Salam kepada semua pengunjung blog,
Lamanya tak menulis rindu rasanya.
Alhamdulillah, netbook yang rosak sudah diperbaiki (terima kasih suamiku).
Bila menulis di blog ini perlu sentiasa ada perkhidmatan asas seperti, komputer, netbook, smart phone dan internet line.
Jadi dalam tempoh seminggu ni semua ni tak support saya. Maka dalam fb pun on off juga.
Alhamdulillah, Husin yang mengalami penyakit geligata pun makin ansur penyakitnya. MAlam tadi Zahra pula panas2 badan....apalagi, sebagai ibu yang mithali dan risau maka saya pun berjaga malam buat overtime. Alhamdulillah tetap rasa segar badan walaupuna ada 3 kelas mengajar hari ni.
Husin juga sudah tak sabar nak pergi sekolah. Alhamdulillah , walaupun 4 hari tak ke skolah dia ada buat homework yang suami saya berikan dan dia sudah pandai tambah2 huruf tanpa memuncungkan mulut menunjuk jarinya sambil mengira.....abahnya ajar 3+3 ....tiga jari simpan kemudian sebut terus huruf empat . lima dan enam.....hehehe....
Kerja memang banyak lah tak payah sebut....itu semua orang tahu, cuma nak sebut, bila kita diuji dari sudut masa kita kena bahagikan sebaik2nya pada semua orang. Memang bila dah sibuk2 ni, kadang2 kita lalai dalam tugas dan lupakan hak pada orang lain.
Esok pagi saya akan pergi ziarah Dini kawan saya yang kematian suami nya iaitu kawan baik saya Asydi, rindu juga anak2 dia sebab saya janji nak bawakan belon untuk mereka. Kejap lagi kena cari souvenior. Anak2 arwah Ust Amin juga dah lama tak ziarah. Saya agak baik dan rapat dengan Aqilah anak arwah Ust Amin ketiga. Ingat minggu ni juga nak ziarah mereka dan bawa mereka berjalan2.
Oh...minggu depan juga saya akan bawa pelajar Kemboja pergi ke putrajaya...kesian mereka takde orang yang nak bawa berjalan2.....
Banyak nya tugas sosial yang saya abaikan. Saya ni bukan nak berlagak menteri tapi memang dan personaliti berjiwa rakyat. Cuma jangan pula pelajar take advantage from my personality .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan