Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

14 Januari 2011

Lahir Hasan

Salam Hasan,



Walaupun HAsan belum memahami dunia blog dan belum pandai baca, namun mama nukilkan ini kerana ingatan terhadap indahnya kelahiranmu 4 tahun yang lalu.



Kau adalah anak yang penuh telatah....
Walau riangmu selalu diselangi dengan marah marah sayang mama dan abah.
Tetapi kau memang memiliki keindahan tersendiri.



Mama tak sempat lagi nak raikan hari lahir Hasan. NAmun mama tetap ingat apa yang Hasan nak, kek ada spider man, kek ada Ben10...tapi mama rasa kita raikan seadanya saja.



HAsan adalah segala-galanya .....


Perlu bekerjasama dengan abang Husin jaga adik2 Zahra dan Haura.

Ingat, HAsan adalah penegak kebenaran mama. Sebab itu Hasan peribadinya garang sedikit. Amat garang kalau ada siapa2 yang menyentuh barang milik Hasan...sebab HAsan perlu begitu.
Kadang2 kita ditindas, Hasan lah yang menjadi Hero bangkit dan berjuang.



Keceriaan dan kecomelan HAsan memang penyejuk hati mama. Hasan hatinya lembut tak boleh dimarah terus mukanya bertukar dengan banjiran air mata yang memenuhi pipi yang kecil.



Semoga Allah menjadikan HAsan anak yang soleh dan penyejuk mata hati ibubapa, hormat orang tua dan berkasih sayang sesama insan.



Selamat Ulang Tahun kelahiran Hasan Sayang.

Sambutan hari jadi masa umur 2 tahun.

Luv u Talkative and Philosoper mama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tersentuhnya bila terbaca nukilan hati mama hasan. =)

Unknown berkata...

Terima kasih atas sentuhan keramat itu....