Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

24 September 2010

Rayee Kelantan 2010

Raya kedua pukul 1.00pm bertolak ke Jeli. Zahra dan Hasan awal2 dah masuk dalam keter. Aku bawa tiga orang anak sedara bersama. Aku memang suka bawa anak2 buah ikut kalau ke mana-mana. Maklumlah makcik yang baik...ahakss...aku suka ingatkan mereka, "mana korang nak dapat achik macam ni? Kalau achik ni mati korang dah takde makcik lagi tau (yerlah kan aku anak pompuan sorang dalam adik beradik mana ada makcik lagi, pakcik banyak lah)

Berhenti di Petronas sempat gak Zahra ber"peace". Lama betul berhenti di Petronas, maklumlah askar banyak...tak cukup bekal yang aku bawa diorang dengan nafsu makan dan melantak nyer beli air kotaklah, coklat dan macam2...habislah duit raya macam ni.

Ni Haura yang steady jer bila ambik gambar. Anak-anak I kalau u all nak tahu mmg takde baby seater- tempat duduk baby, pakat pakai duk kerusi tu dan bertali pinggang. Paling jauh pernah bawa Haura macam ni sampai ke Ampang.


Ni kira dah sampai pukul 8.30 malam, terus bergambar bersama nenek yang kami panggil "mok". Sebenarnya kami tak cakap pun dekat mok nak balik, sebenarnya diroang tunggu adik bongsu dengan suaminya, tapi tak sampai2, yang sampai adalah kami.



Ni jejaka2 yang duk depan pintu kononnya menunggu adik bongsu balik kampung, alih2 mat husin dan mat hasan yang balik....yang available tepi2 tu yang tengah tu available juga ada tiga kosong...tapi aku promo yang tepi tu, adik ipar dan abang ipar aku masih single mingle...hehehe




Mok aku pun single gak..kihkihkih...tak yah lah korang nak rekemen untuk atok korang. Walaupun korang nak bersedara dengan aku..hehehe...Mok kalau cucu-cucu balik sihat lah sikit atau bahasa kelantan dipanggil segar (segar bukan untuk tanaman yer tapi untuk tanya sihat ker?)



Keesokan harinya kami ke Kg Kuala Long, Jeli ziarah kakak kepada nenek...Citer suami aku masa kecik2 diorang suka makan nasi kat sini sebab kakak mok rajin masak...kat keliling umah dia mmg banyak sayur2 dan fresh lagi, korang nak apa sebut jer dan akan dipetik di luar rumah...tapi kalau nak daun salari tu takdelah....



Esoknya pulak, kami bosan duk rumah , semua pakat2 terbaring jer takde aktiviti. Tiba2 aku nampak pok joe (adik ipar) pakai smart2, aku tanya nak g mana diorang kata nak gi tasik Pergau, dekat jer...aku pun terus tarik semua anak2 aku masuk keter ....Sebab tu aku nampak ayu gadis kampung (ok lah ayu mak2 kampung) berbatik dan berbaju blouse duk umah....:)



Inilah Tasik Pergau, dulu memang cantik sekarang macam tak terjaga jer tempat ni. Bot tu kalau naik RM2, ambik gambar kat bot RM3 naik bot sampai air terjun RM10 ..satu kepala atau satu orang. Mahalnya lah...jadi kebetulan hujan kami just cuci mata jer sambil bergambar sikit2...


Ni anakku Hasan, dah letih. Dia nak naik kete pak li (ag ipar aku), tapi dia nak duduk kat bonet...masa sampai kat Gunung Reng berhenti makan , kami buka bonet dia dah tidur...



Kononnya nak berhenti makan mee celup (mcm mi sup), tapi dah habis.....laku betul lah, alah sebab tempat lain sekitar kampung ni takde jual.


Keesokan harinya kami ziarah adik beradik arwah mak suami di Rantau Panjang dan Pasir Mas. Gambar anak2 buah yang aku bawa dari KL sebab nak bagi diroang kenal kampung. NI lah kerja mereka. Rumah makcik kami di Rantau PAnjang tu tanah dia besar...sampai2 pandangan memang cantik ada kolam kecil itik duduk, pokok rambutan kat tepi...anak buah aku ni pun panjat nak makan rambutan fresh...



Rumah makcik kami yang agak unik...korang jangan tengok rumah kata dia takde harta, tanah dia seluas mata memandang besar tau....



NI antara pandangan di rumah makcik, aku pun tak tau napa lembu dia kurus....Husin dan Anisah nak bergambar dengan lembu.



Ni lah kami bersama tuan rumah...aku tau kalian mesti dapat teka tuan rumah siapa....takkanlah yang lelaki yang bersandar di tiang dan diapit oleh dua budak tu tuan rumah...eh tapi kalau jadi tuan tanah best juga tuh...hehehe





Lepas tu raya di rumah makcik yang lain pulak.


Mula2 aku dan kami yang lain rancang nak raya rumah sedara sekejap je lepas tu gi Tok Bali bakar ikan....hemm, kalau dah kuar umah kul 1 mana lah sempat nak ke sana...alih2 habis ziarah semua pkul 6 petang dah , diorang tanya aku (macam aku pakar rujuk jer) nak kemana? Aku kalau ikut hati nak ke rumah sedara aku di Pasir Mas juga tapi sebab takut ipar duai tak selesa dan buang hajat nak ke pantai , aku suh laki aku drive ke Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Pasir Mas dengan Tumpat dekat jer....lepas tengok pantai dan main pasir dalam pukul 7.15 kami teruskan perjalanan nak balik rumah.



Dalam perjalanan rasa perut lapar (sambil call Ija yang tengah dokong anak, tanya nak g makan diorang kata nak), so , fikir nak makan kat mana, call sana sini sikit mana makan best diorang rekemen makanlah kat sini. N kat mana? korang nampak MYDIN ..ha ni depan Mydin Rantau Panjang...depan ni ada 4 gerai orang Thailand buka ...aku order somtam (nak tau apa...search lah )....somtam memang favorite aku dan mee celup....blub blub aku makan....sambil makan ada lembu jalan rasa macam adventure jer makan kat situ rasa macam dekat negara Kemboja atau Thailand jer...



Bandar Rantau Panjang bukan macam bandar Kuala Lumpur.....Siang mmg aktiviti jual beli hangat tapi bila dah pukul 6 tutup dah semua....aku rasa kalau diorang buka malam2 pun ok....

Aku rasa sampai di sini jer;lah kau cerita..at least ada gak dapat aku simpan diary aku dalam blog ni Rayee Kelantan 2010....

2 ulasan:

van ronn biaro berkata...

Salam Aidilfiri Ustazah mohon maaf zahir batin ya. seronoknye nampak. Sdeh betullah kalau kite orang bujangni brye, sorang2 je.

Unknown berkata...

Lagi seronok kalau bujang...!!
Bujang ke Kahwin ke..kita yang memaknakan keseronokan itu...seronok itu kan subjektif...
Eidul Mubarak Rani, maaf tak sempat nak bersembang baru2 ni. Semoga awak maju jaya