"Puan, anak buah saya suka panjat2...bla bla"
"Puan, adik saya jenis yang senyap jer...bla bla"
Biasalah kalau dah jadi pensyarah psikologi ni, semua masalah manusia perlu didengari (menghormati dan cuba untuk menyelesaikan).
Kalau saya pula mengadu pada sapa...mengadu pada Freud ke? Bandura ke? Skinner ke? Hahaha , tentulah TIDAK!!
Saya rasa macam nak mengadu pada pensyarah saya Dr Haryati Shahrima, Dr Sidek Baba, Dr Rahmatullah Khan atau kenalan saya Dr MAriani Md Nor atau Dr Saedah Siraj.....hahaha, semuanya berstatus DR. Tapi malas juga nak kacau orang kan....dengan suami lah saya berbincang masalah anak2 (Alhamdulillah dikurniakan suami yang suka berbincang...tetttt :) )
Kalau saya boleh bertanya pada mereka yang pakar tentang psikologi dan tentang kanak-kanak di atas, " Dr, anak saya suka cakar orang, kenapa dan macamna nak atasi"...hehehehe....
Seram jer dengar tajuk dekat atas.....
Tapi nak cerita tentang kisah anakku yang kedua, Hasan Masyadi. Semalam lepas balik kerja dalam pukul 5.30 pm aku terus masuk ke rumah. Naik saja rumah aku nampak muka sepupu ku Nazrul berdarah2 macam dicakar. Aku dah tahu ini mesti kerja si Hasan. Kali ni dah masuk 4 kali Nazrul (umur 3 tahun lebih kurang HAsan) dicakar.
~~~Yang NAzrul ni pun satu , kalau Hasan cakar dia, dia buat tak tahu jer, nangis pun tidak , dia biar jer Hasan buat macam tu kat dia. Ada satu hari tu aku marah Hasan sebab cakar Nazrul boleh si NAzrul ni marah aku balik sebab aku marah Hasan...eh eh ...pelik kan...apalah kuasa anak aku sorang ni !!!~~~~
Akibatnya dengan perasaan yang sangat marah sebab dia buat orang macam tu, tangan ku yang lembut ni pun naik lah merayap ke bontot dan semua lah (kali ni aku pukul sebab sebelum ni dah nasihat, lepas tu hukuman yang lembut2)....so , ini dah kira macam peak lah....
Aku masukkan dia dalam bilik sekejap, dia senyap pulak dah tak nangis...lepas 5 minit. Aku bawa dia kuar rumah sambil aku cakap " kalau tak faham cakap mama, tak dengar cakap mama, duduk kat luar, pergi mana nak pergi, belajar beradab belajar buat baik baru balik rumah jumpa mama minta maaf dengan mama" sambil air mata aku bergenang kan....
Astagfirullah.....akhirnya kak ngah aku menarik Hasan balik rumah dia. Lepas Magrib maid aku tanya, nak bawa Hasan balik ker? Aku kata tak payah biar dia duduk situ....tapi bila fikir2 balik aku ingat nak bawa sendiri Hasan balik dengan kereta dan aku berdua dengan dia. Agar aku dapat sembang2 dengan dia.
Tapi dalam setengah jam dalam pukul 8.40pm aku dah dengar maid aku cakap dengan somebody dan dia bawa Hasan ke ruang tamu. Masa dia tengok muka aku tersipu2 rasa bersalah. Aku pun saja nak mengusik dia, kenapa balik, pergilah duk umah pak ngah tu. Pak Ngah kan takde anak laki....
Kemudian aku suh HAsan duduk depan aku, aku pun cakap dengan dia, kenapa aku marah sangat kat dia? Kenapa aku pukul dia dan semuanya? ..Pastu aku suh dia angkat tangan berikrar dan sebut macam aku sebut atau ikut aku cakap" Saya Hasan, meminta maaf kepada mama. Hasan berjanji tak akan buat jahat lagi. Tak akan cakar orang lagi, tak akan cakar Nazrul lagi, tak akan cakar abang lagi tak akan cakar Zahra lagi. HAsan akan jadi budak baik"
Tapi masa dia baca ikrar tu , aku sebut Hasan berjanji akan cakar Nazrul....dia tak ikut...pandai juga anak aku ni!
Lepas tu aku suh dia salam semua orang dalam rumah tu...lepas tu dia salam aku , aku hug sayang kat dia dan bisik kat telinga dia " Hasan jangan buat macam tu tau, nama awak sapa?" Dia jawab "Hasan", Hasan tu maksudnya baik...mama dan abah nak Hasan jadi budak baik sebab tu mama letak nama Hasan suruh Hasan jadi baik....faham tak? Dia just anggukkan kepala dia jer...
Lepas tu aku suh dia zikir ikut aku...Ya Latif...dan kami dalam rumah tu semua berzikir dengan Hasan Ya Latif Ya Latif Ya Latif....agar hati kami lembut dan melayan semua orang dengan baik.
"Ya Allah kau anugerahkan rumahtangga ini, anak2 yang soleh dan solehah, jauhi kami dari bahaya dan kejahatan syaitan dan hawa nafsu. Jadikan kami manusia yang mendokong ajaran agamaMu yang suci berlandaskan Al-Quran dan Sunnah mu yang suci. Semoga akhlak kami seiring dengan teladan nabi-nabi mu dan Ahl Bait yang suci!
Dengan Nazrul, aku sapu mukanya dengan minyak gamat...maknya marah? Aku rasa mak dia marah juga , aku panggil mak dia maksu sebab mak dia adik bongsu mak aku....Nasib baik mak dia tak datang mengamuk mengamuk kat aku. Aku just minta maaf dan aku bagi Nazrul Happy lah. Dah lah dia takde ayah duduk dengan mak sebatang kara. Jadi aku dan suami kadang2 bawa Nazrul pergi swimming pool, beli dia coklat dan happy kan dia, tanda kafarah dosa kami padanya sehingga muka dia elok....
Yerlah sebab anak aku belum mukalaf lagi, mereka tidak tercatit lagi dosa dan pahala...maka kalau anak2 di bawah umur ni buat apa2 yang tanggung dosa mak ayahnya lah...
Ya Allah, ampunilah dosa kami ini! Diri ini serah kepadamu sahaja...
Sapa yang baca entri ni , doakan lah kami menjadi orang2 yang berjaya dunia dan akhirat. Anak-anak menjadi Khalifah Allah di muka bumi dengan berjaya mentadbir bumi Tuhan dengan baik, penyejuk mata penawar di hati.
4 ulasan:
saya pula yang menitik airmata baca entri ni......
Salam tanpa nama:
Kenapa menitik air matanya...
Alhamdulillah selepas kejadian saya dan Hasan anak saya tu , makin rapat hubungan kami. Dan dia selalu dengar kata saya...dia juga selalu peluk saya dan cakap sayang mama....
pendek kata dah senang didik dia dan dia juga dengar cakap tak macam dulu ...
moga anak2 generasi kini menjadi anak soleh dan solehah juga anak2 saya....
jangan lah mereka menyusahkan hati kami mama dan abahnya...Ameen
Alahmdulillah,aku tmpg gmbira sal bce comment ko ni.ank2 permata hati,ssh senang mreka,ssh snang kita jge sbg mak ayah mereka.insyaAllah,sme2 kita brdoa moga ank2 kta akn trus mnjadi ank2 yg soleh&solehah.pnyejuk dmata,pnawar dhati.tp aku lum de rzki ank pmpuan g.doa2kan aku dpt girl lak pasni ye :) suhana ex-iium
Salam Suhana,
kelas Mate Psikologi kan?
Terima kasih singgah kat blog yer....bukan senang orang nak tulis komen kat box aku ni maklumlah peminat tak ramai...hehehe....
Apapun, macam tu lah Su jadi mak untuk anak2 yang masih kecil ni. Dosa dia kita yang tanggung....dia tak dosa apa2 kita yang mencorak dia. berat juga kerja ni kan?
Sama2 membawa Allah dan Rasul dalam rumahtangga syurgawi.
Salam Sayang untuk Su.
Catat Ulasan