Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

28 September 2010

SOGR-Lesson 1


Entri ni panjang sangat....aku citer tentang kelas aku dengan guruku secara online. Kalau anda semua baca kena fokus sikit dan letakkan keimanan di peringkat tertinggi. Kalau setuju baca terus. Entri ni juga ada banyak lesson banyak siri, kalau aku rajin dan banyak masa aku postingkan kalau rasa tak perlu dan agak mim alif lam sin, aku tak posting....Silakan baca....

Sejak diri ni nak jadi kaya (macam Sosilawati Lawiya)...hehehe...takde lah macam tu, tapi target gaji RM10000 sebulan dah cukup....Ok kan? :)

Sentiasalah kena baca benda yang positif, attract dengan perkara2 positif. Hari ni aku kena kuliah tentang pelajaran pertama subjek Sains Untuk Menjadi Kaya (Science Of Getting Rich). Jadi, sebab jiwa ni memang jiwa mengajar semua nak diajarkan, maka aku kongsi benda ni dengan diri aku dan semua yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu yang berharga dalam diri masing2.

Yang aku tulis kat hangpa semua ni adalah apa yang guru ku ajar secara online tau...kalau hangpa semua ikut kelas dia ni kena bayar ribu-ribu tau....so, aku kongsi sikit2 kat hangpa (semua aku bagi ni bukan sikit2)....apsal aku cakap hangpa2 ni? ooo sebab aku baru lepas sms dengan student aku dari utara. hehehe

Mula2 cikgu aku cakap omputih macam ni:

Why Does Wealth Lie in the Hands of a Few – While Large Numbers of Humanity Remain in a Perpetual State of Poverty?



Tak faham: buka kamuslah...hemm, tu lah hangpa, aku dulu pun baca benda yang sikit macam ni hampir satu jam baru faham tapi sebab aku selalu kena marah dengan cikgu omputih aku maka aku boleh faham jugalah. Takperlah sebab nak kaut pahala aku tolong hangpa semua,



"Mengapa hanya beberapa orang saja yang kaya, sedangkan ramai lagi yang hidup miskin?"



Agak2 apa jawapannya? Mesti kita cakap sebab depa malas nak usaha, sebab yang kaya adalah kebetulan...dan macam2 lagi lah...tapi satu jer jawapan yang guru aku bagi....yang aku ajar hangpa semua semalam , apa dia ? LAW OF ATTRACTION



Guru aku cakap macam ni lagi (aku tolong terjemahkan).


But first Saleha, I want you to answer a question…(bagus kan guru aku sebut nama aku, jadi aku rasa aku ada connection dengan guru ku ini. Sebab aku rasa dia hormat aku dan hargai aku)

How Do YOU Feel About Wealth?

Agak2, apa jawapan anda....aku jawab wealth is abstract thing, different people having different answer, wealth is not specific to the money or anything tangible. In Islam, wealth can go to Iman or faith...that is real wealth!!

Hahaha, terbeliak mata guru aku ....tapi sebenarnya jawapan aku salah.
Patutnya aku kena jawab "i feel happy toward wealth".

Guru aku sebut, regarding ur statement, i not say it wrong but in this class i teach u how to make money..not how to make Iman...hehehe...alah guru, samo jo , nanti boleh juga diaplikasikan dalam konteks nak tambah Iman kan?

Kemudian dia tanya lagi: Are You Attracting or Resisting Wealth from Entering Your Life?
Do You Need The Science of Getting Rich in Your Life?
Aku jawab YESSSS

Meh cuba jawab soalan kat bawah pulak (Dalam kelas ni mmg banyak soalan sebab dia suruh kita koreksi diri dan tak kasi kita tidur dalam kelas)...:)

Saya selalu mengharapkan yang banyak dalam hidup saya
I desire more abundance in my life.

Saya suka dapat gaji lebih banyak dari sekarang
I’d like to be earning a far greater income.

Saya ingin menyediakan semua keperluan dan kelengkapan untuk keluarga saya
I want to provide more for my family.

Kadangkala saya risau tentang duit
I sometimes worry about money.

I work hard, but don’t see the income I desire.
Saya bekerja keras, tetapi tidak nampak gaji yang saya inginkan

There are many things in life I want, but cannot afford.
Banyak dalam hidup ni yang saya inginkan tetapi saya tak berupaya untuk memilikinya.

Without my current job, I have no other streams of income.
Tanpa pekerjaan sekarang, saya tidak ada gaji yang lain

Sekarang bayangkan jika...

Bayangkan jika anda kemudian boleh menggunakan fikiran anda untuk mewujudkan keputusan-keputusan - tanpa ragu-ragu - kerana itu jelas di mana anda perlu dan apa yang harus anda lakukan.

Bbayangkan jika anda boleh menjadikan hidup ini adalah mimpi anda.

Bayangkan beribu kehidupan mendapat faedah daripada ciptaan baru anda seperti buku, perniagaan, lukisan dan sebagainya

Bayangkan anda Bayangkan membuka ruang pekerjaan, mengubah hidup, mencipta produk yang menguntungkan kemanusiaan.

Bayangkan anda menjadi cahaya bersinar - pembawa kebijaksanaan dan pencerahan kepada komuniti anda.


Bagaimana akan menguntungkan keluarga anda? Siapa yang akan anda pengaruhi?

SEMUA INI BUKAN HANYA KERANA DUIT TETAPI BAGAIMANA ANDA MENJADI DIRI ANDA YANG SEBENAR!

Aku sudah mula mendapat aura2 baru dan semakin diri aku segar untuk maju dan berjaya!

Guru bercerita lagi tentang ilmu yang dia dapat sekarang adalah hasil dari sebuah buku ringkas yang nipis sahaja ditulis oleh Wallace D. Wattles pada tahun 1910 bertajuk “Science of Getting Rich”.

Antara yang guruku sampaikan :

1. Ada tenaga universal dari mana segala sesuatu dilakukan. Tenaga ini mengisi seluruh alam semesta.

2. Apabila anda berfikir tentang sesuatu, perkara itu akan bertukar menjadi tenaga ini, dan anda benar-benar menjadikan apa yang anda fikirkan.

3. Manusia memiliki kemampuan untuk membuat sebuah fikiran dan menyebabkan subjek pemikiran yang akan dibuat dalam bidang ini Universal Tenaga.

4.Untuk mengaktifkan kemampuan ini, kita harus belajar untuk memanfaatkan fikiran kreatif kita. Biasanya, kita berfungsi dengan fikiran kompetitif kami. Tetapi untuk mencipta hal-hal dengan fikiran, kita perlu mengaktifkan fikiran kreatif.

5.Kita boleh berada di dalam ketenangan melalui tenaga Universal ini dengan sentiasa menghargai dan bersyukur dan melalui tindakan mengungkapkan rasa terima kasih. Syukur menyatukan fikiran kita dengan tenaga Universal ini.

6.Untuk mengungkapkan sesuatu yang nyata dan baru, gambarkan perkara tersebut di dalam fikiran anda. Dan mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan perkara tersebut kepada anda. Untuk mencapai kekayaan, menerapkan prinsip yang sama - mempunyai gambaran bahawa anda seorang yang kaya dan anda berharap untuk mencapai. Lalu mengungkapkan rasa syukur bahawa kekayaan ini datang kepada anda. Anda mesti YAKIN yang kuat dan sentiasa berSYUKUR.

7.Semua yang anda masukkan dalam gambaran mental Anda akan datang kepada anda melalui dunia fizikal - contohnya tiba-tiba anda dapat peluang untuk buat satu bisnes.

8.Untuk menjadi kaya, anda harus aktif. Anda perlu melakukan semua yang boleh anda lakukan setiap hari untuk membuat gambaran ini menjadi kenyataan. Terutama berusaha untuk memberikan kepada orang lain sesuatu yang bernilai lebih besar daripada apa yang mereka beri.

9.Mereka yang mengamalkan panduan ini akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka terima akan berada dalam bidang kuasa.



Lepas tu dia tanya lagi:

Tell me Saleha – Who are you. Really?

Aku terkesima nak jawab.

Guru jawab lah....

Renung ke dalam diri anda dan kamu akan dapati yang kamu ini dibuat dari molekul. Renung lagi, molekul terdiri dari atom. Pergi lebih jauh- atom terdiri dari proton, neuron dan elektron- semuanya adalah asas dalam sebuah kosmik (alam).
Tetapi kalau kamu renung selangkah lagi, semua ini bergerak kerana adanya tenaga.
Semuanya terdiri dari Universal Tenaga ini. Termasuk anda.

Saintis Steve Grand menulis sebagai berikut:

Cuba kamu fikirkan tentang satu pengalaman kamu semasa kecil. Sesuatu yang kamu fikir dan dapat ingat dengan jelas, contoh bercuti dengan keluarga ke tempat yang paling menyeronokkan. Sesuatu yang kamu boleh lihat, rasa, hidu seolah-olah kamu berada di situ. Kamu akan merasakan kamu betul2 berada semasa alam kecil kamu?

You Saleha, are energy in physical form. Or, to use a spiritual concept – you are a soul within a physical body – a particle of God.


Macam betul jer guru aku ni! Dah masuk konsep Tuhan pulak!


Lupakan tentang definisi Tuhan menurut agama. Fikirkan Tuhan sebagai sebuah kekuatan Universal yang merangkumi semua. Tenaga yang membentuk alam semesta. Sebuah batu mungkin kelihatan seperti seketul batu. Tapi di dalamnya adalah triliunan zarah subatom mendesing tentang dan penuh dengan tenaga. Batu itu adalah tenaga murni dan gerakan - soliditas itu dan keheningan adalah murni ilusi.

Jika semuanya terdiri daripada tenaga, dan tenaga ini adalah apa yang kita sebut Tuhan, atau Kesedaran Tinggi - maka anda adalah sebahagian dari Tuhan. Seperti batu, setiap binatang, pokok, setiap planet berputar setiap bintang yang jauh.




Kamu juga adalah tenaga yang asli tetapi dengan satu kelainan. Kamu sedar tentang kewujudan diri kamu. Kesedaran diri ni apabila diarah membolehkan anda untuk menentukan apa pengalaman yang anda pilih untuk dibawa ke dunia anda sendiri.

Jika kamu fikirkan tentang sesuatu kamu sedang mencipta ia untuk disalurkan ke alam realiti. Thoughts are things! dan apa saja yang kamu fikirkan baik atau buruk kamu cipta dalam alam realiti kamu sendiri.

We all work with one infinite power. We all guide ourselves by the same law. That one law is the Law of Attraction. That which you think about – you attract into your life.

Undang-Undang penarikan ini sentiasa bergerak dan bekerja. Kamu tidak boleh lari darinya. Kamu sedang menarik segala sesuatu dalam hidup kamu, kamu seperti magnet. Apabila kamu faham tentang undang-undang ini kamu faham tentang rahsia ini. Dan sekarang kamu pilih apa yang kamu inginkan dalam hidup ini.
We become what we think about!

Sekarang tanya diri kamu, apa yang kamu selalu fikirkan?
Maka di sini timbulnya masalah. Seperti manusia lain, fikiran kamu selalu fikirkan tentang risau, takut dan apa yang kamu kurang...(betul guru).

Di dalam buku The Science of Getting Rich, Wallace berkata, “Kamu mempunyai kuasa yang semulajadi untuk berfikir apa yang kamu ingin fikir.

Apabila kamu memikirkan sesuatu yang sedang melanda kamu atau apa yang kamu lihat di sekeliling kamu, perkara itu akan membebankan kamu. MAka cuba lah berfikir tentang perkara yang bukan masalah dan fikirkan juga renungkan masalah itu sudah tiada.

Maka...
Fikir tentang jalan keluar dan keputusan yang akan berlaku sekarang adalah lebih BAIK dari membebankan diri dengan masalah.

Jika kamu fikir HUTANG BANYAK dan itu yang kamu tarik -maka HUTANG SEMAKIN BANYAK
Risau tentang kesihatan dan itu yang kamu fikir - maka kamu SEMAKIN BERTAMBAH SAKIT.

Kamu lihat, kerana pemikiran sahaja dan sentiasa mengawal setiap keputusan kita. Kita perlu FOKUS dan fikir tentang keputusan yang akan kita ni'mati dan dapat
( … we need to be completely focused on – and be thinking about – DIFFERENT results than what we currently HAVE!)

Maka, dari saat ini lari dari perangkap realiti sekarang yang membelenggu dan
CIPTA MASA DEPAN YANG LEBIH BARU DAN LEBIH BAIK

Stay tuned for the next lesson Saleha. We’re in for an exciting journey.

Saya jawab: it is my pleasure guur, I love and passionate waiting for it!

2 ulasan:

Syahaadah berkata...

...tersenyap n terpegun seketika bila bca artikel puan ni. Attraction Law.. btul kan puan? =) segalanya terletak pada minda n diri kita. all about our mind..

Unknown berkata...

Salam Saf,

Salah lah? hehe..bukan attraction law tapi law of attraction...hehehe...kena ambil English dengan teacher semula ni.
Kalau kita sebagai orang Islam kita juga harus percaya tetapi ingat kuasa paling agung itukan ALLAH...

Tapi memang selama ini saya buat teknik ni dalam mencapai matlamat saya.


Paling jelas dan nampak masa saya aktif dalam business saya dulu.

Segalanya dalam minda kita.