Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

28 September 2010

Sandaran Harapan

Tuhanlah sandaran harapan!

Memutar2 lagu itu di dalam perjalanan kami di dalam kereta. Suami kerap memasang CD UNTUKMU WANITA....

"Sejak bila pula suami aku ni suka dengar nasyid?" Soalku di dalam hati.

Tiba-tiba suami suruh aku hayati satu lagu ni. Aku pun mula bising masa dengar nasyid tu mula2..."emm tak sedap pun lagu ni"...suami ku kata " dengar dulu", tiba-tiba mencurah air mata ku tanpa henti.

Aku terkenangkan kawan ku dan kakak angkat ku Dini dan Kak Ina, yang telah kematian suami.
Sehingga saat ini sejak Ramadan dan Syawal, aku masih tangguh2 untuk menziarahi mereka, walau hati ini rindu sangat pada mereka....RINDUUU sangattt....apatah lagi mengenangkan suami mereka adalah teman baik aku juga , Almarhum ustazku, Ustaz Amin Husin dan kawan baikku yang susah untuk ku mencari pengganti, Asydi Jamil. Semasa hayat mereka berdua, mereka selalu menghiburkan aku. Dengan ustaz dan Asydi yang kedua2 memang jenis orang yang humor. Susah nak dapat kawan macam mereka. Sehingga kini tiada pengganti.

Aku tak mampu menangis di depan mereka. Untuk melihat mereka dan anak-anak juga aku tidak sanggup. Amat kesian dan aku amat simpati.
BUkan aku tak nak ziarah Dini dan Kak Ina, aku takut aku menangis dan aku tidak kuat di hadapan mereka. Memang kalau jumpa Kak Ina, aku selalu gelak2, sebab Kak Ina tak pernah tunjuk kesedihannya di depan kami semua.

Dini, yang baru kematian suami jam 6.15 petang menjelangnya malam 1 Ramadan baru-baru ini. Perlu melangkah hidup bersama tiga orang anak mereka, Humairah (5 tahun), Fatin (3 tahun) dan Rayyan (2 tahun)...anak2nya adalah sebaya anak-anak ku juga. Mereka memerlukan papa mereka. Tetapi Tuhan pinjamkan sebentar saja, cukup untuk mereka bergembira di taman rekreasi, main lembu2...ahh...aku terkesima!
Kak Ina, dengan kini berbadan dua anak kembar lagi, dengannya masih ada 6 orang anak yang sulung 12 tahun dan yang bongsu 3 tahun. Kepada Aqilah anak ke3, selalu menunggu aku mungkin untuk bawa dia berjalan2....tunggu yer sayang. Bagaimana kak Ina harus tabah dan kuat dalam menghadapi hidp ini.
Kepada mereka berdua...tiada kata aku mampu ucapkan, kerana hidup perlu diteruskan...semoga mereka beroleh kekuatan yang yang tak pernah terjangkau dengan fikiran! Dan sudah PASTI ada ALLAH bersama mereka. Selagi aku masih hidup, akan aku bersama menjaga kalian yang termampu oleh ku....

Tanpa keizinan mereka, aku berkongsi rasa sedih dan sayu mereka di dalam diari ku ini. Agar rasa yang terpendam di dalam hati ku ini terluah.




musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian

sering terimbas sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami


engkau ratu di sanubari
menjalar di setiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan

andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri

deraian air mata bertemu di pipinya
melihat anaknya berjaya
Tuhan hanya menduga
kesusahan yang tiba
pasti tak akan selama-lamanya

kaulah ratu hatiku.......


Ratu Hatiku
Album :
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com

Tiada ulasan: