Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini
29 Disember 2010
Faham dan Maafkan
24 Disember 2010
Statistik-Modular Julai 2010
Bahagian B
Pelajar perlu tahu pengiraan deskriptif. Semua masuk .....histogram dan ogif juga sangat penting. Soalan sama saja seperti kuiz2 sebelum ni. Tapi lebih mudah dan senang. Hampir tak percaya senangnya. Hihihi (Jangan stress...rileks dan santai saja)
Bahagian C
Pelajar perlu tahu kira ujian khi kuasa dua (kebagusan / kebebasan)
juga perlu tahu kira darjah kebebasan untuk anova.
Itu saja , sekian....saya doakan semua lulus dengan cemerlang dan jangan ada yang repeat paper pula lagi....Amin....
Metodologi Penyelidikan-Modular Julai 2010
Bahagian C=
23 Disember 2010
Perancangan Baru
ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)
SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga
fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?
22 Disember 2010
Keputusan muktamad
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,"
Semua orang di dunia ni mungkin dah hafal lirik lagu InsyaAllah Maher Zain kan?
Pagi tadi masuk kereta baca doa, baca selawat, gerak kereta , dengar lagu Maher Zain ni.
Dan tiba-tiba rasa lagu ni inspiring untuk buat keputusan besar dalam hidup kita.
Keputusan memang susah dibuat sebab kita tak tahu natijahnya apa.
Tapi keputusan itu adalah untuk mendewasakan diri, mencari ilmu dan pencerahan yang bersinar.
Moga Allah tidak tinggalkan saya sendirian dan sentiasa bersama saya.
Wallahua'lam
18 Disember 2010
Mandikan Anak2 Staf kolej
Fh, bukan baby saya kembar...saya dah ada empat kembar...hehehe
Tahniah pada beliau dan suami kerana dapat baby kembar lelaki seiras...2.7 kg dan 2.3kg....moga menjadi anak yang soleh.
Tak sempat ajak kawan2 lain, saya hanya membawa diri sendiri ke rumah ustazah yang sebelah kolej sahaja. Sampai di sana, terus bagi salam dan masuk...semasa tu mak mertua ustazah sedang lap2kan dan siapkan baby yang tak tahu adik ke abang...ha, adiknya.....
Maka , saya pun hulurkan bantuan, maknya kata yang baby soran tu abangnya tak disiapkan lagi...oh yer ker, maksudnya belum mandi...saya kata mana air panas dan besen saya mandikan. Mak dia kata tak yah mandikan kecik lagi...saya kata....(buat dialog senang sikit)
Saya: Baby ni tak mandi lagi dari lahir ker? Nurse tak mandikan lagi ker?
Ok, meh auntie Sal mandikan semua....maka lepas dimandikan, ayahnya balik dari masjid solat Jumaat melihat anaknya bersih dan bersinar damai tidur dibedung dengan kain batik oleh auntie Sal....hehehehe....
Untuk khalidah, ini adalah proses adaptasi ke dunia yang baru, sedangkan kita anak sulung keluar seorang dah pening dan kelam kabut, mana nak tengok diri kita lagi yang tengah sakit lepas tu bertatih tatih jalan untuk tgk anak, dengan badan tak kuat lagi.......semuanya nak kena jaga. Ini dua pening juga nak jaga....
Tapi , saya tahu Lid dan suami orangnya kuat dan tabah....
Berbahgialah dengan rezeki yang indah Tuhan berikan ini.
................
Harap semuanya berakhlak mulia, beilmu dan penting bertaqwa.....
Aishah Rani Amin Al-Jefri
17 Disember 2010
Tips jaga diri dan keluarga (siri 2)
Di sini saya merumuskan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibubapa sebagai pendidikan seksual yang bermula di rumah.
1. Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak pertengahan usia seperti 7 tahun dan ke atas sebaik2nya di pisahkan tempat tidur mereka.
Jika ada rumah yang kecil hanya ada 1 bilik pastikan buat bilik atau ruang kecil untuk anak lelaki dan perempuan tidur dan tukar pakaian mereka.
Antara sabda nabi yang mengajarkan perkara ini :
"Anak-anak lelaki dan perempuan hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka ketika berusia 10 tahun".
” Jika anak-anak kalian telah berusia tujuh tahun maka pisahkanlah tempta tidur mereka”.
Sahabat berkata” Anak berusia tujuh tahun giginya akan tanggal dan diperintahkan untuk solat saat berusia sembilan tahun. Dan dipisahkan tempat tidurnya saat berusia sepuluh tahun”.
Begitu juga apabila ada ibubapa yang tidur bersama anak-anak mereka di dalam satu kamar juga diminta asingkan. Ini amat berbahaya, seperti sabda Nabi Muhammad SAW: ” Demi jiwaku yang ada di tanganNYA, jika seorang lelaki menyentuhi isterinya sementara di dalam bilik terdapat anak kecil yang terbangun dan melihat mereka, mendengar percakapan dan desas desus nafas mereka, anak itu tidak akan selamat selamanya. Jika dia anak lelaki dia akan menjadi penzina jika dia anak perempuan akan menjadi nakal.
Rasulullah amat melarang perbuatan jika ibubapa sedang bersetubuh sementara anak kecil ada di tempat tidur. Semua ini dapat membentuk personaliti anak.
Sama ada kita sedar atau tidak, kerana desakan ekonomi yang tinggi mungkin kita tidak mampu untuk memiliki rumah yang besar mungkin atau sememangnya selalu kalau ada anak yang kecil ibubapa akan tidurkan anak kecil bersama. Maka perhatikanlah hadis tadi dan beradablah dan berhati-hati lah.
2. Dilarang melihat aurat anak kecil atau sebaliknya.
Sekarang di klinik dan hospital kerajaan kalau nak timbang berat bagi bayi yang belum pandai jalan, mesti disuruh buka semua baju dan pampers dengan kata lain berbogel. Kalau di klinik rumah saya, kena buka semua baju dan pampers depan orang ramai pulak tu....saya selalu bergaduh dengan Nurse tak nak buka baju, saya kata anak saya malu, lepas tu nurse menjawab, budak mana tahu malu lagi, takper, dan nanti nurse cakap kalau ketua datang saya kena marah. Pastu saya lawan saya cakap, saya lagi kena marah dengan Nabi dan Allah. Baru mereka senyap dan biarkan saya....entah apa rasional buka semua baju dan pamper, kalau mereka berak pun takkan kita nak timbang dengan berek mereka , tentu kita tukar dahulu. Kalau kencing berapa gram sangat kencing mereka. Tak payah cakap soal realibiti dan validiti...itu mmg subjek saya ajar...
Sabda Nabi:
” Hendaklah orang tua tidak melihat aurat anaknya dan anaknya tidak melihat aurat orang tuanya”.
” Tutupilah kehormatan auratnya. Sesungguhnya kehormatan aurat anak kecil bagaikan kehormatan aurat orang dewasa dan Allah tidak akan melihat para penyingkap aurat .
Semasa mandi, jangan biarkan anak lelaki dan perempuan walau masih kecil mandi berbogel bersama. Jika perlu tutupi kemaluan mereka dengan menyediakan tuala khas untuk mereka tutup semasa mandi.
Semasa pakaikan pampers, jangan biarkan anak bertelanjang bulat, tutup kemaluan mereka dengan kain semasa memakaikan pampers. Begitu juga selepas mandi , siapkan tuala selepas mandi terus tutup jangan bagi mereka bertelanjang di hadapan orang.
3. Batasan mencium anak laki-laki dan perempuan.
Rasulullah bersabda: ”Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, jangan kalian (ayah-ayah) menciumnya. Dan wanita dilarang mencium anak laki-laki jika telah berusia tujuh tahun”.
Di dalam beberapa kisah auliya juga dinyatakan:
Muhammad bin Ibrahim (gabenor mekah ketika itu) memiliki seorang putri kecil yang memakai pakaian yang cantik. Kadang-kadang ada tetamu lelaki yang datang ke rumah dan beliau mendokong anak tersebut. Ketika wali ini datang, kanak-kanak ini minta didokong tetapi beliau menolak dengan baik dan berkata ” Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, tidak boleh seorang lelaki yang bukan muhrimnya mencium dan mendokongnya”.
4. Minta izin
(٥٧) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِيَسۡتَـٔۡذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَبۡلُغُواْ ٱلۡحُلُمَ مِنكُمۡ ثَلَـٰثَ مَرَّٲتٍ۬ۚ مِّن قَبۡلِ صَلَوٰةِ ٱلۡفَجۡرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعۡدِ صَلَوٰةِ ٱلۡعِشَآءِۚ ثَلَـٰثُ عَوۡرَٲتٍ۬ لَّكُمۡۚ لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّۚ طَوَّٲفُونَ عَلَيۡكُم بَعۡضُڪُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬ (٥٨) وَإِذَا بَلَغَ ٱلۡأَطۡفَـٰلُ مِنكُمُ ٱلۡحُلُمَ فَلۡيَسۡتَـٔۡذِنُواْ ڪَمَا ٱسۡتَـٔۡذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ (٥٩)
(57) Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. / (58) Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Tentang adab tersebutTuhan menjelaskan lagi dengan lanjutan Surah tersebut :
Di sini kita mengajar anak2 kita tentang rasa privasi. Ibu ayah , anak2 semuanya ada privasi masing2. Jika ibu ayah ada di dalam bilik itu adalah privasi bagi mereka, dan kita sama sekali dilarang untuk terus masuk tanpa memberi salam kepada ibubapa. Seperti juga abang dan kakak atau anak2 kita, sebelum masuk bilik anak2 kita harus bagi salam dan meminta izin bagi mereka. Jadi maka harus kita mengajar anak2 kita
Beberapa tips dan ingatan yang saya sertakan , moga kita bersama dapat beramal dengannya demi kemuliaan hidup kita dan generasi kita.
Taqabbalallahuminkum minna waminkum taqabbal ya Karim.
Tips jaga diri dan keluarga (siri 1)
Tetapi apa yang tidak puas hati kawan saya adalah subjek Sains darjah 1 ada tajuk reproduksi. Seingat saya, matapelajaran ini saya belajar semasa tingkatan 3.
Saya tidak nafikan bahawa zaman sekarang yang internet berleluasa dan gambar porno hidup bagai cendawan di sini sana menyebabkan anak-anak mudah terdedah dengan perkara tersebut.
Bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas mereka belajar melalui pemerhatian dan menggunakan deria. Apa yang mereka belajar mereka perlu lihat dan demonstrasi. Ini adalah kerana mereka mempunyai sistem pemikiran yang konkrit.
Pengajian yang bagus pada peringkat awal ini adalah mengajar kanak-kanak dengan kebaikan dan mengenal Allah. Awal ilmu adalah Mengenal Allah dan mengajar Adab pada anak-anak.
Secara umumnya, pendidikan seksual bermula di rumah juga. Di dalam Quran disebut dalam Surah al-Mukminun (1-7).
Beberapa perkara yang ibubapa perlu mengambil kira demi menjaga kesucian anak perempuan mereka samada sendiri yang bergelumang dosa atau menjadi mangsa :
1. Kanak-kanak perempuan harus diperhatikan dan jangan terlalu rapat dengan lelaki hatta dengan adik beradik atau yang dikira muhram. Jika di dalam kereta contohnya harus diajar anak2 tidak duduk bercampur dengan adik beradik lelaki yang lain. Supaya mereka sedar akan penjagaan diri di mana saja.
2. Ibubapa yang bekerja yang meletak anak di rumah orang perlu melihat persekitaran , maksudnya jika orang yang mengasuh anak mempunyai anak lelaki atau suami di rumah perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. Ada kes yang saya pernah berhadapan di mana anak lelaki cuba membuat sesuatu yang tidak baik dengan anak yang berusia 5 tahun.
3. Ibubapa jangan terlalu percaya papda mana-mana lelaki dan meninggalkan anak perempuan mereka seketika bersama orang lelaki.
4. Pastikan ibubapa tahu pasangan anak mereka jika yang ada bercinta monyet. Bagi anak yang tidak di bawah perhatian langsung ibubapa seperti belajar atau bekerja di tempat lain = ~ Bincang dengan pasangan anak dan bagitahu batasan mereka do & dont. ~Sentiasa bacakan anak surah al-Mukminun tadi dan sentiasa berpesan / nasihat anak.
Bagi anak yang sentiasa berada di bawah pemerhatian ibubapa =
~sentiasa baca inbox anak (takut tulis sms yang merangsang nafsu, contoh ayat yang sangat ringan tetapi tetap termasuk dalam zina kecil ” I ska tgk rmbut u yang halus lembut panjang dan cantik”. ”Suka cium pipi u yang gebu ”.....semua message perlu diperhatikan. Digantikan dengan message (yang ada orang kata bosan), ”jgn lupa solat, i nak isteri i jaga solat baru keturunan i baik2”, ” i nk kita berdua bersama2 bercinta kerana Allah, kalau ada benda yang kita buat langgar perintah Allah kita perlu sedar dan bertaubat”
~Kalau anak bergayut pastikan suara mereka tidak mendayu2 gedik dan sebagainya, kerana suara boleh merangsang nafsu lelaki juga. Cakap straight to the point.
~ Keluar berdating berdua adalah HARAM...jika nak jumpa , sila jumpa di rumah. Kalau nak keluar berdua kena bawa mak ayah, atau kakak atau abang sebagai pemerhati. Perhatikan mereka tidak berpegang tangan , bersentuhan , apatah lagi naik motor bersama atau kereta berdua. Tapi pada pendapat saya, kalau jenis budak2 sekarang yang suka keluar hujung minggu ......semua yang saya terang tentu tak syok lah, APA NAK SYOK2 KAHWIN lah.....
-Segala tips yang saya beri di atas adalah berdasarkan kes yang pernah dihadapkan pada saya dan melalui pembacaan di dalam media tentang kes rogol , kes anak luar nikah dan sebagainya.
Semoga kita menjaga institusi keluarga kita dan moga kita tidak termasuk di antara bahan pembakar api NERAKA.
Nauzubillah min zalik.
2010/12/17
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak yang pakar dalam bidang itu untuk menentukan bila subjek seks perlu dilaksanakan dan tahap usia yang sesuai untuk didedahkan subjek berkenaan.
“Kerajaan apabila nak buat sesuatu dasar, ia dilakukan begitu halus dan terperinci. Tidak timbul setuju atau tak setuju, sebab sekarang orang boleh akses maklumat dalam internet dan pornografi dengan mudah.
“Pendidikan seks yang memberi kefahaman itu penting, jadi pelajar perlu diberi penerangan. Dengan cara itu, baru kita boleh meningkatkan kefahaman mereka dari segi kesihatan dan emosinya.
“Kita perlu beri penerangan supaya mereka tahu mengenainya dan ini juga adalah satu proses dalam kehidupan, tetapi masyarakat melihat perkara ini suatu yang negatif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Muzakarah Pakar Menangani Zina dan Pembuangan Bayi’ dikalangan remaja dan pelajar sekolah di sini, semalam.
Nik Mustapha berkata, perkara penting sekarang ialah bagaimana cara terbaik untuk semua pihak menerangkan kepada mereka mengenai subjek itu supaya penyampaiannya nanti lebih jelas, berkesan dan mudah difahami pelajar.
Beliau juga berharap pengajaran subjek dapat memberi kefahaman kepada murid mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang perlu dipertahankan.
Berucap merasmikan muzakarah itu, Nik Mustapha berkata, perlakuan zina dan pembuangan bayi perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
“Cari puncanya dari pelbagai aspek... apa sebabnya berlaku di kalangan pelajar sekolah, dan bagaimana mengurangkannya kerana ia merosakkan kestabilan dan keharmonian masyarakat kerana institusi keluarga, institusi yang penting, untuk menyelamatkan generasi masa depan,” katanya.
16 Disember 2010
Blog Sepi
Maaf kepada semua pengunjung....
Selamat berpuasa TAsyua dan Ashura kepada semua umat Islam yang mengambil berat akan tarikh2 Islam dalam hidup mereka begitu juga bagi sesiapa yang melingkari sejarah dalam kehidupan....
Baru pulang dari Kelantan, tugasan banyakkkkkk sanggggat yang masih dalam proses untuk di selesaikan....
Terima kasih atas ziarah
10 Disember 2010
Al-Fatihah Tok su Weng
Innalillah Wa Inna Ilahi Rojiun.....
Pok Su Weng adalah atok sedara kepada suami saya yang menetap di Kg Kuala Long Jeli Kelantan. Kami sekeluarga memang akan pulang ke Kelantan petang ini, InsyaAllah....dengan khabar yang diterima lagi kami akan pulang.
Pok Su weng adalah adik ipar kepada nenek suami. Beliau seorang yang kecil tubuh, peramah, dan suka berjenaka.
Sesungguhnya bersama dia tetap tercipta kenangan. Segala kenangan bersama beliau terimbas kembali.
Moga isteri beliau tabah dengan kematian ini.
Dan benarlah janji Allah, kita semua akan mati.
Bila masa saya dan kita semua , Allah saja yang Maha Mengetahui.
Indah sungguh kematian Pak Su Weng, di bulan Muharam....Pagi JUmaat yang tenang tanpa khabar bahawa dia sakit atau apa....meninggal dunia dengan tenang...ruhnya sangat damai....
Saya juga ingin begitu, seperti teman saya Asydi Jamil...seperti Ustaz saya, Ustaz Amin.....
Mereka meninggal sangat damai dan tenang......
08 Disember 2010
Kuat Minda
Hari ini dalam kelas di kolej part time yang saya mengajar. Saya dapat kesan dua couple iaitu pelajar saya yang bercinta.
Tak kisah bercintakan? Tapi cinta mereka ini bak kata seorang pelajar lagi, cinta dua benua...bukan dipisahkan oleh tempat tapi pegangan akidah , iaitu berlainan agama....
Tapi bila saya perhatikan bukan saja berlaku di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan pekerjanya....Contoh :
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Cina Buddha
Saya pun tak tahu nak buat macamna lagi. Cuma yang saya sedih, kenapa lah orang Melayu kita ni mudah sangat jatuh dalam api....
Tak apa kalau mereka ni kuat agama dan bercinta bukan tak ada kes macam ni, tapi kita yang serahkan diri kita pada mereka untuk ditukar agama (Nauzubillah)...
Tak tahu mereka dah tukar agama ke belum, tapi ada yang staf tu saya tanya, dia kata dia tak sambut eidul Adha..maksudnya apa?.....
Isyhh , Pening memikirkan tentang umat Islam sekarang ni, mungkin sebab mereka ini hidup senang sangat dan jauh dari pendidikan keagamaan...
Dan saya juga tidak kuat untuk menangani semua ini.
Saya juga berdoa agar orang lain, agama lain menghormati antara satu sama lain....
Kepada mereka,
JAngan bermain dengan API...BAHAYA...boleh bakar diri? Nanti Api NEraka Bakar....
Ya Allah, bantulah umat Islam ku ini.....
Di bawah adalah artikel tentang Kahwin campur oleh Dr. Maza:
GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;
1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.
3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.
06 Disember 2010
Berubah Berhijrah....
Esok kita akan beralih tahun baru dalam Islam....Berhijrah lah kita....
dari buruk ke baik, dari miskin ke kaya, dari jahil ke cerdik dan semua dari negatif ke positif.....
dari bujang ke berumahtangga (Tahniah pada kawan2 yang bakal mendirikan rumahtangga dalam bulan ini, moga bertambah zuriat umat Muhammad. Bahagialah kalian , contohilah sistem rumahtangga Rasulullah dan Ahl Bait, itu yang terbaik)
Dan dalam bulan dan minggu ini ramai juga mereka yang berada di sekeliling saya deman dan batuk2....saya juga tidak terlepas. Semoga Allah menjadikan panas tubuh dan sakit2 itu sebagai wasilah untuk menuju kesempurnaan diri. Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan kita kepadaNya. Bisikkan kepada Tuhan, campakkan kesabaran
kepadaku dalam dugaanMu ini. Jadikan longlaiku ini sebagai KasihMu. Aku memerlukan 'tangga' untuk naik keRinduMu. Dan sekarang, oh Tuhan, sihatku telah Kau
cabut untuk membina pilah2 tangga itu. Dan sekarang Engkau sedang membina daerah kesunyian untuk berkasih.Oh, Tuhan terimalah aku.
Jadikan muharram ini sebagai sebuah institut..dan kita yang sudah mendaftar ini perlu belajar di sana..
"Sesungguhnya manusia itu bergerak kearah Tuhannya.."
Moga Allah memberi kepada kita maqam yang tinggi maqam mahmud dengan mengikut wasilah yang sebenar dan menjadikan kita sebagai kekasihNYA ..
Bergerak dan berubahlah.....
Salam Hijrah
04 Disember 2010
Qatar Menang
Pagi Sabtu yang indah....
Mata tak leh lelap lah, dah 4.10 pagi....
Apapun nak cerita tentang keputusan Piala Dunia kelmarin, suka sangat Qatar menjadi negara Arab Islam yang pertama tuan rumah SUKAN NO 1 DUNIA.... Anda suka???
WORLD CUP 2022.....Alhamdulillah (Maher Zain pun suka sangat).......:) >>>>> Maher Zain??? Pn Saleha??? Maher Zain????? (Adalah tu kan suara2 yang blur).....hihihi
Qatar? Ada apa dengan Qatar?....Suami ku pernah ke sana....dia kata takde apa2 pun kat sana. Nak jalan2 tu memang lah tak sesuai.
Yang anak panah merah tu Qatar....nampak?
Qatar ni negara kecil jer, jumlah penduduk pun dalam 800 ribu lebih jer...ramai juga orang luar kat negara ni. Bangla dan Indon serta Filipina juga ramai di sini.
Penuh juga dengan pasir berdengung kat sana, memang padang pasir. Suamiku kata tak de tempat yang cantik, dia pun duk dalam shopping TESCO Qatar jer di sana....
Tapi, lain pula yang dicari dalam internet....Klik
Agak2nya Dr Yusuf Qardawi turun tak tengok bola nanti?
Sokong sebab negara Islam....
Do THE BEST QATAR !!!!
Nanti tahun 2022 sempat ke tengok world cup yer.....entah2 dah takde....Ya Allah....
Masa tu kalau hidup umur dah ??.....hihi, dah tua tapi fikir muda lah....Husin dah Hasan pun dah hensem masa tu ramai peminat...hihihi...berdering2 dan bertalu2 sms nak ngurat anak aku...isyhh, apa ni merapu (imaginasi masa depan)...
Ok Selamat Malam
Saleha...4.37 pagi, pukul 8 ada kelas statistik lah...
03 Disember 2010
Tahniah atas kelahiran
Ingat tak psoting saya tentang kelahiran baby baru arwah ustz Amin (bekas pegawai tadbir agama daerah Hulu Langat)...beliau juga merupakan ustaz saya dan boleh dikatakan antara kawan baik saya selain arwah asydi Jamil kawan saya yang juga selepas sebulan turut mengikut Ustaz ke alam barzah....AlFatihah
Semalam 2.12.2010 isteri beliau telah melahirkan anak lelaki yang sangat comel dan putih bersih mulus kulitnya....nampak dia sangat baik , cerdik dan tidak menyusahkan ibunya.
Dia tahu bahawa ibu nya banyak mengalami kesukaran sejak ketiadaan suami tersayang.....
Semoga dia menjadi anak soleh....
Semalam yang azan kan baby tersebut adalah Timbalan Mufti Negeri Sembilan Ust Azmir...kawann baik arwah ustz Amin.
Sedih juga sebenarnya bila kita seorang ibu melahirkan anak yang menjadi penyeri cinta suami isteri ...tanpa suami di sisi....
Melihat ibu2 lain yang bersama suami masing2 tentu saya juga bersedih dan ada air mata yang mengalir....
Kak Ina di temani adik beradik ustaz yang setia menjaga beliau....
Dan saya amat mengerti hati dan kesugulan beliau...tetapi dia tetap tersenyum, tergelak dan tidak nampak air mata yang tumpah....
Sememangnya dia wanita tabah....
02 Disember 2010
Doa Untuk Kak Ina dan Kelahiran
Posting ini sepatutnya ditulis semalam, tapi kerana tidak sempat maka saya tetap siarkan juga hari ini.
Hari ini saya ingin meminta teman2 yang membaca blog ini untuk mendoakan kakak saya (kaka angkat masa di sekolah) agar selamat melahirkan anaknya.
Kembar atau pun tidak masih belum dipastikan lagi (kak ina pun dah tak kisah samada kembar atau tidak). Lepas kematian ustaz Amin, kak Ina hanya harap baby ini selamat dilahirkan.
Semalam 1.12.2010 Kak Ina sudah dimasukkan wad untuk dibedah pada 2.12.2010 ....
Semasa saya menulis ini mungkin Kak Ina sudah melahirkan.
Doakan mereka selamat ye.