Salam dan Selamat Pagi semua....
Hari ini Alhamdulillah kita masih diberi ni'mat untuk hidup dan meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Bayangkan kalau hari ini kita sudah berada di alam lain.....hemm, banyak lagi kerja tak siap. Maka, perlu diingat setiap hari kita perlu berdoa untuk memulakan hari-hari kita,
" Ya Allah , mulakan pagi ku ini dengan keberkatan dan limpahan kasihMU"
Kerja di dunia ini memang selalu tak habis, dan setiap tugasan dan tanggungjawab memang ada ujiannya.
Hari ini saya nak cerita tentang marah. Biasalah dalam kerja seharian kadang-kadang kita tak puas hati dengan orang atau kita rasa marah dengan seseorang. Nah, apa yang perlu kita lakukan.
Kalau dalam pengajian Tasawuf, marah ini disebut ghadab...Bahasa 'omputihnya' anger.
Kalau kita marah, automatik fikiran kita akan jadi negatif. Bila dah fikiran jadi negatif, muka kita jadi masam, kening dan dahi berkerut, kerja kita tak menentu, cakap dengan orang lain pun jadi marah. Ok, memang kadangkala kita fikir kita yang betul dan orang yang kita marah tu salah.
Tetapi kita harus ada Anger Management atau Pengurusan Marah.
MAcam mana nak urus kalau kita marah,
Dalam Islam juga mengajar kita mengawal keadaan ini,
Dalam Al-Quran, banyak ayat menyebut tentang sabar. "fasabrun jamil" Maka bersabar itu sangat indah.
Dalam ayat yang lain disebut, "maka dirikan solat dan ingat lah Aku" (maaf, tak ingat surah apa).
Maka, jika kita marah, kita harus bertenang,
Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu.
Umum mengetahui hadith Nabi tentang mengawal marah: Jika kita marah dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk, jika sedang duduk maka baringlah. Ini semua dilakukan adalah untuk memberi kita ketenangan dan mengalihkan kemarahan kita pada perkara yang lain.
Seperti yang disebutkan di atas tadi, jika kita marah kita akan penuhi fikiran kita dengan seribu satu perkara yang negatif, maka ion2 atau aura kita menjadi hitam dan negatif. Apa yang harus kita lakukan kredit untuk sini :
1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya.
3. Ambil wuduk.
Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.
4. Mandi.
Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.
5. Baca Al-Quran.
Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!
Nak tahu apa kaedah yang saya lakukan:
1. Ucapkan Alhamdulillah, kemudian fikir yang baik2 saja tentang orang yang kita marah itu.
2. Masih marah, luahkan pada seseorang (saya luah pada suami selalunya). Ini penting untuk elakkan kita sakit jantung. Atau luahkan pada orang yang anda marah itu, saya marah dengan anda tapi saya boleh berbaik dengan anda.
3. Ambil wuduk. Marah itu kan dari Syaitan dan Syaitan dari api. MAka padamkan api itu dengan wudu'.
4. Beli hadiah untuk orang yang kita marah ...hehehe...sebab kita nak bina ukhuwah yang baik dengan dia. YAng ini Syaitan yang akan marah balik sebab kita tak jadi gaduh dengan orang yang kita marah....
Apa lagi, padam muka Syaitan tuh,,,hahahaha
1 ulasan:
Alhamdulillah, selepas aku tulis artikel ni, aku hilang orang nak jaga anak kat umah...tapi aku tetap hapy..sebab aku doa kat Tuhan, berikan aku pembantu yang dekat hatiNya dengan Kamu Ya Allah untuk bantu menddidk anak2 ku di jalanMU
Catat Ulasan