Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

25 November 2009

PENGORBANAN


ر ربنا يتقبل اعمالنا واعمالكم وجعلنا من الصالحين بمناسبة عيد الاضحى المبارك اهديكم هدية الذكريات...................


Allah adalah Nur..terlalu terang Dia, sehingga dihadirkan para nabi, wali dan orang2 suci untukmenapisnya, agar kita yang sangat kotor dan gelap ini mampu menerimanya..


Kita memang setitik air yang asing..doa adalah antara usaha kita untuk menyatukan titik2 diri bersama laut para orang suci..kerana mereka memang adalah manusia telah bergabung bersama samudera Tuhan....terima kasih Tuhan!


Kalau Nabi Ibrahim isytiharkan untuk sembelih anaknya Ismail as pada zaman kita sekarang ni, agaknya pasti Ibrahim akan ditangkap polis..dan dituduh gila..ertinya memang kepatuhan pada syariat memerlukan kondisi iman yang sangat tebal..


SELAMAT MENYAMBUT RAYA KORBAN!


Korban saya kali nie, saya tak balik kampung suami. Kami berkorban berjauhan lah tak sambut raya bersama, sedih gak, tapi nak buat camna?....

Alhabib Islamic Greeting Card

24 November 2009

Saja jer....


Seminar yang dianjurkan itu di harap dapat merangsang ghairah keintelektualan dan meningkatkan komitmen perjuangan melaksanakan amanah dalam pembinaan generasi ulul albab .
Turut hadir Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, Md Fuada Bahari , Pengarah Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-7 , Saleha Idris dan penasihat SPTI-7 Ahmad bin Mohd Said.
Sementara itu, Saleha pula berkata, tema seminar 'membina generasi ilmuwan ulul albab' merupakan rumusan model manusia sempurna yang paling layak menanggung peranan cendikiawan dalam mendidik umat.
Menurutnya terdapat enam belas kriteria Ulu’l Albab yang diringkaskan kepada tiga ciri iaitu kualiti ilmu, kualiti amal jihadiyyah dan kualiti iman.
"Diharapkan menerusi wacana seminar ini dapat memberi pencerahan tentang hakikat sebenar generasi Ulu’l Albab, generasi yang diharapkan dapat mengundang rahmat buat sekalian alam. Namun bukan setakat itu sahaja, kita mengharapkan agar segala pemahaman dan pencerahan yang diperolehi itu dijelmakan ke dalam tindakan-tindakan yang dilandasi keikhlasan dan semangat yang istiqamah" katanya.

22 November 2009

Ucapan Pealajar Anugerah Citra Cendekia

Ucapan ini telah berjaya menitiskan air mata ramai orang di dalam dewan konvo tempoh hari, hinggakan air mata Dato Presiden berjaya ditumpahkan. Berikut adalah ucapan pelajar Anugerah Citra Cendekia sempena Konvokesyen Kali ke 18.


Salam...

Alhamdulillah.......

Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dimuliakan Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman dan ahli-ahli lembaga pengarah, yang berbahagia ayahanda Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, presiden Kolej Dar al-Hikmah, yang berbahagia saudara Muhd. Razak Idris, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ahli-ahli lembaga pengelola, yang berusaha Tn. Hj. Md. Fuad Bahari, ketua eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, dif-dif kehormat, para pensyarah, rakan-rakan garaduan yang diraikan, ibubapa seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.


Pertama sekali, marilah kita bersama-sama merafa’kan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat kasih sayangNya serta keizinanNya, kita dapat berhimpun di dalam dewan ini bagi menyempurnakan dan menyerikan majlis konvokesyen Kolej Dar al-Hikmah kali yang ke 18. Semoga Allah memberkati dan merahmati majlis ini sehingga keakhirnya.amin...


Tidak ada kata yang dapat mengambarkan perasaan gembira saya dan saya pasti begitu juga dengan rakan-rakan lain. Hari ini kami diraikan dengan penuh meriah. Saya sungguh teruja...

Cuma apa yang boleh diungkapkan hanyalah ucapan terima kasih yang tidak terhingga sebagai tanda penghargaan yang tulus daripada kami untuk semua.


Setinggi-tinggi penghargaan diberikan khususnya buat ayahanda kami, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang menerima kami semua seadanya dan banyak memberi nasihat, teguran, dorongan dan yang lebih manis lagi, saya dan kami semua dapat merasakan kasih sayang beliau kerana beliau mudah dan sering bersama dengan kami semua.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pensyarah kami yang disayangi dan dihormati, kerana telah bertungkus lumus mencurahkan ilmunya kepada kami selama ini hinggalah kesaat ini. Apa yang kami harapkan, semoga segala kesalahan yang kami telah lakukan dapat dimaafkan dan yang paling penting sekali, halalkan ilmu yang telah kami pelajari, agar kami semua dapat mengamalkannya di dalam kehidupan ini. insyAllah.. semoga pengorbanan dan keikhlasan kalian mendapat keredhan dari Allah SWT.


Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada kedua-dua ayah dan ibu kami, keluarga kami, saudara kami serta rakan-rakan yang tidak pernah berhenti dari mendoakan dan memberikan galakan dan dorongan untuk kami terus berusaha mencari dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.


Penghargaan istimewa untuk kedua ayah dan ibu saya, Tadiap bin Liging dan Sinom binti Dualas yang mendidik, membesar dan sentiasa mendoakan kejayaan bagi saya dan keluarga. Walaupun hari ini ayah dan ibu tidak dapat hadir ke majlis ini, saya berharap ayah dan ibu mengetahui bahawa saya amat menyayangi, mencintai dan menghormati kalian berdua. Dan saya sentiasa berdoa semoga Allah SWT melembutkan hati ayah dan ibu untuk menerima hidayah Islam yang suci ini.


Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah dan ibu angkat saya di atas segala pertolongan, dorongan yang diberikan dan juga sudi hadir pada hari ini untuk meraikan saya dan rakan-rakan yang lain. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat balasan yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.


Kepada rakan-rakan. Anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Setelah beberapa tahun ini bertungkus lumus mentela’ah pelajaran, bersama-sama menghadapai pelbagai cabaran dan dugaan, dan ada ketikanya kita terpaksa mendapatkan tenaga tambahan daripada sebungkus meggie. Namun itu semua tidak menghalang kita untuk terus berusaha dan pada hari ini anda telah buktikan anda semua boleh berjaya, kita semua telah berjaya.


Walaubagaimanapun, perjuangan kita belum selesai, perjuangan kita tidak terhenti di sini sahaja. Kejayaan pada hari ini, perlu dijadikan sebagai batu lonjatan dan pemangkin kepada kita untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang. Cuma satu yang kita perlu ingat, kejayaan yang utama lagi hakiki adalah apabila kita mendapat redha dari Allah SWT dunia akhirat..


Akhir sekali, sekali lagi saya mewakili semua rakan-rakan yang bergaraduat pada hari ini dengan ikhlasnya mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua. Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian.


Sebelum saya menutup ucapan ini, terimalah sedikit kata-kata terakhir daripada saya. Semoga ia sentiasa menyedarkan kita dan memberikan suntikan semangat kepada kita untuk terus berjuang.


Hiduplah dalam Keimanan,

Berjuang tegakkan kebenaran,

kecil tidak semestinya lemah,

andai kita sedarkan diri..


Assalamualaikum....

18 November 2009

1811

Hari ini 18/11.....


Jika 18/11/2005 pada pukul 6.00 pagi seorang ibu melangkah masuk ke bilik yang pertama kali dirasai.....rasa macam nak masuk dewan exam pun ada...berdebar2 dan sebagainya.....pertarungan pada hari itu adalah antara dirinya dan Allah sahaja.....

Kumat kamit mulut , hati dan fikiran hanya pada Allah....sesekali bercambah juga pada emak dan suami tersayang.....kalau mereka ada di sisi di waktu ini.....ingat macam masuk kubur jer....


Setiap jam dirasakan amat sakit sekali , macam nak mati pun ada....pukul 11.00 pagi tanpa menjamu apa2 dari pukul 6 pagi tadi hanya minum air yang dibekalkan dan sedikit kurma ...ibu menahan kesakitan, ditambah pula aircond yang tidak dipasang, hanya mengharapkan jururawat praktikal tolong kipas pakai suratkhabar ......dipanggilnya doktor untuk membedah sahaja dirinya ....biar hilang kesengsaraan yang tak mampu dipikul.....tapi doktor tu kata ....sekarang awak tak sakit tapi awak akan tanggung sakit selama-lamanya....mana awak nak?...jawapan tak jadilah doktor....


Fasa seterusnya , dah pukul 1.30 petang, rasa sakit dah takde ....ibu itu terbaring senyap di atas katil...jururawat datang tanya ada masalah tak, dia menjawab takde...ada rasa sakit2 tak ...ibu kata dah satu jam rasa biasa jer tak macam sebelum nie...


Doktor pun tengok baby dah keluar tapi tak rasa sakit....dia kata panggil doktor sekarang, kepala baby dah nampak....staf-staf kata doktor takde meeting.....ah! siap.....ibu dah warning doktor awal2 tak nak doktor laki yang sambut.....(alhamdulillah hari tu takde doktor laki bertugas)....

Dipanggilnya jururawat senior (namanya kak normah) yang mmg berpengalaman dalam baby delivery......


Ibu mmg rasa tak sakit masa nak keluarkan baby....




Kedengaran Kak Norma menjerit " Allahu Akbar" besarnya baby......








Tapi dia tengok biasa2 jer, takdela besar sangat macam jururawat cakap.....keluar saja baby hilang rasa kesakitan yang dialami selama 8 jam dalam labor room tadi.....







Selepas diberi kolostrum...semua jururawat di hospital mendokong baby dan menjaja " big baby dalam rekod , no operation, first delivery"....


Datang jururawat tadi kata , cuba teka berapa berat anak awak? Dia menjawab sambil tidak bertenaga...3.8 kg...jururawat kata 4.45kg dekat 4.5kg....besar anak awak ni....(dia menyedari anaknya lebih besar dari baby lain semasa berada di wad bersalin dengan baby lain....yer anak aku paling besar dari baby lain....so my baby is CHAMPION).....


Hari ini baby itu berusia 4 tahun , dia melangkah ke alam yang lebih kanak-kanak dan bukan baby seperti dulu.....walaupun dia keluar dengan kepayahan....tapi dia adalah anak yang paling mudah dijaga dan tak banyak masalah....dia sangat fleksibel dan faham kata2 mama dan abah....






SELAMAT HARI JADI HUSIN SYIRAZI....MAMA LUV U











* cerita di atas sekadar berkongsi dengan yang lain , hargailah ibu yang melahirkan kita dengan 10001 kepayahan.....

10 November 2009

SOALAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN-MODULAR

Soalan 1 - Ahmad Rizal
Kamu telah ditugaskan di dalam organisasi tempatan untuk meningkatkan mutu produktiviti pekerja-pekerja di dalam syarikat tersebut. Dengan menggunakan salah satu atau dua teori pembelajaran di dalam kelas, tulis satu kertas cadangan kepada pengurus sumber manusia tentang kaedah yang akan digunakan. Terangkan wajarnya anda menggunakan kaedah tersebut.

Soalan 2 – Faisal Situmorang
“KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.” (Yunus: 4)

Dengan menggunakan kombinasi teori yang anda pelajari, terangkan bagaimana kamu boleh menggalakkan anak anda mempelajari tentang ganjaran dan hukuman di dalam Islam.

Soalan 3-Nofriwaldi
Terangkan tentang jadual peneguhan a)jadual masa tetap dan b)jadual masa berubah. Pada pendapat anda, jadual manakah yang lebih berkesan untuk seorang pensyarah dalam memastikan pelajarnya sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Soalan 4-Kumala Manda Sari
Ahmad seorang kanak-kanak berusia 4 tahun. Selepas pulang berhari raya dari kampung neneknya, Ahmad menunjukkan sikap yang agresif terhadap kawan-kawan sebaya dengannya seperti menunjukkan penumbuk jika bergaduh dengan kawan-kawannya dan bercakap perkataan yang tidak baik.
Huraikan satu contoh bagaimana ibubapa Ahmad boleh mengaplikasikan empat proses pembelajaran peniruan Bandura dalam membentuk peribadi mulia Ahmad.

Soalan 5-Hafizah
Huraikan eksperimen Watson dengan little Albert dalam bentuk rajah dan perkaitan rangsangan tak terlazim, rangsangan terlazim, gerak balas terlazim dan gerak balas tak terlazim. Berikan satu contoh bagaimana guru boleh melazimkan tingkah laku positif seperti membuang sampah ke dalam bakul sampah menggunakan kaedah Watson.

Soalan 6-Hj Abdullah
Terangkan maksud hukuman positif dan hukuman negatif. Nyatakan kebaikan dan keburukan kedua-dua konsep tersebut mengikut pandangan Islam dalam mengajar disiplin terhadap kanak-kanak sekolah rendah.


Soalan 7-Ramlan
Nyatakan peranan pelaziman operan dan pelaziman klasik di dalam proses pembelajaran pemerhatian .

Soalan 8-Zunaizah
Ali adalah seorang pelajar yang mempunyai komsep diri yang rendah. Mengikut teori Carl Rogers semua manusia boleh mencapai konsep diri yang tinggi dengan adanya pencapaian kendiri. Sebagai seorang guru kepada Ali bagaimana anda ingin memberi keyakinan kepada Ali untuk membina konsep diri yang baik berdasarkan konsep-konsep yang terdapat di dalam teori Carl Rogers.

05 November 2009

Pesan Buat Zahra'



Zahra'....

Titipan manja dan senyum mu


selalu membuat hati mama meruntun


merindui senyum dan gelak tawa mu
Kaulah bidadari di mata mama
Walaupun mama sibuk dengan kehidupan seharian
kadangkala waktu senggang juga tidak sempat memandikan mu,
menyuap nasi di mulut mu

namun,
setiap langkah dan tindak mama
semuanya adalah doa-doa untukmu
agar kau membesar
dengan IMAN dan TAQWA
subur dalam hati dan diri mu

Jadilah mawar setajam durinya
bentengnya Iman
menguatkan dirimu
Ingatlah bidadariku
Benda kotor bersihkan saja
Benda yang hitam kau putihkan
Dunia masa depan
tak tahu apa dugaan
Doa mama
kau adalah srikandi
kuat jiwa penuh Iman

Secantik nama mu
Zahra' Shiriny
hiasan dan penyejuk
hati mama dan abah

refleksi dirimu ke arah kebaikan dan kesempurnaan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
PERTAMA DI DUNIA TUHAN
MOGA HIDUP MU MENDAPAT KEBERKATAN




Hari jadi anak ke-3 tidak dapat disambut dengan kek dan jamuan kerana mama sibuk dengan seminar 31-10-09. Esoknya sibuk kelas modular dan esoknya dengan KOnvokesyen. Ingat nak sambut minggu depannya , abah pulak sibuk . Minta maaf Zahra'! Cadangnya kita sambut dengan hari jadi abang Husin yer sayang !







04 November 2009

SEKITAR KONVOKESYEN KDH KE-18

Gambar2 ini adalah yang saya dapat dari Ust Rosilawati dan yang dikirim oleh Pn Sarah.




Pn Sarah dan Fathiyah bergambar bersama Dato Presiden KDH

Bersama Ani yang saya sayang

Bersama Pn Sarah yang banyak celoteh dan pelajar cemerlang di mata saya


Bersama Pn Azizah selaku pengarah yang kecil cili api








Bersama student Kemboja (di tengah adalah Yan MAry pelajar terbaik perakuanan, di hujung Sariah) Kedua2nya menyambung pengajian di UIA





Bersama Tn Hj ATAH, bapa angkat budak2 Kemboja.








KONVOKESYEN KE-18

Sebelum saya nak cerita tentang KONVO mari kita beramai2 menghadiahkan Al-Fatihah kepada pelajar modular Mohd NAzir bin Osman atas kepulangan ayahnya ke Rahmatullah baru2 ini. Semoga Nazir diberi ketabahan dan ayahnya mendapat naungan orang2 yang soleh.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>











Syabas dan Tahniah kepada graduan KDH kali ke-18......




Semoga amanat yang didapati dalam konvo oleh Dato Presiden baru2 ini menjadi bekalan dalam mengharungi kehidupan seterusnya.



Sudut peribadinya, Konvo kali ini banyak membuat air mata saya jatuh. Tapi mmg konvo di UIA pun saya nangis dan sebak. Semasa degree sebak sebab dah habiskan belajar dan akan keluar menghadapi masyarakat. Masa Master sedih tengok suami dan anak2 meraikan saya. Dan tangisan semasa itu adalah tangisan Syukur kerana walau punya suami dan anak2 saya tetap dapat menyelesaikan Master. Dan saya amat berterima kasih pada mak ayah saya. mak pun mengucup dahi saya selepas saya keluar dari dewan. Saya menangis lagi, walau pun mak bukan seperti ibu2 yang lain (tak pandai membaca dan dia tidak educated ) tapi saya tahu mak berbangga dengan saya. Walaupun hingga kini saya masih tidak dapat membalas jasa mereka, namun apa yang saya lakukan selama ini hanya untuk mereka. Atas apa saja kekurangan saya memohon maaf pada mak dan ayah (Sebak lagi.....)



Sambung cerita KDH......



Masuk dalam Dewan buka buku cenderamata konvo dan baca nama2 BEST STUDENT terus jadi sebak, mana tak nya memikirkan BEST2 STUDENT semua ada cerita sedih dan pilu masing2....Tahniah pada mereka semua!
ISMAIL TADIAP
ALIF ABDULLAH
YAN MARY
RAJA FAIRUZ
FATHIYAH
MATLIN


Ismail, Alif , Matlin adalah tiga muallaf dari Sabah yang memeluk Islam kemudian mengambil Diploma Syariah, Usuluddin dan Sijil Pra sekolah.

Paling sedih masa Ismail baca teks ucapan sebagai pelajar keseluruhan. Kandungan teks yang mengucapkan terima kasih pada Dato Presiden berjaya menitiskan airmata Ayahanda Presiden.
Dan " walaupun ibu dan ayah tiada di sini, tapi tabur bakti dan jasa mereka tidak saya lupa, saya mendoakan moga Allah melembutkan hati mak ayah untuk menerima hidayah Allah",
amat menyedihkan sekali.



Saya samapai dua tisu habis , itu tak kira orang lain dalam dewan yang turut sebak dan menitiskan air mata. Semoga mereka mendapat limpah Inayah Allah.

Sebagai Muslim yang sejak lahir , kita mmg selalu lupa akan ni'mat yang Tuhan beri. Apatah Ni'mat Tuhan selalu diingati bila ianya sudah tiada. Apa yang ada di depan mata jarang kita sayangi dan syukuri. Bila dah tiada baru nak tangisi.



Konvo kali ini juga memberi kesan pada saya kerana ramai pelajar yang bergraduat kali ini adalah pelajar yang rapat dan amat baik pada saya.

Faiz Fansury
Azim
Farhan
Gustina
Hidayah Akmal
Faezah Mokhdir
Pn Sarah
Zamri
Ramadhan
Ani Azira
Fathiyah & Sakirah En Ayub Hussin





dan ramai lagi.......mereka semua adalah yang terbaik di hati saya. Mereka amat menghormati saya sebagai pendidik, banyak berkongsi cerita (bukan pelajar yang lalu di hadapan lecturer tapi tak tahu bagi salam, macam ada dendam).....mereka adalah yang amat baik. Pada saya mereka pelajar yang TERBAIK pernah saya miliki. Saya doakan kalian semua berjaya!



Pada Pn Sarah, harungilah cabaran dengan penuh kepintaran. Saya teringat ada orang kata pada Puan Sarah, kalau dia terbaik mesti dah dapat pelajar cemerlang. Saya kata pelajar cemerlang adalah definisi atau gagasan yang kita sendiri makna kan. Adakah dengan kata pelajar terbaik perlu menang semua trofi yang ditawarkan. Pada saya yang sudah dengar cakap saya, bersopan dan menghormati , dan penuh 1001 sifat mahmudah dialah pelajar cemerlang dan terbaik. Puan Sarah dengan penuh kepayahan yang ditempuhi , berjaya juga menamatkan pengajian. Itulah yang termanis di KDH dan dia merasakan hikmahnya belajar di KDH.

Pada semua selamat berjaya!



Di bawah adalah ucapan2 yang saya terima melalui sms:

Matlin: Terima kasih puan, jasa semua pensyarah kami takkan lupa untuk selamanya.


Zamri : Berat rasa hati untuk meninggalkan pensyarah2 yang banyak mendidik. Ukhuwah kami dengan kalian bukan sekdar murid dan guru bahkan seperti seorang teman dikala berjauhan dari keluarga.


Hidayah :Terima kasih atas pengorbanan yang diberi.


Fansury: Through the hard and easy, through goods and bads , the laugh and heartache, we finally made it....i dedicate this diploma to the ones who made it all come true .


farhan : You're the best in our life.

(Tahniah farhan dapat kerja di TM . walauoun tak dapat naik pentas konvo bersama tapi awak ada khabar yang lebih gembira, dapat kerja)....


Ismail Tadiap: InsyaAllah , apa yang kami pelajari di KDH akan terjemah kepada masyarakat.


faezah mokhdir :salam.. moga pn. chat dan bhg disampg keluarga yg tercinta serta mendapat rahmat drpd ALLAH S.W.T..tahniah di ats usaha pn. dan warga kolj yg bertgkus-lumus menjayakan mjls konvo ke-18. syabas dan tahniah sekali lg!! terima kasih diats jasa baik puan dan pensyarah2 lain terutama pensyarah psikologi dan yg lain2.moga ALLAH mbls jasa baik kalian semua. amin...halalkan segala ilmu yg dicurahkan dan doakan smg sya menjadi seorg insan yg berbakti kpd agm, bangsa dan ngr. terima kasih tdak terhingga.. sampaikan salam syg dan rindu sya kpd 1. Pn. Azizah2. Tn. Hj. Munaim3. Ustzh Khalida4. Pn.. Nafrulniza5. Ustz Zuljalaludin6. Ustz Amin jutaan kemaafan ingin sya mohon jika ada kesalahan bahs dan tutur kata serta tgkah laku yg menguris perasaan pn. dan pensyarah smua. sekian, wassalam


Gustina:salam puan.....puan terima kasih byk2 kerana telah mndidik sy...terima kasih jg kerana sabar melayan karenah sy dan kwn2 dr kami mula2 masuk ke KDH hgge skg sy tlh tgglkn KDH..puan js puan tak akn sy lupakn.....halalkan semua ilmu yang telah puan berikn pd sy..byk kenangan sy dn kwn2 dgn puan dan kebyknnye yg manis2 dn tak mgkin sy lupakan....sdh rsnye nk berpisah dgn puan...TERIMA KASIH PUAN SALEHA BINTI IDRIS!!!!sayang puan....ikhlas dr sy Gustina sari binti Muksir


Kepada semua , gerakkanlah ALUMNI KDH, tetap jalinkan ukhuwah dan bantulah kolej seadanya ini agar menjadi yang lebih terbaik di hati rakyat.