Soalan 1 - Ahmad Rizal
Kamu telah ditugaskan di dalam organisasi tempatan untuk meningkatkan mutu produktiviti pekerja-pekerja di dalam syarikat tersebut. Dengan menggunakan salah satu atau dua teori pembelajaran di dalam kelas, tulis satu kertas cadangan kepada pengurus sumber manusia tentang kaedah yang akan digunakan. Terangkan wajarnya anda menggunakan kaedah tersebut.
Soalan 2 – Faisal Situmorang
“KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.” (Yunus: 4)
Dengan menggunakan kombinasi teori yang anda pelajari, terangkan bagaimana kamu boleh menggalakkan anak anda mempelajari tentang ganjaran dan hukuman di dalam Islam.
Soalan 3-Nofriwaldi
Terangkan tentang jadual peneguhan a)jadual masa tetap dan b)jadual masa berubah. Pada pendapat anda, jadual manakah yang lebih berkesan untuk seorang pensyarah dalam memastikan pelajarnya sentiasa mengulangkaji pelajaran.
Soalan 4-Kumala Manda Sari
Ahmad seorang kanak-kanak berusia 4 tahun. Selepas pulang berhari raya dari kampung neneknya, Ahmad menunjukkan sikap yang agresif terhadap kawan-kawan sebaya dengannya seperti menunjukkan penumbuk jika bergaduh dengan kawan-kawannya dan bercakap perkataan yang tidak baik.
Huraikan satu contoh bagaimana ibubapa Ahmad boleh mengaplikasikan empat proses pembelajaran peniruan Bandura dalam membentuk peribadi mulia Ahmad.
Soalan 5-Hafizah
Huraikan eksperimen Watson dengan little Albert dalam bentuk rajah dan perkaitan rangsangan tak terlazim, rangsangan terlazim, gerak balas terlazim dan gerak balas tak terlazim. Berikan satu contoh bagaimana guru boleh melazimkan tingkah laku positif seperti membuang sampah ke dalam bakul sampah menggunakan kaedah Watson.
Soalan 6-Hj Abdullah
Terangkan maksud hukuman positif dan hukuman negatif. Nyatakan kebaikan dan keburukan kedua-dua konsep tersebut mengikut pandangan Islam dalam mengajar disiplin terhadap kanak-kanak sekolah rendah.
Soalan 7-Ramlan
Nyatakan peranan pelaziman operan dan pelaziman klasik di dalam proses pembelajaran pemerhatian .
Soalan 8-Zunaizah
Ali adalah seorang pelajar yang mempunyai komsep diri yang rendah. Mengikut teori Carl Rogers semua manusia boleh mencapai konsep diri yang tinggi dengan adanya pencapaian kendiri. Sebagai seorang guru kepada Ali bagaimana anda ingin memberi keyakinan kepada Ali untuk membina konsep diri yang baik berdasarkan konsep-konsep yang terdapat di dalam teori Carl Rogers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan