Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini
26 Februari 2011
Mr Mama, Anak2, MOdular
Hari ini Sabtu mama bekerja dari pagi sampai ke petang dan esok harinya ada kelas pula di OUM mengajar tutorial.
Minggu depan pun ada kelas juga hari Sabtu.
Emm...takperlah, student full time pun dah start cuti 6 minggu...jadi bolehlah mama minta cuti untuk bersama dengan anak2 dan keluarga.
Takper nanti cuti sekolah ni kita pergi brcuti dan terus balik kampung abah...
oohh...tapi sebelum tu got a lot tasks have to be done ...MQA filing, sponsor konvo, projek akhir pelajar yang banyaknya perlu baca dan edit...
Kerja2 akademik semua mama dah siapkan....
dan akhirnya mama perlu merehatkan diri mama dari semua urusan ini kerana perlu beruzlah untuk bersama Tuhan...
Mr Mama (abah) juga banyak membantu walau dalam keadaan rela paksa...hihihi....
Tak tahu kenapa hari ini rasa berat nak meninggalkan anak2 .....sedih tengok Haura...Nanti kalau mama dah tua atau sakit2 , anak2 juga akan memegang bag tangan dan angkat beg kerja sambil salam mama dan meninggalkan mama....(ngeee...imaginasi yang tak bestnya!)
Mereka pergi kerja , aku buat kerja society lah ...(hihii, imaginasi yang baik)....
Salam semua, moga memiliki nafsu mutmainnah dan perangi nafsu lawwamah dan ammarah!
24 Februari 2011
Macam Macam Pagi
As Salam itukan nama Tuhan, kita tidak boleh meletakkan nama Tuhan tanpa "Abdu" bermakna hamba....
Jadi sesiapa yang ada nak letak nama anak ker, adik, abang, dan seumpamanya ...jika letak nama2 Allah perlu letak abd di depan contoh Abdul Salam, Abdul Aziz dan sebagainya.
oooo....ada saya baca facebook katanya Ust di dalam TV tu berkata orang sekarang ni tulis sms ker, atau tulis dalam blog macam saya ni ...suka tulis salam sahaja....katanya tak bagus sebab itu ayat untuk orang kafir dan apa ntah yang sekutu dengannya...
Saya amalkan salam ini bukan saja dalam blog atau sms tetapi ianya adalah cultural word atau perkataan yang sudah biasa di pakai di kalangan Arab Timur Tengah, mereka kalau jumpa just sebut salam sahaja...
Tetapi memang lah baik ditulis Assalamualaikum.....Oklah tak nak bahas banyak tentang ini, nanti ada seorang abuya akan komen dan buat kajian terhadap ini. Kita nanti kan saja jawapannya.
Oklah, pagi ni tak buat heavy breakfast pun just makan conrflake dan roti sapu jem air milo (suami saya air kosong saja cicah roti...zuhud)...:)
Lepas tu masuk dewan exam kejap tengok paper student hari ni....betul pun instinct saya....ada kesalahan teknikal, patutlah hati saya tak sedap dari minggu lepas....tetapi Alhamdulillah, atas kecekapan semua, maka mampu ditangani....cuma nampak tak profesional lah....tak per, buat penambahbaikan....
Lepas ni nak pergi tengok student practical di TASKI depan ni.
ooo...depan ni? Ada anak saya di dalamnya. MAcam mana tak nak bias ni...hihiihi
Pensyarah pergi menyelia pelajar yang anaknya ada di dalam sana....huhuhu...tak per profesional profesional...
Sekali pergi2 kawan anak cakap, HUsin mak Husin datang ...Husin balikkk....hihiihi...dan cikgu2 akan berkata, semua pelajar duduk kita nak baca ni....
Ok ...Last , sesiapa yang ada ikut blog saya selalu tentu tahu bahawa graf diri dan motivasi saya sekarang tak menentu, tapi yang bestnya saya banyak nampak jalan...
Bila kita ada masalah, satunya , kita memang kena selalu memberi @ belanja orang makan, semoga dengan itu setiap bala yang dekat2 nak kena kita akan dapat dihindari. Dan jika kita memberi lebih banyak kita terima , itu sudah PASTI.
Absolute state in Quran....i LUv Quran....
Whoever has will be given more, and he will have an abundance. Whoever does not have, even what he has will be taken from him. PERCEPTION & APPRECIATION go hand in hand, if you perceive you have, you appreciate what you have. If you perceive you do NOT have, you do not appreciate, and you lose sight of WHO ultimately supplies ALL your needs. Thank God for everything no matter what, it will break the power that things have over your life.
Saya terjemahkan: Sesiapa yang memberi (sedekah) akan bertambah ni'matnya. Sesiapa yang berkata tiada apa2, akan dikurangkan segalanya. Persepsi dan Penghargaan berjalan bergandingan, jika kamu merasa kamu ada sesuatu kamu akan bersyukur dan menghargai . Jika kamu merakan yang kamu tidak punya apa2 kamu lupa bahawa semua itu dari Allah. Berterima kasih kepada Allah tidak kira apa pun, DIALAH Allah yang akan memutuskan segala2nya dari mu dan kepada mu.....
OOOO...saya sangat insaf....terima kasih Tuhan atas ujian dan cubaan ini. Cuma saya masih lemah, hati saya lemah....
PS: Berapa banyak OOOO
Al-Quran dan MEREKA
Ketahuilah bahawasanya saya memang BENCI pada anda.
Memanglah anda kata Al-Quran sebenar di Luh Mhfuz ini hanya kitab biasa.....tetapi ianya adalah pancaran kalimah Allah yang tersergam indah.
Saya sedar bahawa anda punya pemikiran bahawa AlQuran baik itu diamalkan....
Nah , mari saya bawa anda kepada suatu situasi....anda punya mak ayah ...atau kekasih hati , katakan mak ayah anda atau makwe atau pakwe anda menulis surat cinta kepada anda , dan saya mengambil surat itu dan letak pijak di bawah kaki saya ....anda MARAH?
Jika tidak EQ anda memang agak slow....dan anda tidak normal.....
Bagus kan kalau kita boleh beramal dengan isi Al-Quran dalam masa yang sama kita juga mengagung dan menghormati Al-Quran yang berada di tangan kita sekarang.
Sya tidak suka kepada mereka.
Kebanyakan dari orang2 yang saya ceritakan di atas, adalah kawan2 dulu di UIA golongan Arab SAudi.....
atau orang Melayu kita yang sudah lama duduk di SAudi...
# tak tahu nak buat apa dengan mereka....?
22 Februari 2011
Makan Nasi Arab
Sesungguhnya kehidupan yang sentiasa mengingati Allah dan tidak meninggalkan Tuhan itu kan lebih baik. Dan janganlah kita yang berbeza pendapat ini dengan sesiapa pun samada politik, sosial, aliran agama dan sebagainya hanya taksub kepada diri dan kaum sendiri. Terima lah manusia itu seadanya dan hormati pandangan masing-masing.
Semuanya sama di sisi Allah hanya TAQWA yang membezakan kita. Untuk memberi apa TAqwa itu juga amat sukar. Dan moga semua diberi kesejahteraan.
Sejak Presiden Ali Tunisia di jatuhkan oleh rakyatnya, kemudian Mesir sekarang Libya, Yaman, Iran dan seantero dunia menggulingkan Presiden masing2. Samada mendapat perintah Amerika, Ulama , rakyat sendiri dan sebagainya. Kita sedang menyaksikan dunia yang penuh demonstrasi.
Tapi saya tak nak cerita berat2 hari ini, cuma nak cerita tentang Arab juga tetapi Nasi Arab, restoran Arab dan orang Arab.
Nasi Arab memang sedap, kalau di kalangan kawan2 di KOlej ini memang terkenal dengan nasi kebsah dan mandy lah .....
Alhamdulillah, minggu lepas selepas saya berperang dengan air mata ...hihihi....suami belanja makan di Rawsah. Ini kali pertama pergi Rawsah yang bangunan baru itu. Kalau siapa pernah makan Restoran RAwsah dulu alamatnya di sini:
Excellent Middle Eastern Food (Lebanese Food)
78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 KL
Sekarang, dia dah buat bangunan sendiri di Kg Pandan, restoran bentuknya unik macam istana Arab zaman dulu2. Kami order nasi mandy dan kebab roti....
Cuma yang menjadi tanda tanya dan rasa tak best tu sebab mereka hire manager India adalah duk mundar mandir kat sana, pastu pekerja2 am diorang pun India. OOOO...jangan kata saya anti pula, bukan!!!! Sebab takut diorang pun mesti ada duduk dapur juga ....jadi saya tanyakan pada cashier "limaza HIndi ya'mal Huna" (hahaha, saya pun tahu cakap Arab lah)..." Liannahu raisyh HUna" saya balas, "la uhibbu HIndi Huna wa ana azuku was was".....
Ok, minggu ini pula, saya berpeluang makan di Restoran Half Qamar (atau Restoran Separuh bulan di Seri Kembangan bersama kawan2 sepejabat selepas kami balik survey tempat family day untuk staf KDH.
Saya berkata kepada lelaki ARab yang ambik order tu, kenapa tak tulis, saya berkata kepadanya "ingatan awak kuat yer". Kemudian sorang staf berkata kepada sya, kalau pergi restoran Arab atau mamak , diorang ambik order pakai otak. Kalau orang Melayu jer diorang tulis.
Persoalan dalam kepala saya , sistem apa yang mereka pakai untuk mengingat?
Hahahaha....ada siapa boleh jawab?
16 Februari 2011
I Become Everyhing
Menjadi guru adalah seperti menjadi ibu.....kita akan menjadi segala-galanya, dan memgang semua peranan dan tanggungjawab. Amat letih , amat lelah tetapi dalam masa yang sama kita memang perlu menyelesaikan amanah dengan jaya dan berkualiti.
Kerana kita memegang jiwa orang lain, dan kita bukan mengendalikan mesin atau sesuatu benda bukan hidup tetapi hidup dan amat mempunyai perasaan.
Maka, seperti Rasulullah itu lah kita harus jadi....
Dan sekarang saya memang lemah untuk semua ini. Tetapi graf kelemahan yang jatuh ini harus saya naikkan kembali peratusnya.
Saya di dalam proses menaikkan graf peningkatan diri saya kembali....dan saya masih di dalam proses penurunan. Doakan saya !
I am a counselor and psychologist to a problem-filled child,
I am a police officer that controls a child gone wild.
I am a travel agent scheduling our trips for the year,
I am a confidante that wipes a crying child's tear.
I am a banker collecting money for a ton of different things,
I am a librarian showing adventures that a storybook brings.
I am a custodian that has to clean certain little messes,
I am a psychic that learns to know all that everybody only guesses.
I am a photographer keeping pictures of a child's yearly growth,
When mother and father are gone for the day, I become both.
I am a doctor that detects when a child is feeling sick,
I am a politician that must know the laws and recognize a trick.
I am a party planner for holidays to celebrate with all,
I am a decorator of a room, filling every wall.
I am a news reporter updating on our nation's current events,
I am a detective solving small mysteries and ending all suspense.
I am a clown and comedian that makes the children laugh,
I am a dietician assuring they have lunch or from mine I give them half.
When we seem to stray from values, I become a preacher,
But I'm proud to have to be these people because ...
I'm proud to say, "I am a teacher."
by
Stacy Bonino
14 Februari 2011
Maulid
Oh Tuhan, sungguh aku ini lemah, maka kuatkanlah,sungguh aku ini hina, maka muliakanlah, dan sungguh aku ini kekurangan, maka cukupkanlah...antara tanda2 orang mukmin itu ialah mereka sentiasa diberi cubaan oleh Allah Taala..paling tidak sekali
dalam masa 40 hari..mudahan sabar mengiringi kita semua..Ya Allah jangan Engkau turunkan cubaan ke atas diri kami melainkan Engkau sertakan dengan ketabahan..
Entri ini untuk maulid nabi.....(eh, saya lupa tulis tentang hari jadi anak saya Haura)
Allahummasolli ala Muhammad wa ali Muhammad.
Kawan saya di negara Arab lagi best ceritanya tentang sambutan Maulid Nabi ini, saya ingat nak combine dengan hari jadi Haura anak saya nanti .
Maulid Rasul adalah hari raya..jadi buatlah apa yang sesuai dengan hari raya..biasanya kami kat sini buat majlis makan2..bernasyid, buat jamuan untuk kawan, paginya mandi sunat, pakai bagus2 dan wangi, dan sunat juga pada hari itu ialah berpuasa..dan juga banyakkan selawat pada hari itu untuk Rasulullah dan keluarganya..bagi sedekah juga kat budak2 dan orang lain..kalau perlu kita bina tradisi yang lebib meriah..iaitu kita hantar kad ingatan kepada kawan2
dan keluarga..begitu orang kristin merayakan kelahiran nabi Isa as dengan meriah, kita masih khilaf dengan tarikh kelahiran Nabi Besar kita sendiri..kerana dari awal lagi kita tidak mementingkan tarikh dan sejarah..kita tak sungguh2 menghayati peristiwa..wallahu a'lam..
Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148): Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Saya sertakan juga perutusan Maulid dari meja Tok Guru Nik Aziz (saya bukan politik mana2 yer...saya BEBAS)
Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.
Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)
bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.”
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.
Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.
Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.
TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP
AL-MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Utusan Tuhan
Buat semua teman2 yang menjadi penyeri kehidupan di dunia, moga tali ini mampu menghubung kita di negeri yang kekal abadi….
Sekadar ingatan moga hidup yang ingin dilengkapi ini setia dengan kenangan yang indah.
Doa saya agar kalian dan saya terus ikhlas dan memupuk rasa ketenangan dan rahmah dalam pertalian ini.Semoga semuanya berbahgia dalam membina citarasa yang ‘bersama’ dengan gaya yang tersendiri.
Tuhanku, kurniakanlah kepadaku kesempurnaan memutuskan(dengan selain dariMu) hanya kepadaMu. Pancarkanlah kepada penglihatan kami dengan cahaya yang menuju
kepadaMu sehingga penglihatan kami sampai kepada perbendaharaanMu yang Agung. Kembalikanlah roh-roh kami yang bergantung kepada kebesaran dan kesucianMu.
Hati saya dan jiwa saya amat tidak tenang sekarang, maka sebagai sebungkus manusia ciptaan Tuhan, saya memohon doa teman2 .....
Moga yang mendung kembali bercahaya terbit suria agar wajah saya kembali ceria, hati saya kembali tenang.
Dulu2 kalau saya tak tenang, saya mengadu pada kawan saya. Kalau kita tak tenang pernah tak kita menangis. Saya juga pernah begitu....teman saya itu kata menangislah kerana ianya boleh menyucikan hati...kan tangisan itu kerana Allah dan Allah yang menghantar air itu kepada kita. Seperti juga air yang membasahi bumi menyucikan segala kekotorannya. Teman saya menambah lagi :
Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar,asing dan sepi di hadapan Allah. Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan
duka deritanya di hadapan Allah. orang suci tidak akan pernah menangis di hadapan manusia, tetapi akan menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.
Akhirnya, kenangilah Rasulullah, cintai lah beliau dan keluarga baginda.
" Orang yang paling banyak diberi ujian adalah para Nabi dan kemudian orang yang terdekat dengan mereka" ...dari sudut iman maksudnya.
Kenapalah kita hidup di dunia ini? Sebab kita nak menjadi orang yang beriman.
Di sini juga nak kongsi cerita yang kawan saya pernah beri....mungkin juga cerita ini saya pernah masukkan ke dalam blog ini, tapi tak apa saya ulang kembali....moga menjadi iktibar yer....
Zamyal berjalan dari padang ke padang, dari benua ke benua, dari cakrawala ke cakrawala, meskipun ramai yang tidak tahu dia sedang mengembara. di dalam
pengembaraannya, dia sentiasa berpuasa, meskipun orang tidak memahami bahawa dia sedang berpuasa. Wajahnya kelihatan menderita, tapi jiwanya sangat bahagia
kerana puasanya di'beli' oleh Allah. Dia meminta untuk diberi makanan tetapi tidak ada yang peduli, termasuk Nabi besar Yaakub as. Zamyal kemudian melewati seluruh
malam dengan lapar dan menjalani pagi hari berikutnya dengan lapar. Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah. Tidak
ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Zamyal tidak pernah menangis di hadapan manusia, tetapi dia menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi. Kepada Yaakub, Tuhan menggertak, "hukuman dari kekasihKu lebih cepat datangnya dibandingkan hukuman untuk musuh-musuhKu!" Akhirnya, beberapa tahun kemudian, Yaakub kehilangan Yusuf, putera kesayangannya dan kisah-kisah legenda tentang sumur dan pedagang, tentang penjara dan ramalan mimpi,
tentang mesir dan zulaikha dan sebagainya. Inilah hukuman bagi kekasih Allah.
Iktibar itu hanya ada pada kita masing-masing.
12 Februari 2011
Hari ini
Hari ini sebenarnya agak2 sedih juga sebab suami dn anak2 juga adik beradik dia pergi Temerloh hadiri perkahwinan. Nenek dan rombongan dari Kelantan pun ada datang. Sebenarnya nak pergi tapi ada kelas part time di Kolej Dar Al-Hikmah dan esoknya ada tutorial di OUM.
Kesian anak2, moga mereka tak sedih maknya tiada bersama. Jaga diri.
Terima kasih kepada suami sebab angkut anak2 yang masih kecil 4 orang dalam kereta.
Biasanya begitu lah kami yang perempuan di sini, biasanya suami yang jaga anak2.....
Alhamdulillah, saya juga berjaya siapkan 4 slide saya yang akan diajar esok! Itu baru subjek klinikal psikologi...modifikasi tingkah laku tak buat nota lagi ni.....
Ok , nak balik rumah...tapi...balik nanti sunyi kejap...anak2 dan suami malam baru sampai...
MOga mereka selamat dalam perjalanan....
Sayang Keluarga saya
11 Februari 2011
Pen Drive HIlang
09 Februari 2011
Berjaya Like
Belajar status like facebook
05 Februari 2011
Lost World Of Tambun
02 Februari 2011
Berjuang Demi Insan Lain
Tak Sempat
kata2 warna di atas meminjam kalimah anak murid sya (bakal) yang berkongsi rasa yang sama....sebab dia, maka saya pun macam marah2 dalam fb dan blog..hihihi
01 Februari 2011
Demonstrasi
Tapi sebenarnya bukan marah sangat lah (walaupun marah) sebab hanya membantu kawan yang takde facebook meluahkan perasaannya . Tapi takde lah sampai nak berdemonstrasi seperti di Timur Tengah.
Dahsyat sungguh orang Arab kali ni. Baguslah....harap2 ada perubahan ke arah kebaikan.
Cuma takut2 juga sebab banduan pun dah lari dari penjara maka ramailah, anak2 gadis diperkosa, barang2 dicuri dirompak dan sebagainya. Nauzubillah....Selamatkan mereka semua!
Semua orang demonstrasi minta pemimpin yang dah lama sangat pegang takhta suruh mereka letak jawatan . Sebelum ni kan Presiden Tunisia kalah bertanding yang memerintah Tunisia lama sangat lebih lama dari Tun Mahathir. Lepas tu Mesir, YAman, Jordan...semuanya dapat bersatu dan macam ada aura suruh tukar kerajaan.
Untuk kaki demonstrasi memang lah bila anda buat demo akan ada perubahan kot tapi kesian juga dengan kaum ibu yang mengandung yang hampir lahirkan anak, kanak-kanak kecil, orang2 tua....berilah hak pada mereka juga dan jangan lupakan mereka sambil hati anda panas berkobar2.
Saya doakan semuanya dalam keadaan yang baik dan bermula lah REFORMASI ISLAM yang SYUMUL yang sudah lama dilupakan dan diabaikan.
segala berita terkini anda boleh baca di Internet...search saja....
Semoga aman dan selamat segalanya.
Janji Tuhan memang benar, yang Bathil akan lenyap dan yang Benar akan zahir
Krisis Timur Tengah
Kepada pelajar yang sepatutnya menghantar projek akhir semalam sila hantar cepat2 sikit yer....yang masih pulun cepat2 pulun, dah lama dah bagi tempoh untuk siapkan.
Mungkin anda semua sedang mengikuti perkembangan krisis di Timur Tengah. Malam ini ABIM, WADAH dan PKPIM akan mengadakan forum Krisis Timur TEngah jam 8.30 malam ini . Jika ada yang berkelapangan sila lah hadir untuk mengetahui perkembangan di sana.
Kesian juga dengan kawan2 di Mesir. Klik sini untuk mengetahui setiap perkembangan dari kawan-kawan di sana.
Doakan agar semua mereka dan bukan saja rakyat Malaysia yang terselamat. Semua yang lemah dan teraniaya diberikan kemudahan.
Dulu masa kat UIA pernah ambil kos sejarah tajuk sejarah timur tengah, sebab nak tahu sangat pasal Palestin dan perkembangan negara2 Arab yang tak reti nak bersatu ni , sebab apa.....Mesir ni penubuhan negara dia banyak ditolong oleh Amerika dan Israel. Diorang ada hutang dulu dan perjanjian mereka memang berat sebelah tu yang Husni Mubarak terpaksa tunduk pada mereka.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia Sumber klik sini