Kisah Kemiskinan
Seseorang yang tak bernama menulis sebuah riwayat,
“Pada suatu hari seorang bapa yang kaya telah membawa
anaknya ke sebuah desa untuk melihat kemiskinan
penduduk di situ.
Mereka menghabiskan masa beberapa hari di situ bersama
sebuah keluarga miskin.
Sekembali dari desa itu, si ayah telah bertanya kepada
anaknya, “Bagaimana dengan pengalaman kamu selama kita
di sini?. “Sungguh hebat,” jawab si anak.
“Tidakkan kamu melihat bagaimana manusia hidup dalam
kemiskinan,” kata ayah.
Si anak lalu menjawab, “Ya, kita mempunyai seekor
anjing untuk menjaga rumah, tetapi mereka mempunyai
lima ekor anjing! Kita hanya ada sebuah kolam di sudut
halaman, tetapi mereka ada sungai yang mengalir saban
hari.”
“Kita memiliki lampu yang diimport di tengah ruang
tamu, tetapi mereka memiliki jutaan bintang di langit.
Kita mempunyai sebidang tanah untuk tinggal tetapi
tanah mereka sejauh mata memandang.”
“Kita memiliki orang gaji yang berkhidmat untuk kita,
tetapi mereka memberi khidmat kepada manusia lain.
Kita membeli makanan tetapi mereka menghasilkan. Kita
membina pagar untuk melindungi kita tetapi mereka
mempunyai jiran tetangga yang menjaga.”
Si ayah terdiam tidak lagi mampu bersuara. Lalu
anaknya berkata, “Terima kasih ayah kerana mengajar
saya betapa miskinnya kita!”
Sang pencerita menyambung lagi, bahawa perspektif
adalah sesuatu aneh. Justeru berterima kasih dengan
apa yang kita miliki lebih baik daripada bimbangkan
sesuatu yang tidak kita punyai.”
Hargailah setiap apa yang ada di sekeliling kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan