Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

18 November 2009

1811

Hari ini 18/11.....


Jika 18/11/2005 pada pukul 6.00 pagi seorang ibu melangkah masuk ke bilik yang pertama kali dirasai.....rasa macam nak masuk dewan exam pun ada...berdebar2 dan sebagainya.....pertarungan pada hari itu adalah antara dirinya dan Allah sahaja.....

Kumat kamit mulut , hati dan fikiran hanya pada Allah....sesekali bercambah juga pada emak dan suami tersayang.....kalau mereka ada di sisi di waktu ini.....ingat macam masuk kubur jer....


Setiap jam dirasakan amat sakit sekali , macam nak mati pun ada....pukul 11.00 pagi tanpa menjamu apa2 dari pukul 6 pagi tadi hanya minum air yang dibekalkan dan sedikit kurma ...ibu menahan kesakitan, ditambah pula aircond yang tidak dipasang, hanya mengharapkan jururawat praktikal tolong kipas pakai suratkhabar ......dipanggilnya doktor untuk membedah sahaja dirinya ....biar hilang kesengsaraan yang tak mampu dipikul.....tapi doktor tu kata ....sekarang awak tak sakit tapi awak akan tanggung sakit selama-lamanya....mana awak nak?...jawapan tak jadilah doktor....


Fasa seterusnya , dah pukul 1.30 petang, rasa sakit dah takde ....ibu itu terbaring senyap di atas katil...jururawat datang tanya ada masalah tak, dia menjawab takde...ada rasa sakit2 tak ...ibu kata dah satu jam rasa biasa jer tak macam sebelum nie...


Doktor pun tengok baby dah keluar tapi tak rasa sakit....dia kata panggil doktor sekarang, kepala baby dah nampak....staf-staf kata doktor takde meeting.....ah! siap.....ibu dah warning doktor awal2 tak nak doktor laki yang sambut.....(alhamdulillah hari tu takde doktor laki bertugas)....

Dipanggilnya jururawat senior (namanya kak normah) yang mmg berpengalaman dalam baby delivery......


Ibu mmg rasa tak sakit masa nak keluarkan baby....




Kedengaran Kak Norma menjerit " Allahu Akbar" besarnya baby......








Tapi dia tengok biasa2 jer, takdela besar sangat macam jururawat cakap.....keluar saja baby hilang rasa kesakitan yang dialami selama 8 jam dalam labor room tadi.....







Selepas diberi kolostrum...semua jururawat di hospital mendokong baby dan menjaja " big baby dalam rekod , no operation, first delivery"....


Datang jururawat tadi kata , cuba teka berapa berat anak awak? Dia menjawab sambil tidak bertenaga...3.8 kg...jururawat kata 4.45kg dekat 4.5kg....besar anak awak ni....(dia menyedari anaknya lebih besar dari baby lain semasa berada di wad bersalin dengan baby lain....yer anak aku paling besar dari baby lain....so my baby is CHAMPION).....


Hari ini baby itu berusia 4 tahun , dia melangkah ke alam yang lebih kanak-kanak dan bukan baby seperti dulu.....walaupun dia keluar dengan kepayahan....tapi dia adalah anak yang paling mudah dijaga dan tak banyak masalah....dia sangat fleksibel dan faham kata2 mama dan abah....






SELAMAT HARI JADI HUSIN SYIRAZI....MAMA LUV U











* cerita di atas sekadar berkongsi dengan yang lain , hargailah ibu yang melahirkan kita dengan 10001 kepayahan.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT HARI JADI HUSIN SYIRAZI - NANTI UNCLE BAGI HADIAH


PK - KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Unknown berkata...

Bila pakcik nak bagi hadiah nie? Nanti ...nanti tu cepat ker lambat...hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam,

abang memang champion dan though..jangan sia-siakan mama dan abah..

cayang tali..

abah (yang selalu balik lambat)

Unknown berkata...

Ibu atau Bapa yang selalu balik lambat juga memberi kesan psikologi pada anak dan pasangan masing-masing. Anak-anak merasakan yang mereka tidak penting dalam kehidupan ibubapa mereka dan mereka merasa kekosongan yang amat.

Takperlah abah balik lambat ....kan abah banyak kerja (sudah diselidik oleh mama (hehehe) dan telah diterangkan kepada anak-anak)situasi pekerjaan abah.

Semoga kita semua bahgia nabawiyah syurgawi Ilahiyah