Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

20 Jun 2011

Menjadi ululAlbab

Menjadi seorang cendekiawan sahaja belum memadai jika tidak menjadi ulul albab. Dan seorang ulul albab harus menjadi community builder. Umat dan masyarakat memerlukan pembangunan yang berkomunikasi langsung, terjun dalam kencah komunikasi besar yang memerlukan keterlibatannya.

Kerja ulul albab atau cendekiawan atau doktor pakar ini adalah kerja mencari hikmah. Tuhan menjelaskan kedudukan ulul albab dalam masyarakat pada ayat 269 surah al-Baqarah; “Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali ulul albab.”
Allah berfirman lagi dalam surah Yusuf, ayat 111; “Mereka adalah orang yang boleh mengambil pelajaran dari sejarah umat manusia.”

Menjadi ulul albab, ada pada pesan Allah dalam al-Quran pada 16 tempat. Ulul albab diberikan hikmah, kebijaksanaan, pengetahuan, pemikiran, dan merupakan ahli intelek yang mendapat pelajaran. Ulul albab adalah doktor pakar yang dapat membuat keputusan dan memberi panduan untuk manusia lain mengenai kehidupan. Seperti nabi-nabi, mulanya mereka akan dipandang sepi, juga sedikit bilangan pengikutnya.


Ulul albab adalah golongan yang diberi pedoman seperti yang disebutkan Allah dalam surah Ali Imran ayat 7; “Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah, dan mereka itulah ulul albab.”


Bahawa ulul albab, adalah kumpulan yang berani memisahkan batil dengan yang hak, kemudian mendulang, menyaring, memilih yang terbaik daripada itu.


Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 100; “Katakanlah, tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai ulul albab, agar kamu mendapat keberuntungan.”


Ulul albab atau cendekiawan yang berilmu itu merujuk kepada mereka yang turut berjuang “turun padang” atau “community builder” yang menyedari ayat 18 surah Ali-Imran; “Ilmuan sejati itu tegak bersama keadilan.”


Justeru, ulul albab adalah ilmuan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai peribadi yang sedar, merupakan kuasa pendesak moral dengan tugas utamanya adalah pembebasan dan pencerahan. Ini tercermin pada ayat 20 hingga 21 dalam surah Yasin; “Dan dari hujung kota, seorang lelaki berusaha datang, membawa pesan, “wahai kaumku, ikutlah para rasul, ikutlah mereka yang tidak meminta upah dari kamu, sedang mereka adalah orang-orang yang terbimbing dengan hidayah Tuhan.”


Sebagai rausyanfikir, sebagai ilmuan dengan keadilan kerjanya adalah melawan Firaun lambang penguasa korup, Haman lambang ilmuan yang melacurkan ilmunya, Qarun lambang kapitalis rakus yang tidak peduli dan Bal’am lambang agamawan dan rohaniwan yang menunggang agama untuk mengesahkan terus kuasanya sambil mengkhayal dan menipu rakyat dengan citra agama.
Dan sebenar, amatlah menakutkan apabila pengarang kita, tidak cenderung melawan Firaun, tetapi lebih menjadi Haman, alat Qarun dan dengan bercambahnya karya Islami yang menawarkan emosi cinta kopiah-tudung, pengarang sudah turut menjadi Bal’am.

Kerana saya berpendapat, keberanian meneroka (bermacam-macam) ilmu, iaitu sebahagian tugas ilmuan (dalam hal ini doktor pakar) adalah mengkaji dan masuk ke “permukaan bumi” yang lain. Kerana itu ilmu sahaja sebagai estetika belum tentu memadai. Ilmu yang ditawarkan haruslah ilmu yang tepat.


Rausyanfikir mesti berusaha menawar lebih daripada ilmu. Saya berpegang bahawa estetika karya yang sebenar ialah menurunkan “hikmah yang mencerahkan,” . “Rausyanfikir berbeza dengan ilmuan. Seorang ilmuan mencari kenyataan, seorang rausyanfikir mencari kebenaran. Ilmuan hanya menampilkan fakta sebagaimana terdapat, rausyanfikir memberi penilaian sebagaimana seharusnya. Ilmuan berbicara dengan bahasa universal, rausyanfikir – seperti para nabi – berbicara dengan bahasa kaumnya. Ilmuan bersikap neutral dalam menjalankan pekerjaannya, rausyanfikir harus melibatkan diri pada ideologi. Sejarah, kata Shariati, dibentuk hanya oleh kaum rausyanfikir.”


Rausyanfikir adalah; “Orang yang merasa bertanggungjawab untuk memperbaiki masyarakatnya, menangkap aspirasi mereka, merumuskannya dalam bahasa yang dapat difahami setiap orang, menawarkan strategi dan alternatif penyelesaian masalah.”


kesemua di atas adalah diedit dari karya seseorang penulis yang terkenal di Malaysia, tetapi saya tidak ingat tentang petikannya dari mana. Ianya terdapat di dalam coretan helaian nota saya.



Untuk memiliki kesemua hikmah dan rausyan fikir , anak muda harus banyak membaca. berfikir tidak seperti biasa. Bukan saya mengikut seperti lembu dicucuk hidungnya. Anak muda harus banyak membaca, banyak berfikir dan meronta berkelana mencari ilmu. Sehingga dalam diri ada pendirian kerana yang berdiri seteguh iman (Saleha, 2011).


Kerana itu kekuatan kita sememangnya ilmu dan hikmah.

Tiada ulasan: