Dalam pasangan suami isteri,
Harus sentiasa menanam bait cinta dan kemesraan seperti juga sebelum bercinta (sesiapa yang bercinta sebelum berkahwin)
Hubungan yang mesra ini sangat penting agar dapat dipupuk dan dirasai oleh generasi seperti anak2, cucu2, cicit hingga ke akhir hayat waima.
Jadi renungilah kata2 serpihan hasil dari hati yang bercinta:
Mudahan2 dalam dingin hujan pagi ini kita turut diterpa rintik-rintik kerinduan. Rindu? Dulu perkataan ini terlalu bermakna untuk kita. Kalimah yang kita
benar-benar faham, hadam sampai ke hujung hati yang terdalam. Kenapa? Kita sentiasa berkongsi rahsia. Dulu kita jauh, kita mencari makna dalam perhubungan yang
kita hanya 'rasai' bukan miliki. Hati manusia memang mencari sesuatu yang jauh, asing dan tak terindera. Sebab itu cinta sebenarnya terlalu suci untuk disentuh
dan dinodai.
Semua ini - rindu, jauh, cinta dan terasing - berasal dari Yang Satu: Yang Maha Rindu, Maha Jauh, Maha Cinta dan Maha Asing. Dulu kita hanya menerima percikan dan tempiasNya.
Sekarang? Masih..masih memberi makna kepada kita. Kenapa? Sekarang kita memiliki hubungan ini, bukan sekadar merasai. Tetapi manusia
dari sudut pandang biologinya selalu dekat, hangat dan boleh dicapai. Justeru jika kita mencintai hanya kerana jisim kita yang rendah ini maka kita akan
selalu puas, jemu dan terbatas kerana tidak berasal dari Sana: Yang Maha Jauh, Cinta dan Rindu.
Lalu? Untuk kita merasai sekaligus memiliki kembali rindu ini, marilah kita bercinta dari dekat tapi rindu, jauh masih boleh disentuh, terasing tapi selalu hadir dan terindera oleh deria yang tujuh: rasa, dengar, sentuh, lihat, hidu, hati dan akalbudi!
Caranya? Kembali mencintai dengan direstui oleh Yang Maha Suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan