Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

08 Mei 2011

Tempe dan Aku

Tempe biasanya dikaitkan dengan orang jawa....seperti budu yang terkenal di dalam masyarakat Kelantan begitu juga tempe yang terkenal dalam masyarakat jawa.

Apa kaitan tempe dengan saya....saya sudah mula meminati tempe sejak saya bersekolah tingkatan 6 di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah Sg MAnggis Banting. Walaupun saya bersekolah di sana hanya 2 bulan tetapi hubungan tempe dan saya semakin baik...

Setiap hari jam 10.30 waktu rehat saya akan membeli tempe goreng samada satu atau dua. Dan harganya hanya 20sen satu.

Dan sekarang tempe masih di hatiku..

Sekarang ni aku suka makan ayam penyet kerana ada tempe di dalamnya. Tempat yang aku suka makan ayam penyet dan tempe yang sedap dan rangup adalah di Restoran tak tahu nama apa, tapi dekat JAlan Reko Kajang.

Sambal yang aku suka sambal ayam penyet di Pasar Borong Puchong .......

Sebab suka makan tempe , antioksida boleh menyebabkan cegah dari kanser, awet muda dan protein yang baik untuk otak mengingat.

Tetapi untuk golongan lelaki jangan suka sangat makan tempe ni sebab boleh mengurangkan jumlah bilangan sperma dan mengurangkan kesuburan anda. Kerana kajian mendapati makanan yang banyak kandungan soyanya boleh mengakibatkan ketidaksuburan itu. SUmber sini

Khasiat tempe klik sini

Membuat tempe klik sini

Resepi tempe klik sinidan sini

PS: Terima kasih kepada pelajar2 yang pernah menghadiahkan tempe untukku ....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puan boleh try beli ayam penyet yang ada tempenya dekat sekyen 4 (hostel sri ayu) atau di mba aan.Segap gile
http://b1b2kombonganandes.blogspot.com/2011/01/pecel-lele-di-kajang.html

Tanpa Nama berkata...

tak tahu di mana....kamu belikan lah, Pn Saleha

El Nahlu berkata...

yang puan cakap tuh.. nama restoran die Restoran SAJI SELERA. di hentian kajang

yang baha bagi tau tu,, kalau puan nak nnti kite belikan . .. KALAU INGAT . . .heeee