Alhamdulillah,
Hari Jumaat ini line internet dan telefon sudah ok di kolej dan kawasan yang berhampiran dengannya.
Kerja2 penanaman jalur lebar dan baiki air telah siap dilaksanakan di hadapan kolej ini. (kabel internet dicuri, so TM tanam kabel dalam tanah.....). Jadi dapatlah hari ini saya mencari bahan2 baru untuk mengajar.
Alhamdulillah, sem baru bermula dan sem ini saya ada 6 kelas yang perlu diajar termasuk yang part time sekali. Alhamdulillah kelas part time tidak juga menyusahkan kerana pelajarnya hanya 21 orang.
Cabaran terbaru pula ialah.....jengjengjeng.....mengajar pelajar Kemboja subjek "Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis".
Alhamdulillah, walaupun saya telo2 bercakap kemboja tetapi ada perkataan2 yang ala2 saintifik susah saya nak terangkan kepada mereka. Akibatnya dalam kelas itu saya bercakap 3 bahasa, Melayu, Kemboja dan English.
Apa2pun cabaran yang amat menarik semester ini. Dan saya harus fikirkan bagaimana untuk mendekati beberapa pelajar yang agak kabur dan samar2 di dalam kelas.
Apapun semoga semangat mereka kuat dan saya juga harus mencari stail yang baru dalam pengajian saya. Dalam tidak sempat2 berlari ke sana ke sini, doakan saya berjaya.
Sesiapa ada cadangan untuk stail mengajar begini amat dialu2kan memberi komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan