Salam ceria hujung minggu ....
Minggu depan kita akan menyambur Eid Adha....Raya yang penuh pengorbanan.
Pengorbanan itu ada pada setiap insan....
Minggu depan juga pada hari raya Haji dalam jam 9.30 pagi begitu Kolej Dar al-Hikmah akan mengadakan korban dua ekor kambing di perkarangan Kolej Dar al-Hikmah. Saya tidak dapat bersama, InsyaAllah beraya di Kelantan halaman suami. Kepada yang lain , jemput hadir memeriahkan. Kami meraikan pelajar yang tidak berpeluang pulang ke kampung. Pelajar Sabah, Kemboja dan Thailand khususnya dan pelajar lain amnya.
Kepada bekas pelajar juga, anda boleh menjenguk kami di KDH. Itu pun jika masih ada ingatan yang tersisa kepada Kolej rakyat ini.
Tiba-tiba teringat akan pelajar lama yang sudah meninggalkan KDH (apa saja yang anda ingin gelarkan, Kolej Dalam Hati, Kolej Dalam Hutan, Kolej Dinding Hantu...hihihi....) ,yang penting siapa yang masuk ke sini tentu beroleh HIKMAH yang tersendiri.
Saya masih ingat lagi, saya membina blog ini juga bertujuan untuk tidak memutuskan hubungan saya dengan pelajar yang pernah beajar dengan saya. Kehadiran anda cukup bermakna dalam kehidupan saya sebagai seorang pendidik, walau tidak sehebat mana. Dengan komunikasi dua hala yang pernah saya dan pelajar alami, maka anda semua adalah sebahagian dari saya.
Teringat saya pada mereka yang suri rumahtangga tapi berjaya mengukir kejayaan. Teringat saya pada pelajar yang tersasar jauh tapi Tali TUhan menarik mereka ke jalan kesedaran. teringat saya kepada pelajar tua bertatih2 menekan kalkulator hingga tidak percaya dapat gred A dalam subjek yang paling menakutkan , STATISTIK.
Teringat kepada pelajar yang rajin melayan saya makan ketika saya singgah di rumah mereka. Teringat saya pada pelajar yang apabila minta tolong tidak pernah memberi alasan. Teringat saya kepada pelajar menangis di bahu saya semasa dalam keperitan. Teringat saya kepada pelajar yang suka mengirim kek kegemaran saya dari jauh nun di sana. Teringat saya kepada pelajar yang berjaya merubah hidup menjadi insan yang lebih yakin dan percaya diri. Teringat saya kepada pelajar yang sentiasa menjadikan saya mentor mereka, walau tahu diri saya amat kurang serba serbinya....
Anda semua apa khabar ?
Maka dengan anda singgah ke laman blog saya, ianya cukup berharga pada diri saya. Kerana anda masih tidak melupakan saya. Sungguh indah ikatan guru dan pelajar....( NAzir dan Khadijan selalu mengomen tentang sistem pembelajaran mereka sekarang, tentu mereka amat merindui cara berguru dengan bertentang mata dan terus mendengar ucapan pensyarah...moga kalian tabah)
Mungkin ada yang rapat dan mungkin juga ada yang status biasa2 saja, semuanya adalah pohon2 ynag pernah tumbuh di dalam laman kehidupan saya.
Bagaimana dengan kehidupan anda semua sekarang di luar sana? Saya doakan semuanya beroleh kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.
Tidak kira samada anda bekerja di dalam sektor kerajaan, swasta atau sendiri...semuanya sedang melebar jalur pekerjaan yang ingin membina dan menambah pendapatan. Ingat lah semua itu hanya untuk mencapai Ilahi.
Di KDH, anda sudah belajar tentang hakikat diri.....sebarkan ilmu dan kemahiran kepada masyarakat. Anda yang memaknakan diri anda sendiri.
Sebagai seorang ibu , saya ingin melihat semua pelajar BERJAYA.
Jangan Lupa Diri jika anda BERJAYA...
Saya boleh lihat gaya orang yang megah dan sombong dengan diri sendiri dengan orang yang rendah diri berjalan.....
Ingat kata Tuhan dalam al-Quran, Jika kamu sombong kamu tidak mampu berdiri setinggi gunung sekali pun. Maka, tidak ke mana sombong kalian.
Akhir sekali, saya sentiasa melihat anda adalah aset berharga Kolej. Kolej kita kecil tapi insan yang berada di sini dan pernah berada di sini, JIWA KITA BESAR.....SEMANGAT AGAMA KITA TINGGI...BUDI BAHASA KITA LUHUR.
Salam Ingatan dari saya "guru kecil"
3 ulasan:
Terharu pula sya membaca tinta ini puan. Sebak pn ada. Tp best..la, Saya bagi THUMB ngn pn. Hehe
Salam Hasan...Bagaimana dengan exam boleh skor kah bah?
Macam mana lah muka awak kalau terharu sebab di KDH awak senyum saja...dan ceria...thumb up to u also
Alhamdulillah..Smua sdh berakhir...Skrg ni kerja sya nak menyakat org yg blum habis exam lagi. hahaha. Insyallah. Berkat doa+usaha+tawakal=Kejayaan dalam genggaman.
Senyum manis ka pahit pn??? tp iklas bah tu...Di kesempatan ini, saya ucpkn Selamat Hari Raya Bt Puan sekeluarga dan seluruh Warga KDH.
Catat Ulasan