Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

07 Jun 2011

Kritik Atas Kelab Isteri Taat...

Layan macam pelacur'


2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Sumber sini

.....Bila tengok tulisan di media ni mmg sakit hati juga...sebab mereka tujukan itu pada saya seorang isteri....ada ke dia suruh isteri layan suami macam pelacur kelas pertama , kenapa perlu dijadikan pelacur itu sebagai benchmark atau ukuran terhadap isteri yang solehah.

Kalau dia cakap layan suami seperti bidadari syurga sedap juga bunyi nya....

memanglah ada org kata, kata2 di atas tu tak penting yang penting isinya...tapi saya tak bersetuju kerna disamakan dengan pelacur...bukankah pekerjaan pelacur itu beza benar dengan kerja seorang isteri....

Seorang isteri sifat solehah itu lebih mendamaikan....menjaga keturunan hingga ke Akhirat....

manakala pekerjaan pelacur itu lebih kepada perkara yang menjijikkan...berdosa...

Di sini saya sertakan sedikit komen @tazkirah Ustaz Hashim Othman Al-Maranji tentang perkara tersebut.

Bila kita aqad nikah dengan isteri kita, kita kata aku terima nikah si anu dengan maskahwinnya xxx tunai/hutang. Dalam bahasa arab hanya menyebut "qobiltu" aku terima bermaksud aku terima isteriku yang baaaaaanyak songeh, kurang layan aku, asyik buat salah kat aku, pastu buat salah dan merayu mintak maaf kat aku dan baaaanyak lagi...jadi suami kena faham. Kena sediakan untuk isteri vitamin dan apa-apa rawatan yg tdk merbahaya (selain dadah) supaya isteri lebih intim dengan suami. Sebenarnya kalau kena caranya seorang isteri boleh melayan kita sebaiknya mengikut syariat Islam. Yang paling baik, suamilah yang menjadi imam dan ketua dlm rumahtangga memacu isteri ke jalan menuju Allah.

Dalam kaedah Islam "Matlamat tidak menghalalkan cara". Wp matlamatnya adalah untuk menceritakan tentang keperluan isteri melayan suami dengan yang kebih baik tetapi carapun kena betul. Mengapa caranya perlu meletakkan isteri sebagai 'pelacur' kepada suami yg haq krn istilah pelacur adalah untuk perbuatan zina yang keji. AJ tahu ke bagaimana pelacur melayani pelanggannya? Mengapa masih nak bertegas menggunakan istilah yang salah kepada perkara yang betul? Mengapa menggunakan istilah songsang dalam yang patut kita benci menggunakannya kerana dikaitkan dengan perbuatan terkutuk sedangkan dalam Islam Nabi menyuruh kita menggunakan nama-nama yang baik untuk anak kita dan menyuruh kita menukar nama buruk tersebut jika ertinya tidak baik. Tidak ada perkara yg dianggap remeh dalam Islam. Perkara yg sekecil2nya dititikberatkan oleh Islam. Perkataan atau istilah buruk tdk wajar digunakan oleh seorang muslim yang solehah.WA.

Ini merupakan satu contoh penggunaan kalimah yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? - hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam.

Walaupun kita boleh mengandaikan kenyatan Dr Rahaya: "dia kata sepatutnya isteri layan suami lebih bagus daripada pelacur". Namun, mengapa pelacur menjadi indikator atau yardstick layanan isteri. Siapa yang boleh buat standard atau piawaian pelacur untuk dijadikan ukuran kepada isteri solehah yg taat? Sedih saya melihat fenomena ini. Cukuplah kita menjadi isteri nabi sebagai ikutan dan juga penulisan para ulamak mengenai cara melayani suami dan juga buku penulisan moden yg tdk bercanggah dengan syarak.

Saya pernah terbaca nengenai bagaimana pelacur melakukan seks oral. Adakah ia dilakukan oleh Nabi atau para isterinya. Sudah tentu tidak!!! Pelacur adalah jijik. Isteri yang sah lagi solehah mulia di sisi Allah. Niat yang baik tidak boleh menghalalkan suatu perbuatan.

Saidina Ali berkata dalam hal berkaitan dengan agama,"Seandainya agama ini diambil dengan aqal, nescaya menyapu tapak (bahagian bawah) khuf (kasut/lapik kaki dari kulit) lebih afdhol (baik) dari bahagian atasnya." Dalam mengulangi wudhu' seseorang yang memakai khuf hanya perlu menyapu bahagian atas khuf tanpa membasuh kaki. Secara logik yg kotor ialah bahagian bawah khuf tapi syariat menyuruh sapu sebelah atas. Ada hal-hal yang berkaitan dgn agama tidak boleh diukur dengan aqal/logik sebaliknya perlu mengikut syariat. Samalah dengan bila kita buang angin kita dikehendaki berwudhu' bukannya membasuh punggung kita dalam hal berhadath kecil.

Kami berlindung dari segala hasutan syaiton dengan memperendahkan pandangan orang lain. Tugas kami, Ustaz Zaharuddin, saya dan para asatizah lain hanya menyampaikan dan menasihati sekiranya mengikut ilmu kami yg sedikit ini ada pandangan atau komen yg kami rasakan tdiak kena menurut pandangan Islam, kalau tidak kami akan dipersoalkan di akhirat kelak. Adalah satu kesilapan bila kita menganggap perkara ini remeh kerana kalau kita menganggap sesuatu yg haram sebagai suatu yg diharuskan atau halal dia boleh menjejaskan aqidah kita. apapun terpulang, kami hanya menyampaikan sahaja dan tidak berniat untuk menjahilkan orang. Sebaiknya kita berlapang dada dalam perbincangan ini. Man 'aliman 'alima waman jahilan jahila. Selesai tugas saya. Wallahu a'lam.

ku hanya insan kerdil, apatah lagi nak mengaku alim ulamak kerana ilmuku lebih banyak di kutub (kitab2) dari dalam sudur (dada). Tetapi aku hanya menyampaikan apa yg dipesan Nabi SAW "ballighu 'anni walau aayah"-sampaikan dariku walau satu ayat.Mintak ampun dan maaf seandainya kata-kataku ada yang mengguris hati para pembaca di sini dan tidak berniat untuk memperendahkan sesiapa, namun untuk berhenti dari mengingati diriku dan diri orang lain tentang agama ini tetap tidak akan aku tinggalkan walaupun pahit sekal
ipun. Iقل الحق ولو كان مرّ

1 ulasan:

Ummu A'mmar berkata...

kalau nak lihat contoh layanan terbaik wanita dari dunia maka lihatlah cara layanan fatimah za zahra kpd suaminya saidina ali
kalau di akhirat, mungkin bidadari....bahkan ketua bagi bidadari adalah wanita dunia yg solehah....wallahua'lam..ermmm ada apa dengan layanan bak pelacur kelas atasan???!!!!