Salam semuanya,
Dah agak lama juga tak update blog...sebab tak sempat nak duduk depan komputer ni.
Semalam, Alhamdulillah selamat berlangsung majlis keluarga belah salasilah keluarga mak yang kami namakan majlis perhimpunan keluarga MAISOM. Kami adakan di rumah makcik kembar kami....menu Alhamdulillah berjaya di masak oleh beberapa orang...saya tidak menolong, hanya bawa pergi pasar, bungkus popia itu sahaja.....
Kemudian saya dengar sepupu saya ada beri hadiah kepada maknya , saya pun kata ehh...aku tak ada hadiah pun untuk mereka....dan terus suruh sepupu saya bawa kereta dan main ambik apa yang ada, 3 hadiah saya beli satu kasut untuk ayah sempena harijadi beliau, minyak wangi untuk mak sempena harijadi beliau dan minyak wangi untuk suami tersayang sempena harijadi suami juga....
saya ditugaskan sebagai MC dalam majlis tersebut yang dihadiri hampir 60 orang kot.....Majlis dimulakan dengan bacaaan doa oleh ayah saya, dan tazkirah ringkas oleh suami saya dan penyampaian hadiah oleh anak2 kepada ibubapa mereka masing2.
Dan ada juga agenda tangis menangis oleh semua ahli keluarga masa saya recall ttg pengorbanan mak ayah , saya kata kita kena bersyukur dngan apa yang aada di hadapan kita dan kita harus menghargai semua ahli keluarga dan saudara kita. Kalau makcik ni contohnya meninggal kita mesti ingat dia dan tiada orang yang boleh ganti dia , dengan saudara mara jangan gaduh lama2 ....sedang lidah lagi tergigit ini kan pula kita , jadi maaf memaafkan itu perlu ada.....dan menangis juga masa sedekahkan AlFatihah pada ruh2 yang sudah tiada di alam ini lagi.
Semoga keluarga saya menjadi keluarga yang berkualiti!!!!
2 ulasan:
Majlis perhimpunan kita bersama bila pula???(^_^)
Nak buat majlis perhimpunan apa? Alumni ke? Lagi sekali....boleh juga...nak jumpa bekas pelajar dan bertukar idea....bila ya? Zura lah anjurkan, kan Zura alumni KDH...saya belum jadi alumni lagi...:)
Catat Ulasan