Salam semua,
Alhamdulillah, lega rasanya dah siap semua kerja rumah. Balik kerja dalam pukul 6.30 petang terus masak, sapu rumah, basuh baju, mop lantai, dan yang last sekali gosok pakaian basuhan hari isnin.
Letih juga tapi rasa fun dan seronok sebab adik bongsu saya Arifin Idris dan adik saya yang kelima Fadil ada juga menolong basuh pinggan dan periuk. Sebab tangan saya yang kanan terluka tak tahu kenapa. Sakit sangat!....Semoga adik2 saya ni bahagia dalam hidup dunia dan akhirat dan dapat kawin isteri2 yang baik dan bertanggungjawab dan boleh jaga mak ayah kami dengan baik juga. Yang penting baik dengan saya.
Tajuk di atas kerana menyorot kembali cerita hari ini.
Hari ini buat pertama kalinya saya sebak dan berjaya mengeluarkan air mata kerana sedih sangat.
Ceritanya begini, kelas yang saya ajar ini, pelajar nya semester satu kebanyakannya berusia 18-19 tahun.
Ini adalah kali kedua saya mengajar kelas yang ramai selain di USIM pada tahun lepas. Tetapi kelas ini agak unik....kerana kelas ini amat bising.
Dalam dunia pendidikan yang saya ceburi , saya pernah berhadapan dengan dua kali kelas yang amat bising bila guru mengajar di hadapan, satu semasa saya mengajar sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah. Tetapi syukur akhirnya kelas ini menjadi senyap.
Berlainan dengan kelas yang ini, tidak pernah dengar suara senyap atau memberi perhatian kepada saya (sebahagiannya) semasa mengajar. Saya pernah mencuba beberapa teknik tapi mungkin saya tidak konsisten. Saya juga pernah mengajak mereka berbincang kenapa kelas ini bising dan bagaimana menangani kelas yang bising, tetapi tetap tidak mendapat perhatian.
Dipendekkan cerita, sebenarnya bukan sebab kejadian ini saya menitiskan air mata (entah banyak perkara saya bendung dalam hati).
Ada seorang pelajar perempuan yang melutut dan pergi ke belakang dan duduk berkongsi kerusi dengan kawannya. Lalu saya sedar dan saya minta dia kembali duduk di tempatnya. Dengan nada yang agak kurang baik bagi saya dia menegaskan untuk tidak duduk di tempatnya. Saya pun kembali ke hadapan untuk mengajar tetapi saya rasa amat sebakkk......saya pun keluar untuk ke tandas, masa itu saya rasa saya hampir ingin menitiskan air mata. Keluar saja dari tandas saya diserbu oleh 3 orang pelajar tadi yang ingin memohon maaf dan saya katakan bukan salah mereka. Mereka menghulurkan tangan dan saya menolak dengan alasan mereka tidak bersalah dengan saya dan mereka melutut kepada saya....akhirnya saya kembali semula ke kelas bersama mereka....tetapi apabila saya mahu memulakan pembelajaran......tiba-tiba suara saya terhenti dan air mata saya mengalir dengan deras, saya amat sedih.
Sebenarnya saya rasa sedih (dengan diri saya) yang gagal menjadi pendidik yang baik (sehinggakan saya membisikkan dalam diri saya , tak guna master ko)....dan saya juga sedih dengan anak2 bangsa Melayu yang mudah lalai dan alpa.
Memanglah cabaran pendidik sekarang tidak sama dengan pendidik zaman dulu. Zaman dulu mereka terdedah dengan pelajar yang amat bersemangat untuk menuntut ilmu kerana ilmu dapat mengangkat martabat mereka dan merubah hidup mereka.
Apapun saya juga amat terkesan dengan dua SMS yang saya terima dari dua orang pelajar yang tidak ada kaitan dengan kes tadi tapi mereka agak rapat dengan saya, buat mereka, saya tidak marahkan sesiapa saya cuma sedih, dan saya juga teringatkan perjuangan Rasulullah , Nabi kita tercinta bagaimana beliau susah payah dalam mendidik umat untuk mengESAkan Allah.
Ya Rasulullah, tabahnya dirimu. Moga aku juga diberkati dengan ketabahan dan semangatmu.
Sesungguhnya, cukuplah ia menjadi pengalaman berharga untuk saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan