Salam semuanya,
Hari ini dalam kelas di kolej part time yang saya mengajar. Saya dapat kesan dua couple iaitu pelajar saya yang bercinta.
Tak kisah bercintakan? Tapi cinta mereka ini bak kata seorang pelajar lagi, cinta dua benua...bukan dipisahkan oleh tempat tapi pegangan akidah , iaitu berlainan agama....
Tapi bila saya perhatikan bukan saja berlaku di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan pekerjanya....Contoh :
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Cina Buddha
Saya pun tak tahu nak buat macamna lagi. Cuma yang saya sedih, kenapa lah orang Melayu kita ni mudah sangat jatuh dalam api....
Tak apa kalau mereka ni kuat agama dan bercinta bukan tak ada kes macam ni, tapi kita yang serahkan diri kita pada mereka untuk ditukar agama (Nauzubillah)...
Tak tahu mereka dah tukar agama ke belum, tapi ada yang staf tu saya tanya, dia kata dia tak sambut eidul Adha..maksudnya apa?.....
Isyhh , Pening memikirkan tentang umat Islam sekarang ni, mungkin sebab mereka ini hidup senang sangat dan jauh dari pendidikan keagamaan...
Dan saya juga tidak kuat untuk menangani semua ini.
Saya juga berdoa agar orang lain, agama lain menghormati antara satu sama lain....
Kepada mereka,
JAngan bermain dengan API...BAHAYA...boleh bakar diri? Nanti Api NEraka Bakar....
Ya Allah, bantulah umat Islam ku ini.....
Di bawah adalah artikel tentang Kahwin campur oleh Dr. Maza:
GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;
1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.
3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan