Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

03 Januari 2011

1.1.2011

Salam semua pengunjung blog,

Rindu rasanya nak update blog tapi apakan daya tak sempat kerana terlalu sibuk dan internet juga takde access.

Masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011....
Jumaat baru ni cuti kemenangan bola, tapi saya masih bekerja kerana hari Sabtu nya 1.1.2011 juga bekerja. Pelajar modular menghadapi peperiksaan akhir (Jadual tidak dapat diubah ke waktu yang lain, maka kami semua terpaksa berkorban kerja di tahun baharu).

Maka dalam sejarah hidup saya, yang selalunya 1.1. setiap tahun bercuti dan saya kebetulan hari lahirnya jatuh dalam tarikh tersebut perlu bekerja. Dan inilah pertama kali saya bekerja pada hari jadi saya. Ada yang kawan ingat dan ada juga yang saya masih menunggu ucapan mereka kepada saya sehingga hari ini.

Saya kini makin berdebar kerana sudah melangkah ke 30....kalau sebelum ini melangkah ke 20an , memang ada rasa lain macam juga. Masuk ke 30 an, perasaan takut semakin menebal, untuk menghadapi masa2 yang perlu ditempuhi. Dalam 30an , ini banyak impian yang masih tidak tercapai harus saya gapai dan kejar...moga saya memilikinya. Dunia Akhirat saya ingin berjaya .....dan saya akan FOKUS kepada Kejayaan. Mohon Allah bimbing segala tugas dan perkara yang saya lakukan.
Semasa 20an, di UIA, kawan2 sentiasa beri surprise dan macam2 hadiah saya dapat...saya amat merindui mereka, Najihah Muhammad, Norazah Abol, Muniroh Abdullah, Rasyidah, Sumirah dan yang lain juga....Mereka adalah cahaya dalam hidup saya.
Dengan Azah, susah senang kami harungi bersama. Dan dia lah kawan terbaik buat diri saya hingga ke hari ini dan selamanya. Ingat lagi, bangun pagi lepas Subuh pergi kilang kek beli roti dan kek untuk dijual di UIA, petang jual nasi lemak , pagi pergi pasar beli buah jambu nak jual....buka gerai, naik van vanette ayah saya masa tu kami berniaga. Tak cukup dengan itu, sakit saya, sedih saya...hanya Azah yang memujuk....
Susah sekarang nak cari kawan yang segalanya kita dapat rasa bersama...dan dia amat menghormati saya seadanya.
Namun segalanya banyak berubah kini...dan itu adalah proses sebahagian dalam hidup kita semua.

Dan kini saya melangkah ke usia baru, mengira2 waktu untuk masuk ke kubur, bekalan2 yang ada untuk diri sendiri, siapkan untuk anak2...semuanya perlu diambil kira.....Memang banyak hijrah yang akan berlaku tidak lama lagi pada tahun ini, juga cita2 saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih baik demi meluaskan ilmu pengetahuan., iman dan kecintaan saya kepada Allah.

Moga anda juga mendapat hidup dan umur yang berkualiti.....

Salam Hijrah..........

Tiada ulasan: