Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

17 Disember 2010

Tips jaga diri dan keluarga (siri 2)

Ini adalah sambungan bagi topik Tips Jaga Diri dan Keluarga (1)….

Di sini saya merumuskan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibubapa sebagai pendidikan seksual yang bermula di rumah.

1. Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak pertengahan usia seperti 7 tahun dan ke atas sebaik2nya di pisahkan tempat tidur mereka.
Jika ada rumah yang kecil hanya ada 1 bilik pastikan buat bilik atau ruang kecil untuk anak lelaki dan perempuan tidur dan tukar pakaian mereka.

Antara sabda nabi yang mengajarkan perkara ini :

"Anak-anak lelaki dan perempuan hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka ketika berusia 10 tahun".

” Jika anak-anak kalian telah berusia tujuh tahun maka pisahkanlah tempta tidur mereka”.

Sahabat berkata” Anak berusia tujuh tahun giginya akan tanggal dan diperintahkan untuk solat saat berusia sembilan tahun. Dan dipisahkan tempat tidurnya saat berusia sepuluh tahun”.

Begitu juga apabila ada ibubapa yang tidur bersama anak-anak mereka di dalam satu kamar juga diminta asingkan. Ini amat berbahaya, seperti sabda Nabi Muhammad SAW: ” Demi jiwaku yang ada di tanganNYA, jika seorang lelaki menyentuhi isterinya sementara di dalam bilik terdapat anak kecil yang terbangun dan melihat mereka, mendengar percakapan dan desas desus nafas mereka, anak itu tidak akan selamat selamanya. Jika dia anak lelaki dia akan menjadi penzina jika dia anak perempuan akan menjadi nakal.

Rasulullah amat melarang perbuatan jika ibubapa sedang bersetubuh sementara anak kecil ada di tempat tidur. Semua ini dapat membentuk personaliti anak.

Sama ada kita sedar atau tidak, kerana desakan ekonomi yang tinggi mungkin kita tidak mampu untuk memiliki rumah yang besar mungkin atau sememangnya selalu kalau ada anak yang kecil ibubapa akan tidurkan anak kecil bersama. Maka perhatikanlah hadis tadi dan beradablah dan berhati-hati lah.

2. Dilarang melihat aurat anak kecil atau sebaliknya.
Sekarang di klinik dan hospital kerajaan kalau nak timbang berat bagi bayi yang belum pandai jalan, mesti disuruh buka semua baju dan pampers dengan kata lain berbogel. Kalau di klinik rumah saya, kena buka semua baju dan pampers depan orang ramai pulak tu....saya selalu bergaduh dengan Nurse tak nak buka baju, saya kata anak saya malu, lepas tu nurse menjawab, budak mana tahu malu lagi, takper, dan nanti nurse cakap kalau ketua datang saya kena marah. Pastu saya lawan saya cakap, saya lagi kena marah dengan Nabi dan Allah. Baru mereka senyap dan biarkan saya....entah apa rasional buka semua baju dan pamper, kalau mereka berak pun takkan kita nak timbang dengan berek mereka , tentu kita tukar dahulu. Kalau kencing berapa gram sangat kencing mereka. Tak payah cakap soal realibiti dan validiti...itu mmg subjek saya ajar...

Sabda Nabi:
” Hendaklah orang tua tidak melihat aurat anaknya dan anaknya tidak melihat aurat orang tuanya”.

” Tutupilah kehormatan auratnya. Sesungguhnya kehormatan aurat anak kecil bagaikan kehormatan aurat orang dewasa dan Allah tidak akan melihat para penyingkap aurat .

Semasa mandi, jangan biarkan anak lelaki dan perempuan walau masih kecil mandi berbogel bersama. Jika perlu tutupi kemaluan mereka dengan menyediakan tuala khas untuk mereka tutup semasa mandi.
Semasa pakaikan pampers, jangan biarkan anak bertelanjang bulat, tutup kemaluan mereka dengan kain semasa memakaikan pampers. Begitu juga selepas mandi , siapkan tuala selepas mandi terus tutup jangan bagi mereka bertelanjang di hadapan orang.

3. Batasan mencium anak laki-laki dan perempuan.

Rasulullah bersabda: ”Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, jangan kalian (ayah-ayah) menciumnya. Dan wanita dilarang mencium anak laki-laki jika telah berusia tujuh tahun”.

Di dalam beberapa kisah auliya juga dinyatakan:
Muhammad bin Ibrahim (gabenor mekah ketika itu) memiliki seorang putri kecil yang memakai pakaian yang cantik. Kadang-kadang ada tetamu lelaki yang datang ke rumah dan beliau mendokong anak tersebut. Ketika wali ini datang, kanak-kanak ini minta didokong tetapi beliau menolak dengan baik dan berkata ” Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, tidak boleh seorang lelaki yang bukan muhrimnya mencium dan mendokongnya”.


4. Minta izin

(٥٧) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِيَسۡتَـٔۡذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَبۡلُغُواْ ٱلۡحُلُمَ مِنكُمۡ ثَلَـٰثَ مَرَّٲتٍ۬‌ۚ مِّن قَبۡلِ صَلَوٰةِ ٱلۡفَجۡرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعۡدِ صَلَوٰةِ ٱلۡعِشَآءِ‌ۚ ثَلَـٰثُ عَوۡرَٲتٍ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّ‌ۚ طَوَّٲفُونَ عَلَيۡكُم بَعۡضُڪُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬ (٥٨) وَإِذَا بَلَغَ ٱلۡأَطۡفَـٰلُ مِنكُمُ ٱلۡحُلُمَ فَلۡيَسۡتَـٔۡذِنُواْ ڪَمَا ٱسۡتَـٔۡذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ (٥٩)


(57) Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. / (58) Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Tentang adab tersebutTuhan menjelaskan lagi dengan lanjutan Surah tersebut :
(59) Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (60) Tidak ada salahnya bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa kamu atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. /

Di sini kita mengajar anak2 kita tentang rasa privasi. Ibu ayah , anak2 semuanya ada privasi masing2. Jika ibu ayah ada di dalam bilik itu adalah privasi bagi mereka, dan kita sama sekali dilarang untuk terus masuk tanpa memberi salam kepada ibubapa. Seperti juga abang dan kakak atau anak2 kita, sebelum masuk bilik anak2 kita harus bagi salam dan meminta izin bagi mereka. Jadi maka harus kita mengajar anak2 kita

Beberapa tips dan ingatan yang saya sertakan , moga kita bersama dapat beramal dengannya demi kemuliaan hidup kita dan generasi kita.


Taqabbalallahuminkum minna waminkum taqabbal ya Karim.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih. sangat manfaat untuk saya