Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

20 September 2009

SALAM EIDUL MUBARAK

Allahu akbar Allahu akbar

Laailahaillah wallahu akbar

Allahu akbar walillahil hamd



Alhamdulillah ya Allah atas kedatangan Syawal. Selamat tinggal Ramadhan. Moga aku bisa bertemu mu kembali. Perkenankan ya Allah!



Alhamdulillahi 'ala maa hadanawalahus syukr 'ala maa aulana.



Syawal tahun ini bertepatan dengan kedatangan musim dingin. Kulihat seorang anak kecil berusia 6 tahun memandang ke langit sambil menadah kedua tangannya. Satu, dua, tiga......titis-titis airmata mengalir dari pelupuk matanya. Kulihat cahaya cinta kasih dalam matanya. Wajahnya memancarkan keramahan dan kedamaian. Mulutnya kumat kamit….(dia sedang berdoa)

Selimut malam, kelambu langit, semilir angin musim dingin dan lalu-lalang manusia tidak membuatkan anak kecil itu terusik. Dia bercengkerama asyik dengan Kekasihnya. Dia larut berbincang dengan Tuhannya. Ada rasa ingin tahu mengajak aku menghampirinya. Apa gerangan yang dipinta dari Tuhannya itu. Perlahan aku mendekatinya dan dengan kepala tunduk, aku duduk tepat di belakangnya. Dia khusyuk, tak terusik dengan kedatanganku. Dari jarak yang tidak seberapa itu, sayup-sayup aku mendengar sebuah rintihan dari mulut mungil itu, meskipun dihiasai dengan tangisan namun, dengan jelas kudengar suara parau itu.

Sahabat, dengarlah dia merintih, mengadu kepada Kekasihnya;

Setelah dia mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT,
Setelah dia menyampaikan selawat kepada manusia yang paling dicintai oleh ALLAH SWT,
dia mula mengadu kepada Kekasihnya……

Dengarkanlah, wahai Tuhanku...
Lihatlah,
para miskin dan peminta telah berhenti di pintuMU
Para faqir dan papa telah bersimpuh di di hadapanMU

Perahu musafir telah merapat dan berlabuh
di pinggir Keagungan dan KemuliaanMU
Mereka mendendangkan lagu, memujiMU
mengharap agar dapat memasuki
pelantar rahmat dan nikmatMU

Wahai Tuhanku,
sekiranya Engkau tidak mahu mengampuni mereka
dan mengabulkan permintaan mereka
kecuali orang-orang yang telah Engkau sucikan,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang tidak segaja kerana kedunguannya
tenggelam dalam samudera dosa dan nista?

Tuhan,
apabila Engkau tidak mahu mengampuni dosa-dosa mereka
kecuali orang-orang yang taat kepadaMU,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang telah mengabaikanMU
sementara mereka sama sekali tidak sengaja melupakanMU?

Tuhan,
jika Engkau memang tidak mahu menerima mereka
sebagai tetamuMU
kecuali mereka yang telah menghabiskan waktunya
sibuk beribadah dan memujiMU,
lalu bagaimana dengan manusia
yang telah menghabiskan waktunya
menjauh dariMU
hanya kerana tidak tahu
bagaimana cara beribadah dan memujiMU?

Wahai Tuhanku,
sungguh beruntung mereka
yang telah melelahkan kesempatan
di bulan penuh rahmat ini berzikir,
memuliakan AsmaMU,
merengek-rengek meminta belas-kasihMU
tanpa melupakan nikmat dunia pemberianMU
lalu Engkau mengabulkan semua yang mereka dambakan

Sungguh! mereka telah merdeka
Sungguh! mereka telah lepas dari sambaran panas neraka

Dan Tuhan,
sungguh kami adalah hambaMU yang berlumur dosa
hambaMU yang masih asyik dan mesra melayani bisikan nafsu
lalu melupakanMU
hambaMU yang selama ini tanpa sengaja
telah mengadukan segala kekurangannya kepada selainMU

Sungguh! kami adalah manusia yang rugi
Sungguh! kami lupa bahawa di bulan ini
sebenarnya Engkau telah membuka pintu rahmatMU
lalu Engkau dengan kasih dan sayangMU
telah mempersilakan kami masuk ke altar suciMU
dan menerima kami sebagai tamu agungMU

dan...
sekarang kami baru sedar
setelah bulan hidangan itu berlalu
dan Engkau sesungguhnya telah menjamu kami
dengan sebaik-baik hidangan.

Tuhan,
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami...
ampunilah kami....
ampunilah kami...
ampunilah kami....
ampunilah kami....
ampunilah kami....
ampunilah kami....

Tiba-tiba kulihat anak kecil itu tidak berkumit lagi. Sungguh, dia adalah tetamu kecil Tuhannya.. Ilahi ampunilah kami...

09 September 2009

20 Ramadhan

Jika di Malaysia, 10 Ramadhan adalah malam2 yang semakin suri rumah sibuk membuat kuih raya, berfikir tentang dekorasi rumah.

Di masjid atau surau, semakin lekang makmum-makmum yang suatu masa dulu berduyun-duyun ke masjid. Ayah-ayah terpaksa menghantar anak-anak dan isteri mencari barang untuk berhari raya. Semua tahu kelebihan lailatul Qadr, tapi tidak mampu menepis kekangan lain yang dihadapi.

Hari ini saya ingin membawa cerita "SUATU MALAM DI SUDUT MASJID" untuk santapan hari ini.

Sepuluh hari terakhir Ramadhan, ketika hari-hari terakhir bulan suci mulai boleh dihitung dengan jari tangan dan hasrat untuk bersimpuh di sisi Tuhan mulai merasuk, diam-diam tiga orang lelaki menemukan diri mereka melewati sepertiga malam terakhirnya di sebuah masjid yang sama.

Masjid tempat ketiga lelaki itu beriktikaf sesungguhnya hanya sebuah masjid kecil di kaki gunung yang amat biasa. Ia tak lekang oleh dingin yang menusuk dan kesepian yang mencengkam. Ketiga lelaki itu sendiri sebenarnya masih cukup kuat untuk mengunjungi masjid-masjid lain yang lebih besar, megah dan dipenuhi jamaah tetapi mereka tidak melakukannya. Masjid itu amat sederhana, yang sebenarnya lebih mewakili ruang dalam diri mereka yang juga amat sederhana, yang sering merasakan pedih tusukan kenyataan seharian yang pahit, sunyi dan sebagaimana adanya.

Kesunyian pun saling menyapa di antara ketiga lelaki itu.
Kesunyian pertama adalah kesunyian seorang pemimpin persatuan yang gelisah mencari rukuknya, ketika didapati isterinya sering membukakannya pintu dengan mata berkaca-kaca.
Kesunyian kedua adalah kesunyian seorang anak yang gelisah dalam zikirnya, yang hanya berteman dengan kecamuk batin yang dideritanya sejak lama kerana gagal membahagiakan ibu dan neneknya.
Sedangkan kesunyian ketiga adalah kesunyian seseorang pemuda yang gelisah di hadapan Al-Quran yang dibacanya, ketika ada mawar sedang mekar dalam hatinya dan dia tahu bahawa seharusnya, dia mengarahkan cintanya kepada Allah saja, tetapi hatinya tidak mampu menepis kehadiran seorang perempuan yang dengan santun telah mengisi kekosongan jiwanya.

"Saya ingat isteri saya," kata lelaki pertama, "seorang perempuan yang diamnya menggugat kemampuan saya untuk membahagiakan hatinya, sementara di meja mesyuarat organisasi, semua orang mampu saya buat mereka bersemangat dan tertawa.

"Saya ingat ibu saya," kata lelaki kedua, "seorang perempuan yang selalu sabar mengasuh dan membesarkan saya hingga saya sampai di sini, begini; mengenal sejadah dan bersujud. Tapi kehilangannya betul-betul memukul jiwa saya kerana saya belum pernah jujur menghargainya sebelum pemergiannya."

Lelaki ketiga pun berkata, "Dan saya ingat seorang perempuan, yang selalu mengingatkan saya untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, hingga saya selalu ingin bertemu kerana wajahnya yang sering melewati tidur dan mimpi saya, bahkan hadir dalam jaga!"

Malam itu, tiga orang lelaki berbincang tentang diri mereka dalam raga yang lain, yang adalah perempuan isteri, perempuan ibu, dan perempuan kekasih mereka.

Tetapi, ketika sujud-sujud dipanjangkan, gugatan pun sirna dalam cinta, dan cinta pun membakar dirinya sendiri dalam kesyukuran kepada Sang Pencipta. Tidak ada yang tahu dengan jelas ketinggian perjalanan mereka malam itu dalam menembus langit jiwa masing-masing. Yang pasti, dinding masjid itu bersaksi, bahawa mereka telah meletakkan perempuan-perempuan yang mereka cintai sebagai tangga yang ditapaki dengan ketakziman berzikir, hanya bagi kesujudan terpenuh kepadaNya. Ini sebuah sikap batin yang amat mungkin membuat semesta menyingkapkan puncak cahayaNya. Benarlah Ibnu Arabi, kehadiran perempuan itu adalah tajalli keindahan Ilahi di muka bumi.

* Cerita di atas , adalah cerita tentang kuasa seorang yang bernama 'perempuan' yang bisa mengubah seorang lelaki. Seperti Adam yang mempengaruhi Hawa untuk memakan khuldi lalu merubah keadaaan Adam. Wanita adalah segalanya!......

Maka wanita adalah agen perubahan. Maka.....adakah di Malaysia kurangnya beramal di akhir2 Ramadhan kerana perempuan juga?

03 September 2009

Surat Puasa Teman

Salam,

Dah lama tak update dalam blog nie, (patutlah ada orang rasa malas nak buat blog, sebab katanya selalu kena update). Tapi saya rasa UPDATE nie bagus, bagus untuk otak dan juga saya rasa saya ada hobi baru bila ada blog nie.

Student yang selalu buka blog saya pun ada yang hantar sms "Puan, takde cerite lain ker hari n?" Terima kasih lah student yang selalu jenguk saya dalam blog. Seronok ada student yang concern2 macam nie , Apapun anda adalah sahabat dan teman saya, terima kasih banyak2.

Hari nie nak kongsi email yang saya dapat dari teman yang duduk di oversea. Amat ringkas kehidupan nya di sana, makanan pun apa yang ada makan , apa yang takde minum air kosong jer lah.

Hayatilah ciritera ini:

salam...

Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah. Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Orang suci tidak akan pernah menangis di hadapan manusia, tetapi akan menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.

Alhamdulillah, ana sejahtera..harap akak dan kawan2 semua juga sihat menahan lapar yang tergeliat; nobuffet no bungkus..no susu, no fresh orange...no bom no maruku...puasa kat sini nak kata seronok tu tak la..tapi bulehla..sebenarnya sama je kak puasa kat mana2..asalkan puasa..

yang paling payah ialah nak puasa dalam diri..puasa amarah, puasa bermewah, puasa nafsu berbuka dan mcam2 la..tahun ni beraya sendiri dalam diri..tapi tak tahu lagi, sebab makna aidil fitri ialah kembali kepada fitri..setelah kita bersihkan diri sepanjang ramadhan ini..ertinya kita kembali kepada kita manusia yang asal, yang suci, yang masih memegang teguh janji Ilahi: alastu birabbikum, dan kita yang fitri kelmarin mengangguk patuh, qolu bala..masihkah kita yang akan berfitri nanti mengangguk dengan jawapan yang serupa atau dengan tubuh yang masih berdebu bersalut dosa? Jadi di Kajang atau di Kelate atau di Jerantut atau di Johor, Melaka, Kedah, atau di mana2, takde beza akakkan?

hehehee..tah apa2 ana merapu ni kak..batal ke puasa ana kalau merapu banyak sangat ni..(nampaknya nafsubicara ana belum berpuasa kak)kalau dengan Tuhan kita bersembang macam ni kan bagus kak yer? Memang sesungguhnya Quran itu adalah'perbicaraan' Tuhan dengan manusia (ya aiyuhal lazina'a manu), dan doa serta munajat itu perbicaraan kita dengan Tuhan (allhumma, wahai Tuhanku).

Bulan Ramadhan menuntut kita untuk melakukan keduanya. Maka puasa adalah pembersihan untuk menuju Ilahi sebelum kita memperbaharui janji, akulah hambaMu..hambakah kita? Mudahan2 ramadhan ini menjadikan kita hamba..alhamdulillah

Selamat belajar sehingga menjadi hamba! Doakan kami ye kak......

* Dia ni ambik falsafah, siapa baca tak faham boleh lah tanya saya.

Selamat Berbuka Puasa (Lepas Maghriblah)

26 Ogos 2009

1000 PERKATAAN

Husin dan pandai pegang mouse .....SYUKUR. Perkembangan motor sistem kasarnya semakin baik. (Mama masa umur 15 tahun baru tahu guna komputer)
Tapi Husin suka jerit kuat-kuat. Mungkin orang di sekelilingnya suka jerit kuat-kuat atau marah2 jika Husin buat salah. Mama selalu pesan kat Husin, kita kena jaga 'adab'. Baru jadi manusia berguna
.


Husin dah pandai untuk sesuaikan warna dengan gambar yang ingin diwarnakan.


Inilah warna yang berjaya dihasilkan oleh Husin semasa
dia berusia 3 tahun 5 bulan.
Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati.
Pada tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran motor kasar dan halus mereka membolehkan mereka mengekspresikan diri mereka melalui sebuah lukisan. Mereka mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan. Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya jika emosi mereka sedih dan sebagainya.
Jika anda ingin tahu apa yang terkandung di dalam pemikiran otak anak anda. Berikan dia ruang untuk mengekspresi dirinya sendiri dengan memberinya pen dan kertas, maka anda akan tahu apa yang ada di dalam fikiran mereka.


25 Ogos 2009

Puasa Zamyal

Salam kepada semua.

Salam juga kepada pelajar-pelajar yang pulang ke kampung (cuti sebulan 2 minggu)....seronoknya lah kan.....

Semoga semuanya bahgia, dan apa saja yang kalian lakukan moga ibadah diterima Allah SWT..

Untuk renungan saya kutip semula cerita yang pernah hinggap di talian mail saya suatu masa dulu, agar kita boleh berkongsi mungkin .


Zamyal berjalan dari padang ke padang, dari benua kebenua, dari cakrawala ke cakrawala, meskipun ramai yang tidak tahu dia sedang mengembara. Di dalam pengembaraannya, dia sentiasa berpuasa, meskipun orang tidak memahami bahawa dia sedang berpuasa.

Wajahnya kelihatan menderita, tapi jiwanya sangat bahagia kerana puasanya di'beli' oleh Allah. Dia meminta untuk diberi makanan tetapi tidak ada yang peduli, termasuk Nabi besar Yaakub as. Zamyal kemudian melewati seluruh malam dengan lapar dan menjalani pagi hari berikutnya dengan lapar. Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah.


Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Zamyal tidak pernah menangis di hadapan manusia, tetapi dia menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.
Cerita ini adalah tentang kesendirian dan tangisan di depan Tuhan.

Bersempena dengan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini, selalulah kita menghadirkan diri kepada Allah. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Dia datang kepada kita. Alangkah Indahnya Allah!

Selamat Beribadah (walaupun sambil terseguk2 di malam hari),

18 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

Enter Fleedy.com
Fleedy.com Enter Fleedy.com
Fleedy.com

Apa Ada Dengan Ramadhan?

Saya bukanlah ustazah yang mengajar Sekolah Agama (bekas ustazah apa!), bukanlah pensyarah Pengajian Islam.

Maka untuk membahaskan tentang fadhilat Ramadhan , saya boleh. Tapi bukanlah ahli.

Di sini saya hanya ingin mengajak saya dan semua pembaca blog (termasuk pelajar2 tersayang dan orang tersayang) merenung kembali nature Ramadhan itu secara umum.

Ramadhan adalah di mana di buka pintu-pintu SYURGA dan ditutup pintu NERAKA. Maksudnya, Allah Yang Maha Pengasih itu memberi peluang kepada hambaNYA di dalam bulan ini untuk beribadat dengan sesungguh-sungguhnya.

Jadi, apa jadual kita untuk bulan ini? Kalau orang yang berniaga sudah siap dengan barangan jualannya, baju kurung, baju melayu, tapak bazar, pekerja dan macam2......Jadi seharusnya kita juga begitu.

Sediakan Jadual beribadah:

Kalau seorang suri rumah yang bekerja (muslimat kontemporari sekarang ada dua kerja), mungkin jadualnya begini:

4.00-4.30 = Tahajud (Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Witir)+ Baca Quran
4.35 -5.30 = Masak Sahur + Siapkan hidangan + Bersahur
6.00 = Subuh
7.00 = Siapkan anak-anak + Pergi kerja
8.00 - 4.00 = Kerja (Baca Quran Khatam 20 hari = dah tolak shopping dan uzur )
Kalau nak khatam Quran kena baca 1 hari paling kurang 2 juzuk.
4.00 -4.30 = Drive balik rumah (dengar yang bermanfaat, dekat dengan Allah)
4.30 - 6.30 = Solat Asar + Ajak anak2 baca Quran (Tadarus , kalau anak kecil Tadarus alif ba ta) + Beli hidangan atau masak
6.30 -7.30 = Berehat (entah sempat entah tidak)
= Buka Puasa (Kurma + Air)
7.30 - 8.15 = Solat Maghrib + Zikir + Makan berat
8.30 = Terawih
= Yang tak ke masjid terawikh ( Solat di rumah + Baca Quran ) Buat jadual dengan anak2 bagi Tazkirah ker?

Sepintas lalu jadual Ramadhan.................

Nasihat saya berhubung lah selalu dengan telefon Allah (Al-Quran) kerna apabila kita membacanya , ia terus kepada Allah. Telefon Allah tidak perlu bayar bil , free saja.


Bulan Ramadhan ini tiada SYAITAN yang mengganggu, sekarang kita hanya berlawan dengan nafsu kita. Sebab tu bulan Ramadhan nie kena ringan2 kan badan beribadat untuk menjadikan hati kita kembali putih berseri dan suci, Basuh noda hitam , habuk hitam.

Banyakkan bersedekah (kalau takde duit bagilah juga RM1 atau RM2 kerana Tuhan pasti mengirim khabar gembira setelah itu.

Berbuat baik dengan anak-anak Yatim. Kalau tak kesempatan nak pergi RUMAH ANAK YATIM, risik2 jiran yang sebelum ni kita lupa kan (mungkin ada yang tidak mampu di sekitar kita)

Di samping fikir kan perut sendiri fikir kan jugak perut orang2 yang tiada wang untuk membeli makanan.

Akhir sekali,

Untuk Pelajar Full time yang cuti lama nie, " penuhi masa dengan beribadah (bukan duduk atas sejadah, tidur sejadah, makan sejadah), lebih menghabiskan masa dengan ALLAH, IBUBAPA, adik beradik dan keluarga.

AJAK MEREKA SUCIKAN HATI........

Sama-sama ke arah SATU RAMADHAN "ALLAH diutamakan Pembersihan Jiwa didahulukan"

Salam Ramadhan,