Seminar yang dianjurkan itu di harap dapat merangsang ghairah keintelektualan dan meningkatkan komitmen perjuangan melaksanakan amanah dalam pembinaan generasi ulul albab .
Turut hadir Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah, Md Fuada Bahari , Pengarah Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-7 , Saleha Idris dan penasihat SPTI-7 Ahmad bin Mohd Said.
Sementara itu, Saleha pula berkata, tema seminar 'membina generasi ilmuwan ulul albab' merupakan rumusan model manusia sempurna yang paling layak menanggung peranan cendikiawan dalam mendidik umat.
Menurutnya terdapat enam belas kriteria Ulu’l Albab yang diringkaskan kepada tiga ciri iaitu kualiti ilmu, kualiti amal jihadiyyah dan kualiti iman.
"Diharapkan menerusi wacana seminar ini dapat memberi pencerahan tentang hakikat sebenar generasi Ulu’l Albab, generasi yang diharapkan dapat mengundang rahmat buat sekalian alam. Namun bukan setakat itu sahaja, kita mengharapkan agar segala pemahaman dan pencerahan yang diperolehi itu dijelmakan ke dalam tindakan-tindakan yang dilandasi keikhlasan dan semangat yang istiqamah" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan