hut lagi , cuma nak cari garlic bread pula,
3. Dapat jaga dan luang masa dengan anak2 dua hari full (terpaksa ambik cuti)
dan semasa cuti tahun arnab baru ni
4. Saya dah pandai buat status like di blog saya ni.....sukeee sekali.....

Dah dua hari saya search di Web sebenarnya, tapi web itu semua bahasa indonesia dan saya kurang faham , akhirnya bertemu dengan web ini, dan sya testing2 dua tiga kali.....dan saya pandai jugeee....

Alhamdulillah.....

Minta juga suami saya ajar, tapi dia kurang minat dan membiarkan saya mandiri lagi sekali.....hihihi

Ok, hari pun dah malam....esok saya akan bekerja.

Doa saya anak2 saya sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa....

Walaupun saya bukan suri rumahtangga sepenuh masa....namun anak2 saya masih boleh makan dan minum dari air tangan suami dan saya juga......
Kerana kami ingin memegang hati2 anak2 kami supaya mereka dekat dengan kami dan hadirnya kami dan mereka bersama2 mendekatkan diri pada Tuhan.

Saya tidak kisah orang kata suri rumah lagi bagus dari wanita bekerja, itu semuanya perkara yang menjadi pro dan cons yang tak mampu kita sanggah....macam tajuk berdebat....semuanya ada pro dan cons masing2.....

Apa yang penting ???? KERJASAMA!!!!

Kalau kita suri rumahtangga sepenuh masa tetapi suami tidak membantu tugas kita di rumah , bagaimana? Hanya tahu menghabiskan hobi sendiri, anak2 dan isteri terbiar di rumah, nah, nanti cukup tahun dapat bonus bawa jalan (itu sudah dikira mengalas tanggungjawab)

sama juga

Kalau kita wanita bekerja tetapi tetap mengabai tugas di rumah itu kan sama juga cacatnya.....

ada idea...sangat di harapkan.....

Anak2, tahu kah kalian , menjadi IBU satu pekerjaan yang sangat mulia, Gajinya sangat besar di sisi Allah dan Rasul....hampir diri sendiri tidak terjaga....

Indahnya Peranan Ibu itu.....!

Terima kasih Ibu dan Ayah ku!

Belajar status like facebook

Salam

Testing2, tengah buat status facebook like di blog ni ...

Cuba2 dalam 2 jam lebih tak tahu apa hasilnya....

05 Februari 2011

Lost World Of Tambun

Salam semua....

Selamat bercuti juga...
Nampaknya 4 hari atau ada yang lebih bercuti ni ada yang pulang ke kampung dan mungkin juga merancang percutian.

So, cuti kali ni adik beradik suami ajak pergi jalan2....suami dan adiknya merancang2 untuk bercuti ke Gambang dan Tambun.....akhirnya Lost World of Tambun dipilih sebegai percutian balik hari dan tidak tidur di sana......

Alhamdulillah, dari tahap kepuasan bercuti dan tak ada apa2 buruk yang berlaku kami beri rating 80% terhadap percutian kami kali ini....

Lost World of Tambun terletak berdekatan Ipoh ......Pusat rekreasi Sunway seperti juga di Sunway Lagoon, A famosa Melaka.....dan Gambang Waterworld...

Budak2 yang ukuran ketinggian 9cm ke atas perlu bayar RM35 dan dewasa RM38 semua boleh gunakan bukan saja mandi air, boleh masuk zoo dan semualah....cuma nak main yang macam ala2 funfair kenakan token RM2 untuk 1 token....

Alhamdulillah, anak2 main dengan riang rianya selama 3 jam lebih bersama2 sepupu, anak2 buah dan seorang pelajar saya ...hihiihi

Cuma , makanan yang kami bawa sebenarnya tak boleh bawa masuk tapi Syukur pada Tuhan kami terlepas, hanya 1 botol air dan roti tak boleh masuk...yang lain2 lepas, coklat, snack, sardin dan air mineral......itu semua tak boleh masuk ok....diorang suh kita beli kat dalam tu...punya mahallah kan.....nasi goreng tak de rasa RM7, air2 mmg ikut harga pelancongan RM3 -RM5 1 botol......

Kat sini mmg sakit mata lah tgk orang sexy2....tapi kalau kat SUnway Lagoon lagi sakit mata....kat sini tahan mata sikit lah....Nauzubillah!

Lepas tu dalam pukul 6 ptg, telefn sini sana untuk tanya tempat makan yang happening, mula2 tepon Ustzh Shila dia suh pergi Mee Rebus Ramli Ipoh....tanyalah jalan, kemudian telefon sepupu saya Zamrah pulak....dia kata kat sebelah Tambun ada Ikan BAkar dan StemBot.....dah pergi situ tapi macam tak ada orang makan .....mungkin sebab dah Maghrib....kemudian tepon Ustzh Shila dan Zamrah tanya Mee Rbus Ramli....

Siap tunjuk direction call mereka berdua selang seli dan akhirnya sampai....punya ramai orang kat situ....MEMANG SEDAPPPPPP!!!! Mee Rebus, Chicken Chop, Nasi Ayam, Lamb Chop....

akhirnya sampai rumah pukul 1 pagi......

Alhamdulillah

02 Februari 2011

Berjuang Demi Insan Lain

Salam semuanya,

Alhamdulillah petang tadi sepatutnya jadual agak packed....
Nasib baik satu agenda tak jadi....

Hopefully ada hasil mgu depan. Mgu depan rasa macam sibuk sikit sebab nak buat kelas tambahan untuk student dalam jabatan sains sosial yang agak lemah dalam pembelajaran sem tiga ni. Jadi nak bagi kelas tuition ataupun buat discussion dengan pelajar bagi subject yang tak berapa faham.

Sem ni kalau boleh nk pantau pelajar2 yang agak bermsalah dan kurang disiplin dalam kelas dan pembelajaran.

Petang tadi dapat juga bawa pelajar Kemboja ke Putrajaya berjalan2 sambil makan angin (ohh, bukan makan angin kami makan di sebuah Restoran yer)....

Pelajar lain nanti dulu, tunggu turn jerlah....bawa mereka dulu kesian terkurung jer kat kolej. Kalau ada pelajar lain yang ada masa terluang, sudi2 lah bawa mereka ni masa cuti...kesian pelajar Thailand, Kemboja, Brunei, dan Sabah Sarawak....bila cuti lama2 mereka yang duduk asrama ni sunyo sepi .....dan kita harus memahami perasaaan mereka.

Ingat kan jadualnya esok, tapi suami dan keluarganya ada agenda lain yang perlu dipatuhi (sayakan isteri yang solehah).....

Bila umur makin meningkat ni , dah tak rasa apa2 untuk diri.....semuanya memikirkan orang lain dan kebahagiaan orang lain....

Sebab itu biar saya penat, biar saya buat dua tiga kali kerja....biar saya letih dan lesu....tapi saya cekalkan juga, pandu minda saya agar badan saya ok dan terus berjuang untuk manusia lain....

Saya berjuang dengan cara saya sendiri....

~Untuk pelajar saya di WInfield dan OUM Serdang Raya .....Hapy Chinese New Year....

Tak Sempat

Salam

Ada orang cakap kat saya, awak ni tamaklah semuanya nak....
Saya cakap awak pernah tak jumpa orang yang macam saya (atau personality mereka macam saya). Kami nak buat semua kerana kami bukan tamak tapi kami enthusiasm, adventure, hardworking.
Hello......kalau saya ni gaji sebulan RMceos corporate company i will be like this, kalau bapa saya pentioner corporate atau seperti Bukhari saya tak macam ni....

But , i born to win this challenge...i not seek it for me but for other...i know other (tak payah tunjuk detail other to siapa)

people say i dream too much, too many ideas.... so many things i want to do...... all i have to say is LET ME DO IT..if you cant and wont support me then..... just you know, keep quiet..... dont bring me down and trample on my spirit...coz if you do, knowing me ill just get back up again.....

kata2 warna di atas meminjam kalimah anak murid sya (bakal) yang berkongsi rasa yang sama....sebab dia, maka saya pun macam marah2 dalam fb dan blog..hihihi

Huhh...sebab tu saya kata orang disekeliling kita membentuk personaliti kita, nampaknya saya kena cari orang2 yang agak slow sikit....arghhhh but i cant.

* I luv teach who in line of lifelong learning there are unique in my eyes.....
for all graduated KDH , wish u gud lucks...and the moment we have together cant get back...but still our deed at past will be charge soon...
* Alamak , saman tak bayar lagi...Ya Allah kurniakan aku rezeki tak disangka2 untuk bayar saman ni...

01 Februari 2011

Demonstrasi

Semalam tulisan di blog saya ada bau-bau kemarahan , begitu juga dengan facebook saya.

Tapi sebenarnya bukan marah sangat lah (walaupun marah) sebab hanya membantu kawan yang takde facebook meluahkan perasaannya . Tapi takde lah sampai nak berdemonstrasi seperti di Timur Tengah.

Dahsyat sungguh orang Arab kali ni. Baguslah....harap2 ada perubahan ke arah kebaikan.
Cuma takut2 juga sebab banduan pun dah lari dari penjara maka ramailah, anak2 gadis diperkosa, barang2 dicuri dirompak dan sebagainya. Nauzubillah....Selamatkan mereka semua!

Semua orang demonstrasi minta pemimpin yang dah lama sangat pegang takhta suruh mereka letak jawatan . Sebelum ni kan Presiden Tunisia kalah bertanding yang memerintah Tunisia lama sangat lebih lama dari Tun Mahathir. Lepas tu Mesir, YAman, Jordan...semuanya dapat bersatu dan macam ada aura suruh tukar kerajaan.

Untuk kaki demonstrasi memang lah bila anda buat demo akan ada perubahan kot tapi kesian juga dengan kaum ibu yang mengandung yang hampir lahirkan anak, kanak-kanak kecil, orang2 tua....berilah hak pada mereka juga dan jangan lupakan mereka sambil hati anda panas berkobar2.

Saya doakan semuanya dalam keadaan yang baik dan bermula lah REFORMASI ISLAM yang SYUMUL yang sudah lama dilupakan dan diabaikan.

segala berita terkini anda boleh baca di Internet...search saja....

Semoga aman dan selamat segalanya.

Janji Tuhan memang benar, yang Bathil akan lenyap dan yang Benar akan zahir

Krisis Timur Tengah

Assalamualaikum semua.

Kepada pelajar yang sepatutnya menghantar projek akhir semalam sila hantar cepat2 sikit yer....yang masih pulun cepat2 pulun, dah lama dah bagi tempoh untuk siapkan.

Mungkin anda semua sedang mengikuti perkembangan krisis di Timur Tengah. Malam ini ABIM, WADAH dan PKPIM akan mengadakan forum Krisis Timur TEngah jam 8.30 malam ini . Jika ada yang berkelapangan sila lah hadir untuk mengetahui perkembangan di sana.

Kesian juga dengan kawan2 di Mesir. Klik
sini untuk mengetahui setiap perkembangan dari kawan-kawan di sana.

Doakan agar semua mereka dan bukan saja rakyat Malaysia yang terselamat. Semua yang lemah dan teraniaya diberikan kemudahan.
Kat bahagian bawah blog ni ada saya attachkan surat dari pelajar Msia yang menceritakan keadaan sebenar di sana walaupun hari tu Husni Mubarak kata takde apa2 yang berlaku di Mesir. Saya rasa dengan adanya perkara ini dapatlah Husni Mubarak jatuh takhta dan harap orang yang baik dan tak bersekongkol dengan Yahudi Israel lagi demi menyelamatkan umat Islam.

Dulu masa kat UIA pernah ambil kos sejarah tajuk sejarah timur tengah, sebab nak tahu sangat pasal Palestin dan perkembangan negara2 Arab yang tak reti nak bersatu ni , sebab apa.....Mesir ni penubuhan negara dia banyak ditolong oleh Amerika dan Israel. Diorang ada hutang dulu dan perjanjian mereka memang berat sebelah tu yang Husni Mubarak terpaksa tunduk pada mereka.


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia Sumber klik sini