Blog ni bukanlah bagus sangat sebenarnya. Seperti blog orang lain yang lebih bagus. Siap ada fan club juga blognya ...blog ni juga kurang gambar hanya ada tulisan saja...
Semuanya dibuat dengan sederhana, tapi bukan tangkap muat ....nanti akan difikirkan macamna nak kreatif kan blog ni....
Seperti rumah mak yang dah 7 tahun tak cat...pagar tangga tak syelek, dapur takde kabinet...bilik hanya tiga, bilik air hanya satu ....tapi masih boleh berteduh dengan selesa juge. Akhirnya , pujian perlu diberi pada Tuhan Yang Maha Esa....menjadikan diri ini ada rumah untuk berteduh menjadikan diri ini ada blog juga untuk menulis...
Nak tulis pasal Lebaran lah kan.....hari ni Rabu jam 1.40pagi , tak tahu napa takleh tido...maka rasa nak kongsi artikel ni dengan pembaca blog saya walaupun tak ramai seperti blog orang lain...purata pembaca saya hanya dalam belasan saja (tak tau sapa yang suka baca blog saya dari Norway )....komen pun sikit2 jer...kadang2 rasa frust dan jeles tgk kalau ada orang komen banyak2...tapi fikir balik , nanti glamor susah pulak...hehehe
Oklah , lagi 2 hari Bulan Ramadan nak berakhir. Kalau kawan Indonesia aku bilang, "akhirnya bulan pembakar dosa itu usai".
Jadi, sepatutnya kedatangan Syawal ini menjadi puncak kebahagiaan lahir dan batin kerana berakhirlah perang kita melawan diri sendiri. Bagi saya ada yang berjaya ada yang tidak...lemahnya saya ini. Tapi saya harap kawan2 di luar sana yang berjaya doa2kan saya juga.
Akhirnya, selamat bergembira. Tapi jangan gembira sangat, ingat2 juga anak2 yatim yang kehilangan ibu, ayah, ibuayah, orang yang kehilangan suami, kehilangan isteri dan mungkin ada kawan2 yang tak seberapa ada untuk membeli baju baru, takde duit nak balik kampung, orang yang tiba2 diberi ujian saat2 akhir ramadan....ingat2 lah beban dan susah orang lain dalam kita bergembira.
Semoga kegembiraan kita tidak terluap kerana medan perang masih terbentang di hadapan.
Ps: Saya rasa macam nak tahu komen2 dari sahabat ttg blog saya ni . Blog ni macam baik sangat ker? Korang boleh terima ker apa yang saya cakap dalam ni.
3 ulasan:
Sory guys takde artikel nyer lagi....nanti lah fikir2kan
suka baca blog puan.. =)
Terima kasih Syaf...rindu pada awak terubat juga bila dapat jumpa awak baru ni..:)
Catat Ulasan