Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

22 November 2009

Ucapan Pealajar Anugerah Citra Cendekia

Ucapan ini telah berjaya menitiskan air mata ramai orang di dalam dewan konvo tempoh hari, hinggakan air mata Dato Presiden berjaya ditumpahkan. Berikut adalah ucapan pelajar Anugerah Citra Cendekia sempena Konvokesyen Kali ke 18.


Salam...

Alhamdulillah.......

Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang dimuliakan Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman dan ahli-ahli lembaga pengarah, yang berbahagia ayahanda Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, presiden Kolej Dar al-Hikmah, yang berbahagia saudara Muhd. Razak Idris, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ahli-ahli lembaga pengelola, yang berusaha Tn. Hj. Md. Fuad Bahari, ketua eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, dif-dif kehormat, para pensyarah, rakan-rakan garaduan yang diraikan, ibubapa seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.


Pertama sekali, marilah kita bersama-sama merafa’kan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat kasih sayangNya serta keizinanNya, kita dapat berhimpun di dalam dewan ini bagi menyempurnakan dan menyerikan majlis konvokesyen Kolej Dar al-Hikmah kali yang ke 18. Semoga Allah memberkati dan merahmati majlis ini sehingga keakhirnya.amin...


Tidak ada kata yang dapat mengambarkan perasaan gembira saya dan saya pasti begitu juga dengan rakan-rakan lain. Hari ini kami diraikan dengan penuh meriah. Saya sungguh teruja...

Cuma apa yang boleh diungkapkan hanyalah ucapan terima kasih yang tidak terhingga sebagai tanda penghargaan yang tulus daripada kami untuk semua.


Setinggi-tinggi penghargaan diberikan khususnya buat ayahanda kami, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang menerima kami semua seadanya dan banyak memberi nasihat, teguran, dorongan dan yang lebih manis lagi, saya dan kami semua dapat merasakan kasih sayang beliau kerana beliau mudah dan sering bersama dengan kami semua.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pensyarah kami yang disayangi dan dihormati, kerana telah bertungkus lumus mencurahkan ilmunya kepada kami selama ini hinggalah kesaat ini. Apa yang kami harapkan, semoga segala kesalahan yang kami telah lakukan dapat dimaafkan dan yang paling penting sekali, halalkan ilmu yang telah kami pelajari, agar kami semua dapat mengamalkannya di dalam kehidupan ini. insyAllah.. semoga pengorbanan dan keikhlasan kalian mendapat keredhan dari Allah SWT.


Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada kedua-dua ayah dan ibu kami, keluarga kami, saudara kami serta rakan-rakan yang tidak pernah berhenti dari mendoakan dan memberikan galakan dan dorongan untuk kami terus berusaha mencari dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.


Penghargaan istimewa untuk kedua ayah dan ibu saya, Tadiap bin Liging dan Sinom binti Dualas yang mendidik, membesar dan sentiasa mendoakan kejayaan bagi saya dan keluarga. Walaupun hari ini ayah dan ibu tidak dapat hadir ke majlis ini, saya berharap ayah dan ibu mengetahui bahawa saya amat menyayangi, mencintai dan menghormati kalian berdua. Dan saya sentiasa berdoa semoga Allah SWT melembutkan hati ayah dan ibu untuk menerima hidayah Islam yang suci ini.


Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah dan ibu angkat saya di atas segala pertolongan, dorongan yang diberikan dan juga sudi hadir pada hari ini untuk meraikan saya dan rakan-rakan yang lain. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat balasan yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.


Kepada rakan-rakan. Anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Setelah beberapa tahun ini bertungkus lumus mentela’ah pelajaran, bersama-sama menghadapai pelbagai cabaran dan dugaan, dan ada ketikanya kita terpaksa mendapatkan tenaga tambahan daripada sebungkus meggie. Namun itu semua tidak menghalang kita untuk terus berusaha dan pada hari ini anda telah buktikan anda semua boleh berjaya, kita semua telah berjaya.


Walaubagaimanapun, perjuangan kita belum selesai, perjuangan kita tidak terhenti di sini sahaja. Kejayaan pada hari ini, perlu dijadikan sebagai batu lonjatan dan pemangkin kepada kita untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang. Cuma satu yang kita perlu ingat, kejayaan yang utama lagi hakiki adalah apabila kita mendapat redha dari Allah SWT dunia akhirat..


Akhir sekali, sekali lagi saya mewakili semua rakan-rakan yang bergaraduat pada hari ini dengan ikhlasnya mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua. Semoga Allah SWT merahmati anda sekalian.


Sebelum saya menutup ucapan ini, terimalah sedikit kata-kata terakhir daripada saya. Semoga ia sentiasa menyedarkan kita dan memberikan suntikan semangat kepada kita untuk terus berjuang.


Hiduplah dalam Keimanan,

Berjuang tegakkan kebenaran,

kecil tidak semestinya lemah,

andai kita sedarkan diri..


Assalamualaikum....

Tiada ulasan: