Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

24 Ogos 2010

REHAT

Terima kasih pada semua yang mengunjungi blog saya....

Saya mungkin berehat sebentar dari menulis....

Kerana sudah masuk pertengahan Ramadhan...ibadat saya amat kurang sekarang. Berikan saya waktu sehingga bulan puasa mungkin untuk saya kembali aktif mencoret lembar2 ingatan dan peringatan.

Jadi berikan waktu saya untuk bersama TUhan....MOGA KITA BEROLEH TEMPIAS MALAM LAILATUL QADR...dan menjadi INSAN YANG TERPILIH!

Ya Allah berkatilah Ibadat kami!

16 Ogos 2010

Puasa Sudah 6

SELAMAT BERPUASA

Mungkin agak lewat blog ini mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog ini (walaupun tidak ramai beribu atau beratus sehari), namun ada juga menyinggah menelengku dan mengutip kata-kata yang tak seberapa dari insan wanita kerdil ini. Moga ada cahaya dari ayat-ayat ini yang menjadi penerang dari kegelapan di kubur nanti.

Bulan suci menjelang lagi dan Alhamdulillah kita dapat memasuki pintu itu dengan nyawa dan jasad yang masih ada. Bahkan untuk yang sudah menjadi arwah (bercerai jasad dari ruh)mungkin berpuasa dengan cara mereka sendiri.

Apapun, jika kita rasa berat untuk melawan syaitan dan hawa nafsu kita maka bulan ini memang benar syaitan sudah diikat dan manusia bebas untuk kembali beribadah, menungkapi manis bersama Tuhan (ya, itu pun jika mereka mahu). Amal kebaikan diberi ganjaran berlipat kali ganda dari sebelumnya.

Hati kita yang hitam penuh calitan dosa tetapi rindu kepada NYA akan menemukan jalan yang lurus lagi lapang untuk berlari ke dalam sinar keberkatanNYA. Dengan berpuasa tubuh badan kita menjadi lemah longlai.

Ada orang kata, bulan berpuasa ini kita akan menemukan diri kita atau hasil diri kita yang sebenar untuk setahun sebelum ini. Sama ada kita ini apa jenis manusianya, pemarah, suka mengumpat, suka mengutuk, suka menyakitkan hati orang atau memang kita ini pemurah, pemaaf, suka bercakap baik, rendah hati dan sebagainya. Ada seorang kawan berkata, "hasil dari berpuasa itu senang saja, iaitu kita dapat mengetahui kelemahan diri dan kekurangannya".

Tetapi berpuasa adalah cara yang paling elegan untuk mendapatkan pengetahuan yang penting tentang diri . Para perindu ILAHI bahagia dapat mengetahui tentang kekurangan diri. Maka dengan lemahnya diri adalah alasan spiritual yang paling neutral untuk bersandar hanya kepada ALLAH.

Bila berpuasa kita akan ingat dan terlintas tentang makanan apa yang bagus atau ada untuk berbuka puasa. Sebelum ke bazar Ramadhan mungkinnya sudah tersenarai di dalam softcopy otak kita makanan apa yang nak dijamah. Maka ni'mat untuk orang yang lapar adalah waktu berbuka, meni'mati apa yang diingini.

Kalau anak buah saya, bunyi jer azan, terus terbang ke meja makan macam tak pernah makan beribu tahun seperti ashabul kahfi. Itu cerita puasa untuk makam anak-anak. Puasa kita ni (dah besar) takkan nak makam kanak-kanak lagi. Maka perlu diperbaiki.

Maka, ni'mat makan ketika itu hanya ni'mat ragawi. Setelah manisan tertelan, gulanya berubah menjadi asam di sela-sela gigi. Setelah makan malam habis, ni'mat itu berganti menjadi ngantuk yang segera menguji hati yang ingin segera tenggelam dalm sujud panjang. Dengan apa kita berbuka? Adalah soalan ragawi. Hal itu tidak pun salah, kerana di dalam jawabannya, yakni ketika saat berbuka tiba, ada kesyukuran yang tulus bersama hidangan yang tersuap.

Dengan modal apa kita berpuasa? Jika bermodal perut, yang menjadi persoalan tentu adalah perut ketika kosong. Jika bermodal hati, bagaimana jika hati berubah dari malam niat untuk berpuasa tetapi tengah jalan mencari seteguk air.

Carilah makna disebalik puasa anda!

Puasa Indah

Lihatlah ketenangan laut yang menyimpan gelora di dalamnya.
Lihatlah diamnya batu-batuan yang menyimpan kekuatan
untuk menghancurkan dan dihancurkan jika ia memiliki kehendak bebas

dan lihatlah kesunyian tanah,
yang menyembunyikan geliat cacing dan binatang penghancur
atau bahkan gelora gunung berapi

ketenangan, kediaman, dan kesunyian itu bukan sebuah kebohongan bahawa kiamat sesungguhnya telah tiba
tetapi
kekuatan untuk memamnjangkan umur bumi
bagi para manusia yang masih berdosa
hingga nanti
Tuhan berkenan dan menyatakan saatnya telah tiba

Puasa itu juga indah
bukan hanya untuk meni'mati saat berbuka
yang menawarkan seribu godaan di belakangnya
tetapi untuk mensyukuri
bahawa kehadiranNYA adalah keni'matan yang
meniadakan segala keni'matan yang pernah ada

Dialog Terakhir Aku dan Arwah Asydi

Dialog ni AMAT meninggal kesan mendalam kat aku....dialog ni dari facebook.....

Saleha Wall Post: Masih terngiang2 gurau senda ustaz Amin, senyumannya dan girangnya. Dia adalah orang yang kedua yang bukan dari ahli keluarga ku yang pemergian mereka aku tangisi. Kerana mereka memberi makna dalam hidupku....
July 8 at 1:21pm • Comment •LikeUnlike



Saleha Idris" Kedua2nya adalah orang yang personaliti nya SANGAT BAIKKK
July 8 at 2:04pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Kalau aku pergi ko nangis tak leh? Mesti takkan?
July 8 at 2:14pm • LikeUnlike •

Saleha Idris :
Tgklah penghujungnya , ko baik ngan aku ker tak...kalau baik mcm ust amin hingga ke akhir aku nangis kot...:), ko n di, buat aku gelak pulak, aku tengah bersedih lagi ni....renungan ku masih jauh. Jauh masuk ke kubur ustz. Yang penting buka...n aku nangis asydi. Tapi ingatan isteri ko dan anak2 pada ko, mereka adalah harta ko, kawan2 ni cuma tempelan pokok di tepi2 saja yang bukan menyinggah, tapi hadir mewarnakan kehidupan. Yang penting aku sedekah untuk ko ayat suci quran buat penyuluh manusia di dalam alam gelap kubur sana.

Aku lepas ni nak ajar anak aku baca Yasin, terkesan dengan anak2 ustz amin yang kecik2 tu boleh baca untuk ustz....Anak aku baru baca surah an-nasr jer..iza ja anasrullahi wal fathSee More
July 8 at 2:41pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil:
Bukan ko jer yg merasa kehilangannya leh, setiap kali bila namanya terungkap air mataku pasti meleleh leh, setiap kata2 dan perbuatannya masih terkesan dihatiku ini.

Tatkala aku menulis dan teringat akan dirinya secara automatik air mata aku... kan jatuh leh. Masih terdengar lagi kata2 nasihat buatku disaat aku berduka, terdengar lagi gelak ketawanya di saat kami gembira bersama.

Itu lah dia...ustaz Amin dikala Hidupnya membawa kebaikan pada kita disekelilingnya, di saat pemergiannya juga memberi kita contoh dari peninggalan zuriatnya.

Aku tak boleh tgk anak2 ustaz baca yassin di hospital semalam. Begitu sebak hati ini.See More
July 8 at 2:52pm • LikeUnlike •

Nurjauhatul Dini: Mudah2han sume ni jd iktibar dan ingatan utk kite semua,apepun buat yg paling baik...bsedia utk memaafkan dan memohon maaf...moga kite disenangi oleh sesiapa shj,serta kite saling ingat mngingati dan saling memberi teguran yg membina :)) insyaAllah..
July 8 at 2:59pm • LikeUnlike •



Asydi & Dini: dalam hidup kita, kita mencari kawan yang baik. Dini , walaupun masa kat sekolah kita tak rapat dan jarang bertegur tapi sebab perkahwinan dengan asydi kita jadi teman mesra.
Asydi, kau kan kawan aku duni...a akhirat, masa aku susah dulu kau juga tolong. Kalau kau pergi , aku pun nangis...

Tapi ustz mmg ajar kita semua buat baik dengan orang.

Aku sebut Amin jer teringat dan nampak muka dia yang suka sengih tu. Sebak sangat lah aku dee (asyDEE, DEEni). Mata aku pun dah bengkak nangis ni, laki aku biarkan aku melayan perasaan jer, kerja pun tak pergi n, ambik cuti...takde semangatlah . Aku ni mmg tak kuat lah dee!See More
July 8 at 3:29pm • LikeUnlike •

Nurjauhatul Dini :
Leh : terima kasih atas penghargaan ko pd kami b2..kwn senang cari tp sahabat sukar nak kite temui..

Btuah kami b2 ade sahabat mcm ko :))..

Ko sbnanye kuat,cume tlalu hiba...kami pun sedih mcm ko..
...
Btuahnya kite sume dpt mengenali,bgaul dgn beliau...akhlaknye,peribadinya menjd ingatan dan contoh bg kite semua..

Al-fatihah buatnye..See More
July 8 at 3:37pm • UnlikeLike • 1 personLoading... •

Asydi Bin Jamil :
Entah lah.... Betul kata ko, setiap kali namanya disebut mengalir lagi air mataku ini. Kesedihan yg tak dapat ki bayangkan..... Cinta kepada org soleh mmg membawa kesan yg sangat dalam.

Kita cinta bukan saja pada dia, tapi peribadi dia, ke...tenangannya moga ianya akan menjadi contoh utk aku.

Can't write anymore......
July 8 at 4:01pm • UnlikeLike • 1 personYou like this. •

Saleha Idris: dee, aku selagi tak write dan tak berkongsi lagi sebak aku ni, jadi biar aku taburkan kebaikannya, ingatannya pada semua.......
July 8 at 4:05pm • LikeUnlike •


Asydi Bin Jamil :Saya berada di rumah mak arwah ust amin utk tahlil malam ni, sayu hatiku tgk begitu riang anak2 arwah bermain2 dilaman rumah, adakah mereka sedar bahawa tahlil ini utk bapa mereka? Ya Allah semakin lama aku disini semakin meruntun jiwaku kesedihan.
July 8 at 9:23pm • LikeUnlike •


Norhazrin Abd Halim: Ya allah, tempatkanlah hambamu itu di tempat yang mulia disisimu...
July 9 at 2:34pm • LikeUnlike •

Norhazrin Abd Halim :Arin rindulah dgn kalian semua..... tapi apakan daya tuntutan tugas terpaksa berjauhan dgn kalian..
July 9 at 2:35pm • LikeUnlike •

Saleha Idris :MIss u so muchhh, arin kena janji bila balik sini WAJIB jumpa kita
July 9 at 3:48pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Wajib jumpa aku skali hahaha
July 9 at 3:54pm • LikeUnlike •

Saleha Idris :Dee, aku nak investigate ni, tapi aku takde kaki lah....aku rasa macam tak sedap hati jer...ko ada tak ustaz yang pakar2 sikit suruh tengok masa lepas....
July 9 at 3:56pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Takder lah leh, ust2 yg pakar tgk kejadian lampau aku takder kenalan. Ko ada call kak ina?
July 9 at 3:57pm • LikeUnlike •

Norhafidah Pilus: saleha nak investigate pe? aku ni tetiba confius.....
July 9 at 8:28pm • LikeUnlike •

Saleha Idris: fidah biarlah rahsia aku dan asydi
July 9 at 10:08pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Kami terlalu rapat ngan ust fidah, tu yg masih muram dan suram lagi walaupun dah 3 hari berlalu. Setiap perbualan, gurau tawa dan senda masih terbayang2. Kekadang kami tak dapat menerima akan kepergiannya. Kenangan2 itu akan ku abdikan di dalam hati ini.
July 9 at 10:45pm • LikeUnlike •

Nurul Huda Saleh:
Kawan2ku..tabahlah hadapi pemergian insan tersayang..walaupun saya tak mengenali arwah..saya juga turut merasa sedih bila kawan2 bersedih...
Biarlah arwah pergi dengan tenang..jgn ditangasi pemergiannya..Ingatlah Allah lebih menyayanginya le...bih dari kita semua..kita yg masih hidup ni..teruskan lah perjuangan..jadilah insan yang disayangi dan disenangi handai dan taulan...See More
July 10 at 8:10am • LikeUnlike •

Norhazrin Abd Halim: saleha- insyaallah leha, aku janji nanti kita jumpa k.
kak yong: rindu nyer ngan kak yong.
July 14 at 2:17pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Ngan aku x nak jumpa ker?
July 14 at 2:36pm • LikeUnlike •

Norhazrin Abd Halim: nanti kita jumpa sekali lah di... nanti bila arin balik kl kita set time ok
?
July 14 at 2:38pm • LikeUnlike •

Nurul Huda Saleh :nak join gak...boleh?
July 14 at 3:17pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil :Di persilakan hehehe
July 14 at 3:19pm • LikeUnlike •

Nurul Huda Saleh ‎^_^
July 14 at 3:19pm • LikeUnlike •

Saleha Idris: hari raya balik kg lah pulak kat kelantan, kita buat hari raya lah atau majlis buka pose ker
July 14 at 6:42pm • LikeUnlike •

Asydi Bin Jamil: Apa best balik kelantan....dok kajang je la macam aku ni. ( Sebenarnya takder kampung nak balik)
July 14 at 9:15pm • LikeUnlike •

12 Ogos 2010

Ramadan dan Kesedihan

Ibu Asydi yang mula-mula aku jumpa semasa di hospital tak dapat terima kematian anak kesayangannya

Dini (isteri Asydi) sedang memujuk Hazwani, anak sulong usia 5 tahun untuk menabur bunga di pusara tapi ditolak.


Selamat tinggal SAHABAT ...aku masih belum boleh menerima mimpi ini



Tiada kata, kita akan berjumpa di sana....tunggu lah kami semua

Salam ...

Ramadhan ni dibuka dengan pintu kesedihan untukku.
Baru rasanya aku bersedih dengan kematian Ust Amin Husin. Kini sahabat, teman baikku juga mengikut ustaz ke alam barzah.

Cukup sebulan 3 hari selepas kematian ustaz Amin, Asydi meninggalkan kami di dunia ini. Kepada Dini dan anak2, juga mak ayah asydi. Kuatlah menghadapi badai ini.

aku mengenali Asydi semasa sekolah menengah. Seingat aku dia mula menghubungi semasa di tingkatan 4 aku tak lah rapat dengan dia cuma borak2 mcm biasa. Kami rapat masa tingkatan 5 dan lepas sekolah kami selalu sama2, Aku, Asydi, Baizura dan sarijah. Selalu kalau ada apa2 kami berempatlah. Asydi kawin pun aku tolong di rumahnya sampai lewat malam.

Asydi semasa di sekolah bukanlah terkenal di kalangan budak2 yang pandai, dia berkawan dengan semua orang. Tak kira budak tu nakal ke warak ker semua dia kawan...

Asydi bila ada masalah suka kongsi dengan aku juga. Dia selalu ajak aku pergi gathering alumni (mungkin di ajak kawan2 lain juga), kadang2 dia marah juga sebab orang mcm tak tahu hargai penat lelah dia. Tapi dia tetap cool.

Dia amat sayang kan ustaz Hasmuri dan dia hormat guru2 sekolah dulu.

Asydi orangnya lawak suka cakap gurau2 sambil tersenyum. Dia anak tunggal mak ayah ....

Ahh...banyak lagi tentang dia. ****tidak mampu lagi menaip***

09 Ogos 2010

Checklist Ramadhan

Ramadhan semakin dekat, berdebar juga rasa bercampur gembira. Tetapi ada juga rasa sedih sebab amalan di bulan Rejab dan Shaaban sangat lah kurang. Mungkin sya boleh rate sebagai C...sebab bangun malam hanya 2 3 kali, baca Quran juga tidak hari2 (kecuali semasa mengajar anak mengaji), zikir pun kurang, dan serba serbi kekurangan. Ya ALLAH ampuni aku....

Dan kini , menjelang Ramadhan, bulan mengutip berlian dan emas, saya cuba untuk membuat dan memnuhi check list untuk tahun ini dengan tanggung jawab yang semakin bertambah. Apa pun saya cuba melaksanakan dengan gembira dan redha. Ameen...

Saya cuba mengikuti jejak langkah sahabat saya dalam membuat check list, sambil saya berfikir takkan ada target untuk goal planning tahunan seperti setiap tahun yang saya lakukan. Maka saya juga membuat target untuk setiap hari, setiap minggu dan di penghujung Ramadhan yang saya perlu capai. Risau tetamu istimewa ini berlalu tanpa saya sedar betapa penting kedatangannya. Secara ringkas perkara yang hendak dicapai serta bilangan yang saya sendiri tetapkan, tempoh dan target:

1. Membaca Quran dan khatam
2. Tadarus Quran
3. Tahajud/Qiyam
4. Zikrullah
5. Selawat
6. Doa
7. Sedekah (seminggu berapa/ sebulan berapa/ sedekah apa? makanan, duit, barang, dll)
8. sahur/berbuka
9.Terawikh/ witir
10. Solat jemaah dengan suami dn anak2
11. Solat sunnat
12....Lailatul Qadar hunter...
13. Taubat dan taubat dan taubat....

Tapi saya tahu, target yang saya sasarkan selalunya sentiasa kurang yang tercapai. Moga-moga Allah kasihankan saya. Saya harap sangat dapatlah saya tampung dengan menyusukan anak sambil berzikir, memasak sambil berzikir, menyediakan sahur sambil berzikir, membasuh dan mengemas sambil berzikir.

Jom kawan-kawan kita buat check list masing-masing. Kalau saya dapat capai 60% daripada perancangan ini pun saya bersyukur sangat-sangat. Allahem... Semoga kalian semua juga dipermudahkan Allah.

04 Ogos 2010

Rapport For Us

Anda tahu apa itu rapport, kalau dalam Bahasa Melayu nya membina hubungan....atau dalam maksud yang lain cuba mendekatkan jarak yang jauh. Contohnya kalau dalam bisnes, biasa kita buat bisnes kita cuba approach orang asing yang mana kita tak kenal dia. Tapi kita cuba mendekatkan jarak kita dengan dia dan start guna rapport ni. Rapport ni gunanya untuk kita merasa dekat dengan dia dan mudahkan kita berbicara dengan dia tanpa ada sesuatu yang menghalang. Dan kita harap kita punya komunikasi dengan dia berjalan dengan lancar. Itu serba sedikit tentang rapport ni. Kalau tak faham tanya lagi yer....

Saya belajar tentang rapport semasa aktif dengan perniagaan amanah saham saya PUBLIC MUTUAL 6 tahun yang dulu. Saya belajar dari mentor saya Pn Zaiton Yahaya dan Puan Azizah Saad.

Ternyata dengan membina rapport dengan client saya berjaya merealisasikan impian saya. Saya berhasil 3 kali memenangi jualan terbanyak dan melayakkan diri ke Beijing , Guangzhou dan satu lagi tak ingat (oh itu nyaris2 sebenarnya , short dalam 30 ribu jer, jadi tak dapat pergi )

Hari ni saya nak ajar semua orang termasuk saya, kawan-kawan pelajar saya yang kebanyakannya guru atau pensyarah atau pendidik. Macamna kita nak bina rapport dengan pelajar.

Bila kita bina rapport dengan pelajar kita akan cuab membina emosi yang positif di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan membina rapport yang baik dengan pelajar kita sebagai pendidik senang didekati oleh pelajar dan kita merasakan pelajar seperti kawan-kawan kita juga (sambil tidak melanggar batas dan mengekalkan rasa hormat kita sebagai pendidik).

Bagaimana untuk membina rapport di dalam kelas?

1. Dengan tunjukkan " sense of humor" , buat jenaka atau lawak yang simple untuk bagi pelajar kita ceria dan boleh senyum2...tak delah muka mereka ni tegang jer. Kita juga kena hargai mereka susah2 datang ke kelas dan timba ilmu. Lagi2 kalau di Kolej saya hari Sabtu dan Ahad....masing2 berkorban datang kelas macam kita juga. Jadi bagi mereka ceria dan gembira di dalam kelas.

2. Menggalakkan perbincangan di dalam kelas. Jangan kita cikgu atau pensyarah ni yang syok sendiri jer mengajar. Ini mungkin boleh dilakukan di masjid @ surau (ceramah agama yang biasanya dianggap mengantuk). Mungkin kalau cikgu KAFA tu boleh suruh anak2 murid bercerita tentang pengalaman mereka ambil wuduk dan sebagainya. Di samping soal mereka soalan yang boleh kecutkan perut mereka dan lepas tu tak dapat jawab kena denda pula.

3. Tunjukkan minat kita pada mereka.
Opss...ni bukan nak mengurat atau apa pun...Tapi maksudnya tunjuk bahawa pelajar adalah orang yang layaknya dihargai. Caranya , adalah dengan mengingati nama mereka. Kalau cikgu saya sekolah rendah dan menengah sebut nama saya ...amat lah saya terharu! Kita rasa dihargai oleh guru bukan? Best kan kalau orang menghargai kita. Lebih2 lagi guru kita yang martabatnya dan ilmu nya telah dicurahkan buat kita.

4. Berkongsi pengalaman peribadi juga dapat mendekatkan diri kita dengan pelajar. Tapi jangan cerita sampai syok sendiri yer....
Tapi kita bercerita atau kaitkan cerita dengan subjek yang kita ajarkan .



Antara Tips Untuk
Membina Rapport yang BAIK
dengan pelajar:



* Belajar untuk menyebut nama mereka di dalam kelas.
Yang ini Alhamdulillah saya dah amalkan. Saya pelajari kaedah ini dari pensyarah saya di UIA dahulu DR Haryati Shahrima Abdul Majid.

*Tahu sesuatu tentang minat, hobi dan cita-cita pelajar.
Yang ini pun saya ada amalkan sikit2. Kadang2 ada pelajar yang tak suka berkongsi. Memang susah nak bagi orang tak suka kat kita tapi dengan membina rapport yang baik ianya PASTI BERJAYA

* Bina contoh peribadi yang releven
* Datang kelas tepat pada masanya dan sentiasa berbual2 dengan pelajar.

* Sentiasa on line atau kalau boleh bina rangkaian sosial.
Kalau dulu pensyarah saya guna Yahoo forum. Senang kami nak berkomunikasi tentang pelajaran. Sekarang kita guna facebook. Ustaz Hasmuri yang mengajar saya di Sekolah Menengah Agama dulu pun ada fb ni. Kami masih boleh berbual dengan ustaz dan mendengar kata lawak ustaz.
Kita juga boleh menggunakan email untuk menguruskan tugasan atau projek pelajar.

* Komunikasi lebih dan kurangkan bercakap
Di sini perlu ada pembelajaran aktif dan interaktif.

* Beri hadiah atau puji-pujian yang senang jika mereka bercakap atau menjawab soalan .

* Mata bertemu mata
Bahasa Inggerisnya eye to eye contact. Bila kita mengajar jangan tengok satu tempat jer...contoh asyik pandang luar atau mata kita tengok atas ceiling atau tengok bawah lantai. Perhatikan semua pelajar semasa kita mengajar. Kalau bagus lagi berdiri dan jangan duduk. Dengan begini , kita dapat mengikuti tumpuan pelajar di dalam kelas kita.
Tapi jangan pula, kita menjeling, mengintai atau buka mata besar (macam mata orang nak marah)

* Jangan lupa SENYUM
Pelajar mudah dekati kita adalah dengan melihat kita tersenyum.
PERCAYALAH!!!
Dengan wujudkan RAPPORT ini suasana di dalam kelas akan berubah, pelajar pun akan berubah apatah lagi KITA BERUBAH!
-mereka akan seronok datang kelas
-minat kepada belajar semakin meningkat
-memberi motivasi yang tinggi kepada mereka.
-pelajar dan pendidik mempunyai hubungan yang baik seperti kawan.

Ujian Untuk Pakistan




Jika hari ini kita ada pelbagai masalah. Sebenarnya ada orang lain yang lebih teruk dan berat masalahnya lebih dari kita. Adanya bencana alam (atau apa saja yang luar dari kawalan minda kita dan terjadi pada kita) adalah tanda (ayat Allah) yang ingin diberi pada kita. Ada orang kata untuk tebus dosa, ada orang kata untuk bagi kita yang lalai ingat kepada Allah dan macam2 lagi.



Apapun, hanya kita yang diberi dugaan tahu untuk menilai hikmah di sebalik sesuatu terjadi pada kita. Kalau saya memandu atau ke mana-mana dan sesat atau salah masuk jalan, saya mengucapkan Alhamdulillah. Sebab saya tidak pernah lalu jalan itu, jadi Tuhan nak bagi kita pengetahuan tentang jalan tersebut atau mungkin lain kali kita ada hal di situ dan kita dah tahu jalan itu.


Apa yang nak ditulis ni....hehehe...


Nak ajak semua berdoa pada teman-teman di Pakistan yang menghadapi musibah banjir yang besar di Pakistan. Saya doakan pensyarah saya Dr Shamsur Rehman Khan sejahtera dan selamat hendaknya.


Dr Shamsur Rehman Khan pensyarah yang mengajar subjek Developmental Psychology & Physiological Psychology. Orangnya baik dan tak pernah marah. Riang ria bersama keluarganya. Sekarang dia di Jambi. Kita doakan dia selamat yer!

Untuk gambar-gambar slide dan video tentang gambaran musibah dan bencana di Pakistan klik sini

02 Ogos 2010

REUNION 2010

Salam.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan kawan2 pensyarah dan staf KDH yang support saya dan membuat saya tidak keseorangan.

Bekas pelajar yang tersayang. Yang menghargai kami semua sebagai sebahagian daripada hidup anda.

Akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk berjumpa pelajar2 dan staf2 yang sudah lama tak jumpa.

Yang datang dari jauh dari dekat. Habiskan tenaga, masa dan duit .....moga semua itu menjadi proses dalam menjayakan wawasan Kolej perjuangan ini.