Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

31 Mei 2011

Berlawan dengan Baik dan Buruk

Setiap hari dalam diri kita sering saja kita berlawan dengan bisikan syaitan dan bisikan malaikat.
Hakikatnya samada kita menang atau kalah dengan bisikan syaitan adalah hasil dari hati kita yang suci atau kotor dan akan diterjemah dan dianalisis melalui minda kita.

BIcara petang bersama anak Husin,

MAma: Husin dah solat?
Husin: Belum mama....
Mama: Napa abang tak solat lagi?
Husin: Hisyy...dengan nada yang agak malas untuk bersolat.
Mama: Husin kena solat, kalau mama mati....mama kena pukul dalam kubur, tapi bila Husin solat , Mama dah tak kena pukul lagi dalam kubur. Kubur kan gelap, bila Husin solat kubur mama terang ! Husin tolonglah solat, doakan mama dan abah....Husin ni bagus, Husin penyelamat mama dan abah.
Husin: nanti lepas abang tengok citer ni lah abang solat.
Mama: Memang boleh, tapi kalau abang nak minum air mama ambil lambat Husin marahkan, Husin nak makan terus mama ambil. MAcam tu juga Husin bila solat kena cepat2....kalau Husin nak makan tapi mama ambil lambat mesti Husin marah. Ha...kalau Husin lambat solat , Tuhan pun marah. Kalau Tuhan marah, Tuhan dah tak tolong abang lagi, dah tak dengar doa abang lagi....

Husin diam sambil berfikir, dan akhirnya mengambil wuduk dan bersolat.

Alhamdulillah....."Ya Allah, jadikan zuriat ku mereka yang sentiasa mengingatiMu dan tetap mendirikan solat"


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa Allah saya pun meski segera shalat.
sukran crite yang inspiratif ini puan.

Unknown berkata...

Sama sama kita mengambil iktibar ...Sudah tiada kelas sama saya ya..?