Salam semuanya dan apa khabar?
Sesungguhnya kehidupan yang sentiasa mengingati Allah dan tidak meninggalkan Tuhan itu kan lebih baik. Dan janganlah kita yang berbeza pendapat ini dengan sesiapa pun samada politik, sosial, aliran agama dan sebagainya hanya taksub kepada diri dan kaum sendiri. Terima lah manusia itu seadanya dan hormati pandangan masing-masing.
Semuanya sama di sisi Allah hanya TAQWA yang membezakan kita. Untuk memberi apa TAqwa itu juga amat sukar. Dan moga semua diberi kesejahteraan.
Sejak Presiden Ali Tunisia di jatuhkan oleh rakyatnya, kemudian Mesir sekarang Libya, Yaman, Iran dan seantero dunia menggulingkan Presiden masing2. Samada mendapat perintah Amerika, Ulama , rakyat sendiri dan sebagainya. Kita sedang menyaksikan dunia yang penuh demonstrasi.
Tapi saya tak nak cerita berat2 hari ini, cuma nak cerita tentang Arab juga tetapi Nasi Arab, restoran Arab dan orang Arab.
Nasi Arab memang sedap, kalau di kalangan kawan2 di KOlej ini memang terkenal dengan nasi kebsah dan mandy lah .....
Alhamdulillah, minggu lepas selepas saya berperang dengan air mata ...hihihi....suami belanja makan di Rawsah. Ini kali pertama pergi Rawsah yang bangunan baru itu. Kalau siapa pernah makan Restoran RAwsah dulu alamatnya di sini:
Excellent Middle Eastern Food (Lebanese Food)
78, Jalan Damai
Off Jalan Ampang
55000 KL
Sekarang, dia dah buat bangunan sendiri di Kg Pandan, restoran bentuknya unik macam istana Arab zaman dulu2. Kami order nasi mandy dan kebab roti....
Cuma yang menjadi tanda tanya dan rasa tak best tu sebab mereka hire manager India adalah duk mundar mandir kat sana, pastu pekerja2 am diorang pun India. OOOO...jangan kata saya anti pula, bukan!!!! Sebab takut diorang pun mesti ada duduk dapur juga ....jadi saya tanyakan pada cashier "limaza HIndi ya'mal Huna" (hahaha, saya pun tahu cakap Arab lah)..." Liannahu raisyh HUna" saya balas, "la uhibbu HIndi Huna wa ana azuku was was".....
Ok, minggu ini pula, saya berpeluang makan di Restoran Half Qamar (atau Restoran Separuh bulan di Seri Kembangan bersama kawan2 sepejabat selepas kami balik survey tempat family day untuk staf KDH.
Saya berkata kepada lelaki ARab yang ambik order tu, kenapa tak tulis, saya berkata kepadanya "ingatan awak kuat yer". Kemudian sorang staf berkata kepada sya, kalau pergi restoran Arab atau mamak , diorang ambik order pakai otak. Kalau orang Melayu jer diorang tulis.
Persoalan dalam kepala saya , sistem apa yang mereka pakai untuk mengingat?
Hahahaha....ada siapa boleh jawab?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan