Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

11 Februari 2011

Pen Drive HIlang

Salam semua,

Maaf sekarang tak sempat lagi nak buat penulisan ilmiah....

Banyaknya kerja tertangguh....ambil 2 hari cuti Isnin, Selasa sebab jaga anak2....baby sitter yang jaga anak tak bagi notis nak berhenti, jadi semuanya jadi mess dan have to make it good and wise agaian. Alhamdulillah, my sister sanggup jaga....terjaga dan terjamin sikit.

Kedua, Pen drive hilang.....amat sangat sedih....! Tapi ada hikmahnya, saya boleh update semula nota2 saya dan yang penting membei pengajaran kepada saya suruh sediakan 2 pendrive, satu untuk presentation, satu lagi hal pejabat dan confidential

Nota2 dalam tu pun dah lesap....soalan2 exam pun rasa bocor....(rasa macam ada student yang ambik jer)....Wallahualam,......

Maaf tak boleh lama sebab kena siapkan nota untuk tutorial Ahad ni di OUM Serdang Raya...dah janji nak bagi student nota tapi sebab dah hilang pendrive have to start back...dah lah banyak topik kena cover....rasa macam kena berjaga malam jer....

Dengan adanya nota, rasa akan memudahkan pelajar yang membuat pengajian separuh masa untuk go through note berbanding mereka baca buku yang setebal 500 ms dan tulisan yang kecil...saya rasa buku tu hanya untuk student full time bagus membacanya sambil2 buat nota....

Bukan saya kata saya nak suap saja mereka ini, saya tahu kebanyakan pelajar yang bekerja sambil belajar mempunyai masa yag agak terhad ....bayangkan kerja start jam 7 dah keluar rumah before that yang mana isteri kena urus rumahtangga, anak2 sekolah dan sebagainya...duduk di pejabat kalau kerja tak banyak rasa2 rajin ker nak buka buku, tiba2 bos suruh buat itu ini, kalau bos faham kita belajar senang sikit...sampai petang balik rumah urusan rumahtangga lagi, balik rumah dah jam 7 malam....kena tgk untuk urusan suami dan anak2 keesokan harinya, masak, basuh pakaian dan sebagainya...hampir tak bernafas rasanya.....

Sebab itu saya cuba membantu sekadarnya, saya suka mengajar pelajar andragogy kerana mereka mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama dan mengajar psikologi kepada mereka rasanya sangat mudah kerana mereka boleh kaitkan dengan dunia pekerjaan mereka.

Dan yang penting dengan kehadiran mereka, minda saya boleh dioptimumkan dan bukan sentiasa di takuk lama....

Selamat Maju jaya untuk semua.


Tiada ulasan: