Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

12 November 2010

Memandu Pelbagai Situasi


Assalamualaikum kepada semua.
Ukhuwah Fillah dan semoga pertalian ini ada barakahnya diterima Allah SWT.

Hari ini nak cerita tentang kisah di atas jalanraya. Hari ini, pagi2 lagi saya sudah ada appointment Public Mutual dengan dua orang client di Kuala Lumpur (Minta cuti separuh hari)

Memandu ke Kuala Lumpur adalah satu perkara yang menggerunkan bagi sesetengah perempuan seperti saya. Saya juga dulu tidak biasa untuk memandu ke sana. Bayangkan dengan kereta dan manusia yang berduyun2. Saya memang berserah, selalu ke sana mesti minta bantuan suami. Tetapi disebabkan saya harus ke sana juga setiap minggu kerana mengajar separuh masa kolej di tengah2 bandaraya maka saya gagahi juga.

Alhamdulillah kali pertama ke sana, saya cuba tenangkan diri sebelum memandu set minda dengan baik dan positif, kemudian baca selawat dan doa....ambil mood memandu dengan happy dan tenang sambil dengar Nasyid Maher Zain....InsyaAllah...Aku BOLEH....

Dan akhirnya selama 5 minggu saya dah biasa dengan stail memandu dan psikologi kereta di tengah bandaraya. Segalanya mudah .....

Tapi hari ini, saya nampak satu motor nyaris2 nak terbabas , Alhamdulillah dia sempat mengelak.

Nak cerita tentang orang bawa motor ni, pada pendapat saya mereka selalu menganggap orang yang bawa kereta akan nampak mereka. Tetapi selalu dugaannya salah sama sekali.

Pengalaman saya dulu bawa kereta, kalau saya nak ke kanan atau ke kiri jalan saya akan masuk sambil beri signal lah...tapi selalu saya hantar waspada dengan kereta jarang saya tengok motor.

Tetapi selepas saya berkahwin dan naik kereta dengan suami, saya drive dengan situasi yang sama di atas, suami kata itu ada motor, jangan masuk....baru saya terfikir dekat atas jalanraya ni pun ada motor juga. Napa saya tak ambil tahu. Haahaha...bunyi macam kelakar, tetapi sebab saya bila dah besar tak pernah naik motor sebab itu saya tak terfikir.

Dan sekarang saya juga lebih mengambil kira semua perkara yang ada di jalanraya termasuk basikal .....

Di sini saya sertakan langkah-langkah keselamatan untuk semua pengguna jalanraya, nampak mudah tapi ambil kira juga yer.........

• Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
• Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan, pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik.
Pastikan :
• Enjin berada di dalam keadaan baik
• Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
• Minyak enjin, dan air bateri cukup.
• Kipas, penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
• Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
• Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
• Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
• Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
• Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
• Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
• Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
• Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
• Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.

Kenderaan (kereta, van dan lain-lain)
Bagi perlanggaran bahagian belakang - bahagian leher biasanya mengalami kecederaan teruk
• Bagi perlanggaran bahagian depan - penumpang biasanya akan terhumban keluar ke hadapan kenderaan
• Kemalangan yang melibatkan kenderaan sehingga terbalik - impak yang diberikan pada kenderaan adalah teruk kerana ia tidak dibuat untuk menahan kesan yang sedemikian.
• Kesan daripada kelajuan sederhana - biasanya hanya kerosakan ringan yang berlaku dan penumpang hanya mengalami kecederaan ringan ataupun tidak mengalami kecederaan.
Motorsikal
• Dengan hanya dua tayar, motorsikal adalah tidak stabil dan akan jatuh dalam kebanyakkan perlanggaran
• Perlindungan untuk penunggang hanyalah topi keledar dan juga pakaian lain sekiranya dipakai ( seperti kasut but). Perlindungan bagi penunggang motorsikal adalah sangat minima.
• Kecederaan bergantung pada bagaimana penunggang tersebut jatuh, objek apa yang terlanggar dan juga bahagian badan mana yang terlanggar.
Basikal
• Seperti juga motorsikal, basikal adalah tidak stabil dan penunggangnya sangat mudah tercedera
• Kebanyakan kecederaan adalah ringan (sedikit) kerana basikal tidak terlalu laju, atau,
• Kecederaan adalah serius dan mungkin boleh membawa maut sekiranya perlanggaran berlaku dengan kenderaan bergerak dan besar seperti motorsikal, kereta dan juga lori.
Pejalan kaki
• Pejalan kaki adalah sentiasa terdedah kepada bahaya
• Kemalangan selalu terjadi dengan kenderaan yang bergerak
• Kecederaan selalunya adalah parah dan kematian mungkin berlaku, terutamanya jika kemalangan berlaku dengan kenderaan yang besar
• Dalam perlanggaran dengan kenderaan seperti kereta, saiz pejalan kaki akan menentukan kecederaan yang dialami:
• Kanak-kanak kecil mungkin akan termasuk ke bawah kereta dan juga berguling di atas jalan
• Kanak-kanak yang agak besar mungkin mengalami kecederaan di bahagian dada atau abdomen dan dilanggar dengan bampar.
• Orang dewasa mu
ngkin mengalami patah di bahagian pelvis atau kaki apabila dilanggar

Ingat ya :)

Apa yang anda lihat dengan gambar di atas...polis saman budak itu kah?.....

Ingatan untuk saya dan semua,

Tiada ulasan: