Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

14 Jun 2011

Melayan Anak di Imigresen

Salam semua...

Hari Rabu minggu lepas ingatkan nak ambil cuti bawa anak-anak buat pasport di Imigresen Kajang yang terletak di Perhentian Basa Jalan Reko Kajang Tingkat 3.

Tetapi sebab dan ramai dan juga sesak (kami sampai dalam jam 9.30 pagi) maka kami batalkan niat kami sebab MALAS untuk menunggu terlalu lama. Kami cuba dapatkan borang saja dan berniat untuk isi di rumah sambil siapkan dokumen lain yang diperlukan.


so, kami pergi hari SABTU. masa tu tak ramai juga orang sebab kami sampai sana jam 8.30 pagi.


Imigresen sekarang dibuka juga SABTU dan AHAD dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari (ok juga sebab untuk orang yang bekerja memang berbaloi pergi hujung minggu)

Dalam entri ini cuma ingin berkongsi persiapan dan persediaan yang diperlukan kepada sesiapa yang nak buat pasport.

Bila kita start parking je, nanti adalah orang yang tanya encik nak ambil gambar pasport (ada orang panggil mereka kutu), tapi saya rasa tak sesuai istilah tu , mereka ini hanya agen pemasaran bagi kedai2 mereka untuk memberi perkhidmatan gambar foto kepada mereka yang nak buat pasport. So, bila kami sampai je mereka memang akan ikut kita sampai tingkat 3 (saya tak pasti kalau imigresen tempat lain begini juga situasinya).

Ok, bila nak ambil nombor giliran, kita tak boleh ambil sesuka hati sebelum menyerahkan borang dan dokumen. Antara butir2 yang diperlukan (bagi dewasa) seperti:
1. Gambar pasport 2 keping dengan latar belakang biru (saya pun kena ambil gambar lagi sekali sebab pegawai tu kata gambar saya warna hijau cyan tapi macam biru sebenarnya, dan mereka perlukan gambar yang terkini).
Kalau tak sempat ambil gambar di kedai luar di kawasan itu ada disediakan perkhidmatan bergambar ..banyak sekali kedai , bayaran RM8 bagi 8 keping gambar.

2. IC original dan IC fotokopi.


3. Surat beranak ori dan fotokopi.


4. Pasport terakhir jika ada.


Untuk anak-anak, perlu ada jaminan dari ibu atau bapa. Jadi dokumen anak perlu tambah:


- Ic mak atau ayah yang jamin

- bawa juga sijil nikah

- surat beranak anak (mykid diorang tak nak tapi bawa jer lah)

-gambar juga


Lepas tu baru boleh dapatkan nombor giliran.....


Ohhh. jangan lupa duitnya , boleh bayar cash atau pakai kad kredit.


Untuk Anak2:


2 tahun= RM100

5 tahun = Rm150


Dewasa:


2 tahun =Rm100

5 tahun = RM300


Kami berada di sana 3 jam jugalah....


Ok, itu saja....

Tiada ulasan: