Sekadar meraikan 1 Rejab kami yang dahulu. Ini adalah kenangan dalam proses cinta kami ....
Kami menyatakan perasaan kami pada malam 1 Rejab. Dan kali ini kami sudah meraikan Rejab selama 11 tahun .....Semoga Kasih sayang ini bertahan selamanya walaupun kadang kala ada badai (biasalah dalam rumahtangga)....
Ada sebatang pohon cinta telah tumbuh pada 1 rejab itu..sehingga sekarang sedang mengakar kuat, berbunga, berdaun dan merimbun..begitu meneduhkan..
Siapa dulu yang tanam pokok tu? Biarlah..tapi yang penting kami sama menyiramnya..sama bajainya..sama melindungi dari ulat dan serangga..pernah kami terpaksa berkejar ke sana ke mari hanya untuk meneruskan rutin kami merawatnya..kadang2 habis duit, tak pegi kelas, jalan kaki tengah panas, sakit demam kami sendiri sudah tak peduli, hanya kerana kami percaya bahawa pohon cinta ini sungguh meneduhkan..
Sedaya upaya kami tak nak pohon kami ini, setelah mula berpucuk, berputik, berbunga
dan semakin mewangi, hanya untuk kami sahaja nikmati.. bahkan setiap apa yang kami ada, sebolehnya adalah hanya untuk membahagiakan orang lain..
Pohon yang kami siram pada 1 rejab kelmarin itu adalah untuk memelihara pohon lain dengan Qudusnya cinta anugerah Ilahi ..Moga dengan pohon yang kami pelihara ini mampu juga membasahi rerumput kecil di sekitar kami untuk tumbuh?
Cantikkah pohon kami ini, walau merimbun, tapi tumbuh di tanah kering gurun? bukankah indah jika turut dikelilingi rerumput hijau lainnya?
Kalian juga yang baru bercinta (atau belajar bercinta) jangan kotori rumput disekeliling. Sinari ia dengan sinar dari pohon cinta kalian. Jangan hancurkan rumput-rumput lain dengan gelapnya cinta kalian, pastikan ianya bercahaya dan mekar. Kerana walaupun pohon kita akan mati, tapi buah yang kering akan tumbuh mengganti pohon kita kembali.
Kami dahulu berpisah 4 tahun kerana masing-masing menyambung pelajaran. Pernah kami, berjanji untuk beryahoo messenger tapi banyak onak duri, line tak aktif kalau di sana, malam tak makan apapun, kecuali maggi sebungkus..bangun pagi esok, ..berkejar ke lab untuk send email tapi tak boleh bukak..pusing bandar cari cc, disket tak bawak..pinjam disket, bukak laptop depan public, copy file, masuk cc habis duit, pinjam duit tukar dollar, pegi pasar beli makanan untuk masak budak2 nak sahur, malam pukul 2 baru makan.. tu belum sebut hari tu dah 4 hari ana demam... dan cukup la.....
Sesuatu itu kita yang maknakan..orang boleh menangis tengok hindustan adalah kerana dia meng'kajol'kan dirinya sendiri......
Sehingga sekarang hampir jam 5 pagi..kejap lagi subuh..dan seperti nyanyian kanak2..
"air pasang pagi surut pukul lima, nyonya bangun pagi
siram pokok bunga, pokok bunga cinta, tanam tepi hati,
itik berbahasa, ayam mengerti.."
...MAKA CINTA ITU PERLU DISIRAMI AGAR SENTIASA SUBUR>>>JIKA ADA ULAT YANG CUBA MENGANGGU HADAPI DENGAN SABAR DAN USAHA UNTUK MEMBIARKAN POHON ITU INDAH KEMBANG MEKAR DAN SENTIASA INDAH....
BUKAN MUDAH MENJAGA SEBUAH CINTA
1 ulasan:
cinta tu satu anugerah illahi pada hamba2nya. satu perasaan suci yg sukar ditafsir dan dijaga dgn baik. agungnya cinta hingga terciptanya kita di muka bumi..tpi syg, manusia la ni mudah manipulasikannya.. hingga memusnahkan erti sbuah cnta tulus dan suci
Catat Ulasan