Hidup ini mmg perlu seadanya. Kehidupan ini dah rasa macam hanya sebutir debu ...yang tak nampak , tapi perlu mengutip dan mengumpul amal hingga terserlah erti kemanusiaan di dalam diri....kerana dalam proses menjadi manusia harus bermatlamat untuk naik mencari Rabbul Jalil dengan kelebihan yang Tuhan berikan. Tuhan adalah sanggar pengharapan tiada pada lain hanya kepadaNYA.
Sekarang ni dah rasa malas pula nak bercerita di dalam facebook, hanya guna sebagai salah satu medium dalam berkomunikasi sahaja...Diri ni dah rasa macam memiliki personaliti introvert yang sangat tinggi (introvert:
Introverts process their emotions, thoughts, and observations internally. They can be social people, but reveal less about themselves than extroverts do. Introverts are more private, and less public. Introverts need time to think before responding to a situation, and develop their ideas by reflecting privately. Introverts' personality traits can be passionate, but not usually aggressive.
Introverts can focus their attention more readily and for longer periods of time than extroverts, and they aren't easily swayed by other people's opinions. Introverts may not know they're introverted, and sometimes feel weird, different, or awkward. They may abnormal most of them time, and wonder if introverts are normal( from http://www.suite101.com/content/the-introvert-a13661 diambil pada 23/9/2010) .
Jadi aku macam dah tak suka nak bersosial sangat, macam dah letihlah...
Jadi (berapa kali jadi lah), perkongsian raya di dalam blog ni rasa lebih baik dan dapat juga simpan (save dalam blog ni, senang sikit).
Hidangan raya kali ni seperti tahun2 yang sebelum ni. Alhamdulillah mak masih segar walaupun masih menjalani dialisis buah pinggangnya. Jadi hidangan kali ni mmg aku tak sempat nak masak, begitu juga dengan suami ku pakar masak...(puji laki beb)...biasa hidangan suami pagi raya, laksa special, nasi arab dengan kambing...mungkin raya ni pun dia takde mood.
Raya keluarga kami tidak seperti raya orang lain mungkin. Sebab ayah seperti tradisi sebelum ni yang sudah lebih kurang 15 tahun berniaga di bazar Ramadan menjual pakaian hari raya seperti baju melayu dan sebagainya. Kalau orang malam raya sibuk dengan bakar lemang, kacau dodol , rebus ketupat dan sebagainya tapi kami semua tu dah siap awal2...kalau takde masa nak buat kami tempah dan seadanya sahaja.
Malam raya biasanya kami akan lelong baju2 dan berkemas besi2 dan pakaian ...selalunya lewat pukul 4 pagi raya baru siap kemas semuanya jadi urusan dalam rumah emak yang selalu siapkan. Tapi kali ini persiapan dalam rumah aku siapkan dalam 50%....
Apapun semoga kami menjadi keluarga bahgia dan diterima Allah....
p/s: Minta maaf sebab ejaan raya di tajuk posting digantikan dengan rayee...ada dua sebab tapi tak nak diceritakan....
Ini kerja aku pula ni....bertetah nak masuk duit dalam sampul
nak masuk ujian saringan jer bakal2 menantu..kihkihkih
*Berkumpul di rumah abang ke3, sambil ziarah anaknya yang patah kaki dan tangan...yang pakai baju raya biru sedang berbaring tu....Oh ya saya dukung tu , cucu pertama saya ....Mumtaz Aleesya...
Dia tak panggil saya nenek yer, tolong sikit...adalah panggilan manjanya ,,,hehehe
1 ulasan:
kali ni raya kt pahang.....
agak sunyi, tapi bersyukur sebab dapat sambut raya ngan mak ayah....xde dah kes menangis malam raya.... =)
Catat Ulasan