Definisi Operasi seperti yang dinyatakan di dalam buku panduan penulisan projek akhir letaknya adalah di dalam BAB 2 ....
Tetapi di dalam format mungkin di tempat lain (IPT yang lain) ada di letakkan di dalam BAB 1 juga.....
Apa yang dimaksudkan dengan definisi operasi.....@ apa yang kita nak tulis di dalam bahagian ini.
Di dalam definisi operasi kita menafsirkan perkataan di dalam tajuk kita agar dapat difahami oleh orang yang membaca kajian kita.
Tetapi tidak bermakna setiap perkataan perlu diterjemahkan akat diberi makna di dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami.
Contoh tajuk kajian:
"Konsep Insan Kamil Dalam Pembangunan Remaja: menurut Analisis Kritik Pendidik "
Definisi operasi: Insan =
Kamil=
Pembangunan =
Remaja=
Analisis kritik=
Pendidik=
Setiap perkataan ini akan diberi makna.
Kadang2 anda boleh mencari makna di dalam kamus DBP dan jangan lupa sertakan catatan bawah atau nota kaki.
Saya beri contoh bagi perkataan pembangunan dan remaja.
Pembangunan = Pengkaji bermaksud pembangunan dari sudut akhlak dan peribadi dan bukan pembangunan dari sudut fizikal .
Remaja = Remaja bermaksud mereka yang sudah akil baligh , berusia dari 12 tahun hingga 23 tahun. tetapi di dalam kajian ini pengkaji menfokuskan kepada remaja yang berusia 15-18 tahun.
itu sahaja setakat ini, ada sesiapa yang ingin mengajukan soalan dan masih samar sila tulis di dalam ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan