Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

19 April 2011

Tulis itu irama

Tulis itu macam mencipta irama, jika kita menaip rasa macam keyboard tu berbunyi dan macam adalah cipta lagi....sama juga bila kita memetik gitar kita rasa dalam kepala kita tengah menghafal skrip dan sedang mencipta lagu sama juga lah bila kiat menulis....

Salam dan apa khabar semua.......

Rindu pada semua pembaca tetapi lagi rindu pada orang yang menyayangi kita.

Al-Fatihah kepada Makcik saya Rahimah yang meninggal semalam di Hospital Seremban. Pemergiannya memang saya sayu juga kerna dia adalah antara makcik yang banyak kenangannya bersama saya juga anak2nya.

Jika dulu masa kami kecil2 selalu pergi ke Pekan Pahang dan tidur di rumahnya, pasti anaknya akan menyediakan kek untuk kami dan layanan keluarga mereka amat sangat baik sekali. Apatah lagi kami ada Kak Rosni yang mulutnya memang bising tapi hati yang baik.

Kami jadi jarang berjumpa dan kurang rapat sejak keluarga mereka berpindah ke Kajang, sebab kami pun jarang ke rumahnya. Apa lagi menyaksikan mereka banyak berpindah, agak sukar untuk keep in touch seperti dahulu.

Apapun, semalam perhatikan wajah arwah bersih dan bila muka kafannya, nampak mukanya tenang dan senyum sahaja. Maka saya menyaksikan apatah jadi dengan mayat saya esok hari. BAgaimana?

Didoakan kebahagiaan yang kekal dan terlepas daripada segala kesempitan dunia dan memasuki keluasan negeri abadi. Semoga ahli keluarga bersabar dan tabah dengan ujian kematian yang berturut-turut ini.

Semasa saya sampai di sana, saya juga berjumpa dengan seorang saudara lelaki saya yang baru kematian isteri kerana kemalangan pulang dari berjualan di Johor Bharu. Kereta yang dipandu suaminya yang sedang mengantuk terbabas di selekoh jalan di Highway Johor Bharu ketika pulang ke KL semula. Tinggallah anak kecil yang berusia 2 tahun dan 6 bulan bersama saudara lelaki saya itu. Sangat kesian saya melihat anak kecil itu bersama sayahnya. Moga mereka tabah dan kuat!

Ya Allah, hati saya memang pilu melihat anak yatim dan saya yakin semua orang juga kasihan pada anak yatim. Saya menyeru agar sesiapa yang kenal dengan anak yatim di mana2 berilah bantuan kasih sayang anda kepada mereka. Jika tidak berupa wang ringgit harta benda berilah cambahan kasih sayang. Kerna memang anak2 yatim ini kita ada hak dengan mereka.

Begitu juga saya mengingati anak2 arwah ust Amin dan Asydi yang sentiasa saya kasihi ...kerna mereka masih kecil lagi.

Akhirnya........

Saya pinjam artikel kematian dari seseorang yang saya sentiasa baca juga blognya klik


Setiap kali menyebut mati, kegelapan yang kita bayangkan, ketakutan, sempit dan sebagainya. Namun, sebenarnya kematian itu hanyalah sebuah pintu yang semua orang pasti lalui. Di sebalik pintu itu ada kebahagiaan hakiki.

Dahulu ketika manusia di dalam rahim ibu, itulah nikmat dan kebahagiaan yang tiada tara. Kalau boleh tiada siapa yang mahu keluar dari rahim ibu tempat yang kukuh dan selamat. Sentiasa dipeluk ibu. Namun apabila tiba masanya seorang bayi harus juga keluar walaupun dia membencinya.

Rupa-rupanya hidup di dunia ini lebih enak berbanding di dalam rahim yang sempit sehingga kita rasa tidak mahu meninggalkan dunia ini, sehingga kita berfikir kematian dan alam akhirat sungguh menyiksakan.

Bagi manusia terbentang tiga pintu kematian, pilih lah mana pintu yang mahu dilaluinya. Pintu pertama untuk mereka yang beriman dan beramal dengan yang diimani, pintu kedua mereka yang beriman tetapi tidak pun mengambil kisah untuk menyediakan bekalan dan pintu terakhir untuk mereka yang tidak beriman.


Pintu pertama kematian pastilah dilalui bagi yang beriman dan beramal. Di sebalik pintu itu mereka akan dapati kehidupan yang tersedia indah tiada taranya. Tiada lagi kesakitan, tiada lagi penat lelah. Melalui pintu inilah akan bertemu baginda Rasulullah saw, para anbiya', ulama' dan atqiya yang mendahului kita. Melalui pintu ini juga kita bertemu sanak saudara, ibu bapa dan nenek yang mendahului kita yang juga beriman dan beramal. Insya Allah moga kita melalui pintu ini.


Pintu kematian kedua akan dilalui oleh mereka yang beriman tetapi mengabaikan dan tidak beramal dengan apa yang diimani. Golongan ini akan mendapati negeri akhirat itu seperti penjara sempit dan menyakitkan.

Pintu terakhir untuk mereka yang tiada iman, pintu ini akan dilalui dan mereka disediakan kecelakaan dan kegelapan.

Al-Fatihah...

Allahhumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

4 ulasan:

Affieza berkata...

Salam Madam...
Takziah atas pemergian mak cik

p/s: follow ur blog and twitter..hehe

Unknown berkata...

Salam fiza.

Kullu nafsin zaikhatul maut!

Terima kasih follow, i like it.....ok i will find u in my twitter.....fb tak ikut?

Rosni Musa berkata...

Wah...namaku ada ekk....tq..tq..tq..Tapi masih terasa lg gelak ketawa & celoteh mak...rindu sesngt...!1

Unknown berkata...

Salam kak Rosni,

sampai juga di rumah kak Rosni tapi sebab sedih bukan happy....suka tgk peti ais kak rosni dan sgt bercita2 untuk buat peti ais mcm tu...hehehehe

Semoga tabah dan sentiasa sedekahkan AlFatihah dan QulhuwallahuAhad selepas solat.

Takziah