Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

14 Februari 2011

Utusan Tuhan

Salam
Buat semua teman2 yang menjadi penyeri kehidupan di dunia, moga tali ini mampu menghubung kita di negeri yang kekal abadi….

Sekadar ingatan moga hidup yang ingin dilengkapi ini setia dengan kenangan yang indah.
Doa saya agar kalian dan saya terus ikhlas dan memupuk rasa ketenangan dan rahmah dalam pertalian ini.Semoga semuanya berbahgia dalam membina citarasa yang ‘bersama’ dengan gaya yang tersendiri.

Tuhanku, kurniakanlah kepadaku kesempurnaan memutuskan(dengan selain dariMu) hanya kepadaMu. Pancarkanlah kepada penglihatan kami dengan cahaya yang menuju
kepadaMu sehingga penglihatan kami sampai kepada perbendaharaanMu yang Agung. Kembalikanlah roh-roh kami yang bergantung kepada kebesaran dan kesucianMu.

Hati saya dan jiwa saya amat tidak tenang sekarang, maka sebagai sebungkus manusia ciptaan Tuhan, saya memohon doa teman2 .....
Moga yang mendung kembali bercahaya terbit suria agar wajah saya kembali ceria, hati saya kembali tenang.

Dulu2 kalau saya tak tenang, saya mengadu pada kawan saya. Kalau kita tak tenang pernah tak kita menangis. Saya juga pernah begitu....teman saya itu kata menangislah kerana ianya boleh menyucikan hati...kan tangisan itu kerana Allah dan Allah yang menghantar air itu kepada kita. Seperti juga air yang membasahi bumi menyucikan segala kekotorannya. Teman saya menambah lagi :

Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar,asing dan sepi di hadapan Allah. Tidak ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan
duka deritanya di hadapan Allah. orang suci tidak akan pernah menangis di hadapan manusia, tetapi akan menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi.

Akhirnya, kenangilah Rasulullah, cintai lah beliau dan keluarga baginda.
" Orang yang paling banyak diberi ujian adalah para Nabi dan kemudian orang yang terdekat dengan mereka" ...dari sudut iman maksudnya.

Kenapalah kita hidup di dunia ini? Sebab kita nak menjadi orang yang beriman.

Di sini juga nak kongsi cerita yang kawan saya pernah beri....mungkin juga cerita ini saya pernah masukkan ke dalam blog ini, tapi tak apa saya ulang kembali....moga menjadi iktibar yer....

Zamyal berjalan dari padang ke padang, dari benua ke benua, dari cakrawala ke cakrawala, meskipun ramai yang tidak tahu dia sedang mengembara. di dalam
pengembaraannya, dia sentiasa berpuasa, meskipun orang tidak memahami bahawa dia sedang berpuasa. Wajahnya kelihatan menderita, tapi jiwanya sangat bahagia
kerana puasanya di'beli' oleh Allah. Dia meminta untuk diberi makanan tetapi tidak ada yang peduli, termasuk Nabi besar Yaakub as. Zamyal kemudian melewati seluruh
malam dengan lapar dan menjalani pagi hari berikutnya dengan lapar. Tidak ada saat-saat nikmat melebihi situasi lapar, asing dan sepi di hadapan Allah. Tidak
ada kebahagiaan dunia melebihi mengucurnya airmata ketika meratapkan duka deritanya di hadapan Allah. Zamyal tidak pernah menangis di hadapan manusia, tetapi dia menumpahkan segala kecengengannya di depan lutut Allah. Sungguh tidak ada anugerah yang paling nyaman melebihi keadaan diri terbuang dan terkutuk oleh manusia, tetapi ditangiskan ke hadrat Ilahi. Kepada Yaakub, Tuhan menggertak, "hukuman dari kekasihKu lebih cepat datangnya dibandingkan hukuman untuk musuh-musuhKu!" Akhirnya, beberapa tahun kemudian, Yaakub kehilangan Yusuf, putera kesayangannya dan kisah-kisah legenda tentang sumur dan pedagang, tentang penjara dan ramalan mimpi,
tentang mesir dan zulaikha dan sebagainya. Inilah hukuman bagi kekasih Allah.

Iktibar itu hanya ada pada kita masing-masing.

Tiada ulasan: