Salam semua yang singgah ke blog saya (sama ada yang tersearch sesuatu tapi salah sasaran, pelajar dan bekas pelajar yang ingin tahu perkembangan KDH atau saya..hihiih. dan juga kawan2 di Nuffnang yang berziarah)
Semoga anda di dalam keriangan dan keceriaan.
Hari ini saya nak cerita tentang dua hari lepas selepas hantar Husin ke Taski ABIM saya terus mencari Tadika untuk Hasan yang berusia 4 tahun ( oh, ini bukan kerja last minit, ini sebab mula2 tak nak masukkan Hasan ke sekolah terlalu awal, tetapi niat itu dihapuskan kerana beberapa perkara).
Maka perjalanan saya yang pertama mencari sekolah PASTI surada, tetapi tidak diterima sudah penuh, kemudian pergi ke Tadika ABC di seksyen 8 , yang belakang tu saya tak pergi macam tak ceria. TAdika ABC tu oklah, ada cikgu dua orang yang sambut anak2 yang sampai dari mereka turun kereta lagi (mas atu nampak dari jauh saja). Di samping tadika nya yang ceria sangat dan nampak agak sistematik.
Saya pun berhenti kan kereta dan bertanya kepada dua orang cikgu yang nampak seperti lingkungan remaja (20-22 tahun), mereka pun kata dah penuh. Tapi saya rasa tak berkenan dengan cikgu2 tu sebab adalah yang tak best yang tak perlu cerita di sini.
Kemudian saya teruskan pencarian saya ke TASKI ABIM seksyen 8 penuh juga.
Dalam perjalanan ada dua tadika yang masih kosong tapi bila dilihat budget yuran tahunan hampir RM1000 maka kami membatalkan niat.
Maka Hasan akan diberi homeskooling oleh kami dengan aktiviti2 yang sedang saya dan suami kumpulkan.
Sekarang kami sedang cuba untuk membuat reading corner untuk anak2 di rumah.
Hasilnya kalau jadi akan adalah di blog ini.
Sekian terima kasih untuk bacaan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan