Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

10 Disember 2010

Al-Fatihah Tok su Weng

Pagi tadi dapat khabar dari pak sepupu suami saya , Muhaimi " Puan, Pok Su Weng Kuala Long meninggal pagi tadi"......

Innalillah Wa Inna Ilahi Rojiun.....

Pok Su Weng adalah atok sedara kepada suami saya yang menetap di Kg Kuala Long Jeli Kelantan. Kami sekeluarga memang akan pulang ke Kelantan petang ini, InsyaAllah....dengan khabar yang diterima lagi kami akan pulang.

Pok Su weng adalah adik ipar kepada nenek suami. Beliau seorang yang kecil tubuh, peramah, dan suka berjenaka.

Sesungguhnya bersama dia tetap tercipta kenangan. Segala kenangan bersama beliau terimbas kembali.

Moga isteri beliau tabah dengan kematian ini.

Dan benarlah janji Allah, kita semua akan mati.

Bila masa saya dan kita semua , Allah saja yang Maha Mengetahui.

Indah sungguh kematian Pak Su Weng, di bulan Muharam....Pagi JUmaat yang tenang tanpa khabar bahawa dia sakit atau apa....meninggal dunia dengan tenang...ruhnya sangat damai....

Saya juga ingin begitu, seperti teman saya Asydi Jamil...seperti Ustaz saya, Ustaz Amin.....

Mereka meninggal sangat damai dan tenang......

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam kak sal,

namanya Pok Su Wei (dengung sket :P) atau mungkin boleh Wel, asalnya dari nama Ismail, org kelantan singkatkan jadi Wei@Wel.. bukanlah Weng, sebab kalau ikut bahasa Johor/Perak/lain2, Weng tu gila, atau tak betul maksudnya..huhu.

kenangan memang banyak, dari pok su masih muda dan kuat dulu sampai masa dia tua tetapi masih kuat. dia suka kalau kita datang rumah dia mesti bertanak makan nasi..

Ya Allah ampuni dia, kasihi dia, dan tempatkanlah dia kalangan hambaMu yang soleh.
p/s: sekadar berkongsi.

=)

-zamzila

Unknown berkata...

Salam zila, adik ku sayang (sayang ker....? p-)

terima kasih atas penjelasan....

Dia mmg baik...dan kalau makan nasi pun mmg dah biasa tanak kat umah dia...tapi budaya skrg....akak yang masak...ingat lagi tahun ni juga akak masak sup ayam...dia kata tak pernah rasa sup sedap macam ni....

hehehehe/....

AlFatihah untuknya.

Ps: Terima kasih atas kunjungan ke blog...selalu baca di Terengganu ker?

Ps: Bila dapat rasa sup adikku ini pula