Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

30 November 2010

Muhasabah

Salam....
Hari ini sudah 30/11/2010....

Matlamat yang besar masih belum tercapai lagi untuk tahun 2010.
Sudah hujung tahun....

lagi sebulan muncul masihi yang baru
Otak sudah tepu
Hati sudah sedu
Perasaan ingin beradu
Kenapa kalau marah nak merapu
Cakap jangan berhantu
Nanti ukhuwah terganggu
Tangkap ikan disangka berudu
Anak suka makan budu
Kejap lagi pergi Pudu
Tengok orang macam kutu
Nak suruh jadi baik macam ibu
Kerja, amal, ibadah MESTI bermutu
Bukan nama pelajar Samy Mutu
Bulan ini bulan cuti ku.....
Jangan Lupa doakan aku
Kebaikan dunia Akhirat buruan ku
Dapat tak dapat Tuhan saja Tahu
Aku juga yang tentu
Jangan Asyik salah Tuhan ku
Kata dia suamiku
Aku ada suami ku
Ada anak ku
Masih ada ibubapaku
Kerja rumah susun bertalu-talu
Kerja bertambah pilu
eh jangan tunggu dulu
kerja bertambah tentu
Ada anak2 membantu
Penyejuk mataku
Pendingin hatiku
Mama sayang kamu
Tuhan ku , KAu hidup dan matiku
Terima aku
Sekian dulu....
BUkan nak merapu
malam tadi makan ikan kerapu
Minta semua termangu
sambil tongkat dagu
Fikir-fikirkan diriku
Fikir-fikirkan kata-kataku

29 November 2010

Anak-Anak Yang Indah

Salam semua

Hari ini deman, selsema, batuk dan sakit badan semakin rasa pulih.
Sedang letih2 sambil bermonolog kepenatan , tiba2 Husin datang ke dapur. Ketika itu saya sedang melipat pakaian yang bertimbun2 banyaknya.
Saya pun mengadu pada Husin....(seperti biasa hari Isnin, abah tiada di rumah ada pengajian, maka saya sendirian dan terpaksa bersendiri ditemani anak2 yang pelbagai ragam untuk diuruskan)
" Husin, mama letih lah, mama dah lah deman dan tak cukup rest. Kepala mama pun sakit".
Alhamdulillah , tangan Husin yang kecil cuba menghulurkan pertolongan.
"Kesian mama, mari abang tolong mama. Tapi abang lipat baju yang kecik2 jer mama yer?"....
Kemudian Hasan pun datang, "Hasan pun nak tolong mama lah", Hasan dan besar sebab tu Hasan pandai lipat baju...hihihi...oklah Hasan.

Sedang Hasan melipat baju si Zahra, Zahra pun datang sambil jerit kat Hasan " ju gak (Baju Zahra)...." , sambil bertarik2 baju antara Hasan dan Zahra....akhirnya saya dan Husin siap melipat baju dan kemas baju di rak masing2....

Aku juga bersyukur, hati yang gundah dan badan yang letih kembali tenang dan jiwa juga tenang.

Terima kasih Tuhan atas kiriman anak2 yang indah. Jadikan mereka anak yang soleh...yang boleh mengubat jiwa ke naik menuju Mu dengan cahaya ketenangan radhiat mardhiah.....

Semoga cahaya esok yang terbit menjanjikan hari2 yang lebih berkualiti bersama keluarga, yang dihajati juga ditunaikan Tuhan......

Ilahi maqsudi wa matlubi

27 November 2010

Nanti Dulu

Salam...

Selepas berperang dengan program Dialog Keibubapaan tadi yang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat.....

Saya berjuang dengan demam pana, selsema dan badan yang sakit2....

Shifakallah atas saya....

Nanti kan update terbaru bersama gambar2 sekitar program tadi...

TERIMA KASIH SEMUA.....anda THE BEST

TERIMA KASIH DR MARIANI MOHD NOR yang dalam kekalutannya, tetap tergoda dengan pujuk rayu kami untuk memberi pengisian...jasa DR hanya TUHAN yang balasnya

26 November 2010

Berdebar Tunggu Dialog Keibubapaan

Salam semuanya...

Petang tadi hingga sekarang hidung ni tak berhenti2 asyik disapu....demam menyerang....bagusnya, Alhamdulillah dapat pulihkan semula sistem badan yang rasa sangat letih sekarang ni.

Sambil berkira2 dan bercongak tunggu hari esok sambil berkira2 dalam kepala apa lagi yang tak selesai. Rasa berdebar takdelah seperti masa jadi pengarah Seminar Pengajian Tinggi Islam tahun lepas.

Kali ini saya bergerak sebagai protokol dan program ini hanya separuh hari.

Hemm, kedatangan Dr Mariani Mohd Nor yang biasa menghiasi Wanita Hari Ini di TV3 memang ditunggu2 oleh kami semua. Lagi2 geng Fansuri (pelajar saya yang memang fanatik...hihihi).

Program esok memang namanya program keibubapaan tapi ramai juga orang yang bujang hadir (saya rasa amat tepat untuk mendapatkan ilmu sebelum melangkah ke alam lain. Rasa rugi agaknya Safiyah tak ikut (Saf, kalau awak ada lagi BEST lah).....

Segalanya sudah disiapkan, bola pingpong, belon dan besen (esok akan diisi air). Program ini bukan sekadar ceramah biasa penuh dengan analogi dan saya PASTI peserta tidak akan lupa saat2 ni walaupun hanya sebentar sahaja.

Kepada sahabat2 semua yang sudah berjuang yang "hard core", Kak Zu, Kak MAz...memang kita team yang ngam dan best....Shila, Kak Jijah, Safura, Teacher (good team and supporters)...

Semoga Allah menerima amal kita yang sedikit ni.....

Ps: Kepada abang suami tersayang, yang tak dapat join program esok....moga berjaya dengan program abang...abangkan MANTAPPPP...

Good Lucks both of us.....
Kepada anak2, insan yang cemerlang .....kami sentiasa bersama anda.....kami akan tebus masa anda semula....doakan mama dan abah yer sayang. Untuk Husin, abang yang sentiasa faham dan empati, Hasan yang banyak bertanya, Zahra yang sentiasa memberi perhatian dan Haura yang pipi epal jatuh....

Allah akan jaga dan lindungi kalian.....amal mama untuk kalian....

25 November 2010

Resepi Hari Ini

Saya percaya ibu-ibu yang lain di rumah sentiasa pening dan putar kepala memikirkan untuk memasak apa hari2....yang mana masak pagi, tengahari, minum petang dan makan malam setiap hari selama mana nyawa masih ada fikir untuk masak apa.....betulkan? (Kalau tak betul, itu menarik, sebab anda dah buat perancangan masakan untuk satu tahun ke?)...boleh ajar saya...ceritalah sikit....



Oklah, saya juga agak putar kepala hari ini nak masak apa, saya beli ayam separuh dan telur ayam ....


Pikir punya pikir (sebab nak sesuaikan menu untuk anak2, ibubapa dan adik...(suami?...ooo,,,dia pulang agak lewat ), untuk saya?.....mak2 ni kalau tengok orang lain makan dia pun dah kenyang...



Hari ini mula2 terfikir untuk masak ayam Iran....sebab saya ada masa yang terhad..kerja rumah macam biasa, solat lepas tu nak buat soalan peperiksaan untuk 5 subjek....fuhhh....


so masak ayam Iran atau ayam Mesir (saya pun tak tahu namanya apa). Tapi cara masak amat senang.



Ayam yang keras pun boleh dibuat tak payah tunggu lembut. Masuk ayam yang masih keras dalam periuk, potong dadu bawang besar warna putih bukan merah, potong tomato dadu, letak semua tu dan buka api sikit2....letak air sikit, minyak zaitun dan sedikit zafaran , kalau takde zafaran boleh letak kunyit...biarkan empuk dan masak I jam...kemudian dah masak....kalau nak letak kentang lepas 45 minit. Selepas sejam boleh dini'mati masakan .....



Siap menu untuk adik2 dan anak2 saya....



Fikir untuk ayah pulak.....rebus telur dan sup ayam ala-ala kemboja...



Hahahaha....pelik dengar....apa semua masakan bunyi antarabangsa...hehehhe...Mesir, Iran, MAlaysia dan Kemboja....


Ini namanya sahut seruan UIA, Internalisation......:)




Sup untuk ayah senang jer....tumbuk bawang putih bawang merah, ketuk serai, masuk ayam, bawang besar sikit, kentang ...didih ......dah siap....dah masak potong daun basil




...perah asam limau...ini lah menu untuk ayah dan anak2 pun suka sup...Untuk mak (masih sakit hanya dengan bubur nasi kosong sahaja bersama ikan masin)

Ok , nanti sambung lagi...anak2 dah bunyi perut laparrr.....

Mohon Doa

Alhamdulillah masih diberi ni'mat dalam kehidupan ini. Tidak kira ni'mat apa sekalipun kita harus bersyukur...

Syukur setelah 3 hari menanggung kecederaan di jari tengah kanan saya (luka tak tahu kenapa), hari ini dah baik , dah boleh ambik air solat dengan baik, boleh pegang sesuatu dengan baik, boleh membasuh pinggan mangkuk dan periuk dan pelbagai aktiviti yang lain.

Mak masih lemah dan tidak sihat sejak balik dialisis Sabtu baru ni. Saya sudah minta abang2 hantar ke emergency Hospital Serdang dan bukan ke klinik. Kerana penyakit mak yang berangkai apatah lagi kerana beliau mengidap penyakit buah pinggang, harus terus berjumpa pakar. Mak sudah seminggu tidak makan nasi hanya menjamah bubur (tidak boleh bau makanan, adalah salah satu simptom penyakit buah pinggang yang teruk, pening kepala selain muka yang bengkak)

Semoga Allah beri kesembuhan kepada mak. Dan Ya Allah kabulkan permintaan dan impian ku untuk dapat mengerjakan umrah bersama mak. Berikan beliau kesihatan yang baik yang masih tersisa dari Rahmat dan kasih sayangMu....

Sahabat semua minta tolong doakan mak saya (ayah saya juga yang walau lenguh sendi sana sini tetapi masih kuat menbaktikan cinta kepada mak)

Sedang mak terbaring kaku , saya sibuk memasak di dapur....ayah mengajak cucunya, shahir, budin, dan anak2 saya untuk membaca Yasin berjemaah.
Alhamdulillah, sejuk hati dan mata saya tengok aktiviti begitu.
Hidup dalam lingkungan keluarga yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah memang cita-cita saya.
Moga Allah menganugerahkan kami keturunan yang mulia dan tidak menyia2kan hidup di bumi Allah ini.

Takziah Festival Air Kemboja

Anda sudah tahu tentang Festival Air kemboja hari Selasa baru ni yang meragut beratus2 nyawa.

Takziah dan Al-Fatihah juga kepada saudara saya yang terbabit di dalam tragedi yang menimpa.

Cuma saya sendiri tidak suka akan Festival tersebut yang sebenarnya ada banyak unsur2 syirik ....tapi tidak tahu lah bagi penduduk bangsa Melayu Champa yang turut serta dalam festival tersebut. Mungkin mereka hanya suka-suka........jangan suka2 akhirnya menjadi bala...Nauzubillah...

Punca panik masih tidak diketahui, mereka mati berhimpit2....bayangkan ...berhimpit-himpit....



PHNOM PENH (Kemboja): Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.

Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam.

Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu.

Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri.

Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu.

Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja.

Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.

Baca seterusnya di sini

PS:Kalau kita orang Islam, buat kerana syariat jangan ikut adat....
Saya lagi lah tak suka bersesak dengan manusia ....kalau di Mekah itu lainlah....bersesak tapi mencari Allah

Pergi Mekah Buat Apa?



Willy, cuba fikirkan tentang dua orang lelaki ini yang pergi Haji hanya dengan berbasikal. Impian apa yang mereka ingin dapatkan? Hanya ketenangan untuk berada di bumi sejarah nabi dan mencapai puncak kebahagiaan yang tertinggi.
Ibadat Haji ke Mekah adalah puncak Ibadat dan puncak perjuangan manusia. Ibadat perjuangan manusia mencari Tuhannya. Sumber sini





LIHAT gambar ini.. Semangat dua pemuda muslim asal Afrika Selatan ini untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dibanggakan. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal.


Nyatanya, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mengungkapkan kebahagiaannya begitu masuk ke kota Tabuk, perbatasan negara Saudi. "Akhirnya kami dapat jelmakan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di kota di Cape Town mengungkapkan, menggenjot basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu saja sangat mletihkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari. Mereka berbasikal menyusuri negara-negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Suriah dan Jordan untuk mencapai perbatasan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh naik pesawat, tapi ini adalah impian kami. Untuk berangkat tunaikan haji dengan cara berbeda. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang hobi berbasikal" celah Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 sampai 100 kilometer. Mereka beristirahat di masjid-masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian melanjutkan perjalanan selepas solat Subuh. Selama di perjalanan mereka bertemu dengan ramai orang yang membantu dan bersikap baik pada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka antusias ketika tahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah kerana ramai orang yang ajak kami makan." tutur Caimcross.

Selama di perjalanan, mereka kekadang melewati medan sukar, berupa pegunungan yang perlukan tenaga ekstra untuk enjot dan menekan pengayuh basikal. masalah lain ialah bahasa. "Bila kami masuk ke negara-negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melalui Suriah dan Jordania," kata Caimcross lagi.

"Masyarakat di sana juga antusias dan bersimpati membantu, bila tahu kami nak tunaikan haji." sambungnya. Caimcross juga mengungkap rasa terharunya kerana ramai yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa yang mereka perlukan, kerana keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk biaya haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius. "Cuma ganti tayar basikal, betulkan rantai pengayuh, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross mengatakan, melakukan perjalanan haji bersepeda memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan beragam orang dari berbagai negara. "Kami juga bisa sambil berdakwah, terutama saat kami istirahat pada malam hari," tukasnya.

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan syariah Islam. Caimcross punya keahlian di bidang perencanaan kota karena ia pernah ikut pelatihan dan sekarang bekerja di sebuah perusahaan konstruksi. Sedangkan Harun pernah kuliah di jurusan ekonomi.

Keduanya belum berkahwin dan hobi bersukan. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan naik gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat. Memang mereka berkreatif yang luar biasa!


Apalagi bila Islam menggalakaan pengembaraan, dan memperuntukkan asnaf zakat untuk musafir berkelana. Ertinya di mana-mana anda berada, anda ada saudara seagama. Allah akan membantu anda melalui mereka. Berbahagialah dengan Islam, agama pilihankita..

24 November 2010

Dalam Sejarah Pendidikan

Salam semua,

Alhamdulillah, lega rasanya dah siap semua kerja rumah. Balik kerja dalam pukul 6.30 petang terus masak, sapu rumah, basuh baju, mop lantai, dan yang last sekali gosok pakaian basuhan hari isnin.

Letih juga tapi rasa fun dan seronok sebab adik bongsu saya Arifin Idris dan adik saya yang kelima Fadil ada juga menolong basuh pinggan dan periuk. Sebab tangan saya yang kanan terluka tak tahu kenapa. Sakit sangat!....Semoga adik2 saya ni bahagia dalam hidup dunia dan akhirat dan dapat kawin isteri2 yang baik dan bertanggungjawab dan boleh jaga mak ayah kami dengan baik juga. Yang penting baik dengan saya.

Tajuk di atas kerana menyorot kembali cerita hari ini.
Hari ini buat pertama kalinya saya sebak dan berjaya mengeluarkan air mata kerana sedih sangat.

Ceritanya begini, kelas yang saya ajar ini, pelajar nya semester satu kebanyakannya berusia 18-19 tahun.
Ini adalah kali kedua saya mengajar kelas yang ramai selain di USIM pada tahun lepas. Tetapi kelas ini agak unik....kerana kelas ini amat bising.
Dalam dunia pendidikan yang saya ceburi , saya pernah berhadapan dengan dua kali kelas yang amat bising bila guru mengajar di hadapan, satu semasa saya mengajar sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah. Tetapi syukur akhirnya kelas ini menjadi senyap.

Berlainan dengan kelas yang ini, tidak pernah dengar suara senyap atau memberi perhatian kepada saya (sebahagiannya) semasa mengajar. Saya pernah mencuba beberapa teknik tapi mungkin saya tidak konsisten. Saya juga pernah mengajak mereka berbincang kenapa kelas ini bising dan bagaimana menangani kelas yang bising, tetapi tetap tidak mendapat perhatian.

Dipendekkan cerita, sebenarnya bukan sebab kejadian ini saya menitiskan air mata (entah banyak perkara saya bendung dalam hati).

Ada seorang pelajar perempuan yang melutut dan pergi ke belakang dan duduk berkongsi kerusi dengan kawannya. Lalu saya sedar dan saya minta dia kembali duduk di tempatnya. Dengan nada yang agak kurang baik bagi saya dia menegaskan untuk tidak duduk di tempatnya. Saya pun kembali ke hadapan untuk mengajar tetapi saya rasa amat sebakkk......saya pun keluar untuk ke tandas, masa itu saya rasa saya hampir ingin menitiskan air mata. Keluar saja dari tandas saya diserbu oleh 3 orang pelajar tadi yang ingin memohon maaf dan saya katakan bukan salah mereka. Mereka menghulurkan tangan dan saya menolak dengan alasan mereka tidak bersalah dengan saya dan mereka melutut kepada saya....akhirnya saya kembali semula ke kelas bersama mereka....tetapi apabila saya mahu memulakan pembelajaran......tiba-tiba suara saya terhenti dan air mata saya mengalir dengan deras, saya amat sedih.

Sebenarnya saya rasa sedih (dengan diri saya) yang gagal menjadi pendidik yang baik (sehinggakan saya membisikkan dalam diri saya , tak guna master ko)....dan saya juga sedih dengan anak2 bangsa Melayu yang mudah lalai dan alpa.

Memanglah cabaran pendidik sekarang tidak sama dengan pendidik zaman dulu. Zaman dulu mereka terdedah dengan pelajar yang amat bersemangat untuk menuntut ilmu kerana ilmu dapat mengangkat martabat mereka dan merubah hidup mereka.

Apapun saya juga amat terkesan dengan dua SMS yang saya terima dari dua orang pelajar yang tidak ada kaitan dengan kes tadi tapi mereka agak rapat dengan saya, buat mereka, saya tidak marahkan sesiapa saya cuma sedih, dan saya juga teringatkan perjuangan Rasulullah , Nabi kita tercinta bagaimana beliau susah payah dalam mendidik umat untuk mengESAkan Allah.

Ya Rasulullah, tabahnya dirimu. Moga aku juga diberkati dengan ketabahan dan semangatmu.

Sesungguhnya, cukuplah ia menjadi pengalaman berharga untuk saya.

22 November 2010

Kata Penghibur

Di bawah ini adalah kata2 pelajar saya tersayang hasil dari komen yang saya terbitkan tempoh hari...Ingatan untuk Pelajar KDH.

Artikel itu saya tulis hanya kerana coretan rindu saya dan ingatan saya kepada pelajar lama atau bekas pelajar saya yang telah mendapat diploma di Kolej dar al Hikmah.

Di sini saya menyimpan cebisan kata2 mereka buat penghibur hati saya di kala lara.....

Ariff Hamdan: mula2 takut..pastu jd mentor.. Pn. ajar sy subjek pe? xingt la..hehe
xpe..ayt untk sy xd la..hehe.. Pn kne bt ayt khusus untk sy tau.. Mood : demand :). Sy beruntg blaja dgn puan tau..ruginy xdpt blaja dgn lect yg lain.. KDH : Kolej D'Hati -ok x?

Isky Kamil: sama2 puan,,, alhamdulillah sihat,,, saya harap puan pun macam tu juga,,, owh best nya,,, dah jauh sekarang lawatan2 pelajar KDH ya,,, amin :) best juga kalau dapat jumpa puan :)

Ibnu Bali: Terima kasih puan kerana tidak pernah sunyi dari mengingati dan menasihati. Terima kasih juga untuk doa yg ditaburkan. Melupai tidak sekali bahkan doa kami sentiasa mengiringi guru-guru kami. Setiap Fatihah kami sebagai pengikat rohani di antara kita. Mudahan utuh ukhuwah ini fidunnya wal akhirah.aminn..

Salju Putih: puan... terima kasih untuk segala-galanya. salam aiduladha~ (^_^)

Ainnur Fathiah Zaafar: puan, terima kasih ats peringatan dn segala ilmu yg dicurahkan semasa sy masih mencari ilmu dn erti kehidupan yg semasa di KDH, mmg pnuh hikmah, thank you Allah n Alhamdulillah.. InsyaAllah xde pape nnti sy dtg.. lau nk gune tenaga sy pun bleh jugk.. =)

Imam Hassan: salam penghargaan untk PN. Thanx 4 evrything, walaupn sya x close sgt dgn Pn. tp apa yg sya tahu Pn. mmg mesra dgn pelajar, dekat dgn pelajar dan ble dikatakan SUMBER INSPIRASI bt plejar2 KDH. Lantaran itu, jiwa kecil ini, menghargai segala jasa dan budi baik kalian di KDH. Tidak terfikir sya sampai ke tahap ini. saya merancang. tp Tuhan yg tentukan sgla2nya utk sya. Ilmuwan Ulul al-Bab masih tersemat di dlm hati-hati kami. dlm kesempatan ini, sya ucpkn, Selamat Aidiladha drpda sya buat semua. Andai pernah terksar bhs d perbuatan. 8-)

Fatyha Borhan: Salam pn..trme ksh bg n0te ni..klu xd hal y len insyaallah sy dtg..kata-kata pn mgingatkn sy tntg ssuatu..bg sy KDH kolej y kcil,biasa2,xd y mnarik pd pndgn luarn ttapi didlmnye trsmpan seribu HIKMAH y hnya insan2 y mgenalinya shj y tau..xslh ayahnda letakkn nma KOLEJ DAR AL-HIKMAH..

Naemah Bt Ramli: slm puan.. trima kaseh.. amat bermakna dan mendalam this note ♥ ♥

Razalie Zalie Ba Salam, tahniah kepada anda (CIKGU SALEHA).... wowwww begitu hebat ukiran kata-katamu, sehebat mengukir ilmu di dada muridmu. Walaubagaimanapun saya tetap memberikan sokongan dan dorongan disebalik misi dan visimu kerana sokongan dan doronga...n itulah telah anda bajai dengan ilmu dan pendalaman anda.
Tahniah dari saya yang tidak dapat diukiran dengan kata-kata yang hebat, malah cukup diukirkan dilaman ini. Teruskan kehebatan anda dalam dunia pendidikan, dan saya akan teruskan perjuangan kesinabungan anda dalam era mendidik masyarakat diluar sana.
Tahiah sekali lagi buat warga KDH.
Anda sememangnya HEBATTTTTTTTT.....................

Sarah Abdullah: Doa saya smoga KDH sentiasa maju dan jaya...Terutama kepada guru2 yg penah mencurahkan bakti pada saya....jasamu kukenang slamanya...hanya Allah sahaja yg dpt membalas jasa anda semua!

Jasmin Jasman: hmm..ALUMNI kena aktifkan...put the right people in the ALUMNI..those people who are willing to dedicate their time, their effort as to ensure this binding....exist..and remain....all those ex students ...ex workers..might generate great ideas how to expand KDH and how to sustain KDH...with their ideas...commitement...and not to forget contribute sources of materials...jika seorang ex students....ex workers...contribute...RM10 a month..I guess..at the end of the day...this ALUMNI able to asist KDH in the aspect of development of KDH

Azie Adinda: terima kasih puan, segala jasamu yg dicurahkan kepada sy terlalu bnyk....
tq banyk2....syg puan,,,,,,

Intan Nazirah Asri: hurmmm....hampir menitis air mata sy bila baca note puan ni...puan seorg ibu dan seorg pensyarah yg banyak membantu sy sejak saya mula masuk KDH lg..semua jasa puan sy xkan lupa..
puan...doakan kejayaan sy selalu..tanpa puan yg tegas dan gar...ang nie, sy xkan dapat A la dalam suma subjek yg puan ajar...puan byk ajar sy jadi manusia..tanpa "ayat-ayat pedas" puan, sy takkan jd manusia mcm skrg..nasihat dan pesanan puan selalu sy semat dalam hati.. terima kasih puan saleha...terima kasih atas segalanya..semoga Allah memberi nikmat dan rezeki yg melimpah ruah pada puan berkat ilmu yg ikhlas yg telah puan curahkan pada saya...
amin...sayang puan!!!

Nasrun: Mg Barakallahulak wa lakum....

MsDarman Nazmi: PUAN........mengalir air mata saya!

Mubarak Ahmad: Terima Kasih,TQ,Syukran,Tochi,Chichi,Nandre,Harikatok Haik...

Fieza Ieza: terima ksih puan atas segala ilmu dh tnjuk ajar paun selam ne...

Nor Faezah Mokhdir Faez: puan yg dikasihi dan dsyangi..jasa mu terlalu bernilai yg tdk blh di beli dgn wang ringgit..walau pun anak2 didik mu jauh dimata, tetapi diri mu sentiasa mingati dan mengasihi ank2 didik mu..tq so much..mga Allah memberkati keluarga puan hingga akhr hayat.syg puan..muah! ciuman utk pipi mu..=)... puan, mohon maaf jika diri ini ada membuat kesilapan yg mguris hati puan tanpa disedari..

Nisa Khai: time kasih pn.saleha...(=

Masrah Bogiao: salam puan... wlpn da trlmbt nk ucp slmt ri rya adl adha, sy ttp nk ucp "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" utk smua wrga KDH (klj dlm hati). pa yg puan tulis 2 memang betui.... dulu tme sy msuk KDH & pn ajr sbjk psk. pmbljrn. sy risau klu pn soa...l sy... hehe. sbb wk2 2 sy tkut trslh ckp mklumla sy bru nk knl bhsa org smnjng.....hehehehe..... 10Q dgn apa yg prna pn bg dgn sy tp sy minta maaf sbb smpi skrg sy lom bls lg... 10Q ga sbb pn ajr statistik wlpn sy kdg2 sy x fhm.... tp alhmdlla akhrny sy fhm ga..... pn, klu ada ssuatu kslpn yg sy bwt tnpa dsdari/ d sngajakn sy minta maaf. :-)

19 November 2010

Kambing Korban

Seorang teman pernah bercerita kepada saya tentang cara orang tuanya mendidiknya menyambut Eidil Adha. Seperti halnya anak-anak masyarakat Gunung yang lain, teman saya itu diamantkan orang tuanya untuk memelihara calon kambing korban itu sebagai miliknya sendiri. Hangatnya kebanggaan yang jujur dari seorang anak yang tiba-tiba menemukan diri sudah dianggap cukup besar untuk memiliki makhluk hidup, telah lebih dari cukup untuk mengawali sebuah cerita perawatan yang indah. Kambing itu agak gemuk kerana ia dipelihara dengan tekun tidak seperti segerombolan yang lain, tetapi sebagai denak dengan ketulusan putih natural dari seorang anak.

Menariknya, pendidikan paling penting justeru terletak pada hari raya, ketika hubungan penjagaan yang indah antara anak dan si kambing harus berakhir dengan membuaknya darah si kambing di hujung mata pisau. Padahal, kambing itu sudah menjadi yang tersayang, begitu dikenal bahkan seperti diri si gembala kecil itu sendiri. Pernah, ketika seekor kambing terkulai mati, sang gembala hampir turut terkulai sedih. Seakan pisau tukang sembelih memotong leher anak itu sendiri.

Sebahagian orang tentu mengganggap bahawa pendidikan ini agak keterlaluan. Tergamak sekali membesarkan kambing hanya untuk disembelih, lalu untuk membesarkannya, ditugaskan seorang anak kecil pula. Kalaupun keperihaiwanan tidak layak menjadi tarbiyah hati, bagaimana jika si kambing yang sudah kepalang gemuk dan begitu merasa nyaman di samping tuan kecilnya itu memberontak ketika akan disembelih? Ini hanya menambah pedih dan rawan hati si anak.

Pendidikan apakah ini? Lupakan saja. Bukankah baik jika dari awal lagi si gembala kecil disuruh memberi si kambing hanya sisa rumput kering, mengurungnya di tempat gelap, dan meniadakan haknya untuk disayang, kerana akhirnya, bukankah kambing itu akan disembelih juga. Biar kurus kering putus asa dia dan mudah saja dibelit tangan kakinya untuk dibanting ke tanah dan dibuat tak berkutik dalam hitungan detik. Dengan begitu, tidak ada rasa sakit dalam hati si anak, kerana kambing itu tidak menjadi amanat. Dan kambing itu? Tak usah peduli lagi, ia bukan manusia.

Dua alternatif terakhir ini logik juga. Tetapi si anak akan kehilangan wahana untuk berlatih menerima pasangan dan pemilikan. Si anak juga akan kehilangan tempat kematangan hati berkembang. Belajar menerima kedatangan yang tersayang- walaupun seekor kambing-- dan belajar merelakan kehilangan -- hatta dengan cara yang sangat tragis. Ini baru kambing, bagaimana jika yang harus mati adalah sesuatu yang paling disayangi, seperti orang bercinta, atau bahkan diri sendiri?

Yang pasti, jika gemuruh takbir menyapa beranda hati, satu malam saja, dan hangat gulai kambing menghangatkan lenguh tubuh, satu hari saja, dengan sejuk dahi menyapa sejadah, beberapa detik saja bersyukurlah atas ni'mat dan peringatan Allah yang masih demikian indah.

Bayangkan jika Eidil Adha adalah malam neon-neon keras menggantikan liuk lintuk kerdip pelita, riuh rendah suara kanak-kanak dan mercun bertukar hruk pikuk hon dan siren kenderaan dan di celah-celah manusia pagi yang mengalir deras, sendu takbir hanyalah rindu kelmarin yang bertaburan.

Atau bayangkan jika malamnya adalah malam overtime di depan komputer 24 jam , paginya berlari menyerahkan hasil kerja, dan fajar adalah kebingungan mencari gelaran solat berjemaah di tengah masyarakat yang penganut Islamnya hanya satu dua orang. Lalu hangat pagipun bukan hangat gulai ketupat dan pelukan maaf, tetapi hanya semangkuk mi segera plastik tanpa handai taulan.

Tetapi Allah adalah yang MAHA PENGASIH dan bukan suka pilih kasih. Dalam situasi itu, ada kambing yang tetap disembelih, dibahagikan, dan dini'mati dengan kesyukuran.

Ayam Masak Kicap Segera

Salam,

Sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni (sebab maid takde) selalu fikir nak buat sesuatu perkara yang cepat dan supaya masa berkualiti dan tidak terlampau letih.


Malam ni hidangan untuk anak2 ayam masak kicap segera....selalu kalau masak kicap goreng ayamnya dulu. Tapi acik rebus air masuk kicap tumbuk bawang sekalikan masuk ayam rebus semua tu dalam setengah jam atau 40 minit.


Kemudian bahan2 yang lain seperti bawang besar dan kentang susuli kemudian,
sambil tunggu ayam lembut dan masak, boleh siapkan kerja2 lain, mandikan anak2, sapu rumah, siapkan anak2 solat dan ajar mengaji (sambil2 lipat pakaian)....


Ha, boleh buat semua dalam satu masa....lega sikit dan tak rasa letih sangat.
OK semua selamat beramal
* Lupa lagi satu lagi aktiviti boleh tulis entri juga...hehehhe

Merancang Aktiviti Cuti Anak

Salam dan apa khabar semua?

Saya pagi ini dan hari ini tersangat letih dan lelah. Mungkin kerana menyelesaikan tugasan rumah yang tidak habis2. Letih sebenarnya bekerja di rumah (suri rumah tangga ni).

Teringat kembali kepada Sy. Fatimah Az-Zahra yang mengadu kepada Nabi Muhammad. " Wahai ayahanda, aku terlampau letih dan lelah dalam menguruskan rumahtangga ku ini".

Kemudian Rasulullah mengajarkan tasbih Fatimah. Maka aku juga mengadu kepada RAsulullah dan Allah. Kembali semula semangat.

Marah2 semasa mengurus rumahtangga amat bahaya. Jadi sebab itu saya harus happy jadi anak2 juga happy dan tidak stress. JAdi kalau kita penat dan letih ajukan pada Allah. Semoga Allah mengirim bantuanNYA kepada kita.

Saya baru selesai menelefon beberapa institusi untuk saya hantar anak saya HAsan dan HUsin ke program pembelajaran.

Saya menelefon KUMON dan AKADEMI DARUL HUFFAZ..keduan2nya berdekatan rumah saya di KAJANG, PRIMA SAUJANA .

KUMON tidak menerima pengajian sebentar, iaitu sebulan sahaja. Mungkin saya akan hantar mereka ke Akademi Darul Huffaz, pengajiannya adalah seminggu dua kali ....untuk mengetahui lebih klik sini

Semoga mereka tidak sia2kan ni'mat yang Tuhan anugerahkan.

PS: Terima kasih kepada yang meraikan Hari Lahir HUsin semalam dan menggembirakan Husin. Kami ingat nak buat biasa2 saja, tapi Husin yang panggil mereka semua untuk raikan kek dan pizza dia.

18 November 2010

Nukilan Bonda buat Husin & Zahra

Salam ke atas mu Husin & Zahra
Anak permata hati bonda dan ayahanda

Kelahiranmu membawa makna yang tidak terhingga
matamu lebih panah dari api
Hatimu indah bak salju

Kenangan abadi bersama kalian
bonda ingat sehingga mati

Harapan bonda
Moga gunung yang tinggi dikau daki
Bumi yang rendah dikau susuri
Laut yang dalam dikau selami
Hutan yang tebal kau terokai

Dunia ini hanya penjara bagi Mukmin
Juga tempat menuai bumi Akhirat

Gunung yang tinggi ibarat cita-cita kalian
Cita-cita luhur
martabat agama, maruah, keluarga

Bumi ibarat bulatnya tekad kalian
Restu bonda dan ayahanda seiring

Laut ibarat samudera hati yang tak habis digilap
perlu perjuangan untuk hati yang bersih dan putih

Hutan yang tebal ibarat perjalanan ilmu
Penuh dugaan dan cabaran
tapi setiap pohon yang berjaya kau cantas
kau akan dapati ilmu yang baru dan manfaat
buat bekalan dalam hidup kalian

Anak-anak ku
Lahir kalian bukan sia-sia
Penuhi diri dengan Taqwa dan Iman
Senjata berharga dalam menghadapi
manusia beserta cubaan dunia
Selamat Hari Lahir Sayang mam dan abah!!!
Coretan mama sempena hari jadi Husin (18/11/2005)dan Zahra (31/10/2008)
Fakta Lahir Husin:
Lahir di Hospital Kajang secara normal
dilahirkan berat 4.5 kg
Lahir pada hari Jumaat jam 2.30 petang (Selepas solat Jumaat)
Fakta Lahir Zahra:
Lahir di Hospital Pusrawi Kajang
berat 3.5kg
Lahir pada hari Jumaat jam 2.30 petang (selepas solat Jumaat)

Hari Korban Terkorban

Salam Eid Adha semua umat Islam di seluruh dunia yang mengunjungi blog ini dan juga yang masih tidak tahu tentang blog ini.....

Maaf tidak dapat lagi menyertakan artikel Zulhijjah kerana ada di PC office. Ini pun pinjam PC adik sekejap lepas dapat menyiapkan 3 set soalan peperiksaan akhir kolej part time yang saya ajar. Saya berjaya menyiapkan 90 soalan aneka pilihan dan 9 soalan esei....amat lega rasanya dan ada juga marah sikit2 (tapi bila positif tak jadi nak marah sangat)...marah sebab lecturer India tu macam buli saya suruh buat semua tapi jadi tak marah sebab positif kata baguslah dapat buat semua ada hikmahnya dapat buat soalan aneka pilihan yang banyak.

Emm....nak cerita tentang raya semalam, takde apa yang signifikan melainkan melihat beg2 yang sudah dikemas untuk pulang berhari raya di kelantan masih berada di kajang...ha...tulah tak jadi pulang berhari raya di Kelantan. Kesian juga dengan mok. Saya masih belum menelefon nenek suami kerana tak berupaya nak bercakap dengannya kerana terlalu sedih.

Doa saya semoga nenek dipanjangkan usia dan saya dapat memberi kebahagiaan kepada beliau yang sudah banyak berkorban untuk cucunya di sepanjang kehidupan beliau.

Tak jadi pulang kerana suami hanya dapat 1 hari cuti saja. Sangat sibuk dan tidak ada masa senggang. Itu yang mampu saya konklusikan, kesian cik abang! Moga Allah menerima amalan yang baik, walau orang lain tidak mengerti, saya sebagai isteri harus berdiri di belakang suami dan menyokong setiap amalannya. Moga Abang sentiasa diberi kekuatan dan limpahan rahmat Allah.

Alhamdulillah, kami hanya dapat 1 bungkus daging korban....hahaha. Tahun ni keluarga kami tak buat korban dan tidak seperti biasa tahun ini peti sejuk juga kurang daging korban. Ayah kempunan juga nak makan daging korban, tapi saya beritahu ayah, daging korban ini hanya untuk orang susah kita setiap minggu dah makan sup tulang tu yang Tuhan tak bagi...hahahah, berseloka dengan ayah....

Menu raya saya juga habis hari raya ini, sampai anak buah saya cari dah takde...tak pe nanti tahun depan achik masak lagi yer...

oleh kerana , handset saya masih tidak ada kamera, maka tiada gambar dapat upload di sini.

Saya hanya masak rendang ayam 2 ekor setengah, nasi impit segera, kuah lodeh special, agar2, kek batik....
Malam tadi saya buat BBQ ayam dan sate daging....resepi apa? Ha, resepi kasih sayang dan selawat. Ada rasa masin2 sikit tapi suami kata sedap.....oklah tu....:)

Selingan untuk hari ini,

Jaga diri hiasi peribadi ya!

16 November 2010

Eid Korban

Salam kemuliaan ketibaan Arafat ....

Moga langit terbuka memberi cahaya dan menabur harapan kepada orang yang meminta.

Saya hanya sempat berdoa sekejap2 saja, sambil lari2 anak seperti Siti Hajar yang mencari air..tetapi saya berlari2 anak menyelesaikan tugasan harian di rumah, memasak, membasuh, menjemur, menyapu, melipat dan sebagainya.

Moga Allah menerima amalan saya yang entah seberapa di sisi Allah.

Hari ini banyak yang perlu kita kembali kepada sejarah. Saya tidak sempat untuk menulis di sini tentang hikmah sejarah itu kerana keterbatasan waktu yang agak terhad saya rasakan (sambil baru dapat tahu kena siapkan 3 set soalan peperiksaan akhir untuk dihantar ke Kolej yang saya buat part time).

Akhir sekali, kita semua sentiasa berkorban. Hari2 banyak yang kita korbankan dan kita juga mungkin terkorban.

Ingat, KORBAN ITU HANYA UNTUK ALLAH!

Salam eid Ad'ha

15 November 2010

Kuku Panjang

Salam semua....
Esok adalah hari Arafat...
Penuhi hari itu dengan doa dan ibadah....
Memohon pada Allah , merintih atas kekurangan....
Hari itu adalah hari pertemuan Adan dan Hawa selepas berpisah lama dari Syurga...
Dicampak oleh Allah kerana melanggar perintahNYA.
Sebagai hamba yang lemah ambil iktibar yang boleh kita kongsi bersama.

Tajuk di atas memang takde kena mengena dengan entri permulaan saya.
Sabtu baru ini ada kelas modular...
Saya cuma hairan dengan beberapa orang pelajar antarabangsa yang kebanyakannya pelajar saya dari Indonesia yang suka menyimpan kuku panjang.

Mengapa mereka suka simpan kuku panjang. Saya tidak teragak2 akan terus menegur mereka sahaja. Sebab saya tidak suka orang kuku panjang. Rasulullah suka tidak suka akan kuku panjang.
Kenapa kita harus menyimpan kuku panjang?
Adakah kerana suka-suka? Terikutkan kawan? Mak atau ayah yang suruh?

Semua orang yang pernah menyimpan kuku panjang (yang saya tanya), semua kerana suka2 dan hanya fesyen kononnya.

Hipotesis saya pula, orang yang menyimpan kuku panjang ini selalunya tidak solat....Betul ker? Boleh komen? Kalau saya salah .....

sunnah nabi jarang nak ikut ..
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Sebab itu dalam amalan2 menyambut hari kebesaran dalam Islam seperti Hari Arafat, Hari Raya, HAri Jumaat dan sebagainya...mesti antara amalannya adalah memotong kuku.

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Kenapa? Wahai yang berkuku panjang, FIKIR dan ZIKIR....

Ohh ya...untuk orang yang suka membela kuku panjang, mereka juga memiliki hati yang kotor. Anda tahu apa jadi kalau orang hati kotor...

Mereka ini
1. Degil
2. Tak suka dengar pada kebaikan
3. Berkawan dengan syaitan

dan sebagainya.

Dulu, anak buah saya juga suka bela kuku panjang. BAnyak kali dan berbuih sudah menyuruh , menasihati dan bermacam lagi yang saya lakukan semata-mata untuk dia berkuku pendek...

Akhirnya, saya hanya berdoa untuk dia sahaja.

Pada suatu hari di kampung ibunya di Kelantan, saya berjumpa dengan dia. Apabila saya tengok kuku dia...amat terkejut...HAa...dah pendek...hihihi...saya tersenyum. Kenapa kuku pendek pula ni? Tanya saya kepada dia...dia pun bercerita malam tadi, dai bermimpi ada seorang atuk tua berpakaian serba putih dan berserban datang kepadanya. Atok itu hanya tunjuk pada kuku dia yang sangat panjang sambil muka kegarangan.

Bangun pagi terus dia cari ketip kuku dan potong kukunya....

Agak2, anda semua ini, sampai ada mimpi yang menakutkan baru nak POTONG KUKU....

Salam Ingatan,



ps: INGATKAN NAK LETAK GAMBAR KUKU PANJANG...RASA GELI PULA (INI MENUNJUKKAN SAYA TAK SUKA BENAR DENGAN KUKU PANJANG)

12 November 2010

Ingatan Pelajar Lama KDH

Salam ceria hujung minggu ....
Minggu depan kita akan menyambur Eid Adha....Raya yang penuh pengorbanan.

Pengorbanan itu ada pada setiap insan....

Minggu depan juga pada hari raya Haji dalam jam 9.30 pagi begitu Kolej Dar al-Hikmah akan mengadakan korban dua ekor kambing di perkarangan Kolej Dar al-Hikmah. Saya tidak dapat bersama, InsyaAllah beraya di Kelantan halaman suami. Kepada yang lain , jemput hadir memeriahkan. Kami meraikan pelajar yang tidak berpeluang pulang ke kampung. Pelajar Sabah, Kemboja dan Thailand khususnya dan pelajar lain amnya.

Kepada bekas pelajar juga, anda boleh menjenguk kami di KDH. Itu pun jika masih ada ingatan yang tersisa kepada Kolej rakyat ini.

Tiba-tiba teringat akan pelajar lama yang sudah meninggalkan KDH (apa saja yang anda ingin gelarkan, Kolej Dalam Hati, Kolej Dalam Hutan, Kolej Dinding Hantu...hihihi....) ,yang penting siapa yang masuk ke sini tentu beroleh HIKMAH yang tersendiri.

Saya masih ingat lagi, saya membina blog ini juga bertujuan untuk tidak memutuskan hubungan saya dengan pelajar yang pernah beajar dengan saya. Kehadiran anda cukup bermakna dalam kehidupan saya sebagai seorang pendidik, walau tidak sehebat mana. Dengan komunikasi dua hala yang pernah saya dan pelajar alami, maka anda semua adalah sebahagian dari saya.

Teringat saya pada mereka yang suri rumahtangga tapi berjaya mengukir kejayaan. Teringat saya pada pelajar yang tersasar jauh tapi Tali TUhan menarik mereka ke jalan kesedaran. teringat saya kepada pelajar tua bertatih2 menekan kalkulator hingga tidak percaya dapat gred A dalam subjek yang paling menakutkan , STATISTIK.

Teringat kepada pelajar yang rajin melayan saya makan ketika saya singgah di rumah mereka. Teringat saya pada pelajar yang apabila minta tolong tidak pernah memberi alasan. Teringat saya kepada pelajar menangis di bahu saya semasa dalam keperitan. Teringat saya kepada pelajar yang suka mengirim kek kegemaran saya dari jauh nun di sana. Teringat saya kepada pelajar yang berjaya merubah hidup menjadi insan yang lebih yakin dan percaya diri. Teringat saya kepada pelajar yang sentiasa menjadikan saya mentor mereka, walau tahu diri saya amat kurang serba serbinya....

Anda semua apa khabar ?

Maka dengan anda singgah ke laman blog saya, ianya cukup berharga pada diri saya. Kerana anda masih tidak melupakan saya. Sungguh indah ikatan guru dan pelajar....( NAzir dan Khadijan selalu mengomen tentang sistem pembelajaran mereka sekarang, tentu mereka amat merindui cara berguru dengan bertentang mata dan terus mendengar ucapan pensyarah...moga kalian tabah)

Mungkin ada yang rapat dan mungkin juga ada yang status biasa2 saja, semuanya adalah pohon2 ynag pernah tumbuh di dalam laman kehidupan saya.

Bagaimana dengan kehidupan anda semua sekarang di luar sana? Saya doakan semuanya beroleh kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.

Tidak kira samada anda bekerja di dalam sektor kerajaan, swasta atau sendiri...semuanya sedang melebar jalur pekerjaan yang ingin membina dan menambah pendapatan. Ingat lah semua itu hanya untuk mencapai Ilahi.

Di KDH, anda sudah belajar tentang hakikat diri.....sebarkan ilmu dan kemahiran kepada masyarakat. Anda yang memaknakan diri anda sendiri.

Sebagai seorang ibu , saya ingin melihat semua pelajar BERJAYA.

Jangan Lupa Diri jika anda BERJAYA...

Saya boleh lihat gaya orang yang megah dan sombong dengan diri sendiri dengan orang yang rendah diri berjalan.....

Ingat kata Tuhan dalam al-Quran, Jika kamu sombong kamu tidak mampu berdiri setinggi gunung sekali pun. Maka, tidak ke mana sombong kalian.

Akhir sekali, saya sentiasa melihat anda adalah aset berharga Kolej. Kolej kita kecil tapi insan yang berada di sini dan pernah berada di sini, JIWA KITA BESAR.....SEMANGAT AGAMA KITA TINGGI...BUDI BAHASA KITA LUHUR.

Salam Ingatan dari saya "guru kecil"

Memandu Pelbagai Situasi


Assalamualaikum kepada semua.
Ukhuwah Fillah dan semoga pertalian ini ada barakahnya diterima Allah SWT.

Hari ini nak cerita tentang kisah di atas jalanraya. Hari ini, pagi2 lagi saya sudah ada appointment Public Mutual dengan dua orang client di Kuala Lumpur (Minta cuti separuh hari)

Memandu ke Kuala Lumpur adalah satu perkara yang menggerunkan bagi sesetengah perempuan seperti saya. Saya juga dulu tidak biasa untuk memandu ke sana. Bayangkan dengan kereta dan manusia yang berduyun2. Saya memang berserah, selalu ke sana mesti minta bantuan suami. Tetapi disebabkan saya harus ke sana juga setiap minggu kerana mengajar separuh masa kolej di tengah2 bandaraya maka saya gagahi juga.

Alhamdulillah kali pertama ke sana, saya cuba tenangkan diri sebelum memandu set minda dengan baik dan positif, kemudian baca selawat dan doa....ambil mood memandu dengan happy dan tenang sambil dengar Nasyid Maher Zain....InsyaAllah...Aku BOLEH....

Dan akhirnya selama 5 minggu saya dah biasa dengan stail memandu dan psikologi kereta di tengah bandaraya. Segalanya mudah .....

Tapi hari ini, saya nampak satu motor nyaris2 nak terbabas , Alhamdulillah dia sempat mengelak.

Nak cerita tentang orang bawa motor ni, pada pendapat saya mereka selalu menganggap orang yang bawa kereta akan nampak mereka. Tetapi selalu dugaannya salah sama sekali.

Pengalaman saya dulu bawa kereta, kalau saya nak ke kanan atau ke kiri jalan saya akan masuk sambil beri signal lah...tapi selalu saya hantar waspada dengan kereta jarang saya tengok motor.

Tetapi selepas saya berkahwin dan naik kereta dengan suami, saya drive dengan situasi yang sama di atas, suami kata itu ada motor, jangan masuk....baru saya terfikir dekat atas jalanraya ni pun ada motor juga. Napa saya tak ambil tahu. Haahaha...bunyi macam kelakar, tetapi sebab saya bila dah besar tak pernah naik motor sebab itu saya tak terfikir.

Dan sekarang saya juga lebih mengambil kira semua perkara yang ada di jalanraya termasuk basikal .....

Di sini saya sertakan langkah-langkah keselamatan untuk semua pengguna jalanraya, nampak mudah tapi ambil kira juga yer.........

• Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
• Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan, pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik.
Pastikan :
• Enjin berada di dalam keadaan baik
• Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
• Minyak enjin, dan air bateri cukup.
• Kipas, penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
• Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
• Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
• Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
• Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
• Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
• Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
• Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
• Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
• Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.

Kenderaan (kereta, van dan lain-lain)
Bagi perlanggaran bahagian belakang - bahagian leher biasanya mengalami kecederaan teruk
• Bagi perlanggaran bahagian depan - penumpang biasanya akan terhumban keluar ke hadapan kenderaan
• Kemalangan yang melibatkan kenderaan sehingga terbalik - impak yang diberikan pada kenderaan adalah teruk kerana ia tidak dibuat untuk menahan kesan yang sedemikian.
• Kesan daripada kelajuan sederhana - biasanya hanya kerosakan ringan yang berlaku dan penumpang hanya mengalami kecederaan ringan ataupun tidak mengalami kecederaan.
Motorsikal
• Dengan hanya dua tayar, motorsikal adalah tidak stabil dan akan jatuh dalam kebanyakkan perlanggaran
• Perlindungan untuk penunggang hanyalah topi keledar dan juga pakaian lain sekiranya dipakai ( seperti kasut but). Perlindungan bagi penunggang motorsikal adalah sangat minima.
• Kecederaan bergantung pada bagaimana penunggang tersebut jatuh, objek apa yang terlanggar dan juga bahagian badan mana yang terlanggar.
Basikal
• Seperti juga motorsikal, basikal adalah tidak stabil dan penunggangnya sangat mudah tercedera
• Kebanyakan kecederaan adalah ringan (sedikit) kerana basikal tidak terlalu laju, atau,
• Kecederaan adalah serius dan mungkin boleh membawa maut sekiranya perlanggaran berlaku dengan kenderaan bergerak dan besar seperti motorsikal, kereta dan juga lori.
Pejalan kaki
• Pejalan kaki adalah sentiasa terdedah kepada bahaya
• Kemalangan selalu terjadi dengan kenderaan yang bergerak
• Kecederaan selalunya adalah parah dan kematian mungkin berlaku, terutamanya jika kemalangan berlaku dengan kenderaan yang besar
• Dalam perlanggaran dengan kenderaan seperti kereta, saiz pejalan kaki akan menentukan kecederaan yang dialami:
• Kanak-kanak kecil mungkin akan termasuk ke bawah kereta dan juga berguling di atas jalan
• Kanak-kanak yang agak besar mungkin mengalami kecederaan di bahagian dada atau abdomen dan dilanggar dengan bampar.
• Orang dewasa mu
ngkin mengalami patah di bahagian pelvis atau kaki apabila dilanggar

Ingat ya :)

Apa yang anda lihat dengan gambar di atas...polis saman budak itu kah?.....

Ingatan untuk saya dan semua,

11 November 2010

Banjir dan Letupan Gunung Berapi










Salam

Sebagai umat Islam juga kita harus prihatin dengan dugaan dan ujian sahabat2 kita di dunia lain juga.

Jika ada yang ingin membantu atau terfikir akan kawan2 kita di Kedah, Perlis dan Yogjakarta....kirimlah bantuan seadanya. Jika tidak mampu hanya Doa itu juga terbaik dari kita duduk saja atau masih gila untuk shopping sana sini atau window shopping.....

Berilah perhatian kita pada mereka juga.

Di sini ingin berkongsi cerita tentang Mbah Maridjan yang mati dalam keadaan sujud semasa gunung berapi Selasa baru ini.



Akibat letusan gunung Merapi, Selasa (26/10) kemarin, juru kuci gunung itu, Mbah Marijan ikut menjadi korban. Jasadnya ditemukan dalam keadaan bersujud di rumahnya yang diterjang awan dan abu panas.

Kalau di dunia sinetron kita kenal Mak Lampir dengan Misteri Gunung Merapi-nya. Di dunia nyata juga ada tokoh yang dekat dengan Gunung Merapi. Jargon ‘ruso-ruso-nya’ di iklan Kuku Bima Energi makin membuat namanya dikenal luas. Ya, dia adalah Mbah Marijan..

Hingga akhir hayatnya, Mbah Maridjan setia berdiam di lereng gunung yang ia jaga sejak jadi wakil juru kunci tahun 1970 dan juru kuci tahun 1982. Selamat jalan, Mbah.

Sumber sini
PS: memang dalam setiap kejadian yang Allah ciptakan ada tanda untuk orang yang berfikir.
Moga kita mencapai Allah dengan RedhaNYA

Sandwich Telur

Alhamudillah,

Hari ini sempat bersarapan dengan sandwich telur mayonis yang mudah dan ringkas beserta nasi goreng merah buatan saya...hihihi....

Ada orang yang masak telur dulu dengan merebus kemudian kupas kulit hancurkan dan campur garam...tetapi dengan keterbatasan yang saya ada dengan menjengah perkara lain seperti melipat baju, siapkan Husin ke sekolah dan adiknya tiga yang lain maka saya hanya sempat pecahkan dua biji telur masak dalam kuali sambil letak minyak sedikit dan hancurkan campur garam dan lada sulah juga mayonis maka siapppppp......

sandwich telur rebus... - Fotopages.com

gambar hiasan

Tapi gambar di atas tu hiasan saja, sandwich saya tak sempat nak potong cantik2....tak sempat....

Maka dalam keterbatasan yang saya ada, saya masih ingin meyulam kasih sayang dalam keluarga saya yang dalamnya ada suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik (kami keluarga besar) dengan hasil tangan saya sendiri.

Selalu juga suami pesan kalau masak jangan dengan hati marah2, emosi, badmood dan sebagainya (kadang2 saya juga terblender perkara yang kurang baik itu), tetapi dengan latihan dan proses yang saya lakukan saya berjaya tempuhi perkara demikian.

Maka sarapan yang saya sediakan pagi tadi walau dalam kesibukan dan keterbatasan kami dapat rasakan ianya penuh dengan kemanisan kasih sayang halawatul mahabbah (bagus juga kalau letak nama untuk sandwich tu...hihihi).

Saya pernah ditanya oleh seorang kawan, "Sal, tak rasa letih ke dengan kerja, belajar lagi, jaga anak lagi, urus rumah lagi, masak lagi". NAh, tentu jawapan saya " Memang letih".

Tapi, keletihan itu harus jalani dengan hikmah. Contoh, kalau kita punya masa yang banyak tentu sandwich telur kita lebih molek wajahnya. Tetapi kita jangan menambah letih kita dengan hal yang lebih remeh temeh. Kita harus jalani hidup seadanya.

Misalnya, kalau si isteri cakap dengan suami " bang, baju abang tinggal satu lagi tak iron", tapi si suami harus bertindakbalas dengan "tak apalah, biasa2 saja. Nanti sempat abang habiskan"

Untuk isteri yang bekerja (bukan semua dapat pilihan untuk jadi suri rumahtangga sepenuh masa):

Sesibuk manapun kita jangan lupa sentuhan kasih sayang (attachment dengan anak2), jangan biarkan orang lain menabur kasih mereka terhadap anak kita. Biar anak2 melihat kita yang UTAMA dalam hidup mereka. Mereka adalah harta kita di kubur nanti. Doa mereka mampu memberi cahaya kepada rumah kita yang gelap sana.

Sentuhan kasih sayang itu pelbagai cara mengikut cara hidup masing-masing. Jika saya yang tidak berapa suka makan di luar, masak yang ringkas dan mudah (tanpa guna aji dan perencah segera) adalah kegemaran saya. Maka, kalau si anak memuji, "mama masak sedaplah". Itu kerana kita tahu apa rasa dan nature kegemaran anak kita.

Jangan lupa amalkan petua Sy. Fatimah Az-Zahra puteri Nabi. TASBIH ZAHRA perlu dibaca sebelum tidur, moga2 semua tugasan rumah kita mudah dan senang. Mungkin ada malaikat yang membantu dengan perintah Allah SWT. Jika di sisi saya, saya banyak bantuan dari ibubapa saya, anak buah saya, kakak2 saya atau kadangkala bekas maid2 saya.

Kita sebagai ibu harus mengambil suri teladan wanita pertama dalam hidup kita puteri Nabi sebagai contoh dan teladan. Rasul Allah s.a.w. sangat mencintai puterinya ini. Fati­mah Azzahra r.a. adalah puteri bongsu yg paling disayangi dan di­kasihani junjungan kita Rasul Allah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. merasa tak ada seorang pun di dunia yg paling berkenan di hati beliau dan yg paling dekat disisinya selain puteri bungsunya itu.

Demikian besar rasa cinta Rasul Allah s.a.w. kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dgn hadits yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut hadits tersebut Rasul Allah s.a.w. berkata kepada Imam Ali r.a. demikian:

“Wahai Ali! Sesungguhnya Fatimah adalah sebahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia ia menyu­sahkan aku dan siapa yg menyenangkan dia ia menyenangkan aku…”

Pernyataan beliau itu bukan sekedar cetusan emosi melain­kan suatu penegasan bagi umatnya bahwa puteri beliau itu meru­pakan lambang keagungan abadi yg ditinggalkan di tengah ummatnya.

Untuk mencontohi rumahtangga, kita contohi Sy Ali dan Fatimah. Dua sejoli suami isteri yg mulia dan bahagia itu selalu be­kerja sama dan saling bantu dalam mengurus keperluan-keperluan rumah tangga. Mereka sibuk dgn kerja keras. Fatimah r.a. menepung gandum dan memutar gilingan dgn tangan sen­diri. Ia membuat roti menyapu lantai dan mencuci. Hampir tak ada pekerjaan rumah-tangga yg tidak ditangani dgn tena­ga sendiri.

Rasul Allah s.a.w. sendiri sering menyaksikan puterinya se­dang bekerja bercucuran keringat. Bahkan tidak jarang beliau ber­sama Imam Ali r.a. ikut menyingsingkan lengan baju membantu pekerjaan Sitti Fatimah r.a.

Banyak sekali buku-buku sejarah dan riwayat yg melukis­kan betapa beratnya kehidupan rumah-tangga Imam Ali r.a. Sebu­ah riwayat mengemukakan: Pada suatu hari Rasul Allah s.a.w. berkunjung ke tempat kediaman Sitti Fatimah r.a. Waktu itu puteri beliau sedang menggiling tepung sambil melinangkan air mata. Baju yg dikenakannya kain kasar. Menyaksikan puterinya menangis Rasul Allah s.a.w. ikut melinangkan air mata. Tak lama kemudian beliau menghibur puterinya: “Fatimah terimalah kepahitan dunia utk memperoleh keni’matan di akhirat ke­lak”.

Fatimah pernah mengeluh krn tapak-ta­ngannya kasar akibat terus-menerus memutar gilingan tepung. Ia keluar hendak bertemu Rasul Allah s.a.w. Karena tidak ber­hasil ia menemui Aisyah r.a. Kepadanya diceritakan maksud ke­datangannya. Ketika Rasul Allah s.a.w. datang beliau diberi­tahu oleh Aisyah r.a. tentang maksud kedatangan Fatimah yg hendak minta diusahakan seorang pembantu rumah-tangga. Ra­sul Allah s.a.w. kemudian datang ke rumah kami. Waktu itu kami sedang siap-siap hendak tidur. Kepada kami beliau berkata: “Kuberitahukan kalian tentang sesuatu yg lbh baik daripada yg kalian minta kepadaku. Sambil berbaring ucapkanlah tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Itu lbh baik bagi kalian daripada seorang pembantu yg akan melayani kalian.”

Sumber sini.

Itulah coretan saya untuk hari ini.

Sama-sama doakan kami ibu-ibu ya (oohh...yang bapa-bapa juga didoakan)


10 November 2010

Tenang dan Bahagia

Alhamdulillah ....

Setelah menunaikan Solat Zuhur (cuma tak sempat berjemaah), sebab menyiapkan soalan ujian pertengahan semester bagi empat matapelajaran (Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Statistik dan Metodologi Penyelidikan dan terus leka. Itu pun Solat dah lambat 30 minit.....(moga lebih sedar dan kurang lalai).

Nak berkongsi ketenangan dan kebahagian bila baca surah ini Surah az-Zumar ayat 6-10:

Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isteriya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan . Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Rabb kamu, Rabb yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan. (QS. 39:6)

Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain . Kemudian kepada Rabbmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada) mu. (QS. 39:7)

Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Rabbnya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Dia memberikan ni'mat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang dia pernah berdo'a (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". (QS. 39:8)

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Rabbnya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (QS. 39:9)

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Rabbmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas. (QS. 39:10)

Ada beberapa ayat yang menjadi peringatan untuk kita sebagai hambaNYA....

Jadi, walau kita sesibuk mana pun tetap luangkan satu minit untuk baca Quran dan ambil pengajaran dari isinya....

Al-Quran itu hidup dan bila kita membacanya, hati kita juga akan hidup...

Bacalah....

Manusia dan Berubah

Perubahan dalam diri seseorang sebenarnya menunjukkan kepuasan dalam mencari hakikat diri manusia sebenar. Dalam mengharungi kehidupan kita sentiasa ingin berubah.

Alhamdulillah, dengan cara berfikir yang lain dalam bentuk lain manusia itu akan berubah.

BUkan senang untuk berubah dengan keadaan kita yang sebelumnya. Manusia yang berasa selesa dengan kehidupan sekarang tidak akan berubah. Apabila kita berhijrah kerana Allah, manusia hanya akan menyerahkan seluruh hidupnya kerana Allah.

Di bawah ini saya sertakan satu susur jalur tentang

Beribadah kepada Allah -------> Taqwa ----------> Tawakal----->Yakin------>Penyelesaian Terhadap perkara yang diragui

Jika kita beribadah kepada Allah akan lahir sifat TAqwa iaitu takut akan Allah, dan kemudian dalam segala tugas dan kerja kita akan menyerahkan kepada Allah, kemudian akan lahir sifat Yakin dalam diri dan dengan bekalan keyakinan yang kita ada kita dapat menyelesaikan semua perkara yang kita anggap ragu .

Maka, Berubahlah untuk BERJAYA di dunia dan akhirat.

Sumber sini
PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.

Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Ketentuan.

Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.

“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.

“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.

Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.

Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.

Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.

“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.

Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.

“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.

“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.

Kalau Kita 'Marah'

Salam dan Selamat Pagi semua....

Hari ini Alhamdulillah kita masih diberi ni'mat untuk hidup dan meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Bayangkan kalau hari ini kita sudah berada di alam lain.....hemm, banyak lagi kerja tak siap. Maka, perlu diingat setiap hari kita perlu berdoa untuk memulakan hari-hari kita,

" Ya Allah , mulakan pagi ku ini dengan keberkatan dan limpahan kasihMU"

Kerja di dunia ini memang selalu tak habis, dan setiap tugasan dan tanggungjawab memang ada ujiannya.

Hari ini saya nak cerita tentang marah. Biasalah dalam kerja seharian kadang-kadang kita tak puas hati dengan orang atau kita rasa marah dengan seseorang. Nah, apa yang perlu kita lakukan.

Kalau dalam pengajian Tasawuf, marah ini disebut ghadab...Bahasa 'omputihnya' anger.

Kalau kita marah, automatik fikiran kita akan jadi negatif. Bila dah fikiran jadi negatif, muka kita jadi masam, kening dan dahi berkerut, kerja kita tak menentu, cakap dengan orang lain pun jadi marah. Ok, memang kadangkala kita fikir kita yang betul dan orang yang kita marah tu salah.

Tetapi kita harus ada Anger Management atau Pengurusan Marah.

MAcam mana nak urus kalau kita marah,
Dalam Islam juga mengajar kita mengawal keadaan ini,
Dalam Al-Quran, banyak ayat menyebut tentang sabar. "fasabrun jamil" Maka bersabar itu sangat indah.

Dalam ayat yang lain disebut, "maka dirikan solat dan ingat lah Aku" (maaf, tak ingat surah apa).

Maka, jika kita marah, kita harus bertenang,
Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu.

Umum mengetahui hadith Nabi tentang mengawal marah: Jika kita marah dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk, jika sedang duduk maka baringlah. Ini semua dilakukan adalah untuk memberi kita ketenangan dan mengalihkan kemarahan kita pada perkara yang lain.

Seperti yang disebutkan di atas tadi, jika kita marah kita akan penuhi fikiran kita dengan seribu satu perkara yang negatif, maka ion2 atau aura kita menjadi hitam dan negatif. Apa yang harus kita lakukan kredit untuk sini :

1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan.

Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.

2. Minum air masak sekerap yang mungkin.

Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya.

3. Ambil wuduk.

Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.

4. Mandi.

Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.

5. Baca Al-Quran.

Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!

Nak tahu apa kaedah yang saya lakukan:

1. Ucapkan Alhamdulillah, kemudian fikir yang baik2 saja tentang orang yang kita marah itu.

2. Masih marah, luahkan pada seseorang (saya luah pada suami selalunya). Ini penting untuk elakkan kita sakit jantung. Atau luahkan pada orang yang anda marah itu, saya marah dengan anda tapi saya boleh berbaik dengan anda.

3. Ambil wuduk. Marah itu kan dari Syaitan dan Syaitan dari api. MAka padamkan api itu dengan wudu'.

4. Beli hadiah untuk orang yang kita marah ...hehehe...sebab kita nak bina ukhuwah yang baik dengan dia. YAng ini Syaitan yang akan marah balik sebab kita tak jadi gaduh dengan orang yang kita marah....

Apa lagi, padam muka Syaitan tuh,,,hahahaha

08 November 2010

Hadiri Seminar

Salam Isnin yang indah.

Hari ini seharian berada di IAIS, Jalan Elmu Petaling Jaya, bersebelahan dengan Uni. Malaya. Megikuti International Conference On Islam and Higher Education bermula hari ini 8 Nov 2010 dan 9 Nov 2010.

Conference ini dianjurkan oleh IAIS International Institute of Advanced Islamic Studies, (nak tahu tentang IAIS boleh search yer)....

Kami seramai 4 orang menghadiri Conference ini wakil dari Kolej Dar al-Hikmah. CEO, Ust Mohd NAsir Mohd Tap, Pn Zulaihan dan saya juga.

Ramai umat Islam dari pelbagai negara meghadiri conference ini. Hari ini rasa segar otak dan fikiran sebab dapat berada dalam majlis ilmu ini. Dah lama rasanya tak hadiri seminar macam ni. Saya ni memang suka hadiri seminar macam ni, rasa banyak idea di samping meluaskan jaringan akademik dengan institusi lain. Segar juga hari ini kerana makanan yang disediakan enak2 belaka. hehehe (selingan, jangan marah yer).

Sesi yang kedua agak menarik sebab ada pembentangan dari prof Dato' Dr Sidek Baba. Memang sejak mengikuti kelas beliau semasa Master dulu amat suka mendengar hujah dari tokoh yang banyak pengalaman ni. Beliau ulas tentang pembinaan UIA. Saya juga nampak harapan beliau terhadap pimpinan baru agar tidak memugarkan idea dan falsafah UIA yang didokong sebelum ini. Memang nampak kekurangan UIA kini kerana pimpinan yang terbaru ini kirang mengangkat kembali wajah UIA yang ditanam sebelum ini.

Mengikut pemerhatian dan pembacaan saya, selalunya mana2 organisasi atau institusi yang dibina sistem dan cara kerjanya mesti mengikut pemerintahan atau kepala pemerintah.

Nampaknya sampai di sini sahaja catatan saya...sambil2 menunggu anak2 menghabiskan tugasan mereka update blog sebentar.

Doakan semoga kita berjaya mendirikan pengajian tinggi yang penuh manusia beradab di dalamnya atau good man.

Esok berseminar lagi.

Sumber klik

A two day event jointly organised by

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia)
The Pahang State Foundation
IKIP International College
International Institute of Islamic Thought (IIIT)
Faculty of Education, University Malaya
Al Mustafa International University, Iran & Amin Research and Cultural Centre

Theme:”Contemporary Higher Education Needs In Muslim Countries”

Date & time: 8 and 9 November 2010 (Monday & Tuesday)

Time : 9:00 AM to 5:00 PM

Venue : International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia



Officiated by: Y.B Dato’ Seri Mohammed Khaled Nordin, Minister of Higher Education

Closing address by: Y.A.B Dato' Sri Diraja (Dr) Adnan Yaakob, Menteri Besar of Pahang



Confirmed speakers:

•Professor Dr. Mohammad Hashim Kamali, Chairman & CEO, IAIS Malaysia
•Emeritus Professor Datuk Dr. Osman Bakar, Deputy CEO, IAIS Malaysia; “The Role of Islam in Higher Education Policies of Muslim Countries”
•Professor Dr. Sufean Husin, Faculty of Education, University of Malaya; “University Governance and Developmental Autonomy”
•Professor Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak, Vice Chancellor, Science University of Malaysia, Penang
•Professor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Vice Chancellor, Islamic Science University of Malaysia
•Hon. Dr. Bashir Galadanci (Nigeria), Minister of Science and Technology, Kano State, Nigeria
•Professor Hamza Njozi (Tanzania), Rector, Muslim University, Tanzania
•Professor A. Memariani (Iran), Scientific Counselor and Director of Iranian Students Affairs in Southeast Asia
•Dr Chairat Siripatana (Thailand), Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand
•Dr. Mesut Yilmaz (Kazakhstan), Deputy Vice Chancellor, Suleyman Demirel University, Almaty, Kazakhstan
•Dr. Habib Chirzin (Indonesia), Director, Center for Peace and Human Security, University of Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka
•Professor Dr. Mohamed Aslam Haneef, Kulliyyah of Economics and Management Sciences, International Islamic University Malaysia
And many more world renowned speakers invited from;

•Turkey
•Bahrain
•Bangladesh
Why a Conference on Islam and Higher Education?



Muslims account for 20% of the world population and yet only about 10% of universities in the world belong to them. There is a real need for more institutions of higher learning in Muslim countries especially of the world-class quality. Although in the post-colonial era more and more national universities have been built in the Islamic world, Muslim needs for modern higher education are still largely met by Western universities and colleges. Apart from having to establish more national universities, there is the need for new initiatives by such international bodies as the Organization of the Islamic Conference (OIC) to build more international universities that would cater to the needs of the global Muslim ummah.



Higher education landscapes in the Islamic world are changing, faster in some of its countries than in others. The new educational landscapes are being shaped, colored, and influenced by many factors, especially the political, cultural, technology, economic, and financial factors, both local and global. These offer both opportunities and challenges to the Muslim countries to effectively address their contemporary and future needs in higher education. In tackling the issue of Muslim higher education needs, particularly the needs for world-class universities and other institutions of higher learning, it is important to pay due attention not only to the necessity of wisely used material, financial, and human resources, but also to the desirability of accessing and utilizing Islam’s cultural, intellectual, and traditional knowledge resources.



It is these latter resources alone that can help guarantee a vast qualitative improvement to contemporary Muslim higher education. It is the aim of this conference to address these various issues and to arrive at some of the solutions to the problems and challenges now confronting the global Muslim ummah.



More information about this conference will be added here as it becomes available.



Conference Objectives

1.To define the role of Islam in higher education policies of Muslim countries;
2.To reformulate the long term goals of higher education in the light of 21st century human life and thought;
3.To identify and address problems and challenges in contemporary higher education in Muslim countries in the light of 21st century globalization and internationalization;
4.To chart new paths and dimensions for the progress of Islamic institutions of higher learning;
5.To identify ways and means of creating a new intellectual, learning, and research culture in Muslim institutions of higher learning that is based on Islamic perspectives on knowledge
6.To discourse on the idea of a role model university from Islamic perspectives;
7.To discuss the roles and responsibilities of teachers and students in Muslim institutions of higher learning

07 November 2010

Dialog Keibubapaan

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung dan pembaca HIKMAH

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas berbincang dan menghubungi Dr Mariani , akhirnya kami berjaya dapatkan beliau sebagai speaker bagi mengendalikan program separuh hari anjuran Al-Hikmah Training and Concultancy. Terima kasih juga pada beliau yang sudi menerima jemputan kami walaupun pada tarikh berkenaan ibu beliau akan kembali dari Mekah. Terima kasih banyak Dr.

Program yang kami mula-mula sasarkan untuk 400 orang terpaksa dihadkan peserta kerana kaedah pengendalian yang akan dibawa oleh Dr Mariani agak lain dari yang lain. Topik-topik di dalam dialog ini juga adalah hasil idea beliau sendiri.

Saya percaya bahawa program ini tentu berjaya menarik perhatian peserta dengan telatah dan cara Dr Mariani mengendalikan sesi itu nanti.

Maka ingat lah untuk menghadirkan diri anda bersama pasangan untuk menambah ilmu keibubapaan.

Kita tidak akan berjaya sebagai IBUBAPA hanya dengan pengalaman TETAPI kita akan berjaya sebagai IBUBAPA beserta juga berpengetahuan.

MInta tolong pengunjung untuk war-warkan kepada ibubapa yang lain ya.
Jumpa di sana!

Theory Of Change

Setiap hari ingin bertukar menjadi lebih baik dari selalunya.

Untuk bertukar kita harus berfikir dengan cara lain dan tidak boleh berada di tokok lama.

Dah seminggu tidak menulis,

Hari2 dalam kehidupan sentiasa ingin membahgiakan orang lain baru diri rasa bahgia.
Minggu lepas dah bawa anak ke tugu negara
minggu ni dah bawa anak2 mandi air terjun Lentang.
Alhamdulillah , bawa juga anak2 arwah Ustaz Amin,
Moga2 dapat bahgiakan diri mereka....
yang kecilnya sudah kehilangan kasih ayah mereka.
Tabahlah kalian...moga diberi kekuatan!

Salam Hijrah......dan hari2 kita harus berfikir untuk bertukar