Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

09 Februari 2011

Berjaya Like

Salam semuanya...

Gembira nya tak terhingga saya hari ini,

1. Dah ada jiran yang sanggup jaga anak saya dan dengan kata lain maid half day....
2. Masak sup cendawan kegemaran sya, tak payah cari di pIzza Hut lagi , cuma nak cari garlic bread pula,
3. Dapat jaga dan luang masa dengan anak2 dua hari full (terpaksa ambik cuti)
dan semasa cuti tahun arnab baru ni
4. Saya dah pandai buat status like di blog saya ni.....sukeee sekali.....

Dah dua hari saya search di Web sebenarnya, tapi web itu semua bahasa indonesia dan saya kurang faham , akhirnya bertemu dengan web ini, dan sya testing2 dua tiga kali.....dan saya pandai jugeee....

Alhamdulillah.....

Minta juga suami saya ajar, tapi dia kurang minat dan membiarkan saya mandiri lagi sekali.....hihihi

Ok, hari pun dah malam....esok saya akan bekerja.

Doa saya anak2 saya sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa....

Walaupun saya bukan suri rumahtangga sepenuh masa....namun anak2 saya masih boleh makan dan minum dari air tangan suami dan saya juga......
Kerana kami ingin memegang hati2 anak2 kami supaya mereka dekat dengan kami dan hadirnya kami dan mereka bersama2 mendekatkan diri pada Tuhan.

Saya tidak kisah orang kata suri rumah lagi bagus dari wanita bekerja, itu semuanya perkara yang menjadi pro dan cons yang tak mampu kita sanggah....macam tajuk berdebat....semuanya ada pro dan cons masing2.....

Apa yang penting ???? KERJASAMA!!!!

Kalau kita suri rumahtangga sepenuh masa tetapi suami tidak membantu tugas kita di rumah , bagaimana? Hanya tahu menghabiskan hobi sendiri, anak2 dan isteri terbiar di rumah, nah, nanti cukup tahun dapat bonus bawa jalan (itu sudah dikira mengalas tanggungjawab)

sama juga

Kalau kita wanita bekerja tetapi tetap mengabai tugas di rumah itu kan sama juga cacatnya.....

ada idea...sangat di harapkan.....

Anak2, tahu kah kalian , menjadi IBU satu pekerjaan yang sangat mulia, Gajinya sangat besar di sisi Allah dan Rasul....hampir diri sendiri tidak terjaga....

Indahnya Peranan Ibu itu.....!

Terima kasih Ibu dan Ayah ku!

Tiada ulasan: