Salam.....
Rasa terkilan pada keluarga dan anak2 kerana tidak dapat bersama dengan mereka menghabiskan cuti hujung minggu.
2 minggu ini kelas berturut2....SAbtu Ahad pagi sampai petang kemudian untuk 5 hari bekerja masih belum sempat untuk bercuti , memang banyak tugasan yang majoritinya sudah hampir dengan tarikh nya.
Anak2 pun Husin dan Haura sakit2 demam dan sakit kepala. Tak sempat nak habiskan masa dengan mereka secara kuantitinya tapi kualiti memang perlu dijaga.
Husin, Haura, Hasan dan Zahra.....
Segala pahala mama bekerja dan belajar mama sedekah kan kepada kamu semua, kerana kalian adalah tamsilan buat mama......
Apa yang mama lakukan bukan sia2....semuanya untuk kalian.....mama corakkan diri mama agar corak itu bisa kalian ikuti dan contohi.
Mama pastikan setiap yang mama lakukan adalah perkara yang baik dan bermanfaat. Agar kalian juga tetap terjaga dari semua sudut.
Mungkin ada kekurangan sini sana, sama2 kita baiki. Tidak semestinya mama ibu yang tidak bekerja dapat menumpukan masa pada kalian....walaupun mama seorang pekerja atau suri rumahtangga itu tidak penting bagi mama. Yang penting kualitinya dan proses untuk kita hadapi semuanya bersama.
Ilahi, pelihara dan jagalah anak2 ku....Ameen.
PS: Terima kasih kepada Raja hatiku.....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan